Saturday, December 8, 2018

Mee Goreng Udang


Mee goreng udang untuk dinner malam ni....tadi tengahari makan mini pizza....malam layan mee....pagi kerabu megi.....kesian kat hubby....satu hari tak jumpa nasi. Malas nak.masak nasi sebab asyik.tak habis jer...anak2 dok craving makanan selain nasi. Hubby terpaksa mengalah nampak gayanya.

Esok la yer kita makan nasi pulak....plan nak buat lamb mandy....lama dah tak.layan.nasi arab.

Ps: photoshoot mee dalam kuali jer...jgn membawang kata kuali tak kilat tau, sentap hakak nanti....amik jer resepinya kalau berkenan....


Mee goreng udang

2 paket mee kuning - basuh dan toskan
400 gm udang
2 senduk cili kering kisar
4 sb sos tiram
4 sb kicap.pekat
4 sb sos cili
Garam.secukup rasa
8 ulas bawang putih - kisar
2 biji bawang besar - kisar
Sawi
Tauge
Minyak secukupnya

Panaskan minyak. Tumis cili dan bawang besar dan putih hingga pecah minyak.

Masukkan sos2 dan.kicap. Tumis sebati. Masukkan udang. Tumis himgga udang masak kemudian.masukkan mee. Gaul rata. Perisakan.dengan.garam secukup rasa. Masak hingga mee sebati dengan bahan tumisan. Akhir sekali masukkan sayuran. Kalau letak tauge, masukkan sebelum tutup api sbb saya suka tauge yang masih rangup.


Ayam masak merah


Ayam masak merah sesekali layan memang best....kali ni makan dengan nasi tomato...versi simple jer kali ni....


AYAM MASAK MERAH

Bahan A
1 1/2 ekor ayam - potong sederhana
1 labu bawang besar ~ potong gelang atau potong baji
1/4 cawan sos tomato
1/4 cawan sos cili
3 keping asam gelugur
Minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa
sedikit serbuk kunyit

Bahan B
15 tangkai cili kering Kisar
2 inc halia ~ kisar
3 ulas bawang putih ~ kisar
1 labu bawang besar ~ kisar
2 batang serai ~ titik
4 biji tomato ~ kisar
1 batang kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
8 kuntum bunga cengkih

Ayam cuci bersih. Kemudian gaulkan dengan garam dan kunyit dan goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan

Panaskan minyak dalam kuali. Tumis rempah tumis dan bahan yang dikisar hingga garing, pecah minyak dan harum. Masukkan sos2 dan kacau sebati.

Masukkan ayam, bawang besar, garam dan gula secukup rasa. Gaulkan sehingga sebati. Hidangkan bersama nasi tomato atau nasi lain yang sesuai.


Apple crumble cake


Apple crumble cake with ice cream and butterscotch sauce...... Anak.buah mengidam...sanggup pegi beli.aiskrim...apple....kupas apple.dan potong sume sanggup sebab teringin sangat nak makan lepas tengok post ig mak sedaranya nih.....😅😅😅😅😅 @wahidahrahims_ enjoy your tea....😍😍😍😍



You can't beat an old-fashioned dessert, like this delicious crumb cake, starring tender apple and sweet strawberries.
Featured in Winter recipes, Cakes
Strawberry crumble cake

Bahan2nya

200 gm mentega pada suhu bilik
155g (3/4 cup) gula kastor
2 sk vanilla essence
2 biji telur gred A
300g (2 cawan) tepung gandum
ayak dengan 1 sb baking powder
185ml (3/4 cawan) susu segar

Untuk apple filling

4 biji epal hijau granny smith - buang kulit dan potong dadu.
1/2 cawan Gula perang atau secukup rasa
Sedikit garam
1 sb tepung jagung bancuh dengan 1/2 cawan air
1 biji oren - perah jusnya
1 sk serbuk.kulit kayu manis
Sedikit serbuk pala

Satukan semua bahan kecuali tepung jagung. Masak hingga gula cair dan air apple keluar. Biarkan seketika dalam 10 minit.

Masukkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga pekat. Kacau selalu sepaya tak hangit.


CRUMBLE TOPPING

75g (1/2 cawan) tepung gandum
50g mentega sejuk, potong kecil
55g (1/4 cawan, gula perang

Satukan dan ramas2 guna hujung jari hingga jadi serbuk kasar.

Cara2nya

Panaskan oven to 180°C. Alas loyang dengan baking paper. Saya guna loyang 11 inci (boleh guna loyang bulat springform 20cm)

Pukul mentega, esen dan gula hingga pucat dan gebu.  Masukkan telur satu persatu sambil terus pukul hingga sebati.

Kemudian,.gunakan senduk untuk menggaul secara kaup balik susu dan tepung secara selang seli hingga habis.

Ratakan adunan ke dalam loyang. Sudukan  dan hias dengan buah strawbery.

Tabur crumb diatas permukaan adunan.

Bakar selama 50 minit (adunan kek saya nipis sbb memggunakan loyang besar jadi masa bakar lebih pendek, sekiranya guna loyang yang lebih besar dan adunan lebih tebal tambah masa membakar)

Keluarkan adunan dari loyang, sejukkan dan hidangkan.


Nasi tomato


Menu hari selasa.


NASI TOMATO

6 cawan beras - cuci dan toskan
1 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato
2 sb tomato puree
2 sb minyak sapi
5 sb minyak
Garam secukup rasa
5 cawan air

bahan tumis

3 ulas bawang putih - kisar
5 ulas bawang merah - kisar
1 inci halia - kisar
3 biji Buah pelaga
3 biji Bunga cengkih
1 inci Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang

1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah tumis dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau.
2. Masukkan susu cair, tomato, tomato puree, sos tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan beras dan masak sampai airnya hampir kering. Kacau sesekali.
4. Apabila nasi hampir kering, tutup periuk, tindih dengan pemberat dan kecilkan api. Biarkan tanak sepenuhnya selama 10 - 15 minit. Tutup api,.biarkan seketika sebelum dikareh rata.
5. Boleh dihidangkan bersana lauk ayam masak merah dan dalca atau kerabu timun.


Thursday, December 6, 2018

Ayam sambal bali


Ayam sambal bali....ayam bali yang femes jugak.....banyak kali lalu lalang gambar masakan ni orang share. Tengahari ni saya masak ayam ni makan dengan nasi jagung pedas tu.  Resepi lina pg saya guna cuba saya olah sedikit. Serainya saya kisar....kalau diketuk sayang tak dimakan.....mahal serai sekarang....bila kisar halus jadi gravy sedap  ngan nasi.

RESEPI AYAM SAMBAL BALI

Bahan-Bahan A

1 ekor ayam dipotong ikut
Garam dan kunyit
Minyak

Cara-Cara:

Ayam dibersihkan, perasakan dengan garam kunyit.

Panaskan minyak, gorengkan ayam (tak perlu terlalu garing, nak yang agak juicy.
Angkat kemudian ketepikan.

Bahan B (Kisar)

Cili kering segenggam - gunting dan rebus
6 labu bawang besar
1 labu bawang putih
1/2 inci halia
1 cm belacan

Bahan C

8 batang serai dititik - saya kisar
6 tangkai daun kari
4 sb kicap manis
Gula perang dan garam secukup rasa
Minyak (guna minyak lebihan goreng ayam td)



Cara-cara

Tumis serai, sampai separa coklat Masukkan daun kari dan goreng hingga garing dengan api sederhana

Kemudian masuk semua yg dah  dikisar tadi. Tumis hingga naik bau dan pecah minyak.

Masuk gula, garam serta kicap.

Masukkan ayam, masak lebih kurang 10 minit. Gaul sebati dan segala tumisan bersalut dengan ayam.

