Wednesday, July 23, 2014

FLORENTINE COOKIES / KRUNCHY KARAMEL ALMOND

Sedap dan senang sgt buat ni...tabur2 bakar, potong, sejukkan, simpan........dah siap. Saya tak ikut sukatan pun.....masukkan dan gaulkan jer semua bahan2 yg ada. Baking paper yg buat alas loyang tu senang jer nak koyakkan. Bila kukis dah sejuk, buang kertas tu....tak lekat pun kat kukis.

Walau pun senang sangat nak buat, kukis ni mahal sebab bahan2nya mahal. Tapi sedap buat kudapan...

Rujukan resepi azlita masam manis

200 gm tepung Florenta/bienetta
200 gm badam keping
50 gm kuaci 
50 gm biji labu
20 gm bijan hitam

Badam, labu dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna
Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan. Sejukkan.
Simpan dalam bekas kedap udara.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...