Thursday, August 31, 2017

Sup ikan


Menu tengahari masakan hubby. Sup ikan....fav MIL. Sup ni hidangan pelengkapnya sambal kicap....berpeluh2 makan...sedap tak hengat....


Resepi sup ikan

ikan siakap hitam - 1 ekor saiz sederhana
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 biji bawang besar - hiris
2 inci halia - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
air secukupnya
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

sayur

karot
bunga kobis
tomato
Cendawan
daun sup

Tumis bawang2, halia dan rempah tumis hingga naik bau dan keperangan. Masukkan air, biarkan air seketika. Masukkan ikan dan sayuran kecuali tomato dan daun sup. Masak hingga sayur empuk dan ikan masak sepenuhnya. Perisakan dengan garam secukup rasa. Biarkan mendidih dan masukkan tomato dan daun sup. Biarkan seminit. Tutup api dan pindahkan periuk dari dapur. (Kalau guna daun sup dalam masakan untuk memastikan masakan tahan dan lambat basi, pastikan daun sup/bawang dimasak seketika).


Hidang bersama sambal kicap

1/2 labu bawang putih
2 genggam cili padi
1/2 cawan kicap pekat
perahan limau secukup rasa


Panaskan minyak. Masukkan cili dan bawang putih.....tutup kuali. Goreng  hingga layu. Tutup api sebelum buka penutup. (Pastikan kuali ditutup ketika menggoreng kerana cili akan meletup.) Kisar bersama 1/2 cawan kicap + jus limau hingga lumat.


BEST MOIST CHOCOLATE CAKE


Selesai sediakan sarapan....sambil prepare kambing untuk nasi arab hidangan malam ni saya godak ke coklat. Kek coklat super moist yang mudah....

Tak sempat sejuk....keluar oven terbalikkan dan terus tuang topping. Pastu terus potong dan ngap...


BEST MOIST CHOCOLATE CAKE
zulfadreamland.blogspot.my

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
2 cawan gula
3/4 cawan serbuk koko
2 tsp soda bikarbonat
1 tsp serbuk penaik
2 biji telur saiz A @ B
1 tsp garam
1 cawan buttermilk (resepi buttermilk di bawah)
1 cawan minyak masak
1 1/2 tsp asen vanilla
1 cawan air mendidih (boleh dijadikan 1 cawan kopi sekiranya suka) atau campurkan dengan 2 sk nescafe

Cara Penyediaan:

Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan.Lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak.Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl.Putar pada kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit.

Kemudian masukkan air panas mendidih dan teruskan memutar hingga sebati.Tuangkan ke dalam loyang.(9inci loyang)Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak sepenuhnya. Cucuk kek dengan lidi atau pisau.

Sekiranya pisau atau lidi yang dikeluarkan bersih, maknanya kek telah masak. Sekiranya terdapat adunan kek yang masih basah melekat pada pisau atau lidi, bakar lagi kek dengan tambahan masa 5 minit dan uji lagi selepas itu sehingga kek masak sepenuhnya. Sejukkan kek sebelum dinikmati atau dihias.


Topping/ganache coklat

250 gm coklat putih (white chocolate) + coklat gelap (dark chocolate)

1/2 cawan susu cair (sebelum ni saya guna 1/4 cawan....kali ni saya cairkan lagi skit)

Masakkan hingga coklat cair. Tuangkan ke atas kek ketika masih panas.


Resepi substitute buttermilk:

Bahan-bahan:

1 cawan susu segar
1 sb cuka masak atau jus lemon

Cara Penyediaan:

Masukkan cuka masak atau jus lemon ke dalam jug penyukat.
Tuangkan susu segar hingga menjadikan campuran tepat pada ukuran 1 cawan (tak perlu kacau..biarkan begitu saja).
Biarkan larutan berehat selama 5 minit dan boleh digunakan.


Lempeng Air Kelapa


Menu sarapan....lempeng air kelapa cicah dengan kari ikan semalam. Lama dah tak buat lempeng kelapa yang dibancuh dengan air kelapa muda nih. Isnin lepas hubby pegi kebun...kebetulan orang yang menguruskan kebun tu tengah menurunkan kelapa muda untuk dijual.

