Saturday, July 30, 2016

Agar-agar gudir aka agar-agar santan gula melaka


Agar-agar gudir........buatkan untuk doa selamat kat umah kakak. Resepi ni saya olah dari sumber asal yatiememories. Saya guna agar2 tali sebab takde yang serbuk jadi jumlah air + santannya saya guna 900ml saja untuk 10gm.

Kepala santannya agak nipis sebab santannya sedikit. Kalau nak tebal boleh adjust jumlah santannya. Tadi saya masak 100 gm agar2. Nak sedap guna santan 4 liter dan 5 liter air tapi saya cuma guna 1 liter santan jer. Tapi rasanya ok...sedap. Satu lagi disebabkan gula melakanya pun tak berapa banyak, jadi saya masukkan sedikit nescafe untuk mendapatkan warna yang lebih gelap. Jadila agar2 gudir perisa nescafe gula melaka....


Agar-agar gudir/agar-agar santan gula melaka

Bahan-bahan :

1 paket serbuk agar-agar 10 gm
1 liter air (4 cawan)
1 ketul gula melaka (lebih kurang 200 gm)
1/4 cwn gula pasir (boleh adjust ikut citarasa)
250 ml santan pekat
1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu
Secubit garam
2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan

Cara-cara:

Masak gula melaka yg diracik halus, gula pasir bersama 1 cwn air. Masukkan daun pandan yg di simpul. Masak hingga didih dan sentiasa di kacau. Bila dah siap tapiskan dan jadikan jumlahnya 2 cawan.  (Guna air yg dari 4 cwn tu ya)

Dalam periuk bersih, masak 2 cawan air bersama dngn serbuk agar2. Masak hingga mendidih.

Masukkan air gula melaka tadi dan sentiasalah di kacau hingga didih.

Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam.

Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana.

PENTING!!

Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Pandai-pandailah adjust api dapur tu ye. Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.

Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk dan umpphhh bila masuk ke tekak..heheheeee...


Saya guna santan sejuk dari peti sejuk. Jadi tak mendidih lama pun santannya dah berkepala.

Ikan Gelama Masak Lemak Cili Padi


Menu berbuka....ikan gelama ni baru naik dari bot nelayan masa hubby sampai jeti. Hubby pulak masa tu bawak duit sikit jer....tak boleh la memborong ikan untuk stok seminggu dua.... Takpe la...lain kali ada rezeki boleh beli lagi.


Gulai lemak @ ZLC

3 ekor gelama (dalam 1 kg) - potong 2 atau 3
1 cawan santan pekat
3 cawan santan cair

Bahan tumbuk

Seketul kunyit hidup
5 biji bawang merah / 1 biji bawang besar
10 - 15 biji cili padi (Ikut nak pedas mana)

2 batang serai diketuk
Sehelai daun kunyit simpul
2- 3 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
-------

Masukkan bahan yg ditumbuk, serai, daun kunyit, asam gelugur, santan cair, dan ikan ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
Kacau selalu supaya santan tak pecah minyak. kacau tu jgn sampai ikan hancur (setengah orang dia goreng dulu ikan supaya tak hancur bila masak tapi jgn garing sangat  - kalau goreng masukkan ikan lewat skit...)

Masukkan santan pekat. perisakan garam secukup rasa. Masak hingga mendidih. Pastikan sentisa dikacau untuk elakkan santan pecah minyak. Keluarkan asam gelugur kalau dah cukup masamnya.

Special request - sambal terung dengan ikan masin


Special request....mintak hubby masakkan sambal terung kerdil macam haritu. Stok terung baru amik kat kebun kawan. Bila puasa ni macam2 teringinnya.

Balik kerja masing2 ke dapur siapkan menu untuk berbuka...saya masak lemak ikan dan hubby di dapur sebelah dengan menu sambal tumis terungnya.


Sambal terung kecil dengan ikan masin

1 mangkuk terung kecil belah 2 - goreng hingga layu dan tos
Isi ikan masin (kurau/talang) - goreng dan tos

Bahan tumis

15 biji cili kering (buang biji, rebus/rendam lembut)
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia

Garam dan gula secukup rasa
5 sb air asam jawa
1 batang serai dititik/ketuk
Minyak untuk menumis dan menggoreng

Kisar bahan tumis hingga lumat. Tumis bersama serai hingga pecah minyak.

