Wednesday, December 6, 2017

Kek span cheese Leleh


Cubaan kesekian kalinya untuk menghasilkan perfect sponge cake tanpa pinggang dan tak mengecut.
Kek span cheese leleh yg tak berapa nak leleh sebab sikit sangat...hhehehe. Semangat membara cuba menghasilkan #perfectspongecake .......Balik opis rehat2 sekejap terus adun kek ni sambil masak lauk untuk dinner. Kalini takde berpinggang kejadiannya tapi atasnya masih kurang sempurna...sedikit tenggelam. Walaupun masih lembut gebu tapi belum boleh dapat markah 100%....cuma lingkungan 70% atau kurang....πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”....sedih...sedih...sedih. Nanti nak practise lagi dan lagi sampai success..


Tak dan2 sejuk memasing dah tak sabar nak makan...jadi nak taknak ummi letak juga la topping dan potongkan walau pun belum betul2 sejuk. Lembut gebunya ok tapi tu la...belum betul2 sempurna...

Kek yang ni saya guna resepi bawah ni....tapi terlupa nak letak pewarna....dah tuang semua adunan dalam loyang baru teringat pewarnanya tak dimasukkan....takpe la, tak menjejaskan rasa pun.

Kek Span Neopolitan -

Bahan2...
5 biji telur
1 ½ cwn superfine flour
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil baking powder
1 cwn gula halus
80 ml susu segar
L80 ml minyak masak jagung
1 sk esen vanilla
Pewarna pink n Emulco coklat

Cara2nya...
- masukkan semua bhn di atas KECUALI minyak masak jagung di dalam bowl mixer dan pukul hingga kembang gebu.. Anggaran 8 ke 10 minit ikut  mixer masing-masing...
- bila dah elok kembang gebu.. masukkan minyak dan kaup balik shj...
- bahagikn adunan kpd 3 color.. color asal, pink n emulco coklat...
- corakkn selang seli spi abih yee...
- masukkan ke dlm loyang 9" yg telah digris dan bakar 150° selama 50 minit @ sehingga masak ikut oven masing2.. Guna api atas bawah...
- terbalikkan ke atas redai/alas kek dan terbalikkan semula dgn cepat.. Saya terus buat atas alas kek.. Kek elok tak turun..

* Saya pukul telur, gula, ovalette dan esen vanilla hingga kembang dlu.. Pastu barulah masukkan susu dan tepung... Last skali masukkan minyak dan gaul balikkan spi rata dan bolehlah di bakar...

Selamat mencuba 😝😝😝


Ni ada satu resepi daripada Group FB Geng Hero Dapur....ramai yang guna katanya...dan success....so lain kali nak try juga la resepi ni....anak2 pun kata tak puas makan lagi kek yang buat tu....walaupun tak sempurna tapi diorg kata sedap sangat...;-))

Sumber fb: fauzi karim
πŸ”»peringatanπŸ”»
Jangan derhaka resepi...ikut dulu...bila dah terer baru olah ok...

Resepi: Sponge Cake
Bahan:
100gm Tepung Naik Sendiri
60gm Tepung Jagung
100gm Gula Kastor
50ml (1/4 cawan) Susu cair / Sejat / Full Cream (Sejuk)
5biji Telur A
2sdb Ovelet
1sdt esen vanila
65gm (1/4 block) Butter (dicairkan)
Cara2. 
1. Masukkan semua bahan dalam 1 bekas. KECUALI butter yang dah dicairkan
2. Pukul semua bahan hingga kembang (dari kuning bertukar putih)
3. Masukkan butter. Kaup balikkan. Tuang adunan dalam loyang 8inci
4. Bakar 175c selama 30-40minit