Hubby bawak balik 60 biji...puas minum air kelapa...tinggal baki 3 biji untuk dibuat lempeng.... kelapanya pun guna degan jer...isi kelapa muda. Sedap....tambah2 kalau dicicah susu pekat....perghhhh...ngancam sekali...dua keping saya makan....lama kot tak pekena lempeng air kelapa.


Lempeng air kelapa

Bahan2nya

3 cawan tepung
2 cawan - 2 1/4 cawan air kelapa
1 1/2 cawan kelapa parut muda (degan)
garam secukup rasa

Satukan semua bahan dan kacau rata. Panaskan pan/kuali, letak sedikit minyak.  Tuangkan sesenduk adunan dan ratakan. Biarkan garing sedikit dan terbalikkan. Dah masak angkat dan hidangkan bersama bilis atau susu pekat.


Siput sedut masak lemak cili padi


Faveret anak2....masakan ayahnya....ummi tak pernah masak siput sedut ni seumur hidup......dari kerja memproses sampai la memakan semua ayah buatkan untuk anak2...

Anak2 saya suka makan siput tapi tak pandai nak keluarkan jadi ayahnya kena tolong keluarkan isinya.....jenuh...hehehhe.

Siput saya beli kat pasar rengit masa balik kampung kejap hari ahad lepas. Menu ni la dihidangkan untuk trtamu dari rengit....MIL dan BIL sekeluarga datang nak menyambut merdeka dan raya haji kat Kay Ell.....meriah raya haji kami tahun ni......BIL yang dari Mukah pun akan beraya di sini juga katanya (plan asal nak raya kat kampung)...sementelah MIL ada kata sini.


Siput sedut masak lemak cili padi
http://zulfadreamland.blogspot.my

Bahan2nya

1 kg siput sedut dipotong hujungnya.
Air secukupnya
2 cawan santan pekat
1 inci halia
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 ketul kunyit hidup
10 biji cili api (boleh tambah jika ingin lebih pedas)
2 batang serai
2 keping asam gelugur
Keledek/keladi/kentang di celur empuk.
________

Kisar bawang merah, bawang putih, kunyit, halia dan cili api.
Tumiskan bahan kisar dan serai dengan sedikit minyak hingga naik bau.
Masukkan siput, asam dan air sehingga tenggelam siputnya.
Masak sehingga mendidih dan siputnya masak lebih kurang 15 minit.
Masukkan santan, keledek dan garam secukup rasa.
Masak hingga mendidih. sentiasa kacau supaya santan tak pecah minyak.


Saturday, August 26, 2017

Kuih kaswi


Kuih traditional melayu...kuih kaswi yang sangatlah sedap... Saya buat 1 1/2 adunan untuk dibawa ke majlis doa selamat sempena hari lahir cucu sedara petang tadi. Kuih ni saya kukus semalam....balik dari pejabat adun...malamnya sambil bakar brownies sambil kukus kuih. Alhamdulillah sampai ke malam masih elok.



KUIH KASWI

BAHAN A

450gm gula merah timbang + 100 gm gula perang/550 gm gula nise

1 ltr air
5 helai daun pandan - disimpul

BAHAN B

450gm tepung gandum
250gm tepung ubi
1.1 ltr air (1,100 ml)
2 sb Kicap pekat
1 sk kapur + 1/2 cwn air (tapis)

BAHAN C
Kelapa parut kukus
Garam

Acuan/Loyang yg disapu minyak


CARA

1. Satukan bahan A, masak diatas api  sehingga larut dan tapis. Ketepikan.

2. Sebatikan bahan B, kacau rata dengan whisk dan tapis.

3. Satukan bahan B dan bahan A. Bahan A harus panas sedikit. Tapis

4. Perap adunan utk beberapa jam atau satu mlm, supaya adunan kembang dan lembut.

5.Sabelum dituang kedalam loyang, pastikan adunan dikacau dulu. Supaya tiada mendapan.

6. Tuangkan kedalam loyang yang telah di sapukan dgn sedikit minyak.

7. Kukus selama 1/2 jam untuk loyang atau 15 minit utk acuan kecil. Biarkan sejuk baru dipotong dan di hidang bersama kelapa parut.

Birthday Brownies


Pertama kali mempersembahkan brownies sebegini....sebagai pengganti kek harijadi.....

Bila anak buah minta sediakan kek birthday untuk baby boy dia punya first birthday, terus dalam kepala terbayang birthday brownies. Saya google beberapa imej dan tunjukkan kepada anak buah untuk dapatkan persetujuan.