Masukkan air asam dan gula. Kacau sebati. Masak sebentar hingga agak pekat kemudian masukkan ikan masin dan terung. Gaul rata. Perisakan dengan garam secukup rasa. Masak hingga sebati dan tutup api.


Friday, July 29, 2016

Kek Pisang


Kek kedua malam ni. Saya buat 2 adunan. Yang ni pun untuk dibawa ke kemaman....mu tunggu ku datang.... Resepi cikgu suraya saya guna dan olah sedikit......dan hasilnya Allhamdulillah.

Kek pisang @ ZLC

Bahan – bahan

2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan gula + 1/2 sk garam
3 - 4  biji pisang berangan masak - lenyekkan
½  cawan minyak masak
2 biji telur gred A
1 sk esen vanilla/pisang


cara caranya :

Panaskan oven 170 darjah celcius.

Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder dan kemudian ketepikan. Griskan loyang kek dengan sedikit mentega atau alas dengan baking paper.

Seterusnya, putar telur + gula sehingga kembang.
pastu masukkan esen dan pisang, putar hingga sebati. Kemudian masukkan tepung gandum + soda bikarbonat + baking powder yang telah diayak tadi.

Akhir sekali, barulah masukkan minyak dan pukul hingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang telah digris td, dan bakar selama 40 minit ataupun 1 jam. (cucuk la ngan lidi ke ape ke...untuk check  dah masak).

Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai.



Kek Alunan Kasih


Kek anggun lagi seksi....πŸ˜†πŸ˜†. Buat untuk orang kemaman. Kenduri doa selamat kakak nak pegi haji....moga mendapat haji yang mabrur kepada semua jemaah haji musim 2016.


Kek alunan kasih @ ZLC

Bahan-bahan

250 gm mentega
5 biji telur gred A
2 ½ cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)
3 sudu kecil baking powder
1 1/2 cwn gula halus
1/2 cawan segar/cair
1 sudu kecil esen vanilla (bole guna perasa lain juga)
*Serbuk koko (secukupnya)
*Pewarna ( ikut citarasa masing2)

Cara-cara

Pukul mentega dan gula smpai kembang
Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang

Masukan *esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit
Bahagikan tiga bahagian..campurkan pewarna merah jambu, kuning dan biru.

Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan kuning..ratakan dlm loyang dan ayak *serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 *sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.


Masukan lapisan kedua..warna pink..ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua


Masukan lapisan ketiga..warna biru..ratakan perlahan2.


Bakar lebih kurang 45min..170 Degree atau ikut oven masing2…


Inilah hasilnya setelah dipotomg. Terserlah kranggunan, keseksian dan kelazatannya....kan...kan...kan.



Nasi lemak tumis dengan sambal bilis


Menu utama majlis raya @ ArRaihan baru2 ni selain laksa johor. 


Nasi lemak tumis special

bahan2nya

5 pot beras basmati (nak guna beras biasa pun boleh jer) - basuh dan rendam 30 minit
6 1/2 pot air santan
1/2  sk biji halba
Garam secukup rasa

Satukan semua bahan dan tanak nasi seperti biasa.
(Optional)
Setelah air nasi kering, renjiskan dengan 3 sb air yg dibancuh dengan 1/3 sk pes pandan. Dan biarkan nasi masak sepenuhnya. 

Bahan tumis

5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 sb mentega
3 helai daun pandan simpul
2 batang serai ketuk
3 sb minyak masak

Hiris bawang dan halia. Tumis semua bahan hingga naik bau dan keperangan. (Setelah nasi masak, biarkan selams 5 minit sebelum di masukkan bahan tumis dan di kareh.) Tuangkan ke dalam periuk nasi setelah nasi masak. Kareh rata.


Resepi sambal bilis enak banget

2 cawan ikan bilis - basuh dan toskan
4 biji bawang besar
30 biji cili kering dipotong dan direndam hingga lembut semalaman (boleh juga rebus atau rendam dengan air panas mendidih)
1 batang serai diketuk
1 biji bawang holland - potong bulat
garam dan gula secukup rasa
4 sb air asam jawa pekat
minyak untuk menumis

Kisar bawang besar dan cili hingga lumat. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak menggunakan api perlahan. Tutup kuali untuk mengelakkan percikan. Kacau sekali sekali supaya tidak hangit. Masukkan gula secukup rasa (bagi mendapatkan sambal yg merah cantik).
Tumis seketika. 

