Showing posts with label daging. Show all posts
Showing posts with label daging. Show all posts

Monday, September 9, 2019

Nasi Daging Utara

Nasi daging utara untuk kuliah maghrib bersama ustaz syed......masak bergotong-royong dengan orang2 kuat surau Ar Raihan. 11 kg daging korban yang memang disimpan utk kegunaan jamuan kuliah, 7 kg beras basmathi, jelatah dan air asam kerisik bakal dinikmati bersama tetamu rumah Allah malam ni.
Masakan ni tak cukup bahan disebabkan kekangan bajet. Sepatutnya sekg serbuk badam,  gajus, yogurt dan rempah empat sekawan tinggal bertiga jer. Bunga cengkih kehabisan stok dipantry surau. Daun pandan pun terpaksa dilupakan kali ni.
Cara memasak kali ni terpaksa diubah suai kerana ketiadaan periuk besar. Abam sayam saya berada diluar kawasan jadi tiada kederat nak mengeluarkan periuk dari stor barangan dapur kat rumah.
Kekal dengan resepi mamak haji...dah bertahun guna resepi ni...
Nasi Daging
Bahan-Bahan:-
1 kg daging - dipotong agak besar (12 - 14 ketul) direbus sehingga lembut dan jangan lupa simpan air rebusan untuk memasak nasi kemudian.
Kalau tak mahir potong daging, biar saja penjual daging memotong untuk anda. Cuma bagi tahu berapa ketul yang anda perlukan. Kalau Daging segar korban peh!..tak yah rebus ia adalah amat baik.-
1 kg berasmathi - basuh dan rendam 30 minit.
Sukatan air rebusan daging yang diperlukan sama dengan sukatan beras 1:1 1/4 sekiranya menggunakan basmathi pusa.
3 sudu besar kimball tomato sup (takde bajet kali ni omit😄)
3 sudu Yogurt asli (tairu) atau susu cair 1/2 tin.-
Gula batu sedikit
Garam secukup rasa.
Bawang Goreng untuk ditaburkan.
Bahan-bahan Untuk Menumis:-
1 senduk besar minyak masak (lebih kurang 4-5 sudu besar).-
2 sudu besar minyak sapi.-
2 sudu besar rempah daging.-
1/2 sudu kecil Jintan Manis.-
1/2 sudu kecil Jintan Putih.-
1 sudu besar rempah beriani.-
100gm buah badam yang direndam, dibuang kulit dan di mesin halus.-
sedikit buah kismis dan Jangus.-
1 sudu besar bawang putih + halia telah dimesin.-
2 biji bawang besar telah dimesin halus.-
1 biji bawang besar dihiris.-
1 helai daun pandan di potong 3 inci panjang.-
1 sudu kecil Garam masala -
Kayu manis 1,
bunga lawang 3,
cengkih 4 dan
buah pelaga 4.


Cara-Cara Memasak:
1. Panaskan periuk, masukkan minyak kemudian minyak sapi.
2. Bila minyak panas, masukkan Garam masala, bawang hiris, bawang putih dan halia dikisar, daun pandan, biji jangus dan kismis dan bawang dikisar.
3. Bila tumisan mula keluarkan bau yang harum masukkan daging yang telah rebus, masukkan rempah kari dan beriani, tairu dan kisaran buah badam. Jangan sampai hangit dgn segera masukkan air rebusan daging yang telah tapis. Masukkan gula batu dan garam secukup. Rasa kemasinan air. Tutup tudung periuk.
4. Apabila air mula mendidih buka tudung dan masukkan beras dan kacau perlahan. Apabila air mula mengering, Kecilkan api dapur dan tutup tudung periok dgn ketat. Boleh tindihkan tudung dgn benda yg berat seperti batu lesong supaya wap tidak terlepas keluar dgn banyak.
5. Tunggu sampai wap mula keluar dari tudung periok isyarat nasi mulai masak.
Biasanya nasi akan masak dengan sempurna 25minit - 35 minit. Api dapur perlu dijaga supaya nasi tidak hangit. Kepada yang baru ingin mencuba dan tidak pandai mengawal api dan masak dalam kuantiti kecil boleh gunakan kuali leper sebagai pelapik periok anda supaya api dapur boleh dikawal.
6. Apabila nasi telah masak mencungkil menggunankan sudip dan terbalikan nasi dari bawah ke atas supaya nasi lebih peroi. Dua atau tiga kali memadai.
7. Jangan kerap buka tudung periok nasi. Ini akan menyebabkan wap terkeluar banayak dan Nasi anda menjadi mentah. Sekiranya nasi anda menjadi mentah, renjiskan air panas (guna sudu) ke atas nasi dan masak kembali dengan api yang sama. Hahaha...kalau mentah juga...kukus saja nasi itu...hehehe!. Jadi Nasi Daging Kukus hahaha!.