Ikut oven masing2 ok....πŸ˜‰

****Tips Membuat Kek Span tinggi.****

Saya kongsikan tips dari Pakar kek span Pn Norrihan Ars...jom baking

Tak susah pun buat kek span tinggi tetapi kalau anda jenis suka derhaka pada resepi pasti hasilnya kelaut dan mungkin boleh jatuh walau dah biasa buat kek!
Sebab itulah kalau nak hasilkan kek span tinggi, anda kena ikut petua. Untuk tahu apa rahsianya, jom godek tip yang dikongsikan oleh wanita yang selalu buat kek, Puan Norrihan Ars…
1. Panaskan oven lama skit sebelum masak bancuhan.. supaya suhu oven panasnya sudah mesra elok.. takde masalah kiri panas kanan kurang dan sebagainya
2. Pukul hingga kental.. lama tak apa tapi once dah masuk minyak kaup balik sekejap je.. cuba sekatakan dengan kaup balik 2-3x sahaja.. tapi jika tak sekata tak apa, biar saja.
3. Guna ovallate. Jangan tanya kalau tak nak guna boleh tukar dengan apa.. i is tak tahu.
4. Ovallate cari yang colour dia bersinar-sinar jangan yang kusam.. yang kusam tu buat kek tak mahu jadi.. sebab lama.
5. Ikut resepi betul-betul, jangan derhaka!
6. Sapu butter atau shortening pada loyang tepi dan bawah atau spray.. bawah lapik kertas.. tepi tak payah lapik, baru dia keluar mulus tak ada bersepai tepi-tepi. Ramai tak sapu.. sebab itu bila keluarkan dari loyang tepi-tepi tak licin jadi bersepai-sepai. Nak deko pun kena crumb coat dulu dah jadi lambat.. ni tak payah.
7. Lepas masak jangan biar sejuk dalam loyang.. kalau tak ianya akan mengecut.. lepas keluarkan dari loyang terus transfer atas jaring lepas tu terus letak atas cake board.. tak perlu tunggu sejuk.. kek akan jadi lebih moist sebab stim yang terhasil akan terperngkap dalam kek… beza klu kita sejukkn 100% atas jaring.
Ini cara yang kak Ann buat.. lain orang lain cara terpulang pada masing-masing. Moga bermanafaat!

Ikan Masak Taucu


Menu simple malam Isnin. Masakan kampung antara yang saya gemari. Esoknya saya bawa bekal ke pejabat. Sayang, ada tetamu yang tak jadi makan malam di rumah menyebabkan banyak pulak nasi dan lauk berlebih.


Resepi ikan masak taucu

3 ekor ikan cencaru (gaul kunyit dan garam kemudian digoreng)
4 sb taucu
1 biji bawang besar potong bulat
3 ulas bawang merah hiris
4 ulas bawang putih hiris
1 inci halia hiris
cili padi belah dua secukupnya
cili hijau belah 2 secukupnya
2 keping asam gelugur
timun buang biji potong kecil
Tomato belah 4
Minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
air secukupnya

Cara2nya

Tumis cili, bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan taucu. Tumiskan seketika. Masukkan air secukupnya dan asam gelugur.

Biarkan mendidih. Masukkan ikan dan sayuran kecuali tomato. Masak hingga sayur empuk. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan tomato dan biarkan seminit sebelum tutup api. Sedia dihidang.

****Sayurnya boleh dipelbagaikan ikut citarasa....timun, timun tua, labu air, tomato, kulit tembikai, terung....ikan pun janji yg sesuai digoreng kira boleh jer....


Monday, December 4, 2017

Kerepek Pisang Nangka Abang Sado JJ


Adeh....silap letak label la pulak....gara2 copy paste jer watermark tu.....dah siap malas pulak nak perbetulkan....pandai2 la bezakan kuih kasturi dengan kerepek pisang yer.....jangan pulak diviralkan jadi bahan kecaman buat diri kakak yang marhean ni....kesian akak.


Kerepek Pisang Abang Sado JJ

Mudah jer buatnya....(Mudah lagi memakannya...hehehehe)

1- Mula-mula pisang dibuang kulitnya...
2- Kemudian sagat terus dalam minyak panas.
3- Goreng hingga separuh masak....kemudian masukkan air garam secukup rasa....
4- Gaul rata dan terus goreng hingga garing.
5- Angkat....toskan minyak dan sejukkan.
6- Dah sejuk bolehlah simpan dalam bekas kedap....kalau tak abis dimakan....hehhehe....

senang jerkan....dan yang paling senang jadi tukang peghabih......tau2 dah siap masak jer.

Ada rupa kuih kasturi tak....hahahahaha.....malas nak edit.....abaikanla kesalahan hamba.