Bila dah ada persetujuan.....saya pun dengan senang hati hasilkan birthday brownies yg sesuai sangat untuk birthday baby yg belum berapa nak pandai potong kek sendiri ni...


0L1CHOCOLATE BROWNIES KEDUT

400 gm coklat coklat compound
150 gm mentega
200 gm gula perang
4 biji telur ~ gred A
100 gm tepung gandum campur 1 sk serbuk penaik
30 gm serbuk koko

Coklat masakkan atau coklat compound, di potong kecil.

Satukan coklat dan mentega, dan cairkan dengan kaedah double boiler. Gaul rata.

Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan whisk sahaja.

Satukan juga tepung, serbuk penaik dan serbuk koko. Kemudian di ayak.

Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat dan kacau rata.

Kemudian masukkan sedikit-sedikit tepung dalam adunan. Kemudian gaul rata.

Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inc yang telah di lapik kertas kek.

Bakar adunan dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing.

Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit.


Bila dah sejuk, bolehlah di potong dan sedia untuk di nikmati.


Tips : Untuk dapatkan brownies yang enak sebaiknya guna coklat yang baik kualiti dan mutunya. Barulah rasa coklatnya lebih umph!

Selain itu, pilihan serbuk koko dan mentega bermutu juga amat mempengaruhi kesedapan brownies. Pilihlah serbuk koko yang berkualiti dan mentega tulen (pure butter) untuk hasil brownies yang lebih lazat.

untuk sos karamel coklat yang saya gunakan untuk hiasan kek

1 cawan (100 gm) gula
1/4 cawan (60 ml) air
1/2 cawan (125ml) whipping cream
2 sb (30 gm mentega tanpa garam)
1 sk (5 gm) esen vanilla
100 gm coklat compound


Tuang 1 cawan gula ke dalam pan. masukkan 1/4 cawan air. masakkan hingga menjadi karamel. alihkan dari api. tuangkan 1/2 cawan whipping cream dan coklat. gaul sebati. masakkan semula selama 1 minit. alihkan dari api. Masukkan mentega. kacau sebati. masukkan esen vanila. gaul rata. Biarkan sejuk pada suhu bilik.


Tuesday, August 22, 2017

Apam Coklat Gebu Mudah


Merajinkan diri yang diserang wabak malas dan letih yang melanda dua tiga hari ni. Ikut hati memang rasa nak baring....lepak...tidur jer. Tapi macam tak patut sangat la....kena lawan jugak rasa malas yang teramat ni dengan memasak dan mengemas ala kadar...

Jadi la jugak apam coklat gebu gebas untuk minum petang sikit dan selebihnya untuk sarapan esok pagi.


Apam Coklat Gebu
http://zulfadreamland.blogspot.my

2 cawan tepung
3/4 cawan gula perang
1 cawan air/susu segar
1 cawan minyak masak (@ mentega cair)
1 susu pekat manis
3 biji telur (gred C)
3 sb serbuk coklat
1/2 sk baking soda
1 1/2 sk baking powder

Satukan semua bahan dan gaul rata. Oleskan acuan lompang dengan minyak. Tuangkan adunan dan kukus selama 10 - 15 minit dalam kukusan yg telah dididihkan airnya terlebih dahulu.


Saturday, August 19, 2017

Ikan masak sambal


Lauk pauk yang dimasak untuk stok lunch dan dinner sepanjang ummi outstation. Dua jenis lauk dan 1 pencuci mulut sempat diaediakan ....untuk hari khamis dan jumaat.


Ikan Masak Sambal
http ://zulfadreamland.blogspot.my

1 kg ikan - bersihkan, gaul garam dan kunyit - goreng)

Untuk Sambal

15 biji cili kering - rebus lembut dan kisar bersama *
*2 biji bawang besar
*4 ulas bawang putih
*1 inci halia
*2 batang serai
1/4 cawan air asam jawa (sesudu kecil asam jawa, bancuh dengan 1/4 cawan air)
garam dan gula secukup rasa
Tomato  - belah 4
3 sb kicap
Minyak menumis

Tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Tuangkan air asam. Gaul sebati. Biarkan mendidih seketika. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan kicap dan gaul rata. Masukkan tomato dan ikan.  Gaul rata dan tutup api selepas 2 minit.

