Monday, April 30, 2018

Sotong masak paprik


Saja2 check draft blog...ingatkan entry ni dah lama dipost...rupanya masih terperam kat blog....



Udang Masak Paprik



Bahannya...



3 sb cili kering kisar
4 sb sos tiram
2 sb sos cili
15 biji cili padi (pecahkan)
1 biji bawang holland potong bulat
5 helai daun limau purut - hiris
4 batang serai - ketuk
1/2 kg sotong (udang/ayam/daging pun boleh)
Sayur pilihan - kobis, kacang, kobis bunga, asparagus, putik jagung, karot dll....
7 ulas bawang putih - pecahkan
5 ulas bawang merah - hiris
minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Tumis bawang putih dan merah hingga naik bau. Masukkan cili kisar, cili padi dan serai. Tumis hingga cili layu. Masukkan sos. Tumis sebati. Masukkan sayur karot (yang keras dan ambil masa lama skit untuk di masak). Masukkan sotong dan tumis hingga udang hampir masak dan masukkan sayuran lain dan daun limau purut. Tumis hingga sotong masak sempurna. Tutup api dan hidangkan.


Labu Tumis Kering


Permintaan anak selepas makan masakan ni kat kampung. Biras masak. Sedap sangat sampai berkali2 minta buatkan. Ummi pun dah lama belikan labu tapi tertangguh lama. Akhirnya ayah yang tolong sediakan masakan ni. Tak dan tak masuk mangkuk ummi snap gambar cepat2. Ikut kata ustaz labu kegemaran Rasulullah.


Labu tumis kering


1 biji labu (saiz sederhana)

* sejemput ikan bilis

* cili api secukup rasa

* 2 ulas bawang putih

* 3 ulas bawang merah

Garam Secukup rasa



 CARA2NYA



Tumbuk bahan bertanda *. Tumis hingga naik bau dan keperangan.
Kemudian masukkan labu dan air secukupnya.
Masak hingga labu empuk. Perisakan dengan garam secukup rasa.
Gaul rata dan biarkan air sedikit kering. Sedia dihidang.


Homemade Popcorn


Dah lama anak2 minta buatkan popcorn. Nak jual kat sekolah katanya. Tapi ummi entah la kenapa selalu rasa kepenatan yang teramat. Badan letih lesu nak melayan permintaan anak2 yang satu ini.

Petang dua minggu lepas akhirnya siap la juga kudapan untuk anak2.....yg mudah2 jer....lama dah tak memopkon....beli corn beannya dah berbulan.......sib baik la tak tumbuh pokok jagung kat stor tu......kalau tidak menu bubur jagung la pulak kita yer....😀. Teruja anak2 dengan kengkawan makan popcorn homemade ni.


Salah satu hidangan semasa majlis besday anak2. Popcorn kaler pink.


POPCORN

1/2 cawan biji jagung kering (boleh beli di pasaraya atau kedai2 runcit)
1/2 cawan minyak

Masukkan kedua2 bahan ke dalam kuali besar. Tutup dengan talam besar. Pasangkan api sederhana. Biarkan hingga bunyi letupan berhenti. Tutup api dan buka tudung. Pindahkan popcorn ke dalam bekas.

1/3 cawan gula (ikut citarasa, kalau nak lebih manis boleh tambah gulanya)
Pewarna (saya guna bentuk paste, atau lebih elok guna bentuk serbuk)
1 sb mentega

Dalam kuali yang sama cairkan gula dengan api sederhana kecil. (Saya masukkan paste terus semasa proses mencairkam gula) Masukkan mentega dan pewarna (kalau guna serbuk). Gaul hingga mentega cair dan perwarna sebati serta masukkan popcorn tadi. Gaul rata cepat2 jangan sampai gula hangus. Setelah rata, tutup api, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap.



Nasi goreng belacan


Nasi goreng velachan......lebih sambal velachan jangan buang...simpan dalam peti es pastu ada nasi sejuk gaul jer sekali buat nasi goreng. Karot lebih wat kek semalam.......bawang blend lebih goreng mee aritu.....maka disatukan dalam kuali jadilah nasi oyeng velachan....



Nasi goreng belacan @ ZLC

1 mangkuk nasi sejuk
1 batang lobak merah - potong kiub (sayur boleh dipelbagaikan)
3 sb sambal belacan (tumbuk cili masak/padi, belacan, garam dan gula hingga lumat - perahkan sedikit limau- gaul rata)
6 ulas bawang merah - tumbuk halus
4 ulas bawang putih - timbuk halus
1/4 cawan ikan bilis  - goreng garing
1 sb kicap pekat (optional)
2 biji telur - goreng hancur (optional)


Gunakan minyak gorengan bilis. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga terbit bau. Masukkan sambal belacan. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan kicap dan gaul rata. Masukkan nasi dan lobak merah. Gaul sebati dan gorengkan seketika. Masukkan sayuran dan.gaul rata. Gorengkan hingga sayur layu. Tutup api dan taburkan bilis dan telur. Gaul rata. Hidangkan.



