Monday, July 7, 2014

REZ ASFAR ma KOFTA (NASI MINYAK ARAB WITH KOFTA)

Teringat kat mekah dan madinah...merata2 ada jusl kofta nih. Kofta saya tak cantik kejadaannya. Daging kambing yg dibeli penuh dgn lemak dan urat2 yg tak boleh putus walaupun di kisar. Sepatutnya daging tu saya beli dah siap kisar tapi bila nak masak macam daging tetel jer.....ermmmmm geram dan rasa tertipu pulak. Bau kofta ni semerbak bila dibakar dan rasanya sedap walaupun rupanya tak mengancam....

Nasinya pun harum sebab ada air mawar. Safronnya walaupun secubit tapi warnanya menyerlah.....gred 1 la katakan....harganya untuk beberapa gram tu pun dah cecah RM180....cenderahati dari biras.

Selalu bila masak nasi arab, saya guna beras pusa....tapi tadi dah rendam basmati biasa tu baru teringat....jadi tak cantik sangat nasinya...

Disebabkan kesuntukan masa, dah masuk waktu berbuka, saya cuma sempat buat salata hara jer....nak buat salad dengan sos tahini pun tak sempat....ulamnya cuma timun jepun jer....
walau pun simple tapi masih dapat menaikkan selera...... ok la jom tengok resepinya yg saya perolehi dari lydia honey....

REZ ASFAR ma KOFTA (NASI MINYAK ARAB WITH KOFTA)

Resepi nasi yang popular di syria.
Resepinya:-

2 cawan basmati 
4 cmb minyak masak + 3 cmb minyak sapi*
Sedikit saffron+1cmb air mawar-kalu tak ada saffron guna je pewarna kuning
2 helai daun bay*
1 labu bawang besar- quartered*
1-2 ulas bawang putih-belah dua*
1 batang kulit kayu manis*
1/2 cmt lada hitam biji*
3-4 biji cardamom/buah pelaga*
1 inci halia*
1 cmt all spices*
Garam secukup rasa*
Air panas/ stock ayam

Bahan tabur:-
Kismis-di goring hingga keemasan
Pine nut/ almond- di goreng hingga keemasan
Bawang goreng 
Bersihkan beras, rendam dalam air yang telah dicampurkan dengan garam yang banyak (anggaran 11/2 cmb) selama 20-30 minit dan toskan.
Dalam periuk masukkan minyak dan tumiskan semua bahan* sehingga terbit baunya, goreng beras kira 2 minit hingga transparent dan masukkan air panas atau air rebusan ayam anggaran kedua-dua air ni dalam 5 cawan +-.
Masukkan sedikit garam dan biarkan sehingga mendidih di atas api yang besar,tutup periuk dan biarkan hingga hampir kering airnya dan renjiskan saffron di atas nasi, tutup periuk dan tanak nasi hingga masak.
Bila nasi masak, off kan api dan biarkan selama 5 minit baru gembur-gemburkan sedikit nasi dengan garfu supaya nasi cantik terlerai.
Hidangkan nasi dalam pinggan hidangan besar. 
Hiaskan dengan kofta yang telah dibakar/grill dan taburkan bahan tabur/hiasan.

Lamb Kofta 

500 gm ground mince lamb/ beef
1-2 biji fresh tomatoes- besar dibelah 4
1-2 ulas bawang putih- dicincang kasar
2 biji bawang besar- dikiub kasar
1 camt cumin powder
1 tsd coriander powder
1/2 biji lemon-ambil jusnya
1/4 cawan chopped fresh parsley
1/4 cawan fresh chopped coriander leaves
Olive oil
Salt and black pepper

Masukkan semua bahan di dalam food prosessor dan blend sehingga sebati.
Keluarkan dari food processor dan masukkan dalam mangkuk/besen dan gaul sekali lagi dengan tangan sehingga sebati.
Biarkan selama 1/2 jam dan bentuk2kan shape mamanjang mengikut saiz yang anda inginkan.
Grill di atas non stick pan/ masukkan dalam oven sehingga golden.
Angkat dan hidangkan bersama nasi atau roti pita.

Note:- Kofta ni kalau bakar di atas bara api lagi sedap & mangi jerr.. Kofta ni juga tak semestinya dimakan bersama nasi..ia juga boleh dinikmati bersama roti pita arab atau di gulung dalam roti pita dijadikan sandwich.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...