****kalau nak berkuah tambah air.


Lengkong, belede, agar2 merah......lain nama bendanya sama. Berbanding agar2 yg pelbagai berperisa dan rupa tu yg satu ini paling saya gemari. Puas makan dan sejuk lalu kat tekak. Tak muak.

Satu lagi saya suka guna pewarna dan perisa syrup rose....dan masak letak daun pandan....ermmmmm yumyumyum.


Belede/lengkong/agar2 merah

10 gm agar2 tali atau serbuk
1250 ml air (5 cawan) - ada yg suka agar2 yg lembut boleh tambah air cuma nanti susah nak potong dan agak berair)
200 gm gula (ni kena ikut citarasa - boleh tambah atau kurangkan)
Sedikit gula batu (optional)
1 sb perasa dan pewarna sirup rose
1 helai daun pandan

Satukan semua bahan. Masak hingga gula hancur dan mendidih. Tuang ke dalam acuan pilihan. Sejukkan.

Daging Masak Kicap


Masakan yang saya jarang2 masak untuk.family...masak kicap....tak kisah la ikan ke...ayam le...daging ke...

Entah la kenapa....padahal lauk ni la jadi juadah paling kerap masa kecik2 dulu kat kampung....apa2 sikit masak kicap....masak kicap...masak kicap...makan punya selera kalau masak kicap.. Sekarang dah jemu kot... Anak2 sesekali dapat makan lauk masak kicap macam nikmat dan istimewa sangat.... Kalah masakan restoran atau hotelπŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ.


Daging masak kicap
http://zulfadreamland.blogspot.my

1 kg daging hiris nipis
2 biji bawang hiris
4 inci halia hiris
4 biji cili merah belah tengah
3 keping asam gelugur/keping
1/2 cawan kicap masin
Sedikit gula
1 sb serbuk lada hitam
1 batang kulit kayu manis
7 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 biji kentang - potong wedges dan goreng
Minyak untuk menumis


Rebus daging hingga hampir empuk. Dalam kuali, tumis bawang2, halia dan rempah tumis hingga keperangan dan naik bau. Masukkan kicap dan asam keping.  Tumis sebentar. Masukkan daging bersama air rebusan. Biarkan mendidih dan masak hingga daging empuk. Masukkan lada hitam, kentang dan cili. Biarkan sebentar. Perisakan dengan sedikit gula dan garam jika perlu. Sedia dihidangkan dengan nasi putih.

Kepah Tumis Berlada


Kepah fresh dari jeti perpat. Beli 2 kg weekend lepas....balik terus hubby masak sebelum kami pergi memenuhi jemputan kenduri kawen anak kawan opis.

Memang sedap manis kepahnya....anak2 suka sangat. Balik kenduri ayah intai kat kuali dah habis. Lain kali boleh beli lagi....sedap daripada kerang katanya....


Kepah tumis berlada

2 kg kepah
*20 biji cili padi - rebus lembut
*1 biji bawang besar
* 6 ulas bawang putih
* 1 inci halia
Garam dan gula secukup rasa
2 batang serai -dititik/ketuk
2 keping asam gelugur/keping
Minyak untuk menumis

Kisar lumat *. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan serai. Tumis lagi seketika. Masukkan asam keping. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata dan biarkan seketika. Akhir sekali masukkan kepah dan gaul rata. Masak hingga kulit kepah terbuka.



Wednesday, August 16, 2017

Menu Iftar 12 Ramadhan : Kari Ikan




Dok menggodek blog darft ternampak la beberapa pending post. Dah berbulan terbengkalai sebab kekadang mood nak mengupdate takde....antara sebabnya network slow...nak upload gambar ambil masa lama... Bila network dah ok malas pulak nak menaip dan mengedit gambar dan macam-macam alasan. Tapi akhirnya....jom semak resepi.