AIR ASAM KERISIK
Cili Api,
Belacan Bakar
lada merah
Air asam jawa
Masukkan dalam blender kisar (jumlahnya perlu anda yang kena tentukan kalau nak pedas bubuhlah lebih sikit kalau tak mahu pedas kurangkan).
Masukkan perahan air limau nipis, gula, garam dalam bahan kisaran tadi.Hiris bawang besar dan tomato sedang masak dan gaulkan sama rata.
Boleh juga masukkan hirisan cili hijau. Tambah kerisek. Jadilah ia Air Asam.


#daging
#nasidaging
#airasamkerisik
#jelatah
#foodie
#foodielover
#instafood
#allaboutfood

Sunday, September 1, 2019

Grilled Lamb Rib Chops with a Rosemary anf Sage Crust


Lunch yg dah petang....hari ni mkn ubat lalok sampai ke petang......anak2 dah komplen kelaparan. Nak pegi beli pun tak daya....minum ubat semput badan jadi menggeletar. Tu yang masak pun dah lewat petang.....slow and steay jer. Tapi takpe siap la juga....simple2 jer.



Grilled Lamb Rib Chops with 
a Rosemary & Sage Crust

Bahan2nya

1/2 cawan fresh flat-leaf parsley- cincang
3 sb fresh rosemary - cincang
1 1/2  sb fresh sage - cincang
Garam secukup rasa
1/2 sk serbuk lada hitam
1/2 kg Lamb - saya guna bahagian daging sahaja kali ni  (nak guna bahagian lain pun boleh)
1 sb chilli flake

6 ulas bawang putih belah 2
1 biji bawang besar - potong wedges

Cara2nya

Gaul rata semua bahan2 di atas. Perapkan selama 2 - 3 jam atau boleh jer nak grill terus. Grill hingga masak. (Saya grill dalam oven).

Masukkan dalam tray. Tabur bawang putih dan besar. Bakar dlm oven pada sihu 250 celcius hingga masak (ikut citarasa nak medium rare ke...well done ke)

Kalau nak masak guna griller pun boleh...

Saya hidang dengan keledek bakar - keledek potong ikut suka, gaul dengan garam minyak zaitun, serbuk lada hitam dan chilli flake. Kemudian bakar sampai empuk.

#lambgrilled
#lunch
#allaboutfood
#healthierchoices
#instafood
#foodie
#food



Kuzi daging.....daging korban yang masih belum sempat dikorbankan sejak raya haritu.....akhirnya hari ni terkorban jua.....sedap wooo....masak kuzi ni iras2 briyani johor jugak....

Tapi kuzi ni ada macam2 versi....versi pantai timur ada...versi johor ada.....ada  gak baca resepi yg guna kerisik....ada yang letak yogurt....ada yg pernah makan versi kelantan tu banyak bawang goreng...
Tapi apa2 versi pun masakan ni wajar dicuba....sbb kejadiaan sedap banget.


Kuzi daging

2 kg daging dihiris nipis
4 tangkai daun pudina
2 pokok daun ketumbar
1/2 tin susu cair
1/2 tin tomato puri
Badam dan kismis
100 gm rempah kari daging
100 gm rempah briyani
garam secukup rasa
Gula melaka dan madu secukup rasa
1 ketul gula batu

Bahan Tumis
6 sb minyak makan
1 sb minyak sapi
6 biji  bawang besar- dikisar
8 ulas bawang putih - dikisar
4 inci halia - dikisar

2 kuntum bunga lawang
6  kuntum bunga cengkih
6 biji buah pelaga
2 batang kulit kayu manis


Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan  tumisan hingga naik baunyer.

Masukkan rempah kari dan rempah briyani. Tumis hingga pecah.minyak. Kemudian masukkan tomato puri dan juga susu cair.

Masukkan daging dan masak sehingga empuk. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Bila sudah masak dan daging empuk, masukkan daun pudina, daun ketumbar, cili merah, cili hijau tan taburkan badam goreng dan kismis.

Saya hidangkan dengan nasi briyani.

#kuzidaging
#kuzi
#beef
#food
#foodielover
#instafood
#allaboutfood


Friday, May 24, 2019

🐐Lamb Beryani Arabic Style🐐


Lamb biryani arabic style....done....18 kg lamb shoulder, 7 kg basmathi rice.....untuk majlis iftar di surau Ar Raihan. Alhamdulillah. Masih mrnggunakan resepi yang dikongsi oleh lydia honey sahabat alam maya saya....


