Thursday, April 5, 2018

AYAM MASAK LENGKUAS @ Ayam masak liku

Ayam liku atau ayam masak lengkuas ni sajian unik dari suku kaum Bugis terutamanya di Tawau. Dalam bahasa bugis dipanggil nasu likku seakan rendang ayam kalau di semenanjung atau rupanya seakan ayam ungkep pun ada. 

Masakan ni menggunakan lebih kurang 400 gm lengkuas untuk seekor ayam atau lebih kurang 2kg ayam. Sejak nampak masakan ni dijual dicafe kat opis sinun terus google resepinya...rasa teruja nak cuba walaupun yg dihidangkan kat cafe tu langsung tak memikat selera...hahhaha. 
Ini la menu makan tengahari untuk anak2 esok. Kena masak malam ni sebab lama nak masak....


Sumber resepi saya ni dari blog sis salami simon yang dah lama dok kat sabah nun....




AYAM MASAK LENGKUAS @ Ayam masak liku

Bahan-bahan:
1 ekor ayam (sebaiknya ayam kampung atau ayam pencen) - potong 12 bahagian
400 gram lengkuas muda - parut
7 batang serai - ambil isinya yang putih - parut
1 liter santan pekat
4 sudu makan kerisek
1 sudu makan lada putih - tumbuk (saya letak 1 sk jer sebab dah letak cili padi)
garam secukup rasa

Bahan tumbuk / kisar:
1 ketul kunyit hidup
saya tambah cili padi
3 ulas bawang putih
10 biji bawang merah

(saya guna presure cooker dan ayam pencen jadi saya masukkan semua bahan diatas dan presure cooked selama 40 minit. lepas tu saya stir fry sampai pekat.)

1. Masukkan santan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih. Kemudian masukkan bahan kisar dan bahan parut. Masukkan sekali serbuk kunyit dan lada putih

2. Bila kuah terbit minyak, masukkan daging ayam. Gunakan api sederhana panas supaya masakan perencah meresap, dan masak sekata.

3. Sementara menunggu kuah menjadi pekat, ringan-ringankanlah jari jemari tu menumbuk kerisek!

4. Lepas tu, jengoklah masakan dalam periuk, dan bila nampak kuah mula memekat, masukkanlah kerisek. Kacau sekali sekala supaya bawahnya tidak berkerak tapi hati-hati jangan sampai daging ayam terkoyak, maklumlah kita gunakan ayam daging! Pada masa ini bolehlah masukkan garam atau perasa lain mengikut selera masing-masing. Sedap dihidangkan dengan burasak.


Saya sertakan juga beberapa resepi lain yang boleh dijadikan panduan untuk menyediakan ayam masak liku ni.

Ayam Masak Lengkuas Bugis
Sumber : http://patyskitchen.blogspot.my

1 ekor ayam potong 12 bahagian
400 gram lengkuas muda - parut
2 batang serai  dititik
1 kg santan pekat
1 sudu makan lada putih - tumbuk
1 sudu teh serbuk kunyit
garam


Bahan tumbuk / kisar:
3 ulas bawang putih
10 biji bawang merah
2' halia diblend halus
11 cili padi
15 tangkai cili kering direndam dahulu


Cara Menyediakannya

Masukkan santan dan serai titik ke dalam periuk dan masak hingga mendidih. Kemudian masukkan bahan kisar dan bahan parut. Masukkan sekali serbuk kunyit dan lada putih

Biar naik minyak, masukkan daging ayam. Gunakan api sederhana panas supaya masakan perencah meresap, dan masak sekata.

Masak sehingga ayam empuk dan angkat, jika inginkan kering biar lama sedikit di atas api.




AYAM MASAK LENGKUAS
Sumber resepi: Rahel

Bahan-bahan:
1 ekor ayam (1 kg),bersihkan,potong sesuai selera
500ml santan pekat
500ml santan cair
500g lengkuas,bersihkan,hiris nipis
3 buah limau kasturi,ambil jusnya
50g kelapa parut putih,sangai jadi kerisik,tumbuk halus

Bahan kisar:
2 inci halia
5 batang serai,ambil putihnya,hiris
5 cm kunyit hidup
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
3 biji buah keras,hiris/cincang

Bahan perasa:
1 keeping asam keping-boleh diganti dengan 1/2 sudu makan pes asam jawa
1 sudu makan gula jawa atau gula Melaka
1 sudu teh lada putih biji,tumbuk halus
3 sudu teh garam atau secukup rasa
1 sudu teh ajinomoto atau serbuk pati ayam

Cara membuat:
1.Perap ayam bersama jus limau.Ketepikan.
2.Kisar lengkuas bersama air secukupnya.Tapis dan perah airnya.Buang air perahan tadi.
   Kukus lengkuas selama 5 minit.
3.Panaskan sedikit minyak di dalam kuali,tumis bahan kisar hingga naik minyak.
   Tambahkan santan.Masak santan hingga mendidih.
4.Masukkan pula lengkuas,ayam.Masak dengan api sedang.Kacau sekali-sekala.
   Bila santan sudah mul surut,tambahkan kerisik dan bahan perasa.
5.Teruskan memasak ayam lengkuas hingga benar-benar kering (jangan hangit).



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...