Kari Ikan
@ http://zulfadreamland.blogspot.my

1 kg ikan merah/jenahak atau apa-apa jenis ikan yang sesuai
2 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
2 inci halia
2 helai daun kari
1 sk halba campuran ikan
5 sb rempah kari ikan
1/2 air asam jawa (pekat)
5 cawan santan dari sebiji kelapa
2 biji tomato
10 biji bendi
garam secukup rasa
1/2 sk gula

------
Kisar bawang merah, bawang putih, halia hingga hancur.
Tumis dengan hingga naik bau bersama rempah tumis serta halba campuran.
Masukkan rempah kari dan daun kari, tumis hingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa. Kacau sebati. Masukkan santan, bendi  dan perisakan dengan garam secukup rasa. Biarkan mendidih kemudian masukkan ikan.
Kacau dan biarkan mendidih dan ikan masak dan bendi empuk.
Masukkan tomato dan masak lebih kurang 1 minit lagi.

Kuih Cek Mek Molek


Makan malam semalam. Teringin nak makan...dah lama tak buat. Kebetulan keledek lebihan buat mee rebus tu banyak lagi berbaki.


KUIH CEK MEK MOLEK
http://www.zulfadreamland.blogspot.my

Bahan kulit:
1 kg keledek ~ kupas, direbus hingga empuk  atau potong dan kukus hingga empuk tanpa kupas terlebih dahulu, bila dah masak baru buang kulitnya sebelum lenyek)
1 cawan tepung gandum
Garam secukup rasa
Gula secukupnya untuk inti

Caranya:

1. Keledek yang telah direbus/kukus, masuk dalam bekas, tambah garam, kemudian dilecek halus ketika masih panas.
2. Dah suam, tambahkan tepung dan uli sebati.
3. Ambil sedikit adunan, leperkan, masukkan gula, tutup dan bentukkan membujur. Susun atas dulang yang dioles sedikit minyak. Buat hingga habis.
4. Panaskan minyak, ambil kuih dan goreng dengan api sederhana hingga garing dan keemasan.


****Jangan makan panas2 sgt nanti melecur lidah sebab gula yang dimasak tadi akan cair dan panas.
        Masa menggoreng api jangan terlalu besar supaya kuih masak sempurna. Kalau api terlalu kuat
        nanti tepungnya tak masak dan gula didalamnya tak sempat cair tapi bahagian luar dah gelap.


Monday, August 14, 2017

Pankek Cip Coklat


Cerita petang semalam. Adik sekeluarga datang petang. Tak tau nak hidang apa. Tanya anak2 buah nak makan pankek tak....semua cakap yesssssss....termasuk la anakanda semua. Nak bagi menarik saya tambah cip coklat.....banyak2.....buat besar2 supaya sorang makan satu pun dah kenyang. Gedabak besarnya....penuh satu pinggan. Selesai....8 kali goreng dah kenyang semua budak....hehehe.


Pankek Cip Coklat @ ZLC
http://zulfadreamland.blogspot.my

BAHAN-BAHANNYA :-)

1 1/2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
3 biji telur gred C
3 sb gula halus
3 sb minyak zaiton atau minyak masak
2 sb mayonis
1 cawan susu segar
1 camca teh esen vanilla
1/4 cawan cip coklat
Secubit garam halus
Mentega dan madu/maple syrup untuk dimakan bersama pancake

CARA MEMBUATNYA :-)

Satukan semua bahan kecuali cip coklat dan kacau guna whisker hingga rata dan adunan licin. Masukkan cip coklat dan gaul rata.

Panaskan non-stick frying pan pada api sederhana. Lenser dengan sedikit minyak menggunakan paper towel bersih yang dicelup sedikit minyak.(saya tak letak minyak)

Sudukan anggaran 3 1/2 camca besar adunan tadi. Ratakan.
Tutup pan tadi dengan tudung periuk sekejap. Bila permukaan pancake berbuih2 dan kelihatan agak kering, perlahan2 terbalikkan.

Masak lagi untuk 1 minit. Alih dalam bekas sesuai dan buat kaedah yang sama untuk baki adunan. Hidangkan bersama mentega dan curahan madu atau maple syrup.

Sunday, August 13, 2017

Kari Kepala Ikan+


Menu weekend lepas masakan my abam sado jj.