Masukkan serai dan air asam jawa. Kacau rata dan biarkan 5 minit. Kemudian masukkan pula ikan bilis. Masak hingga sambal pekat. Perisakan dengan garam secukup rasa dan tutup api.


Sos Bbq Special ZLC


Musim raya ada juga permintaan untuk sos BBQ Special ZLC ni. Sos ni sesuai untuk perapan kambing golek atau slice dan ayam. Juga untuk sos cicah kambing dan ayam bakar.

Sos ni tahan lama sebab dimasak tanpa menggunakan air. Sos ni pun cukup pekat. Sekg sos boleh guna untuk perap sekor kambing atau 8 ekor ayam. Biasanya tak perlu tambah apa2 lagi kalau guna sos ni....kecuali la org tu kuat manis atau kuat masin....hahhahah.

Alhamdulillah...setakat ni feedback memberansangkan dari yang pernah menggunakannya. Ada peminat tegar sos ni....tiap kali ada event bakar2 kambing mesti dia paksa saya ambil tempahan....berbelas kg sekali order....😰.

Moga terus diminati....πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Creampuff



Dua hari berturut2 buat creampuff....πŸ˜…. Mysim raya ni ada la kengkawan minta buatkan... Semalam 150 ketul....arini 100 ketul. Alhamdulillah. Buat lebih sikit semalam..
 ada la rezeki jiran merasa. Arini buat xtra utk bawak skit untuk jamuan raya sekolah anak selain bekalkan puding trifle.



Cream puff
Bahan2nya

Bahan A
1 cawan Air
100 gm mentega
1/2 sk gula
1 st esen vanila

Bahan B
Secubit garam
125 gm tepung gandum
3 biji telur

----

Masak bahan A hingga mendidih.
kecilkan api dan masukkan tepung dan kacau hingga tak melekat di periuk. sejukkan 10 - 15 minit.

pecahkan telur satu persatu dan kacau sebati .....saya guna hand mixer.
masukkan adunan ke dalam piping bag. Guna nozel utk kuih samprit dahlia pun boleh. Kalau tak guna nozel apa2 pun ok.

paipkan ke atas baking tray. bakar pada suhu 180°c selama lebih kurang 25 minit atau hingga keperangan.

kuarkan dari oven dan lubangkan sedikit creampuff untuk kuarkan wap panas supaya mengelakkan cream puff mengecut/meleper bila dah sejuk.

Kastard filling

2 1/4 cawan susu - boleh campur dgn air - 50 - 50 kalau tak mahu lemak sgt
1 biji telur
25 gm tepung kastard
25 gm tepung jagung
100 gm gula castor - secukup rasa
1/2 cwn teh esen vanila.
1 sb mentega

masak semua kecuali mentega di atas api sehingga likat dan berkilat. sentiasa kacau supaya tak hangit. kalau terlalu likat boleh tambah susu atau air. masukkan mentega. sejukkan sebelum masukkan ke dalam piping bag. - kastard ni kalau kurang air nanti bila sejuk keras sangat sampai jadi puding plak.

Paipkan kastard ke dalam cream puff yang dah sejuk atau suam2 kuku melalui lubang yang di buat tadi...
Dah siap....nak hias dengan gula ising pun boleh...


Wednesday, July 27, 2016

Cucur pisang


Cekodok pisang jer....tapi disebabkan saya cucukkan kat lidi suka kemain anak2 saya. Saya bekalkan agak banyak utk anak...suruh dia bagi kat kawan2. Rezeki kami meriah dengan pisang sehari dua ni. Masa hubby ke kebun kawan ada yang hadiahkan berangan kampung..... dua hari lepas kawan hubby balik kampung, hadiahkan pulak pisang awak.

Dah di goreng...buat cucur....nanti nak buat kek pulak untuk majlis raya anak2 kat sekolah.


Cucur aka cekodok aka jemput pisang @ ZLC

2 cawan pisang
Sedikit air
3 cawan tepung gandum
1/2 sk baking soda
1/2 sk baking powder
Gula secukup rasa
Sedikit garam

Kisar pisang, garam dan gula dengan air hingga hancur. Tuang dalam mangkuk. Masukkan tepung dan baking soda sedikit demi sedikit sambil adun rata. Adunan mesti tidak terlalu cair. Senang dijemput dengan tangan.