Penyediaan nasi di dibuat secara gotong royong. Walaupun tak ramai yang turun padang tapi alhamdulillah juadah sempat disiapkan awal.  Yang datang muka2 biasa....takde orang baharu. Sebenarnya tujuan utama dibuat secara rewang ni untuk kenal mengenal sesama tetangga.....tapi bersangka baik dibulan mulia ni munhkin masing2 sibuk dengan urusan dan berada diluar kawasan. 

Anak2 tahfiz yang turut membantu penyediaan juadah iftar




 🐐Lamb Beryani Arabic Style🐐

Nasi🍚
4 cawan basmathi- cuci bersih tak yah rendam
1-2 helai daun bay
2-3 biji buah pelaga
Sebatang kulit kayu manis
2-3 sudu besar garam
Air yang banyak untuk merebus beras

Rebus🔪🐐
1/4 bahagian lamb (Saya ganti dengan daging lembu)
2 ulas Bawang putih- belah 2
1 labu Bawang besar- belah 4
2-3 helai daun bay*
Sebatang kayu manis*
5-6 biji buah pelaga*
5-6 kuntum bunga cengkih*
1/4 camt serbuk halia *
Air secukupnya

🍟4-5 biji Kentang kecil

1/2 sudu teh rose water
Sedikit pewarna kuning
2-3 tangkai/ batang daun pudina
2-3 tangkai/ batang daun ketumbar
Gajus atau badam

Bahan tumis beryani🍃
2 labu bawang besar dimayang nipis
2 ulas bawang putih -ditumbuk lumat
1 batang kulit kayu manis
2 biji Cili ijau fresh- jgn dipotong
Garam secukup rasa
1/4 sudu teh Lada hitam
1/4 sudu teh halia powder
2-3 biji fresh tomato- buang kulit, dadu kasar
1-2 biji capsicum hijau- dadu kasar
1/4 sudu teh serbuk pelaga
Gajus/ almonds jika suka
1/2 sudu teh arab mix spices
1/4 sudu teh kunyit powder
1/2 sudu teh masala curry powder tin hijau cap kapal.
1/4 cawan Minyak/ ghee untuk menumis( guna minyak sepenuhnya

STEP 1🐐
Bersihkan lamb, masukkan ke dalam pressure cooker dan rebuskan bersama bahan bertanda* sehingga empuk dan airnya tinggal sikit dalam secawan hampir kering.
Bila dah empuk, tapiskan serta asingkan lamb dari stock.


STEP 2🐐
Goreng kentang kecik sebijik2 sehingga golden brown sementara menunggu lamb empuk. Kalau tak de kentang kecik comel kentang biasa besar pon ok tapi potong bulat tebal dalam 1/2 inci.

STEP 3🐐
Dalam periuk besar, panaskan minyak/ ghee, gorengkan lamb tadi sehingga brown di kedua bahagian, angkat dan ketepikan sementara.
Dengan minyak yang sama, sauté bawang besar sehingga light golden brown.
Masukkan bawng putih, kulit kayu manis tumis sehingga berbau harum dan masukkan fresh tomato.
Teruskan masak/ sauté sehingga tomato hancur.
Masukkan capsicum, cili ijau, coriander powder, lada hitam powder, arab mix spice, kunyit powder, masala curry powder, halia powder, gajus dan garam secukup rasa.
Kacau sebati, masukkan kentang goreng dan lamb.
Kacau sedikit supaya bersalut pada lamb, masukkan secawan stock lamb tadi, tutupkan periuk dan renehkan menggunakan api perlahan sehingga kering dan hampir pecah minyak.



STEP 4🐐
Sementara menunggu lamb kering anda boleh terus buat step ni.
Dalam periuk lain, panaskan air sehingga mengelegak (air banyak macam nk rebus pasta), masukkan garam dan tunggu sehingga air boiling sekali lagi dan masukkan sehelai daun bay dan cardamom pods serta kulit kayu manis.
Masukkan basmathi rebuslah beras sehingga 3/4 masak.



Bila beras dah 3/4 masak jadi double saiz, off kan api, tapiskan airnya dan terus masukkan ke dalam periuk yang ada lamb.
Perlahankan api sekecil yang mungkin.
Tuangkan 1/4 cawan air panas serata permukaan nasi.
Campurkan pewarna kuning , rose water bersama 2 sudu besar air dan siramkan ditengah2 periuk atau pon buat tompok2, jangan dikacau, biarkan jer.
Masukkan daun pudina dan daun ketumbar..letak setangkai2 kat atas tu ok.
Ambil aluminium foil cover kemas periuk, tutupkan dengan penutup periuk dan tanaklah sehingga nasik masak selenuhnya dalam 10-15 minits.