Dah siap tutup api.Sedia dihidang.

Nasi jagung pedas (spicy corn rice)


Menu hari khamis....nasi jagung pedas istimewa...

Nasi jagung pedas
Spicy corn rice @ http://zulfadreamland.com.my

5 cawan beras (saya guna beras biasa jer bukan basmathi
5 cawan cecair ( saya guna 1/2 cawan susu cair + 4 1/2 cawan air) (kalau guna basmathi cecair tambah 1 1/2 cawan lagi)
2 sb cili kisar ( boleh tambah kuantiti cili atau cili padi jika ingin lebih pedas) - saya buat pedas2 manja jer
5 tangkai daun kari
4 sb sunquick oren atau jus perahan 1 biji oren
1 biji bawang besar - hiris
1 cawan jagung - saya guna jagung frozen (nak lebihkan pun boleh)
6 kuntum bunga cengkih
6 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
Minyak untuk menumis (boleh campur minyak sapi  jika suka)


Kisar

2 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
3 inci halia

Tumis bawang hiris, daun kari dan rempah tumis hingga keperangan dan naik bau.

Masukkan cili dan bahan kisar. Tumis lagi hingga pecah minyak.

Masukkan cecair dan sunquick. Perisakan dengan garam secukup rasa. Biarkan mendidih. Masukkan beras dan masak hingga air hampir kering. Masukkan jagung. Kecilkan api dan tutup periuk rapat2. Biarkan masak dalam lebih kurang 10 - 15 minit. Tutup api. Buka penutup dan titiskan pewarna kuning telur jika suka. Tutup semula. Biarkan 10 minit. Buka penutup periuk dan kareh rata nasi. Hidangkan dengan lauk pilihan.




Saturday, December 1, 2018

Apple pie


Lama dah tak layan apple pie. Dua malam lepas buat la 10 ketul pie ni guna 4 biji apple granny smith sebagai filling. Saya guna kulit pastry segera jer....tak rajin nak menguli. Beli lama dah tapi tak berkesempatan nak buat.

Lepas iman selesai pembemdahan ni ada la masa lebih.....sebelum ni sibuk dengan aktiviti buat kukis untuk kumpul sedikit sebanyak belanja untuk iman.


Pastry sheet ni senang nak.guna dan dipelbagaikan bentuknya ikut kreativiti.

Untuk filling saya guna resepi dibawah ni.

4 biji epal hijau granny smith - buang kulit dan potong dadu.
1/2 cawan Gula perang atau secukup rasa
Sedikit garam
1 sb tepung jagung bancuh dengan 1/2 cawan air
1 biji oren - perah jusnya
1 sk serbuk.kulit kayu manis
Sedikit serbuk pala

Satukan semua bahan kecuali tepung jagung. Masak hingga gula cair dan air apple keluar. Biarkan seketika dalam 10 minit.

Masukkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga pekat. Kacau selalu sepaya tak hangit.


Isikan ke dalam kulit pastry. Sapukan telur dan.bakar selama 20 minit atau hingga keperangan. Suhu 170 celcius.


Strawberry crumble cake


Sejak iman keluar dari hospital selepas menjalani pembedahan tulang belakang ni ramai jiran, kawan2 sedara mara datang menziarah. Ada ketikanya tak hidangkan apa2 pun sebab tak sempat.

Semalam hubby dan kakak ada...sambil2 tengok2kan iman sambil adun kek. Adalah rezeki tetamu kami. Sedap old-fashioned desert ni....manisnya sedang2. Resepi saya google dari sumber luar negara.....saya olah sedikit guna compote sbb strawberry kat sini agak masam.