Congo Bar


Simple snak untuk minum petang. Sedap memikat. Tq Chef Obie and the gang. Perkongsian ilmu yang sangat memuaskan.


Congo bar

150 gm mentega
250 gm gula perang
3 biji telur gred A @ B
250 gm tepung gandum *
1 1/2 sk baking powder *
150 dark choco coin
50 gm coklat chip
80 gm walnut cincang - bakar 120°C selama 15 minit

Pukul butter & gula perang sekejap sahaja asal sebati.
Masukkan telur dan sebatikan
Masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak.
Masukkan walnut, choc chip dan coin. Gaul rata.
Masukkan dalam loyang 10 X 10
Bakar dengan 180°C selama 30-35 minit.

Ayam Masak Merah Simple


Ayam masak merah versi simple dimple. Kali ni tak letak kari dan rempah tumis sebab nak cepat. Penduduk semua dah kelaparan. Kesian diorang, asyik masak lambat jer sebab sibuk dan kepenatan mengemas rumah yang tak siap2 lagi ni.


AYAM MASAK MERAH

Bahan A
1 1/2 ekor ayam - potong sederhana
1 labu bawang besar ~ potong gelang atau potong baji
2 sb sos tomato
2 sb sos cili
Minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa
sedikit serbuk kunyit
Daun Sup dan Daun Bawang -hiris

Bahan B
15 tangkai cili kering ~ kisar
2 inc halia ~ kisar
3 ulas bawang putih ~ kisar
1 labu bawang besar ~ kisar
2 batang serai ~ titik

Bahan C - Optional (kali ni saya tak letak)

4 biji tomato ~ potong baji (optional)
1 sb rempah kari daging @ rempah daging masak hitam

Rempah tumis :-
1 batang kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang

Ayam cuci bersih. Kemudian gaulkan dengan garam dan kunyit dan goreng sehingga masak. angkat dan ketepikan.

Panaskan minyak dalam kuali. Tumis rempah tumis dan bahan yang dikisar, rempah kari hingga garing, pecah minyak dan harum. Masukkan sos dan kacau sebati.

Masukkan ayam, tomato, bawang besar, garam dan gula secukup rasa. Gaulkan sehingga sebati dan biarkan seketika. Akhir sekali masukkan hirisan daun sup dan daun bawang. Gaul rata dan tutup api. Hidangkan bersama nasi tomato atau nasi lain yang sesuai.


Cekodok Pisang


Sementelah stok pisang tengah banyak dan dah ranum ni saya buatkan cucur pisang nih untuk minum petang. Itupun gara2 melihat pos dalam group wasap masakan. Terliur dengan kegebuan cucur dia....munggil2 jer kejadiaannya.


Cucur aka cekodok aka jemput pisang @ ZLC

2 cawan pisang
Sedikit air
3 cawan tepung gandum
1/2 sk baking soda
1/2 sk baking powder
Gula secukup rasa
Sedikit garam

Kisar pisang, garam dan gula dengan air hingga hancur. Tuang dalam mangkuk. Masukkan tepung dan baking soda sedikit demi sedikit sambil adun rata. Adunan mesti tidak terlalu cair. Senang dijemput dengan tangan.

Panaskan minyak. Jemputkan adunan ke dalam minyak panas. Terbalikkan adunan supaya masak dan garingnya rata. Setelah keperangan, angkat dan toskan. Guna api sederhana untuk memasak. Cucuk la kat lidi sate nak bagi nampak macam best jer.



Asam Pedas Abang Sado JJ

Menu lunch sabtu lepas masakan encik hubby. Lewat juga baru siap lunch sebab mula masak selepas balik dari hantar anak2 ke kelas renang. 


Asam pedas abg sado JJ

750 gm ikan
1 senduk (cili kering yg dah dikisar)
* 6 ulas Bawang Putih
*2 biji bwang besar
*1 inci Halia
*1 inci/ketul kunyit hidup
Segengam Daun Kesum
Sekuntum Bunga Kantan – belah 4
Bendi atau terung panjang Belah dua dan potong lebih kurang 3 inci
Sebiji tomato belah 4 (optional)
1 liter air
Air Asam Jawa pekat dalam 1/4 cawan
Gula dan Garam sekukup rasa

----
Kisar *. Tumis cili hingga pecah minyak.  Masukkan bahan yang kisar dan kacau hingga naik bau. (Bahan ni boleh juga dikisar sekali dengan cili kering dan tumiskan hingga pecah minyak).

