Saturday, July 5, 2014

Sambal tumis sotong kembang

Sotong ni sekarang mahal sungguh...dua tiga tahun dulu baru berapa ringgit jer sekilo. Tapi di sebabkan suka sangat dengan sambal sotong kembang ni, beli la juga...


Bahan-bahan :
Anggaran 600gm Sotong kembang
5 sb cili blender *kurangkan kalau tak suka pedas
2 keping asam keping
Minyak secukupnya untuk menumis
Gula dan garam secukup rasa
1/2 cawan pati santan
1 cawan rebusan sotong
2 batang serai di ketuk

Bahan kisar
5 Bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar


Cara-cara :)
Potong sotong ikut size kegemaran
Rebus lebih kurang 15 minit ( Toskan) atau agak-agak lembut - Ketepikan
Tumiskan cili kisar dan bahan-bahan yang telah kisar kemudian masukkan serai, gula - tumis hingga garing dan terbit minyak. Kemudian masukkan sotong yang telah di rebus tadi, masukkan anggaran 1 cawan air rebusan sotong, asam keping. Tunggu hingga menggelegak dan masukkan garam dan pati santan.
Kacau sehingga naik minyak dan tidak lagi berair.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...