Panaskan minyak. Jemputkan adunan ke dalam minyak panas. Terbalikkan adunan supaya masak dan garingnya rata. Setelah keperangan, angkat dan toskan. Guna api sederhana untuk memasak. Cucuk la kat lidi sate nak bagi nampak macam best jer.


Tuesday, July 26, 2016

Nasi minyak arab dan Arabic Seven Spice Roasted Chicken


Memenuhi permintaan sahabat. Dia jemput kawan2 lama opis....kumpul2 sempena syawal. Sejak dia pencen pilihan susah nak gather2.  Saya lewat 1.30 dari waktu yang dijanjikan sebab ayam ni ambil masa lama untuk bakar.  Dan saya bakar 2 trip sebab oven tak cukup besar. Huhuhu.....bila sampai tetamunya semua dah menunggu......kelaparan.....nasib la tetamunya semua saya pun kenal....sama2 satu opis.

Komennya Alhamdulillah...syukur dengan izinNya masakan memenuhi citarasa.




Arabic Seven Spice Roasted Chicken
Bahan2nya

1 kg ayam
2 sb Arabic 7-Spice (baharat)
2 sk serbuk bawang putih
2 sb minyak zaitun
Saya tambah rosemary 1 sk
3 sb madu
Garam dan lada hitam secukupnya

Caranya

Panaskan oven 220 °C. Basuh dan tos ayam. Gaul rata ayam dengan semua bahan diatas. Susun di atas loyang pembakar. Tutup loyang dengan kertas aluminium dan bakar selama sejam.
Bukak foil dan bakar lagi utk menggaringkan ayam.


Nasi Minyak Arab
Bahannya

8 cawan basmathi dalam sekilo.. Cuci dan rendam air garam selama sejam dan toskan airnya.
1/2 cawan minyak jagung/ masak
2 biji bawang besar- dadu halus
3 batang carot- diparut memanjang kasar
1-2 biji cili hijau
1 sudu teh arab mix spices (bhaharat/7 spice)
1/4 sudu teh cardamom powder
1/4 sudu teh cinnamon powder
3 biji fresh tomato.. Buang kulit n dadu kasar
5-6 kuntum bunga cengkih
Garam secukup rasa
Air panas secukupnya
1 cawan gajus/ badam goreng (optional)

Panaskan minyak dalam periuk
Tumiskan bawang besar sehingga light golden brown, masukkan kayu manis, cardamom, cili hijau, arab mix spices, bunga cengkih dan carrot parut dan gorengkan sebentar sehingga layu dan terbit bau.
masukkan tomato dan teruskan mengoreng sehingga tomato layu.
Masukkan beras dan gorengkan sehingga translucent dan beras bergaul sebati.
Masukkan air panas dalam 12 cawan dan masukkan garam.
Masakkan di atas api besar dan bila air hampir kering, gemburkan sedikit dengan garfu dan perlahankan apinya seminimum yang mungkin, cover periuk kemas dan tanaklah sehingga masak dalam 15-20 minit.
Bila nasi dah masak jangan dibuka penutupnya..
Biarkan selama 5 minit dan gemburkan sedikit slps tu dan sedia untuk dihidangkan bersama,, marag, salad atau dakosh.

Sambal salsa:

1 biji tomato ~ hiris
1 biji bawang besar ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi, nak letak cili padi pun boleh) ~ hiris
1 pokok daun ketumbar ~ dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon.
Cara penyediaan:~
Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur




Nasi Mandy Ayam


100 pax utk majlis raya pejabat. Saya tak sempat nak ambil gambar macam selalu....kelam kabut sampai terlupa....subuh2 dah start memasak...lepas tu uruskan anak2 ke sekolah.

Gambar2 ni pun minta dari kawan...jadila....Alhamdulillah komennya memberansangkan.