Masukkan air asam dan air.

Masukkan ikan dan bunga kantan, bendi.

Masukkan gula dan garam secukup rasa dan biarkan mendidih.

Masukkan tomato dan daun kesum  biarkan lebih kurang 2 minit. Tutup api.....siap untuk dimakan.


Kroket Tauhu



Kroket (croquette) Tauhu....dua hari lepas tengok @foodiebyme masak n post kat IG dia, tetiba teringat2 rasanya lalu kat tekak...last buat 2016....tapi ada keju dan cendawan.

Campurannya boleh dipelbagaikan ikut citarasa. Letak udang....cheese....lobak merah...ikut la..... Selain tauhu, nak buat kroket kentang pun boleh.



Kroket Tauhu Ala ZLC
http://www.zulfadreamland.blogspot.my

5 keping tauhu biasa
1 pack tauhu lembut (pack 4 segi)
2 keping dada ayam (boleh ganti dengan isi udang)
1 sk serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
3 biji telur
(Boleh masukkan parutan keju cheddar jika suka)

Kisar semua bahan hingga hancur. Dan gaulkan dengan bahan ** di bawah.

**3 biji cili padi merah - hiris halus
**1 pokok daun bawah - hiris kecil

***Bahan celupan untuk menggoreng***

2 biji telur dikocok dengan sedikit garam dan serbuk cili kalau suka.

Sediakan loyang atau acuan lompang yg dioles dengan sedikit minyak. Tuang bahan di atas. Kukus selama 10 - 15 minit. Kalau buat dalam loyang, sejukkan sebelum potong kiub 4 segi (saiz ikut citarasa). Kalau guna acuan lompang keluarkan dari acuan. Celup dalam adunan telur dan goreng keperangan dengan api sederhana.

Kek Nenas Terbalik (Pineapple Up-Side Down Cake)


Minum petang....kek lama yg sedap....bila buat kek ni teringat kisah nak dapatkan resepi ni dari seseorang....dia kata dia pandai buat kek ni dan memang kebabom rasanya mengikut kata dia. Jadi teruja saya nak mencubanya tapi bila saya minta resepi dia pusing kiri kanan...kona sana sini...sampai ke sudah tak dapat resepi dari dia. Tapi Allah pertemukan saya dengan reaepi chef wan dalam buku kecil yg saya beli...hapi beb... Hamba Allah ni gak takmo kongsi resepi semperit susu....resepi yg dia bagi bila dicuba tahap baling kat tong sampah...tapi ilmu Allah tu luas dan sumbernya jika diusahakan ada dimana2. Sekarang ramai yg sudi berkongsi resepi secara FOC, rajin mencari dan mencuba insya Allah jadi. Alhamdulillah.


Kek Nenas Terbalik (Pineapple Up-Side Down Cake)
http://zulfadreamland.blogspot.my

Lapisan Bawah

1/4 cawan mentega
1/2 cawan gula perang
8 Keping gegelang nenas (dalam tin)
6 biji ceri merah/hijau

Lapisan atas

2 cwn tepung tepung gandum
2 sk serbuk penaik
1/2 cawan mentega tanpa garam
1 cawan gula halus
2 biji telur gred A
2 sk esen vanila
1/2 cawan jus nenas (yang dalam tin tadi)
1/2 cawan susu segar
--------------------

Gris acuan kek bulat (81/2 inci) dengan 1/4 cwn mentega dan tabur gula perang di dasarnya.
Aturkan nenas dan letak ceri di bulatan nenas tersebut.
Ayak tepung, serbuk penaik dan garam.
Pukul mentega dan gula hingga gebu.
Masukkan bahan2 berayak, telur, esen dan jus nenas.
Pukul lagi dan tuang ke atas nenas tadi.
Bakar selama 45 minit pada suhu 175 c.

