Buat laksam sendiri...puas makan. Ulam2nya apa yang ada dan yang sempat jer la....dah nak masuk waktu berbuka masih sibuk mengukus laksamnya.
Dulu suka buat sbb Allahyarhamah kakak suka makan. Bila dia dah takde lama tak buat sbb takde permintaan......bulan puasa ni tetiba teringin nak makan yang buat sendiri sebab yang beli tu selalu tak lepas standard.
Versi 1 sumbernya saya lupa.
Bahan2nya
500 gm tepung beras
5 sb tepung gandum
2 sb tepung ubi
10 cawan air
5 sb tepung gandum
2 sb tepung ubi
10 cawan air
Saya guna Versi 2 dari Aziekitchen sbb senang nak sukat tak payah keluarkan penimbang. Cuma bahan2nya saya ikut versi 1....tambah tepung ubi.
Bahan-bahannya:
3 cawan tepung beras (saya kurangkan 2 sb tepung beras dan campur 2 sb tepung ubi)
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air suam (3 cawan air mendidih campur 2 cawan air biasa )
3 cawan tepung beras (saya kurangkan 2 sb tepung beras dan campur 2 sb tepung ubi)
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air suam (3 cawan air mendidih campur 2 cawan air biasa )
Cara2nya:
Satukan semua bahan dan kacau rata. Panaskan pengukus sehingga mendidih. Letakkkan tudung periuk atau apa apa bekas yang leper ke dalam pengukus dan sapu minyak. Kacau agar adunan tidak mendap dan tuang ke atas tudung periuk. Cantik..... langsung tak melekat.
BAHAN KUAH
1 kg ikan kembung direbus ambik isi dan kisar
1/2 kg santan pekat
1 gelas air untuik tambahan (untuk suaikan cair atau pekat
KISAR
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai diketok
1 inci halia
1camt serbuk lada hitam
3 keping asam gelugur
Garam
gula secukup rasa.
Satukan semua bahan di atas dan masak di atas dapur sehingga mendidih dan masak.Masukkan garam dan gula.Sesuaikan rasa dan kepekatan, boleh lah diangkat.Jika terlalu pekat boleh ditambah dengan sedikit air panas.
ULAM
Kacang panjang
Bawang besar
Timun batang
taugeh
Bubga kantan
Kubis
SAMBAL
Cili padi
Cuka
Garam
Gula
Cili padi
Cuka
Garam
Gula
Kisar semua bahan diatas
BAHAN LAIN
Garam
Belacan
CARA MENGHIDANG
Masukkan laksam ke dalam pinggan.Sendukkan kuah dan tuang ke atas laksam tadi.Tabur hirisan ulam ulaman.Akhir sekali letakkan sambal.Kalau suka boleh letakkan belacan dan jika mahu lebih masin tambahkan dengan sedikit garam sebelum menggaulnya.
No comments:
Post a Comment