Chicken Mandy @ ZLC

Bahan-bahan untuk Mandhi/mandy Daging:-

1 ekor ayam potong 4 atau 8/ikut suka dan di cuci bersih
1/2cmt ketumbar biji
1/2cmt jintan manis
1/2cmt lada hitam biji
1/2cmt all spices  (boleh beli kat kedai barangan timur tengah)
1 biji bawang besar-belah 4
1-2 helai daun bay
1 inci halia
Garam
air untuk merebus

Cara penyediaan:-

1. Rebuskan daging dengan kesemua bahan di atas hingga empuk dan lembut, bergantung pad pada daging anda tu. kalau nak cepat masukkan ke dalam presure cooker jer..
2. Bila daging dah empuk, keluarkan daging, tapis air rebusan dan ketepikan.

Nasi Mandhi
Bahan-bahanya:-

4 cawan beras basmathi ~ rendam 30 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi (saya guna 2cmb ghee + 2cmb canola oil)
10-12 cawan air/ stok ayam/daging
1/3cwn kismis (tak letak pun tak pe)
Rempah tumis:-1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
Garam secukup rasa.
Cara penyediaan nasi:
1. Didihkan stok ayam/daging bersama ghee/ minyak, kismis dan rempah tumis hingga betul- betul memgelegak, dengan api yang besar masukkan beras tutup periuk dengan penutup periuk, biarkan hingga mendidih.

2. Bila mendidih, garam secukup rasa, kacau sedikit dan biarkan nasi masak 3/4 masak, dan toskan airnya sedikit, jangan kering kontang pkl pulak just tinggalkan sikit bagi lembab masa nak wapkan nanti supaya tak kering/ hangus. Dalam periuk lan lain yang besar masukkan nasi tadi dan susunkan ayam/ daging dalam periuk, buat lubang ditengah-tengah nasi dan letakkan cawan kopi/lompang, letakkan seketul kecil arang yang telah dibakar hingga berbara, tuangkan sedikit minyak masak/zaitun pada arang tu..masa ni asap akan keluar berkepul-kepul...

3.Dengan api yang paling kecil, tutup periuk dengan aluminium foil cepat- cepat dan kemas supaya asap tak terkeluar dan cover dengan tudung periuk, kalu ada lesung batu letak atas tudung periuk tu kasi berast supaya asap tak kelua, tanak seperti biasa dan biarkan supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi lebih kurang 5-10 minit dan offkan api.

4. Buka tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang, dan biarkan selama 5-10 minit baru gembur nasi dengan garfu Kalu tak letak kaler pada nasi pon tak per...

5. Hidangkan dengan salasa tomato (blend 2-3biji fresh tomato + 1-2 biji cili hijau+1 biji bawang besar. Masukkan jus lemon dan garam secukup rasa. Jangan masak, terus hidangkan je..enak kalau sejuk, saya buat awal & simpan dalam peti sejuk sebelum nk hidang), jarjir/salad/lemon/carrot dan bawang besar. Siap!

NOTE:- Kelainan nasi ni terletak pada aroma asap..Saya dah mencuba beberapa resepi yang ada kat beberapa Blog yang lain tetapi rasanya agak berbeza dari apa yang saya makan so terpulang pada selera masing- masinglah nak menilaikan ikut tekak sendiri kan ...


Monday, July 25, 2016

Majlis Ramah Mesra Aidilfitri @ Surau ArRaihan

Jamuan hari raya anjuran surau berhampiran. Buat secara potluck.....macam2 juadah ada...sedap2. Menu utama saya sediakan....jiran2 ada yang datang membantu sediakan bahan2 masakan. Lepas subuh start masak, azan maghrib tutup api. Alhamdulillah....rahmat Allah turunkan pertolongan....kalau tidak menu utamanya tak sempat siap la jawabnya...kerja2 menghiris, mengupas, mengisar dan macam2 lagi dibantu oleh Ros, kak Fauziah, puspa, faezah, daniel, kakak dan anak2. Hubby pun kerja keras...basuh ayam 21 ekor u tuk rendang dan tempahan nasi arab esoknya, siang ikan 11 kg dan macam2 lagi. Tapi penat kami berbayar bila juadah siap dan dimakan dengan penuh kepuasan..... Terima kasih Allah....

Hujan lebat sebelah petang dengan kilat sabung menyabung menghentikan sekejap kerja2 memasak. Sebaik saja hujan berhenti baru la saya start menumis kuah laksa menggunakan 11 kg ikan mabong.