Saturday, April 28, 2018

Mee Goreng


Breakfast....mee goreng ajer


Mee goreng
Zulfaza Loves Cooking

Bahan2

400 gm mee kuning (basuh dan toskan)
100 gm udang
2 biji telur (goreng scramble)
1 biji bawang besar tumbuk
5 ulas bawang putih tumbuk
Sawi/kobis/karot
2 sb sos tiram
3 sb cili kering kisar
4 sb sos tomato/cili
2 sb kicap pekat
1 sb cuka (optional)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

-------
Tumis bawang hingga naik bau. Masukkan cili. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan sos2 dan kicap pekat. Tumis sebati dan tambah cuka. Kacau.

Masukkan sotong, kacau dan biarkan seketika hingga sotong masak. Masukkan mee. Kacau sebati. Masukkan telur dan sayur. Masak hingga sayur masak secukupnya - jangan terlalu lama sehingga sayur berubah warna.


Ayam goreng kepci

Menu majlis makan2 utk april babies ummi....ummi buatkan kepci jer utk kengkawan dtg makan2 kat rumah....
nak panggil #ZLCFC la bila bukak restoran nanti....hahhaha

#yummyfoodbyZLC
#kepcihomemade jer


Resipi Ayam KFC Homemade

Ni resipi untuk seekor ayam

Bahan perapan

20 ulas bawang putih di tumbuk
2 sudu besar serbuk lada hitam
4 sudu kecil garam
2 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu besar serbuk kari ayam
1 sudu besar paprika
2 sudu besar  limau nipis (rahsia ayam juicy di dalam rangup di luar).
Gaul rata bahan perap dan biar selama 30 minit

Bahan tepung

4 cawan tepung gandum
4 cawan tepung jagung
2 sudu kecil garam
2 sudu kecil soda bikarbonat

Lepas dah 30 minit, ambik telur ayam 2 biji pecahkan dalam bekas yg ade ayam perapan tu dan gaul rata.

Ambik ayam gaulkan dengan tepung dan goreng dalam kuali. Saya guna periuk kecik. Jimat sikit minyak. Pastikan minyak betul2 panas baru masukkan ayam yg dah salut tepung tu. Biar ayam tenggelam dalam minyak panas tu. Bile dah masak, boleh hidang dan makan panas2 dengan sos.

Brownies


Birthday Brownies untuk anak2 April ummi. Kesian diorg....request cheese cake tapi takdan nak buat...yg mudahnya brownies ni jer....ummi buat 2 tingkat supaya tinggi macam kek.


BROWNIES

400 gm coklat masakkan / coklat compound ~ Dark Chocolate
150 gm unsalted butter
200 gm gula perang
4 biji telur ~ gred A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri (saya guna tepung gandum campur 1 sk serbuk penaik)
30 gm serbuk koko

Coklat masakkan atau coklat compound, di potong kecil.

Satukan coklat masakkan dan buter, dan cairkan dengan kaedah double boiler hingga coklat dan butter larut. Gaul rata.

Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan whisk sahaja.

Satukan juga tepung naik sendiri dan serbuk koko. Kemudian di ayak.

Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakkan dan ratakan.

Kemudian ayakkan tepung yang bercampur koko tadi ke dalam adunan. Jika dah ayak terlebih dahulu.. masukkan sedikit-sedikit dalam adunan. Kemudian gaul rata.

Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oleskan juga dengan butter.

Bakar adunan dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing.

Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit.

Bila dah sejuk, bolehlah di potong dan sedia untuk di nikmati.

Tips : Untuk dapatkan brownies yang enak sebaiknya guna coklat masakkan yang baik kualiti dan mutunya. Barulah rasa coklatnya lebih umph!

Untuk rasa brownies yang lebih enak, pilihan serbuk koko juga amat mempengaruhi kesedapan brownies. Pilihlah serbuk koko yang bermutu tinggi untuk hasil brownies yang lebih lazat.

Chocolate creampuff


Chocolate creampuff for chocolate lovers....menu birthday celebration petang ni. 