Kari Kepala Ikan tanpa santan Abg Sado JJ
@ http://zulfadreamland.blogspot.my

1 kepala ikan merah/jenahak (ble campur dengan bahagian isi dua tiga ketul)
2 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
2 inci halia
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1/2 btg kulit kayu manis
2 helai daun kari
1 sk halba campuran ikan (optional)
5 sb rempah kari ikan
1/2 air asam jawa (pekat)
5 cawan air + (susu segar - optional)
2 biji tomato
10 biji bendi
garam secukup rasa
1/2 sk gula

------
Kisar bawang merah, bawang putih, halia hingga hancur.
Tumis dengan hingga naik bau bersama rempah tumis serta halba campuran.
Masukkan rempah kari dan daun kari, tumis hingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa. Kacau sebati.
Masukkan ikan dan kacau rata.. Masak selama 3 minit.
Masukkan air, garam dan gula. Kacau dan biarkan mendidih.
Masukkan tomato dan bendi masak lebih kurang 3 minit lagi.


Cucur Udang


Menu majlis ilmu semalam. Buat cucur jer... 4 kg tepung, 1 kg udang, sayuran habis la jugak  .kalau takde nasi goreng semalam tak cukup agaknya. Alhamdulillah....rezeki dari Allah.


CUCUR UDANG RANGUP
Zulfaza Loves Cooking @ http://www.zulfadreamland.blogspot.my

BAHAN-BAHAN:

500gm tepung gandum
1 biji telur
1 paket yis segera | dicampur bersama 1 sudu gula dan ½ cawan air suam
Air (ikut anggaran untuk bancuhan cucur) ~ 2 1/2 cawan
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Sedikit serbuk kunyit
Udang sederhana secukupya
Minyak untuk menggoreng

Pilihan sayuran ikut citarasa

Taugeh
Kucai
Daun bawang
Lobak merah
Kobis
Hirisan cili
Bawang besar

CARA MEMASAK:

Campurkan yis bersama 1/2 cawan air suam dan sedikit gula untuk mengaktifkan yis. Biarkan sehingga ia berbuih.

Dalam mangkuk besar, masukkan tepung, serbuk kunyit dan garam. Kemudian digaul rata. Kemudian pecahkan telur dan masukkan bancuhan yis tadi bersama dua cawan air.


Gaul sehingga semuanya sebati dan masukkan sayur-sayuran. Biarkan sebentar 1/2 - 1 jam sehingga bancuhan nampak berbuih.


Panaskan dan goreng dalam minyak yang banyak. Rendamkan senduk yang mahu anda guna dalam minyak panas. Kemudian barulah disendukkan adunan cucur ke dalam kuali tadi.

video

Goreng cucur sehingga kuning keemasan dan angkat untuk tos minyak.

*Jangan guna air panas untuk membancuh yis kerana ia akan ‘membunuh’ yis. Bila naik berbuih, maknanya yis ‘hidup’ dan boleh digunakan.

*Untuk menjadikan cucur udang rangup, pastikan anda menggunakan senduk yang leper supaya bahagian tepi cucur boleh menjadi lebih crispy.

*Goreng cucur dalam minyak sederhana panas untuk cucur yang rangup. Minyak yang tidak panas akan menyebabkan bancuhan cucur 'masuk minyak' dan minyak yang terlalu panas pula akan membuatnya menjadi hangit.


Sos cili homemade ZLC

5 biji cili merah (boleh tambah cili padi jika suka) - nak guna cili kering pun boleh
5 ulas bawang putih
1 cawan air
4 sb cuka/air asam jawa pekat
Gula dan garam secukup rasa
(Boleh tambah 1 sk tepung jagung jika suka)

Kisar semua bahan hingga hancur. Masak hingga sos pekat.



Saturday, August 12, 2017

Mee Jawa Dendam Arora

Request dari adinda...minta kelanda buatkan mee rebus macam kekanda buat masa raya aritu...sedap bebeno katanya.. Kekanda ni pulak biasala....masak apa yang dia teringin nak masak. Hehehe......takkan nak masak benda sama dan post kat belog ni siaran ulangan sokmo.


Jadi apa yang kekanda buat ialah masakkan mee jawa pulok....tapi alahhhh..
Lebih kurang jer si jawa ngan si rebus nih....sijawa ni beza skit jer lebih kurang....ada rempah kari....tumis dulu dan letak santan....mee rebus saya pulok lebur jer semua bahan....talde tumis2...takde santan.....takde kari.

Satu lagi mee jawa biasanya dihidang dengan kerepek rangup tapi saya tak larat nak buat...migrain dah dua hari. Macam tak lengkap hidangan mee jawa tanpa keropok tu tapi apakan daya....memang kederat dan masa takde.