Bila dah padamkan api biarkan 2-5 minit baru buka penutupnya, keluarkan daun kat atas tu dan telangkupkan ke dalam dulang@ pinggan hidangan anda.


Saya tak telangkupkan sbb kuantiti banyak dan takde dulang yang cukup besar untuk tampung kuantiti yang banyak camtu, jadi saya kacau jer dalam periuk sebelum dihidangkan dalam beberapa talam. Daun tu pun saya lupa nak keluarkan......gaul sekali suda....





Selamat mencuba.
Sesuai dihidangkan dengan maraq vegetable, salad dan timun yogurt.

Timun with yogurt.🍵
1 cawan plain yogurt
1-2 biji Japanese cucumber/ timun biasa pakai 1@1/2 jer kalau besar-parut kasar guna pemarut.
Garam secukup rasa.
A pinch of dried mints.
Campur semua bahan dalam mangkok dan kacau sehingga sebati.
Sejukkan sebentar dalam peti sejuk baru hidang ngan nasi.

Sunday, March 17, 2019

Rendang Tok Traditional Perak


Alhamdulilah sempat juga siapkan tempahan 3 kg rendang tok dan 2 biji kek oren pagi ni.....rendang tu plannya nak masak malam tapi terpaksa masak pagi sbb daging yang dibeli dipotong terlalu nipis.....memandangkan rendang ni dimasak paling kurang 3 - 4 jam kalau terlalu nipis potongan dagingnya akan hancur....lagipun saya guna daging topside....

Hubby offer pegi merket seawal jam 4 pagi....jadi sempat la saya masak sebelum custeme datang pick up jam 10 pagi.... Fuhhhhh.....lega.... Kek pun sepatutnya bake sambil buat rendang malam tadi tapi postponed ke subuh sbb dah stress kejap daging potong tak ikut spec..

Untuk tempahan sekilo saya jual RM75, tapi cukup 3 kg baru saya start merendang......kalau sekit sangat nak spen 3 -4  jam tak berbaloi.


Rendang Tok (Perak)

Bahan

1 kg daging lembu (batang
 pinang/ros/harimau menangis)

Rempah kisar

50g jintan putih
50g ketumbar
40g jintan manis

*Sangai dan kisar halus*

Bahan kisar

150g bawang merah
100g lengkuas
30g halia
30g kunyit hidup
40g bawang putih
40g cili kering (buang biji dan rebus/rendam hingga lembut) -. Boleh tambah ikut citarasa, boleh juga gunakan cili padi jika ingin lebih pedas
3 batang serai

*Kisar hingga halus*

100ml minyak masak
5cm kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
10 kuntum bunga cengkih
5 pelaga
1 liter santan pekat
Garam dan gula kabung/melaka/nisan secukup rasa
250g kerisik
200g isi kelapa dihiris
2 helai daun kunyit - koyak2kan ajer
(Saya letak sedikit kicap manis untuk gelapkan sedikit warna masakan - optional)
Air secukupnya

Cara2nya

Panaskan minyak. Tumis kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih hingga naik bau.
Masukkan rempah yg dikisar. Tumis lagi hingga naik bau. Kemudia masukkan bahan kisar lain, bawang dll. 

Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan daging yang telah dipotong kiub besar (dalam dua tiga inci tebal). Kacau sebati. Biarkan hingga air daging keluar. Masukkan pula santan. Masak hingga daging empuk.
Tambah air jika perlu.

Perisakan dengan garam dan gula kabung/nisan secukup rasa. (Saya letak sedikit kicap manis). Tambahkan kerisik dan daun kunyit.Kacau selalu supaya rendang tak hangit terutamanya bila rendang mula memekat.

Masak hingga rendang pecah minyak....

(Tempoh masakan biasanya 3 - 4 jam)



Friday, March 15, 2019

Home cooked grill beef

Image may contain: food
Image may contain: food

Image may contain: food

Home cooked grill beef

Memu simple dihujung minggu....mood malas nak masak nasi....

Grill beef

Daging topside/steak
Fresh Dill - cincang
Fresh oregano - cincang
Fresh thyme - cincang
Bawang putih - cincang/kisar (optional)
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam secukup rasa
Sos hoisin

Gaul rata. Biarkan sejam. Grill hingga masak. Jgn terlalu lama nanti daging keras.......lebih kurang 7-10 minit bergantung kepada ketebalan daging.