Tak sempat sejuk saya dah potong sebab ramai yang berulang alik ke dapur menjenguk oven menunggu kek masak....hahaha

Creampuff


Entah bila sekali buatnya walaupun anak-anak suka sangat makan. Petang sabtu baru ni tetiba dapat mood nak buat. Tetamu pun ada kat rumah, jadi inilah menu minum petang hari tu. Sebekas saya bawa ke surau untuk jiran yang datang rewang masak mihun sup untuk majlis ilmu malamnya.

Creampuff ni bulat2 jer sebab malas nak mengeluarkan nozel dan piping bag jadi saya dan anak bulat2kan guna tangan jer. 3 adunan saya buat dapat hampir 100 pcs saiz agak besar sebab nak cepat habis...hehehe,

Creampuff
Bahan2nya

Bahan A
1 cawan Air
100 gm mentega
1/2 sk gula
1 st esen vanila

Bahan B
Secubit garam
125 gm tepung gandum
3 biji telur

----

Masak bahan A hingga mendidih.
kecilkan api dan masukkan tepung dan kacau hingga tak melekat di periuk. sejukkan 10 - 15 minit.

pecahkan telur satu persatu dan kacau sebati .....saya guna hand mixer.
masukkan adunan ke dalam piping bag. Guna nozel utk kuih samprit dahlia pun boleh. Kalau tak guna nozel apa2 pun ok.

paipkan ke atas baking tray. bakar pada suhu 180°c selama lebih kurang 25 minit atau hingga keperangan.

kuarkan dari oven dan lubangkan sedikit creampuff untuk kuarkan wap panas supaya mengelakkan cream puff mengecut/meleper bila dah sejuk.


Kastard filling

2 1/4 cawan susu - boleh campur dgn air - 50 - 50 kalau tak mahu lemak sgt
1 biji telur
25 gm tepung kastard
25 gm tepung jagung
100 gm gula castor - secukup rasa
1/2 cwn teh esen vanila.
1 sb mentega

masak semua kecuali mentega di atas api sehingga likat dan berkilat. sentiasa kacau supaya tak hangit. kalau terlalu likat boleh tambah susu atau air. masukkan mentega. sejukkan sebelum masukkan ke dalam piping bag. - kastard ni kalau kurang air nanti bila sejuk keras sangat sampai jadi puding plak.

Paipkan kastard ke dalam cream puff yang dah sejuk atau suam2 kuku melalui lubang yang di buat tadi...
Dah siap....nak hias dengan gula ising pun boleh...

Daging Masak Hitam



Menu semalam. Dari pagi sampai tengahari sibuk mengemas semula rumah setelah kerja-kerja mengecat selesai. Pagi dah masak nasi lemak, itulah menunya sampai tengahari. Dah lewat petang baru la saya dan kekanda2 mula memasak untuk makan malam. Itu pun selesai masak saya tak makan pun....keletihan ya amat...terus landing meluruskan urat2 yang tegang.

Menu ni kegemaran anakanda2....kalau saya masak biasanya berulang2 diorang makan. Rasanya pedas2 manis tu betul2 membangkitkan selera anak2.


Daging masak hitam ZLC

1 1/2 kg daging - hiris nipis (untuk hati kasih aka limpa rebus dulu hingga empuk dan hiris setebal satu inci)

4 biji bawang besar
1 labu bawang putih
3 inci halia

Hiris separuh dan kisar separuh

1/4 cawan cili kering kisar
100 gm rempah masak hitam (belah2 utara banyak jual)
10 sb kicap pekat manis
Garam secukup rasa
3 keping asam gelugur
4 tangkai daun kari
Air
1 cawan minyak untuk menumis

Panaskan minyak. Tumis bahan hiris dan dsun kari hingga naik bau dan keperangan. Masukkan bawang kisar. Tumis hingga kering airnya dan sedikit keperangan. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.

Masukkan rempah masak hitam. Tumis hingga terbit bau dan pecah minyak. Masukkan daging. Masak hingga air daging keluar dan daging hampir empuk. Tambah air jika perlu. Masukkan kicap, garam dan asam keping. Masak hingga kuah pekat dan daging empuk. Sesuaikan rasa. Tutup api dan sedia dihidang dengan nasi minyak, nasi impit, nasi putih dll.


