Thursday, July 24, 2014

Ikan masak pindang serani

Bila dah sibuk buat sekut, mood memasak pun dah menyorok kat mana entah.......tapi sekalunya tak ada pilihan...hubby, anak2 dan kakakku yg berpuasa perlukan makanan untuk berbuka....nak tak nak saya kena la jugak memasak juadah berbuka......takkan nak berbuka ngan biskut jer kot....huhuhu..

Badan dah penat, nak minta encik hubby masak, dia demam plak...

Fikir punya fikir akhirnya saya pilih menu paling sempoi....kebetulan semalam buat pes bawang, bawang putih dan halia....jadi jimat dan mudah skit kerja memasak ni....tak la susah2 dah kupas2 bahan2 tu...ceduk jer terus tumis....tumis pun sekejap jer sebab bahan2 tu dah massk dan kering airnya.....

Bahan2nya..

5 ekor ikan mabung
1 biji bawang besar belah 6
*5 ulas bawang
*4 ulas bawang putih
*1 inci halia
*1 inci kunyit hidup
Tumbuk atau kisar*
**6 biji cili padi - tumbuk kasar atau belah 2
3 keping asam gelugur
2 batang serai diketuk/titik
daun kesum diambil daunnya
2 biji tomato belah 4
air secukupnya
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Panaskan minyak. Tumis * dan ** hingga naik bau dan keperangan. Masukkan serai dan bawang besar. Tumiskan seketika. Masukkan air, kacau rata. Masukkan ikan, asam gelugur. Biarkan ikan masak dan mendidih. Masukkan garam dan gula secukup rasa, daun kesum dan tomato. Biarkan sebentar. Tutup api dan hidangkan....







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...