Friday, July 11, 2014

Sup ayam macaroni

Menu simple jer arini. Nak cepat...kira emergency nih....kul 5.30 pm baru nak keluarkan lauk dari peti beku....nak bg cepat defrost saya rendam ayam dah tukar air dua tiga kali...sambil tunggu ayam defrost saya siapkan bahan2 dan tumis dulu, masukkan air untuk sup...siap pun tak sampai sejam.

bahan2nya

1 ekor ayam - potong 16
2 batang serai diketuk
5 helai daun limau purut dihiris
1 pokok daun ketumbar
1 batang karot dipotong kecil
2 biji tomato dibelah 4
5 - 10  biji cili api dibelah 2
putik jagung/bunga kobis di potong kecil
100 gm macaroni direbus ikut arahan pembungkus
air secukupnya
garam secukup rasa

bahan tumis
1 biji bawang besar dipotong bulat
6 ulas bawang putih dihiris
2 inci halia hiris
2 inci lengkuas hiris
2 sb rempah sup - boleh tambah/kurangkan ikut kepekatan sup
Minyak untuk menumis

Panaskan minyak. Tumis bahan tumis hingga naik bau. Masukkan air. Masukkan ayam dan bahan2 lain kecuali daun ketumbar dan macaroni.
Biarkan mendidih dan ayam empuk. Masukkan saun ketumbar dan macaroni, kacau dan biarkan seketika. Siap dihidang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...