Meriah...kenyang....selebihnya biar gambar yang berbicara. Tak banyak gambar yang sempat dirakamkan sebahagiaannya menggunakan gambar yang dikongsi di group wasap....sibuk mengisi perut dengan macam2 hidangan lazat...πŸ˜πŸ˜πŸ˜πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ. Syukur nikmat Allah yang tak pernah kurang buat kami semua.





Nasi Minyak


Nasi minyak ni saya masak sabtu lepas. Anak buah minta tolong masakkan sebab family mertua nak datang beraya. Saya masakkan nasi jer...lauknya diorg masak sendiri.

Saya nyaris2 terlupa....janji suruh datang ambil pukul 12.30....saya teringat nak masak dah pukul 12. Kelam kabut saya...dah la beras kena rendam 30 minit.

Nasi ni kaler dia meriah sikit....pewarna kuning telur yang biasa guna untuk nasi minyak tu entah kemana letaknya. Jadi saya campurkan pewarna lemon dengan merah....hahaha....meriah nasi minyak saya kali ni.


Nasi minyak ZLC

16 cawan beras basmathi ( saya guna pusa cream) - basuh, rendam 30 minit dengan air dan 3 sk garam. Toskan.
20 cawan air campur 1 tin susu cair

Bahan tumis
5 kuntum bunga lawang
15 kuntum bunga cengkih
15 biji pelaga
5 batang kulit kayu manis
5 batang serai diketuk
5 helai daun pandan -  koyak dan simpul
3 biji bawang besar hiris halus
5 inci halia
1 labu bawang putih hiris halus

Garam secukup rasa
2 ketul kecil gula batu (
1/2 cawan minyak masak
2 sb minyak sapi


Panaskan minyak. Tumis bahan tumis hingga keperangan. Masukkan air campur susu. Perisakan dengan garam dan gula batu. Masak hingga didih. Masukkan beras. Bila air dah mula mengering tuangkan pewarna di dalam lubang2 yang terbentuk pada nasi yg hampir mengering. Tutup periuk rapat2 dan kecilkan api. Masak selama 5 - 7 minit. Tutup api dan biarkan 5 minit sebelum.buka penutup dan karih nasi perlahan2 dari tepi supaya tak patah.


Kek karot


Memenuhi permintaan peminat tegar kek karot saya ni....dari dulu....kini...selamanya....kekadang sanggup diorg tunggu mood datang untuk baking kek ni...

Saya buat dua ketul...satu tu saya nak bawa sebagai buah tangan ke rumah pak sedara. Gambar yg dah dibedah takde. Masa kat jamuan kawan tu ngan umah pak sedara tak teringat nak snap gambarnya bila diorang potong....

Kek karot walnut ZLC

Bahan A

2 cawan tepung gandum
1 3/4 cawan gula
2 st baking powder
1 st garam
3 st serbuk kulit kayu manis
1 cawan walnut cincang (saya bakar jap - kali ni saya kisar halus sikit sebab senang nak potong nanti)
1 cawan kelapa kering

Gaul semua bahan di atas.

Bahan B

3 cawan carrot parut (~ 3 biji)
1 1/2 cawan minyak masak
4 biji telur (dipukul jangan sampai gebu sangat)

Gaul sebati bahan B.
Masukkan bahan A ke dalam  bahan B.
Gaul sebati.
Tuang dalam loyang yang telah di alas dengan baking paper dan digris.
Bakar pada suhu 160 ΒΊC selama 45 atau hingga masak.

Rendang Ayam Minang


Rendang untuk jamuan raya surau. Biasa saya masak rendang pedas. Bosan pulak masak menu sama jadi saya buatkan rendang minang pulak.

Resepi saya guna pak engku punya yang dah di olah oleh kak noor. Saya kurangkan sikit cili sebab takut oedas sangat budak2 nak makan. Saya masak untuk 10 ekor ayam...kalau buat sekor nanti bahagi jer la bahannya yer.