Chocolate Creampuff

150 gm tepung gandum
100gm mentega
250ml air
1 sb serbuk coklat
sedikit gula
3 biji telur (size A)

panaskan air..masukkan butter n gula...biar cair...api kecik ek...da cair masukkan t.gandum..kacau hingga  tak melekat
ketepi dan sejukkan...

da sejuk mixer ngan telur..(masukkan telo satu per satu ye...biar sebati baru masuk lg sebiji)
mixer hingga kembang...
bentukkan atas loyang yg da disapu butter

panaskan oven 180-200c..bergantung pada oven ye..

semburkan air dan bakar selama 30 minit..biarkan sejuk..bole letak filling kastard..

INTI COKLAT (CHOCOLATE FILLINGS)

Bahan2:

250 ml susu/krimer sejat
150 ml air suam
60 g serbuk koko
40 g tepung jagung
160 g gula halus - boleh adjust sekiranya koko yg kita guna agak pahit
60 g mentega
1 sk esen vanilla

Cara2:

1) Campurkan susu, air suam, serbuk koko dan tepung jagung di dalam satu bekas. Kacau hingga sebati.
2) Tapis campuran bahan di atas dan tuang ke dalam periuk berisi gula.
3) Kacau dan masak dengan api perlahan sehingga pekat.
4) Masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau sebati dan matikan api.
5) Biarkan sejuk sebelum digunakan



Kalau nak resepi plain custard yg masak ni resepinya ye..

2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung gandum
8 sudu besar gula
1 tin susu cair
2 sudu mentega
2 biji telur

masak semua cara double boiler sampai likat...
sejukkan bole pipe dlm creampuff

Kek Marble


Butter cake jer......harum semerbak bau mentega tulen.

Kek butter kita selepas dibedah......tomei dok

Kek mentega marble @ ZLC

Bahan-bahan

300 gm mentega

6 biji telur gred A

3 cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)

3 1/2 sudu kecil baking powder

1 3/4 cwn gula halus

150 ml segar/cair
1 sudu kecil esen vanilla (bole guna perasa lain juga)
2 sudu besar serbuk koko


Cara-cara

Pukul mentega dan gula smpai kembang

Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang

Masukan *esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit

Bahagikan 2 bahagian..campurkan satu bahagian dengan serbuk koko dan gaul rata.

Griskan loyang dan tabur sikit tepung.. Masukan 2 senduk adunan plain ke tengah2 loyang.  Tuang adunan coklat di atas 2 senduk adunan plain. Ulangi proses hingga adunan habis. (Kali ni saya buat warna- warni atas request kasteme).

Bakar lebih kurang 45min..170 Degree atau ikut oven masing2…


Kek Red Velvet


Birthday cake utk anak bawa ke sekolah....aktiviti setiap hujung bulan...... birthday celebration.

Kalau camni rupanya korang boleh teka tak kek apa...hehhehe. Anak balik sekolah cerita kawan2 ramai yang suka kek ummi....teacher pun suka. Alhamdulillah...lega dengar. Tq leen kongsi resepi dan tips...


Kek red velvet

300 gm tepung naik sendiri
1 sk serbuk penaik
2 sb serbuk koko
1oz pewarna merah (sya guna stgh merah..stgh pink)
125gm mentega
250gm gula castor
2 biji telur suhu bilik
1 sk esen vanilla
1 cawan buttermilk pd suhu bilik

*buttermilk..1 cup (240ml) susu kotak fullcream
+ 1 sb cuka putih atau 1 sb jus lemon..biarkan sebentar...kacau sebelum guna.

Putar mentega dan gula..
Masuk telur sebiji2.
Masuk tepung selang seli ngan buttermilk..
Kaup balik..

Masuk dlm loyang bakar 170-180 dlm 1 jam  ikut oven masing2 n hingga masak


Creamcheese frosting

400gm cheese philadhepia
60gm mentega
110gm gula aising
200 gm non diary whipped cream

Cara2

Dlm bekas asing putar non diary whipped smpai kembang
Putar cheese+butter+gula aising hingga sebati n halus
Campurkan adunan fresh cream dlm adunam cheese..mixed sebati.
Bole gunakan utk mendeco.


Tuesday, April 24, 2018

Golden raisin carrot cake


Cer teka kek apa...Hehhehe..... Tengok deco dah taukan....kek karot la apa lagi....karot aka lobak merah. Bab2 kek ni amatur jer tahapnya....tambah bab2 mendeco.... Kebanyakannya ke laut merah nuuuunnnn.... tapi buat utk seronok2 ok la kan.

Tq oleen share resepi ni.....oleen terer buat kek.....kek yang dia jual chantek2.....kreatif sangat.