Strawberry crumble cake

Bahan2nya

200 gm mentega pada suhu bilik
155g (3/4 cup) gula kastor
2 sk vanilla essence
2 biji telur gred A
300g (2 cawan) tepung gandum
ayak dengan 1 sb baking powder
185ml (3/4 cawan) susu segar

Strawberry compote dan strawberry segar secukupnya


Resepi strawberry compote

500 gm strawberry
3/4 cawan gula @ secukup rasa
1 biji perahan oren

Masak hingga pekat. Penyek2kan sikit strawberry yang dah lembut tu.

CRUMBLE TOPPING

75g (1/2 cawan) tepung gandum
50g mentega sejuk, potong kecil
55g (1/4 cawan, gula perang

Satukan dan ramas2 guna hujung jari hingga jadi serbuk kasar.

Cara2nya

Panaskan oven to 180°C. Alas loyang dengan baking paper. Saya guna loyang 11 inci (boleh guna loyang bulat springform 20cm)

Pukul mentega, esen dan gula hingga pucat dan gebu.  Masukkan telur satu persatu sambil terus pukul hingga sebati.


Kemudian,.gunakan senduk untuk menggaul secara kaup balik susu dan tepung secara selang seli hingga habis.

Ratakan adunan ke dalam loyang. Sudukan compote dan hias dengan buah strawbery.

Tabur crumb diatas permukaan adunan.

Bakar selama 50 minit (adunan kek saya nipis sbb memggunakan loyang besar jadi masa bakar lebih pendek, sekiranya guna loyang yang lebih besar dan adunan lebih tebal tambah masa membakar)

Keluarkan adunan dari loyang, sejukkan dan hidangkan.


Tuesday, November 27, 2018

Spicy grilled chicken


Ayam bakar pedas ala korea......hehehehe suka hati akak bagi nama semata2 sbb marinate dengan paste cili korea kat ayam tu. Kata anak2 pes chili  sebelum dimasak dengan ayam tu baunya tak best....tapi bila dah masak sedap bukan main. 


Ayam ni sakak hidangkan dengan nasi minyak oren.  Sedap bak hang. Simple dan sedap....


Ayam bakar pedas ala korea

6 bahagian peha
4 sb pes korea
1 besar pes bawang besar
1 sk pes bawang putih
1 sk pes halia
Garam secukupnya
Pasley flake secukupnya
1 sk smoke paprika

Gaul semua bahan2. Perap 2 jam. Susun atas tray. Bakar selama 45 minit - 1 jam hingga keperangan.


Hidangkan dengan nasi pilihan atau kentang putar, wedges dan salad.


Nasi minyak oren


Nasi minyak oren....bila wartawan harian metro kata nak datang interview minggu lepas, saya mula memikirkan beberapa menu yang  ak dihidangkan. Macam2 senarai terlintas difikiran. Akhirnya saya bercadang mencuba resepi yang baru dicipta pagi hari yang sama.....nasi oren.


Nasi ni wariasi nasi minyak yang diberi aroma dan bau daripada parutan kulit dan perahan jus buah oren segar. Ianya diserikan dengan sedikit pewarna kuning telur.


Nasi minyak oren

4 cawan beras basmathi - basuh dan rendan dengan air dan satu sudu kecil garam selama 30 minit kemudia toskan)
5 cawan air
2 biji oren - parut kulitnya dan.perah jusnya
1 biji bawang besar saiz sederhana - hiris
2 inci halia - hiris
6 ulas bawang putih - hiris
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga
6 biji bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning telur
3 sb minyak sapi
8 sb minyak masak
Garam secukup rasa

Panaskan minyak masak dan mintak sapi. Tumis rempah tumis hingga naik.bau. masukkan bawang2 dan halia. Tumis lagi hingga sedikit keperangan. Masukkan parutan kulit oren. Kemudian masukan air. Biarkan mendidih. Masukkan beras yang telah direndam dan ditoskan.

Masukkan jus oren serta garam secukup rasa. Masak hingga air nasi kering (kacau sesekali). Titiskan pewarna dan tutup periuk dan biarkan nasi masak sepenuhnya.  Biarkan nasi yang telah masak selama 10 minit sebelum kareh rata.