Rendang ayam minang @ ZLC

Bahan-bahan A:
10 ekor ayam – dipotong ikut suka
40 batang serai – dititik
3200 ml santan pekat + 20 cawan air
1500 gm kerisik
30 helai daun kunyit – dipotong halus
30 helai daun limau purut – dibuang urat tengahnya
30 keping asam gelugor
20 sudu besar gula merah
Minyak masak secukupnya untuk menumis

Bahan-bahan B (rempah tumis):
20 inci kulit kayu manis
50 biji buah pelaga
40 kuntum bunga cengkih
30 kuntum bunga lawang

Bahan-bahan C (dikisar):
30 biji bawang besar
50 ulas bawang putih
50 biji cili merah – dibuang biji tengahnya
60 biji cili padi (hijau + merah)
20 inci halia
10 inci lengkuas
20 inci kunyit hidup

Bahan-bahan D (dibancuh menjadi pes):
10 sudu besar serbuk ketumbar
10 sudu teh serbuk jintan manis
10 sudu teh serbuk jintan putih
10 sudu besar serbuk cili (saya guna cili kisar)
10 sudu besar serbuk lada hitam (tak letak banyak sangat)
Sedikit air

Cara-cara membuatnya:
1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan B sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan bahan C dan serai yang dititik, masak sehingga kekuningan.
3. Masukkan bahan D dan kacau rata.
4. Setelah terbit minyak, masukkan santan, ayam & kerisik. Tambahkan dua cawan air.
5. Masukkan gula merah, gula putih, garam dan asam gelugor. Masukkan juga daun kunyit dan daun limau purut. Kacau rata.
6. Biarkan ayam mereneh di atas dapur. Gunakan api sederhana. Selepas ayam masak dan kuah sedikit pekat, barulah ditutup api.


Laksa Johor


Musim laksa johor....menu raya tahun ni banyak pulak yang hidang laksa johor. Kitorang pun taknak ketinggalan.....menu ni jugsk yang jadi pilihan untuk majlis raya anjuran surau berhampiran.

Ramai juga yang tak pernah makan dan tahu pasal pasal laksa johor yang boleh dikategorikan dalam kategori laksa mewah.... Kos penyediaannya mahal dan bahannya pun macam2. Kebiasan orang jual laksa utara yang lebih murah kosnya. Last saya makan kat restoran banyak tahun lepas, harga satu hidangan lebih RM8. Tahun ni ada yang kata orang jual RM12 satu hidangan. Tak pelik la sebab saya sendiri sediakan memang kosnya jauh lebih tinggi daripada laksa utara dengan penggunaan spaghetti, ikan, udang kering, (ikut resepi yang betul2 guna ikan parang, udang segar & udang kering serta isi ikan masin kurau). Kalau buat untuk makan sendiri atau tempahan daripada org yang sanggup bayar harga tinggi boleh la buat full and authentic version....kalau tak buat yg kosnya sedikit rendah.

Kat sini saya share resepi dari dua2 versi...terpulang selera nak pilih yang mana. Dari segi rasa, versi harga rendah tu (walau tak serendah mana) pun dah cukup sedap (ikut komen tetamu yang makan, jauh lebih sedap dari yg dia makan di hotel....kembang jap idung akak).


Kepada yang tak berkesempatan datang ke majlis tempoh hari, meh sini kat blog akak ni....amik resepi dan buat sendiri....πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†.

Update : Ikut kata chef obie sambal ori untuk laksa johor tak perlu letak bawang putih dan guna cili kering jer. Arwah abah suka juga buat sambal belacan guna cili kering...sedap. Syaratnya kena tumbuk dengan lesung batu...jangan guna pengisar letrik.....umphhhnya kurang.





Versi 1 (sumber mat gebu)
Saya guna versi ni tapi dah ubah suai sedikit.

Laksa johor

BAHAN-BAHAN KUAH LAKSA JOHOR :-)

800 gram ikan Japanese Mackeral @ ikan kembong
4 camca besar udang kering, rendam hingga lembut.
2 camca besar kerisik
1/2 inci lengkuas, dititik
3 keping asam gelugor
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*(*kisar halus)
2 camca besar cili kisar
2 camca besar rempah kari daging
2 camca besar ketumbar serbuk
1 camca besar jintan manis serbuk
1 1/2 liter santan kelapa
1 genggam daun kesom
2 kuntum bunga kantan, belah dua setiap satu
Sedikit daun selasih
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN ULAMAN :-)
Taugeh, dibuang ekor, cuci dan toskan
Kacang panjang, dihiris halus
Daun kesom, hiris halus
Daun selasih, hiris halus
Timun, ambil bahagian luar dan buang empulurnya, hiris halus
Bawang besar, hiris halus
Limau kasturi

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Sambal belacan
Spaghetti, direbus hingga lembut dan toskan, kemudian  di "chap" (dibuat sanggul)
Limau kasturi secukupnya, dibelah dua

CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK KUAH LAKSA JOHOR :-

Satukan rempah kari, ketumbar serbuk, jintan manis serbuk, cili kisar dan bahan kisar halus, kacau rata dan ketepikan. Udang dicelur, asingkan kulitnya, kisar halus, ikan direbus, asingkan dari tulang, kisar halus, udang kering ditoskan, kisar halus. Ketepikan.