Kalau takde rempah masak hitam tu boleh la try buat sendiri guna resepi kat  bawah ni...

Resepi Rempah Hitam @ KKPBT

Bahan-bahan :
3 sudu besar biji lada hitam
2 sudu besar biji lada putih
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji cengkih
3 biji bunga lawang
2 sudu besar  biji ketumbar
1 sudu besar  biji jintan manis
1 sudu besar  biji jintan putih
1/2 cawan lada kering

Cara2nya:
Semua bahan2 disangai dan dikisar halus

Brownies


Antara tempahan yang sempat disiapkan minggu lepas dan sebelumnya....Alhamdulillah. Sesekali terima tempahan kawan-kawan. Saya buat selepas balik kerja. Setakat satu dua tempahan kek boleh lah diterima, maksimum 3 biji satu malam kalau hari bekerja.


BROWNIES

400 gm coklat coklat compound
150 gm mentega
200 gm gula perang
4 biji telur ~ gred A
100 gm tepung gandum campur 1 sk serbuk penaik
30 gm serbuk koko

Coklat masakkan atau coklat compound, di potong kecil.

Satukan coklat dan mentega, dan cairkan dengan kaedah double boiler. Gaul rata.

Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan whisk sahaja.

Satukan juga tepung, serbuk penaik dan serbuk koko. Kemudian di ayak.

Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat dan kacau rata.

Kemudian masukkan sedikit-sedikit tepung dalam adunan. Kemudian gaul rata.

Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inc yang telah di lapik kertas kek.

Bakar adunan dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing.

Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit.


Friday, November 24, 2017

Sirap Bandung Santan


Sirap bandung santan.....korang biasa minum tak? Sedap, saya suka tapi anak2 kureng pulak. Saya guna santan kelapa sawit. Tak lemak sangat macam santan kelapa biasa tu tapi ok lah. Kalau ada cincau merah tu lagi meletops.... Minum dikala panas mentari....perghhhhh.....puas tak terkata, lagi pun guna santan lagi menyihatkan berbanding guna susu cair tu.


Sirap bandung bersantan

Gula
Sirap rose
Daun pandan
Santan
Garam
Ais
Cincau merah/hitam, selasih jika suka

Masak gula, beberapa helai daun pandan dan sirap ros dengan air secukupnya hingga gula hancur.
Satukan santan, garam, air gula sirap secukup rasa. Masukkan ketulan air.


Pisang lembut Dan Moist (Moist Banana Cake)


4 biji kek pisang saya buat semalam. 2 untuk jamuan akhir tahun anak2, 1 untuk tempahan member office dan satu untuk makan sendiri dan bawa untuk makan dengan member2 office.... Resepi kek ni saya olah sedikit dari sumber asal azlita masam manis. Saya kurangkan gula dan tambah 2 sb susu pekat....ermmmmmm....sedap...moist sangat kejadiannya.


Kek Pisang lembut Dan Moist (Moist Banana Cake)

Bahan-Bahan Kek

4 biji telur gred A
8 biji pisang emas ~ 7 biji dilecek dan sebiji di hiris nipis untuk hiasan
1 cawan gula kastor atau gula halus (saya kurangkan sedikit gulanya dan tambah 2 sb susu pekat)
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan butter dicairkan atau minyak jagung
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen pisang atau esen vanilla
sedikit garam


Cara-cara membuatnya:

Mula-mula kita kena panaskan oven dahulu pada suhu 170C
Oven hendaklah di panaskan 15 minit sebelum memasukkan kek ke dalamnya
Campurkan tepung gandum bersama baking powder dan kemudian di ayak, ketepikan
Pisang di lecek lumat. Tinggal baki 1 biji untuk hiasan.
Campurkan garam dan juga soda dalam pisang lecek dan gaul rata, ketepikan.
Dalam bekas pemutar, putarkan telur bersama gula dan esen pisang hingga kembang.
Kemudian tuangkan butter cair dan gaul rata.
Tuangkan adunan pisang ke dalam adunan telur dan kaup balik rata.
Kemudian masukkan tepung dan kaup balik adunan sempurna.
Sediakan loyang ukuran 9 inci, alas loyang dengan kertas pembakar dan sapukan loyang dengan sedikit butter.
Tuangkan adunan ke dalam loyang.
Hiaskan atas adunan dengan kepingan pisang yang di hiris nipis supaya pisangnya tak tenggelam dan elok cantik terletak selepas masak.
Bakar dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 45 minit atau sehingga kek telah masak dengan sempurna.
Cucuk tengah kek dengan lidi untuk pastikan kek telah masak. Jika lidi keluar kering maknya kek telah cukup masak, jika sebaliknya tambahkan lagi masa membakar.



