Saturday, July 19, 2014

Nasi jintan putih dengan kari maghribi

Kari kambing maghribi masakan encik hubby..
Cumin rice/nasi jintan putih
Salad dengan salsa tomato
Teh arab pelengkap hidangan....

Nasi ni saya buat makan dengan kari kambing maghribi. Jadi langkah 1 ni saya skip. Resepi asal lydia ni mkn dengan ayam panggang tapi saya makan dengan kari kambing dan ayam goreng tepung ( tak ambil gambar)

Ini la menu berbuka puasa di surau berdekatan. Kambing tu aqiqah ahli jemaah surau yg juga kawan baik hubby. 

REZ MA KAMUN wa JAJ/ DAJAJ(CUMIN RICE HADRAMAUT YEMAN WITH CHICKEN) 

Sumber lydiahoney

langkah 1: Mula- mula sediakan ayam dulu..
AYAM

1 ekor ayam- potong 4, cuci, rendam dengan cuka putih, bersihkan dan tos
2 helai daun bay
4-5 biji cardamom pods
1 biji bawang besar-potong 4
1 ulas bawang putih- potong 2
1/4 camt arabic mixed spices
1/4 camt corrainder powder
1/4 camt cumin powder
1/2 camt salt( secukup rasa)
1 biji loomy (tak boh pon tak apa)
air secukupnya untuk merebus ayam
_____________________

Masukkan ke semua bahan di dalam presure cooker dan rebus sehingga ayam benar- benar empuk/ masak lebih kurang 1 jam.
Matikan api, asingkan ayam dari stock dan ketepilkan.
Campurkan sedikit minyak zaitun dengan pewarna.
Lumurkan rata pada ayam, susunkan ayam di atas tray, bakar dalam oven yang telah di panaskan selama 5-10 minit (180C), api atas bawah hingga garing dan ketepikan sebentar.

Langkah ke-2:- sediakan nasi

CUMIN RICE

4 cawan basmathi- cuci, rendam ngan garam selam 1 jam dan toskan
1 tsp yellow food coloring
4-5 kuntum bunga cengkih*
3-4 biji cardamom*
1 btg kulit kayu manis*
1/4 tsp cumin powder*
1/4 tsp corainder powder*
1/4 tsp Arabic mixed spices
1/2 camt cumin seeds*
1/2 camb minyak masak
1/2 tsp rose water
1-2 biji cili hijau*
1 biji loomy* (tak boh pon tak apa)
Air secukupnya sbb ikut jenis beras. (lydia guna 1 Cawan beras:1 1/2 cawan air)
________________________________

Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan bertanda, tumis sekejap.

Masukkan beras dan goreng hingga semua bersalut selama 2-3 minit dan masukkan air panas/ stock ayam secukupnya. 

Bila dah hampir kering nampak lubang2 air di permukaan nasi tu, titiskan pewarna kuning dan rose water, biarkan nasi ditanak seketika sehingga kering sedikit.
Sementara menanak nasi, panaskan arang kecil(sebesar anggur pon ok) hingga berbara.

Buka penutup periuk, susunkan ayam di atas nasi dan masukkan mangkuk kecil, letakkan bara di dalamnya.

Dengan pantas tuangkan sesudu besar minyak masak pada arang dan cepat2 cover periuk menggunakan aluminium foil dan penutup periuk kemas- kemas supaya asap terperangkap dan tak dapat keluar.
Biarkan selama 2-3 minit, buka penutup periuk dan aluminium fol, keluarkan arang, biarkan nasi dan ayam.
Tunggu selama lebih kurang 5 minit baru angkat, asingkan ayam dari nasi.
Gemburkan sedikit dengan menggunakan garfu.
Tuangkan nasi di atas pinggan/ talam hidangan dan susunkan ayam di atasnya.
 Sedia untuk dihidangkan bersama ayam bakar, salad, salsa tomato dan maraq kegemaran anda.

Selamat mencuba..

Salsa Tomato

2 biji tomato masak ranum-belah 4
1 biji bawang besar-dadu kasar
1 ulas bwg putih
1 biji capsicum hijau/ cili padi
lemon jus secukup rasa 
garam secukup rasa
Blend semua hingga halus.
Masukkan dalam peti sejuk seketika baru sedap nak makan, kalau tak amsuk peti sejuk pon ok terus hidang.

NOTE:- Lydia tak cakar nasik..apa yang Lydia buat adalah menggoncangkan pewriuk nasik up and down 2- 3 kali..hehehhehehe. Tapi kalau nak ikut my style ni pastikan anda pegang kemas- kemas penutupnya juga ya, bukan apa takut terberhambur nanti nasik tu..
Teh arab

1 paket Teh uncang
1 liter Air panas
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
gula secukup rasa
10 helai daun pudina

Satukan semua bahan dalam jug. Hidangkan panas.

Resepi hubby dapat dari kawan Maghribi masa study kat Liverpool

2 kilo ayam belanda/kambing/daging/tulang
250 - 300 gm rempah kari
1 btg kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
1/2 kg tomato cincang
5 biji bawang besar
3 labu bawang putih
2 inci halia
200 gm daun pudina
200 gm daun ketumbar
200 gm daun sup
200 ml susu cair
50 ml madu
1/2 ketul gula melaka (yang bulat macam balak tu...hehehe)
Garam secukup rasa.
-------------
Blender bawang, bawang putih, halia hingga halus.
Tumiskan dengan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga naik bau.
Masukkan rempah tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan daging. Kacau hingga sebati dalam dua tiga minit.
Masukkan tomato. Kecilkan api. Sentiasa kacau supaya tidak berkerak.
Masukkan garam, madu dan gula melaka. Kacau lagi.
Masukkan daun pudina dan ketumbar.
Masak hingga daging empuk.
Lima minit sebelum tutup api masukkan susu dan didihkan sebentar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...