Tuesday, July 8, 2014

Rendang ikan tongkol

Selalu terkenang lauk ni....masa kecik2 kat kampung dulu selalu makan. Tapi sekarang ni tak pernah jumpa orang masak lagi. Dah ingat2 lupa rasanya....tapi yang pasti memang sedap.


Saja try google resepinya.....sekali gitu ada la pulak orang share...terus cnp. Kebetulan dlm stok ikan yg dibeli kat sg yu tu memang ada dua ekor ikan tongkol. Asalnya nak dimasak taucu, acar, lemak merah atau kari.

Daun kunyit makin meriah, walau pun kemarau tapi tengok elok jer pokoknya. Nanti raya boleh bawa balik ke kampung sikit dan jiran2 pun mungkin berminat untuk merendang boleh la ambil.
Rendang ikan ni sebenarnya sama jer macam rendang pedas ayam atau daging tu.

Kat sini saya sharekan resepi yang saya ambil dari blog secubit garam, sumber asalnya chef hanieliza. Tak sabar nak tunggu berbuka dah ni....bau rendang ni betul2 buat saya ngences/terliur......parah....

RENDANG IKAN TONGKOL
Bahan A:

1 ekor ikan tongkol ~ dipotong
3 cawan santan ~ dr sebiji kelapa
2 sudu makan kerisik
3 keping asam gelugur
2 helai daun kunyit ~ dihiris halus
3 helai daun limau purut ~ dikoyak
1/2 cawan minyak masak
garam secukup rasa
sedikit gula

Bahan B ~ dikisar

15 tangkai cili kering
5 bj cili api
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 batang serai
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis

Cara:
Potong ikan dan bersihkan.
Panaskan minyak dan tumis bahan B. Kacau sehingga pecah minyak.
Masukkan ikan tongkol, santan, kerisik, daun limau purut, garam dan asam gelugur.
Masak hingga pecah minyak dan pekat.
Masukkan daun kunyit, Kacau rata dan angkat.
Sedia dihidangkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...