MOIST CHOCOLATE CAKE


Kek coklat biasa2 jer dengan deco ala2 gitu2 jer. Saya tak pandai satu hal....tak sempat satu hal.... Semalam dari jam 3 petang saya baking beberapa biji kek untuk tempahan dan juga jamuan akhir tahun sekolah anak2 sampai jam 11 lebih baru off oven. Deco cake ni pun subuh tadi sambil siapkan sarapan dan bekal sekolah. Deco gitew2 camni pun anak2 rasa dah cantik sangat.....terharu rasanya...hahahahha. 

Kek ni saya buat untuk anak sulung bagi cikgu2 kat sekolah....tanda terima kasih sebab dah bantu ayah ummi dia mendidik diorang. Resepinya saya cnp dari blog tiffin biru. Harap memenuhi selera kek coklat premium nih. Patut buat dua tingkat tapi semalam bahan dah habis, serbuk coklat, chocolate compound, telur, tepung semua kehabisan stok. Tak dan nak cari dah....

Tulisan pun huduh kemain....hahahah....macam nak kena masuk tadika semula kategorinya ni....


MOIST CHOCOLATE CAKE
Kek coklat (bakar)

BAHAN-BAHANNYA :-)

1 cawan tepung kek/tepung gandum*
1 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan diayak 3 kali)
1 cawan gula perang (soft brown sugar)
2 biji telur gred A
125 g mentega
1 camca teh esen vanilla
1/2 cawan serbuk koko*
1/2 camca teh nescafe*
1/4 cawan gula halus*
1/2 cawan air panas*
1/4 cawan susu cair*(*disatukan hingga menjadi pes coklat)

BAHAN COKLAT GANACHE :-)

200 g coklat masakkan
150 ml UHT Whipping Cream (boleg ganti dengan susu 100 ml susu cair)
1 camca teh mentega



CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.Pukul mentega dan gula perang hingga putih.

Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang dan gula hancur.Perlahankan speed, masukkan tepung berelang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul hingga rata dan sebati.Tuang adunan tadi dalam tin. Bakar dalam oven selama 45 - 50 minit. Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache jika suka...


UNTUK GANACHE:- Satukan coklat dan UHT Whipping Cream dalam mangkuk tahan panas. Cairkan secara double-boiler, bila semua larut, matikan api dan masukkan mentega dan gaul rata dab boleh tuang atas kek coklat tadi. Biar coklat sedikit mengeras dan boleh hias ikut kreativiti anda.

Wednesday, November 22, 2017

Apam Kampung Gula Merah


Takdan sejuk. Jadi tak nampak gebu sangat. Baru keluar oven anak dah merengek2 nak makan. Lapar sangat dah katanya. Apam kampung atau apam tepung gandum ni mudah sangat nak dibuat. Kali ni saya malas nak keluarkan kelapa parut, jadi makan gitu jer. Biarlah orang kata tak sempurna makan apam tanpa kelapa tapi hakak tetap suka. hahaha.


APAM KAMPUNG GULA MERAH

1/2 cawan gula melaka atau gula perang
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air
1 helai daun pandan di simpul

Satukan bahan ini dalam periuk dan masak sampai gula larut.
Sejukkan, dan tapis. Pastikan dapat 2 cawan air gula ni, kalau kurang tambah sikt air jadikan  cawan

4 cawan rata tepung gandum
secubit garam
1/2 cawan air
11 gm yeast
1 cawan air


Satukan tepung dan garam dalam bekas
Buat lubang kat tengah dan tuangkan yis, air, air gula. Gaul rata sampai tidak berbentil. Kalau susah boleh masuk dalam blender, tapi jangan masuk semua.. kena masuk 1/3 sekali blend sebab adunan kental blender susah nak berpusing. Kalau nak guna hand mixer pun boleh. Atau tapis adunan.