Hidangkan dengan lauk pauk pilihan.


Pulut tai tai


Kuih Pulut Tekan/Pulut Tai Tai (Pressed Glutinous Rice) + Caramel Kaya makanan dari negara jiran yang tak kurang istemewanya. Pewarna alami dari bunga telang digunakan dalam penyediaan pulut ini. Ianya dihidangkan dengan kaya memang sangat2 menyelerakan.


Pulut tai tai

*3 cawan beras pulut (basuh dan rendam 3 - 4 jam)
*1 sb cuka
*Garam secukup rasa
*2 sb gula
*3 helai daun.pandan
*3 cawan santan sederhana pekat.

4 -5 sb air perahan bunga telang (ambil 20 - 30 kuntum bunga - rendam dengan 1/4 cawan air panas biarkan seketika, perah airnya)

Satukan dan kukus hingga pulut masak dan lembut. Kalau pulut belum cukup lembut boleh tambah sedikit air atau santan dan kukus semula. 

Titiskan di beberapa tempat jus bunga telang tadi. Kukuskan sebentar.

Keluarkan daripada kukusan. Tekan2kan pulut tadi supaya padat. Sejukkan dan potong dan hidangkan dengan kaya gula hangus. (Saya guna acuan lompang dan apam. Tekan dalam acuan)


Resepi kaya gula hangus

200 gm gula perang
1/4 cawan air panas mendidih
200 ml santan pekat
4 biji telur gred A
3 helai daun pandan
1 sb tepung gandum
Sedikit garam

Tuang gula ke dalam kuali. Biarkan mencair dan keperangan. Kacau bila dah cair...tuang air sedikit2 dengan.berkati hati sambil kacau. Satukan telur, garam, tepung dan santan. Kacau rata, tuangkan ke dalam caramel tadi. Masukkan daun pandan. Kacau selalu hingga kaya pekat.





Kuih pukis pandan keju

Merajinkan diri balik dari pejabat semalam.
Rajin ada makna.....hahaha. Acuan ada takde sebab nak jadikan tukun.....kena guna selalu supaya ada alasan kukuh nak tambah koleksi.....kankankan. Resepi ni saya jumpa kat mr google....jiran negara sebelah share...dap weh....jom cuba.....takde acuan tu boleh jer guna acuan cara....rupa jer beza rasa sama sedap.


Resepi ni asalnya dari indonesia.

Pilihan bahan2 mempengaruhi rasa kuih ni. Guna mentega tulen. Pengunaan air daun pandan yang dikisar berbanding pes yang dibeli membangkitkan aroma dan rasa serta lebih menyihatkan.

Whipping cream boleh digantikan dengan santan segar  menaikkan rasa lemak ditambah pula dengan rasa mentega tulen yang digunakan.

Pastikan telur dan gula dipukul hingga betul2 gebu bagi menghasilkan kuih yang lembut gebu.

Saya tambahkan taburan colored rice utk nampak lebih menarik  Boleh juga taburkan chocolate rice.

Acuan pukis ni agak sukar dijumpai kat malaysia. Masih boleh disediakan tanpa acuan khas. Guna acuan kuih cara atau baulu atau muffin pun ok.

Di Indonesia, kuih ni banyak dijual digerai2. Kat Malaysia ni pun ada tapi tak sebanyak di sana.

Perisa boleh dipelbagaikan selain pandan. Boleh buat perisa mocha, stawberry, durian, kelapa muda (isi kelapa dihiris/cincang dan dimasukkan ke dalam adunan) dan macam2 ikut citarasa.