Golden raisin carrot cake

250gm brown sugar
195 gm minyak sayuran
4 bj telo ayam
250gm tepung naik sndiri
3 cawan carrot parut(350gm lepas parut..dlm 2-3 bj)
100gm kacang walnut (panggang n cincang)
120 gm kismis (ditumbuk)
1 cmca kexil esen vanila
1 camca kecil baking soda
1 camca kecik garam
2 camca kecik serbuk kayu manis
1/4 camca kecik serbuk buah pala


1. Campur gula+minyak sayur dalam mangkuk pemutar dan putar..
2. Masukkan telo satu persatu dan putar hingga kembang + esen vanilla.
3. Cmpurkan tepung,soda,kayu manis,buah pala,garam...putar sebati
4. Masukkan kismis..putar sebati
5. Masukkan walnut..putar..
6. Masukkan karot n putar sebati..
7. Masukkan dlam loyang 9"/10" yg dah dilenser dan lapik..
8. Bakar 170-180. 45-50minit atau sehingga masak..


Creamcheese frosting..

1/4 butter
250gm creamcheese
100 gm(secukupnya) gula aising...
Putar butter+creamcheese..masuk gula aising yg diayak..putar smpai kmbang..
(Lin tmbah 1/2 cwn fresh cream)
Putar kental....kaup balik ngan adunan cheese...klu xnak ltak pun xpe..


Mee kicap


Lama dah teringin buat mee kicap. Mula2 dengar kengkawan sekolah kat ipoh tu bercerita macam ermmmmm best ke mee kicap ni. Dua tiga hari lepas masa dok pilih2 menu untuk besday party anak2 teringat kat mee ni. Tapi masa tu google resepi, jumpa la resepi  Cik'Iza, My Resepi cnp simpan kat draft jap.

Malas nak hidang mee kuah2 camni masa jamuan. Leceh pulak. Malam tadi tengok ada baki mee jamuan haritu. Cakap kat hubby tak masak nasi....masak mee jer yer. Nak habiskan stok mee.


MEE KICAP

250 gm mee kuning
40 gm taugeh ( saya letak sawi jepun dan lobak)

Bahan untuk kuah

2 biji bawang putih ~ diracik halus
1 sudu besar minyak masak
1 cm halia ditumbuk
3 sudu besar kicap manis
3 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil kicap pekat
1 sudu kecil  pati ikan bilis
sedikit lada sulah
1 cawan air
garam dan gula secukup rasa
Saya letak minyak bijan sikit


Kaedah Penyediaan

Panaskan minyak
Tumis bawang putih hingga kekuningan dan garing
Angkat bawang putih dan ketepikan
Baki minyak tadi tumiskan halia hingga naik bau
Masukkkan kicap manis, sos tiram, air dan kicap pekat.
Biar mendidih.
Masukkan lada sulah dan pati ikan bilis
Perasakan dengan garam dan gula jika perlu
Renihkan kuah hingga pekat

Ok dah siap kuah, sekarang kita sediakan pula supnya

SUP

1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
3 cawan air
1 sudu kecil pati ikan bilis
fish cake dan fish ball
sedikit lada sulah

garam secukup rasa

Kaedah penyediaan

Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan air dan biar mendidih.

Masukkan pati ikan bilis lada sulah, fishball, fish cake dan sikit garam. Biar mendidih.


Dah pun siap sup kita, sekarang bagaimana pula kita nak sediakan mee ni.

Mula kita celur mee kuning dahulu, tapis dan letakkan dalam pinggan

Kemudian kita celurkan taugeh, tapis dan letak atas mee dlm pinggan tadi

Tuangkan kuah kicap kita tadi

taburkan daun bawang , dan bawang putih yang kita dah goreng tadi

Jika ada ayam goreng, ayam madu atau ayam hainan bolehlah di hiris dan di letakkan untuk di makan bersama.

Mee ni di makan bersama Sup bebola tadi

Tambahkan sambal kicap atau cili jeruk untuk rasa yang lebih terangkat



Monday, April 23, 2018

Sticky Grilled Chicken


Dinner yang mudah2 jer malam ni. Sticky grilled chicken guna 5 bahan jer.....masak pun guna magic pan. griller ada tapi malas nak keluarkan. Resepi baru cipta malam tadi sambil bakar bahulu. Sedap sangat hasilnya....tak percaya cuba la...