Kemudian tutup ( tutup dengan tudung yang tinggi sebab adunan akan naik ) dan perap adunan selama 1 jam hingga ia nak 2 kali ganda
Sediakan loyang 11 inc yang telah di sapukan minyak. Boleh juga guna acuan kecil ikut citarasa.

Tuangkan adunan dalam loyang.
Balut penutup pemgukus supaya air kukusan tak menitis atas apam.
Kukus dengan api besar selama 40 minit atau kurang ikut saiz acuan.

Bila dah masak, tunggu sejuk baru potong
nak mudah potong, sapukan sedikit minyak pada mata  pisau.

Hidangkan bersama kelapa parut yg digaul dengan sedikit garam.

Tuesday, November 21, 2017

Bun Coklat dan kuah durian


Bila mood rajin, memang rasa nak tido kat dapur jer. Hahaha, Sepanjang hari saya di dapur. Ada jer idea memasak yang melintasi ruang fikiran. Kebetulan buat roti manis kosong, hubby called minta masakkan kuah durian untuk majlis ilmu malamnya. Ada yang berbesar hati sponsor durian malam tu, jadi boleh la makan ramai2....cicah dengan roti slice. Roti saya ni buatnya seketul jer...lepas la makan kami sefamily malam tu.

Berbalik kepada cerita roti ni, walau pun hanya menggunakan tepung gandum tapi hasilnya gebussssss sekali. Jimat kos guna resepi ni. Janji uli betul2 sampai doh elastik dan licin...pasti cemerlang.


RESEPI ROTI DAN DONUT LEMBUT
Resepi Oleh: Nor Jannah
Dicuba Oleh: Zulfaza Loves Cooking

Bahan A:

Tepung gandum- 500 gram
2 sb serbuk koko
Gula kasar- 80 gram
Garam- 6 gram
Yis- 8 gram
Bread Improver- 5 gram
Marjerin- 55 gram / shortening utk warna lebih putih

Bahan B:

Telur- 1 biji gred A
Ais Kiub- 100 gram
Air biasa- 140 gram

Cara untuk uli menggunakan mixer:

1) Timbang bahan A dan masukkan ke dalam bowl.

2) Timbang bahan B dan masukkan ke dalam A.

3) Putar menggunakan mixer dengan menggunakan speed rendah dahulu sehingga sebati.

4) Kemudian boleh tukar ke speed medium. Putar sehingga doh elastik iaitu doh licin, berkilat dan tarik tidak putus.


Cara untuk membuat Roti

1) Setelah siap, keluarkan doh dan timbang 33 gram. Bulatkan dan letak dalam loyang 5 inci sebanyak 5 biji.

2) Perap sehingga doh naik paras loyang dan bakar suhu 160'c selama 30 minit, api atas bawah. (Suhu ikut suhu oven masing-masing)

[ Jika guna bread maker @ BM ]

1) Masukkan bahan cecair di bawah dulu. Bahan kering di atas.

2) Sukatan ais kuib boleh tukar ke air biasa.

3) Boleh uli dua kali untuk dapatkan hasil roti yang halus.

4) Selepas siap, boleh timbang dan ikut step membuat roti/ donut seperti di atas.

Saya halalkan ilmu yang di beri. Sharelah untuk semua. Terima kasih.

#KelasKakJannah


KUAH DURIAN

Bahan2nya :

1 keping gula melaka
5 cawan santan sederhana pekat
20 ulas durian
gula jika perlu
daun pandan disimpul
sedikit garam
1 sudu tpg gandum*
sedikit air *
* gandum dan air bancuh terlebih dahulu.

Cara2 nya :

1.Gula melaka dan sedikit air ..dimasak dahulu kemudian ditapis tuk membuang bendasing.

2.Masukkan santan, durian, tepung, daun pandan, sedikit garam dan bancuhan air gula tadi masak hingga mendidih dan sentiasa dikacau. Jika kurang manis tambah la gula.

3.Kacau sentiasa sehingga masak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...