Sumber resepi mee jawa ni abang mamak aji....bukan abang jawa tau....hikhikhik. Saya olah sedikit cara penyediaannya.

Mee Jawa Dendam Arora
http://zulfadreamland.blogspot.my

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

1 Kg. Mee Kuning.
1 kg udang kapas.
1 kg ubi keledek dikupas kulit, dipotong, rebus dan lenyek.
50 gm. gula melaka/ gula merah.
200 gm taugeh.
2 cawan santan.
1/2 cawan minyak untuk menumis.
2 sudu besar tepung jagung utk dipekatkan kuah
3 liter air
2 sudu besar rempah kari daging.
Garam secukup rasa.

Bahan-Bahan Perencah kisaran Untuk Kuah:

3 batang serai dihiris
15 biji bawang merah (bawang kecil)
6 biji ulas bawang putih
4 inci lengkuas
2 inci halia
15 tangkai cili kering direbus
3 sb rempah kari daging
Sedikit air asam jawa.


Bahan-Bahan untuk Hiasan:

5 keping tauhu digoreng dan dipotong dadu.
6 biji cili hijau dhiris.
5 biji cili merah dihiris.
10 biji limau kasturi dibelah dua
6 biji telur direbus, dikopek kulit dan dibelah dua.
Fish ball, fish cake celur - potong kecil
1/2 cawan bawang goreng
1 cawan daun bawang dan daun sup dihiris.
Sawi celur
1 cawan daun salad bunga dihiris.

CARA-CARA MENYEDIAKAN:

Bersihkan udang, goreng udang sehingga kulitnya menjadi merah. Kopek kulitnya. Kemudian rebus kulit udang dengan air 2 liter air secara reneh. Sejukkan.  Kisar kulit dan kepala udang dengan air rebusan sehingga halus dan tapis airnya. Air ini kita gunakan untuk membuat kuah.

Kisar halus semua perencah kuah dan jadikan pes. Panaskan minyak dan goreng pes perencah sehingga baunya naik dan pecah minyak. Masukkan air rebusan udang tadi. Masukkan keledek lenyek dan kacau sehingga sebati dgn kuah.

Masukkan serbuk rempah kari dan santan. Kacau kuahnya. Biar kuah mendidih. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan masukkan ke dalam periuk kuah bersama isi udang. kacau sebati. Jika anda ingin kuah pekat, boleh tambah tepung jagung.

Tambah garam secukup rasa. Kuah anda telah siap.

Celurkan mee anda dalam air panas selama 3-5 minit.  Toskan mee dan tambah sedikit minyak masak supaya mee and nampak segar dan tak melekat. Kita kena tambah minyak kerana kita akan hidangkan secara berasingan. Hidangan mee serta bahan hiasan di atas mee jawa anda.

Selamat mencuba.


RESEPI KEREPEK :

Mee Jawa ini tanpa kerepek seperti tidak ada yang kena, dengan itu Mamak Haji tambah resepi ini untuk cuba sama-sama.

Bahan-Bahan:

250gm tepung beras
1 sudu besar (tbsp) tepung ubi kayu (topiaca flour)
Minyak untuk goreng.

Bahan-Bahan Perencah untuk dikisar:

5 ulas bawang putih
5 biji buah keras
1 sudu kecil (tsp) serbuk ketumbar, biji ketumbar digoreng kering dan ditumbuk/ kisar kasar.
1 biji telur
250 ml santan cair
Garam secukup rasa.

CARA MENYEDIAKAN:

Sebatikan tepung beras dan tepung ubi dengan bahan kisaran. Cairkan  tepung tadi dengan tambahan 250ml santan cair, supaya terbentuk tepung yang cair dan sesuai untuk dituang ditepi kuali.Panaskan minyak, bila minyak panas cukup, ambil sesenduk tepung cair dan tuangkan dikeliling gigi minyak ditepi kuali. Bila warnanya tukar keemasan kuning , kupil tepung itu dengan perlahan dan biarkan ia terapung ke tengah kuali. Bila cukup garing, keluarkan dan diletakkan ke atas kertas tuala dapur (paper towel) untuk menyerap minyak.

Patahkan saiz yg dikehendaki dan taburkan ke atas  hidangan mee jawa anda. Ia memberi kelazatan yang istimewa pada hidangan mee jawa anda.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...