Dah masak saya hiriskan, hidang dengan salad segar dan sayuran celur.

Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: food and outdoor

Thursday, December 27, 2018

Briyani Gam Singapore Abang Sado JJ









Abg Sado JJ testing resepi baharu Ahad lepas. Briyani gam....resepi lebih simple berbanding briyani johor abg sado jj tapi rasanya tetap cenggini👍👍👍👍. Cuma kerjanya sedikit renyah tapi berbaloi baloiiiii..


Briyani Gam Singapore Abang Sado JJ

 @ http://zulfadreamland.blogspot.my

Daging 3 kg - potong kiub besar
7 biji bawang besar
2 labu bawang putih
4 inci halia
200 gm rempah briyani
2 pokok chinese leek - potong 2 inci
3 pokok daun bawang - hiris
3 pokok daun ketumbar - hiris
1 ikat daun pudina (ambil daunnya)
2 biji tomato belah 4
250 gm tomato puree
3 btg kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
9 biji buah pelaga
Gula batu (dalam sebesar 3 ibu jari)
1/3 tin Susu cair
1 cawan madu
Garam secukup rasa
1  senduk Minyak sapi
3 senduk minyak masak
Bawang goreng

Kisar bawang, bawang putih dan halia. Satukan semua bahan kecuali bawang di dalam periuk yg boleh memuatkan nasi. Masak hingga separa empuk. Masukkan bawang goreng. Kacau.


Sementara menunggu daging separa empuk sediakan nasi

4 cawan beras, basuh, rendam 30 minit dan tos.
2 biji bawang besar
1/2 labu bawang putih
2 inci halia
3 sb Rempah briyani (jadikan pes)
5 sb tomato puree
2/3 tin susu cair
2 pokok daun ketumbar  - hiris
1 ikat daun pudina ( ambil daunnya)
1 pokok chinese leek - potong 2 inci
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
Gula batu (dalam sebesar 1 ibu jari)
2 helai daun pandan
Garam secukup rasa
Air yg banyak untuk merebus
3 sb minyak sapi
Minyak masak untuk menumis
Kain kasa/cotton (Kain Briyani)
Alas periuk
Pewarna safron/kuning telur


Kisar bawang, bawang putih dan halia. Panaskam minyak. Tumis rempah tumis hingga naik bau. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan air, masak hingga mendidih. Masukkan daun2, garam dan beras. Masak hingga 2/3 masak. Toskan.

Letakkan alas periuk dan kain briyani. Tuang nasi yg telah ditoskan. Tuang ke dalam kain, tabur pewarna...renjis2kan dengan minyak sapi. Tuangkan pes rempah, tomato puri dan susu cair. Gaul2kan sedikit. Balut nasi dengan kain.

Tutup periuk dan gam sekelilingnya dengan doh tepung supsya wap tak keluar. Kecilkan api dan  biarkan masak selama 2 - 3 jam.  (Api kena betul2 kecil supaya lauk tak hangit.). Bila dah masak, buka gam dan tudung periuk keluarkan kain bersama nasi didalamnya...kareh rata. Taburkan bawang goreng jika suka.

Hidangkan bersama lauk dan jelatah/pecuk


Thursday, September 13, 2018

Daging masak hitam


Menu tambahan untuk majlis tahlil. Asalnya hubby suh masak kari pekat tapi ahad baru jer buat untuk member opis. Cam jemu pulak....tu yang masak daging masak hitam ni. Habiskan stok rempah....6.1 kg daging....


Daging masak hitam ZLC

1 1/2 kg daging - hiris nipis (untuk hati kasih aka limpa rebus dulu hingga empuk dan hiris setebal satu inci)

4 biji bawang besar
1 labu bawang putih
3 inci halia

Hiris separuh dan kisar separuh

1/4 cawan cili kering kisar
100 gm rempah masak hitam (belah2 utara banyak jual)
10 sb kicap pekat manis
Garam secukup rasa
3 keping asam gelugur
4 tangkai daun kari
Air
1 cawan minyak untuk menumis

Panaskan minyak. Tumis bahan hiris dan dsun kari hingga naik bau dan keperangan. Masukkan bawang kisar. Tumis hingga kering airnya dan sedikit keperangan. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.

Masukkan rempah masak hitam. Tumis hingga terbit bau dan pecah minyak. Masukkan daging. Masak hingga air daging keluar dan daging hampir empuk. Tambah air jika perlu. Masukkan kicap, garam dan asam keping. Masak hingga kuah pekat dan daging empuk. Sesuaikan rasa. Tutup api dan sedia dihidang dengan nasi minyak, nasi impit, nasi putih dll.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...