ZLC's Sticky grilled chicken

1 kg kepak, drummet ayam, kaki (tapi nak guna bahagian lain pun boleh)
1/4 cawan Sos tiram
5 sb Kicap pekat manis
1 1/2 sk Serbuk paprika
1 1/2 sk Serbuk cili (nak pedas boleh gandakan)

Gaul rata semua bahan. Perap 1 jam. Bakar bertutup dalam magic pan selama 1/2 jam dengan api perlahan. Kemudian buka penutup pan dan bakar lagi dengan api sederhana hingga bahan perapannya hampir kering. Sedia dihidang.



Bahulu Traditional


Terrrrr rajin petang ni main masak2 ngan anak2....testing mixer yg ummi belikan utk diorg main masak2 supaya tak kacau gajet ummi. Buat bahulu traditional untuk.minum petang.....cicah kopi O kampung sedap nikmat sungguh. Panas dari oven.... TQ kak Linawati Latip share resepinya. Resepi asal letak sunquick atau esen ros tapi saya letak esen vanila sebab takde stok kedua2nya tu.

Ps: anak saya pesan nanti tulis ini anak saya yang buat bukannya saya...huhuhu....ummi tolong bagi arahan dan bakar jer...



Bahulu Traditional

Bhn2nya

4 biji telur A ( pukul manja)
Mskkan 👇🏻👇🏻👇🏻
1 1/4 cwn gula ( pukul kembang )
1 sdt esen ros @ sunquick oren
( beat kembang setaman @ sehingga putih )

1 3/4 cwn tepung gandum

Diayak. Masukkan sedikit2  dalam adunan telur kacau hingga sebati menggunakan spatula.

Bakar suhu 200'C selama 10-12 minit.
Api atas bawah.
Seperti biasa lanserkan acuan dgn minyak panaskan acuan terlebih dahulu lebih kurang 10 minit didalam oven.

Slmt mencuba ..

* * HALAL SHARING ** — at Lina' Dry Kitchen


Friday, April 20, 2018

Nasi Goreng Tomyam


Nasi goreng tomyam untuk breakfast. Tomyam udang ke tomyam sotong.....hehehe....subuh2 ni tak sempat nak mencandat dan menjala....tu la pasal takde nampak benda2 tu....


Nasi Goreng Tomyam

Bahan-Bahan

4 cawan nasi sejuk - (biasanya kalau saya memang plan nak masak nasi goreng saya akan tanak nasi dengan meletakkan garam secukup rasa supaya nanti bila time goreng dah tak perlu letak garam dan garam rata keseluruhan nasi)
*5 biji cili api  + 1 biji cili masak (ditumbuk)
*1 biji bawang besar (ditumbuk/cincang)
*2 ulas bawang putih (ditumbuk/cincang)
perencah pilihan - boleh guna ayam, daging, sotong, udang, fishball dan fishcake (potong dadu)
2 sb pes tomyam
1 sb sos tiram
*2 batang serai (diketuk)
*3 helai daun limau purut (dihiris)
3 sb kicap pekat
Sayur-sayuran
Garam secukup rasa (abaikan kalau dah letak garam masa masak nasi)

Cara-cara:

Panaskan minyak dan tumis bahan bertanda * sehingga naik bau.
Masukkan perencah pilihan. Kacau sebentar sehingga sedikit masak.
Tambahkan pes tomyam dan sos tiram serta kicap. Kacau rata.
Masukkan nasi dan kacau sebati dengan bahan tumis dan sedikit garing.
Akhir sekali masukkan sayuran kesukaan masing-masing dan masak hingga sayur layu.
Sesuaikan rasa.
Kemudian masukkan sedikit garam jika perlu. Kacau rata.

Kuih Cara Manis


Minum petang....kuih cara. Cara mana pun okey...caramu dan caraku mungkin berbeza tapi asal hepi ikut saja cara mana kau dan aku suka....Ini cara kakak saya....bukan cara saya.....sampai rumah petang semalam tengok kakak tengah wat kuih ni....anak2 request kuih kegemaran diorang....terutama si kecik tu...suka sangat. Dan kalau dia makan tak kenyang kuih dah habis nanti nangis guling-guling.....nasib la kuih ni senang nak buat.....kalau dia minta macaron buat perangai camni leh fengsan ummi dia ni.


Kuih cara manis

1 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan air pandan (atau perisa pandan)
1 biji telur
Sedikit garam

Kisar sebati semua bahan.

Gula
Minyak
Acuan bahulu

Panaskan acuan. Oleskan sedikit minyak masak. Tuang adunan sehingga penuh.  Sudukan sedikit gula ditengah adunan.

Tutup acuan dengan tudung periuk dan biarkan masak selama 3 - 5 minit. Gunakan api kecil untuk mencungkil kuih yg telah masak (saya guna lidi cungkil gigi jer atau cake tester)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...