Monday, April 13, 2015

Tip meletakkan harga produk makanan

Sumber Rosli Umar fb group kelab roti

Masih tak tau nak letak harga produk anda ? Mungkin ini boleh membantu anda ... ramai guna kaedah yg sama mcm ni ... 

Jom bincang pasal kos produk kita : 

Contoh resepi donut 

500 gm tepung roti
100 gm gula 
11 gm yis
4 biji kuning telur
200 gm air 
100 gm marjerin
6 gm garam 

Macamana nak kira kos tepung roti? 

** harga barang mungkin x tepat , sekadar memudahkan pemahaman kita dalam membuat kiraan ... 

1kg t.roti = rm 3.50 
Kita guna dlm resepi 500 gm 

3.50/1000 gm x 500 gm = RM 1.75

Kiraan seterusnya mengikut resepi : 
Gula :
2.90/1000 gm x 100 gm = RM 0.29

Yis :
10.00/500 gm x 11gm = RM 0.22 

Telur : 
12.00/30 biji x 4 biji = RM 1.60

Air : 
Anggaran RM 0.10

Marjerin : 
6.00/1000 gm x 100 gm = RM 0.60

Garam : 
0.70/200 gm x 6 gm = Rm 0.021

Total kos bahan : 

1.75 + 0.29 + 0.22 + 1.60 + 0.10 + 0.60 + 0.021 = RM 4.581 

Kiraan kos2 lain seperti elektrik , pekerja , transport dll 

Di kira 30% daripada kos bahan 

RM 4.60 x 30% = RM 1.38 

Kos keseluruhan : 

RM 4.60 + RM 1.38 = RM 5.98 

Berapa biji donut terhasil dr resepi ? 

Kira berat keseluruhan bahan :

500 + 100 + 11 +100 + 200 + 100 + 6 = 1017 

Berat sebiji donut 40 gm 

1017 / 40 gm = 25 biji 

Kiraan kos sebiji : 

RM 5.98 / 25 biji = RM 0.24 sebiji 

Harga jual ? 

Anda boleh mendarab terus kos sebiji dengan angka 2.5@3 mengikut keselesaan anda ..

RM 0.24 x 2.5 = RM 0.60 @ 
RM 0.24 x 3 = RM 0.72 sebiji .... 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...