Tuesday, July 1, 2014

Sambal udang daun selasih

Menu iftar hari ke 3. Daun selasih banyak kat depan rumah. Aritu dah cabut yg tumbuh dalam pasu tu. Tapi masih banyak anak2nya yang tumbuh melata.

SAMBAL UDANG SELASIH
Oleh:Jamaliah Ibrahim sumber FB Buku Resepi

Bahan-bahan :
1 kg udang - potong muncung dan ekor
3 biji tomato - potong dadu kecil
Segenggam daun selasih
(Petik segar dari depan rumah)
3 batang serai dititik

Bahan Kisar :
10 ulas bawang merah
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering

Cara-cara :
1. Tumis bahan2 kisar tadi serta serai hingga pecah minyak. Masukkan serai yang diketuk.
2. Masukkan tomato yg dipotong dadu, gaul sebati
4. Rasa garam, sedikit gula atau serbuk perasa jika suka
5. Apabila tomato sudah sebati dgn sambal, masukkan udang. Jika perlu tambah kan sedikit air
6. Kacau selalu hingga udang masak, ketika ni masukkan daun selasih tadi, kacau sekejap
7. Tutup api, sedia utk dihidang
"SELAMAT MENCUBA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...