Friday, July 11, 2014

Masak lemak putih pucuk manis/sayur nasin

2 cawan Santan cair
1 cawan santan pekat
sejemput ikan bilis/udang kering
2 ulas bawang merah dihiris
2 biji keledek ( ikut saiz - lalau besar guna sebiji jer)
sebiji cili hijau atau merah di hiris serong
Seikat sayur pucuk manis - dilurut daunnya
Garam secukup rasa

Masukkan santan cair kedalam periuk bersama keledek. Masak hingga keledek empuk. Masukkan bahan2 lain. Masak hingga sayur layu. Kacau selalu supaya santan tak pecah minyak. Jangan terlalu lama, agak2 layu jer tutup api.
Tuai hasil dari depan rumah jer....seronoknya berbudi pada tanah....walaupun cuma sekangkang kera....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...