Kuih Pukis pandan keju

Bahan A

100 gm mentega

Bahan B

100 gm gula
4 biji telur gred C

Bahan C

225 gm tepung gandum
25 tepung jagung
3 gm yis kering

Bahan D

100 ml whipping cream
200 ml air
1 sb pes pandan (atau kisar 20 helai daun pandan dan tapis urk mendapatkan 200 ml air)

Bahan E

Keju secukupnya
Choc/colored rice jika suka

Cara- caranya

1. Cairkan mentega, ketepikan.
2. Satukan bahan C dan gaul rata. Ketepikan.
3. Satukan bahan D dan kacau sebati. Ketepikan.
4. Pukul bahan B dengan kelajuan tinggi hingga gebu selama 10 minit.
4. Turunkan kelajuan mixer ke 1 dan masukkan bahan C dan D secara berselang seli hingga habis. Setelah sebati tutup mixer dan rehatkan adunan selama 1 jam.
5. Panaskan acuan dan.oleskan dengan mentega. Masak hingga separuh matang. Letakkan keju,  teruskan memasak hingga adunan masak sepenuhnya. Keluarkan adunan daripada acuan dan.hidangkan sebagai minum petang.

Monday, November 12, 2018

Kek Coklat Kukus Mudah dan Sedap


Baik teman ngaku sendirik tulisan macam hampeh.....hahahah.... Masuk universiti hari2 pun tulisan buruks juga nih....tu la seram sungguh kalau suh tulis atas kek... Agaknya masa kecik aritu tak bedung tangan kot.. tu yang menulis asyik ketaq semacam jer.

Kek ni bos minta buatkan utk staf opis yang nak pencen.... Saya guna resepi bawah ni yang saya copipes samada dari FB atau pun blog mana2....saya lupa nak copy sekali sumbernya....apa2 pun terima kasih...saya share kat sini pulak yer. Ya ampun.....
Saya olah sedikit resepinya yer


Kek coklat kukus

3 biji telur
1 cawan gula perang

Kacau sebati sahaja

Masukkan
1 cawan susu pekat

Kacau sebati

Masukkan
1 cawan air kopi/nescafe panas mendidih (tanpa gula atau air panas kosong)

Kacau sebati

Masukkan
1 cawan minyak
Sedikit garam

Kacau sebati

Ayak
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sk baking powder
1 sk baking soda

Tuang ke dalam adunan telur.
Gaul sebati

Tuang ke dlm loyang yg digris atau alas baking paper. Kukus 45 minit @ hingga masak.


Sunday, November 11, 2018

Kuih barancong aka kuih pancong


Mencuba resepi dari seberang.....dapat jer acuan kuih pukis yang saya beli dari terengganu terus semangat nak cuba biat kuih makassar ni. Sedap....alhamdulillah.

Resepinya saya google kat tenet. Saya olah sikit resepinya...berbaloi cuba....manisnya pun sedang2 ajer.

Kue Baroncong Aka Kue Pancong Khas Makassar

Bahan Baroncong :

250 gm gandum
1 biji telur
250 gm kelapa muda parut
500 ml santan
Garam secukup rasa
1 sb baking powder
100 gm gula

Cara Membuat Kue Buroncong Khas Makassar :

Campurkan garam, telur, tepung dan baking powder.

Tambahkan santan,  kemudian tambahkan gula, kacau adunan tersebut hingga sebati

Masukkan kelapa muda parut ke dalam adunan tersebut dan gaul rata.

Panaskan ucuan dan oleskan minyak, kemudian tuangkan adunan ke dalam acuan.

Bakar hingga masak. Saya masak atas dapur gas.



Saturday, November 10, 2018

Burger mini menu pilihan jamuan anak-anak


Burger mini untuk jamuan harijadi anak sulung.... semua tetamu teruja dengan burger mini warna-warni ni..

Roti burger tu saya guna resepi roti biasa...buat bun burger kecil2...dua warna pilihan....hijau dan pink. Daging burger tu saya guna nuget tempura....plan asal nak buat sendiri tapi tak sempat.

Untuk lebih menarik saya cucuk burger dengan garpu plastik kecil warna- warni juga...

Laris burger saya haritu...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...