Panaskan minyak dalam periuk. Tumis lengkus, bahan kisar + rempah ratus tadi hingga harum, dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Tuang santan dan juga stok air rebusan dan ikan. Kacau rata. Masukkan isi ikan kisar, dan udang kering. Kacau hingga semua rata dan mesra. Biar mendidih.

Masukkan kersik, asam gelugor, bunga kantan, daun kesom dan sedikit daun selasih. Kacau dan biar hingga sedikit pekat. Tambah garam secukup rasa dan gula secukupnya. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Ketepikan.

CATATAN MAT GEBU :-

Untuk sambal belacan tu, anda tumbuk

4 biji cili merah + 6 biji cili padi + 1 inci belacan yang dibakar harum + secubit garam = tumbuk hingga halus, boleh hidangkan bersama laksa Johor tadi... Selamat mencuba!!...



Versi 2 (sumber azlita masam manis)

Laksa johor

1 kg ikan parang/tenggiri

Penyediaan stock ikan

Ikan parang/tenggiri di cuci bersih, kemudian di rebus hingga empuk
Asingkan ikan dan air rebusan
Kemudian asingkan isi ikan dari tulangnya
Ambil tulang ikan, kepala dan ekor masukkan dalam blender.
Tambahkan air rebusan ikan tadi dan kisar hingga halus
Kemudian di tapis
Buangkan hampasnya
Stock ikan dan isi ikan di ketepikan

Penyediaan stock udang
250 gm udang basah

Udang di bersihkan dan di asingkan isi dan kulit serta kepalanya
Kulit dan kepala udang kemudian di rebus dengan sedikit air
Kemudian kulit dan kepala tadi campurkan air rebusan dan di kisar halus
Kemudian tapis untuk dapatkan stock udang
Isi udang pula di kisar halus.
Ketepikan.

4 sudu besar udang kering

Rendam hingga lembut
Kemudian di kisar halus
1 keping isi ikan kurau masin sederhana besar ~ di rendam hingga lembut
Kemudian di kisar halus
Ketepikan

Penyediaan bahan kisar

6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inc lengkuas
1 inc halia
15 tangkai cili kering ~ rendam hingga lembut

Kesemua bahan di atas di kisar halus

Penyediaan rempah

2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar ketumbar

Kedua-dua bahan ini di sangai atau goreng tanpa minyak hingga harum
Kemudian di tumbuk halus


Lain-lain bahan yang di perlukan

2 sudu besar  rempah kari daging ~ ada juga yang menggunakan rempah kari ikan terpulang pada citarasa
2 sudu besar kerisik
3 keping asam keping
1 biji santan pekat ~ atau 1/2 kotak santan KARA
1 ikat daun kesum
1 ikat daun selasih
1 kuntum bunga kantan ~ belah 2
1 batang serai ~ di titik
1 buku gula Melaka ~ sederhana besar
Garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis


Sekarang semua bahan dah pun tersedia, jom kita mula memasak

Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan serai. Tumis hingga harum dan pecah minyak. Masukkan jintan dan ketumbar. Masukkan rempah kari dan tumis hingga rempah garing. Kemudian masukkan air rebusan udang dan ikan. Renehkan seketika hingga mendidih.

Kemudian masukkan santan dan udang kering kisar, isi udang, isi ikan dan isi ikan masin. Kacau sebati dan renihkan seketika.

Masukkan asam keping, gula dan kerisik. Kaccau rata. Kemudian masukkan bunga kantan dan daun kesum serta daun selasih. Perisakan dengan garam secukup rasa.

Masak hingga kuah sedikit pekat.

Cara menyediakannya

Panaskan minyak di dalam periuk lalu tumiskan bahan kisar hingga terbit minyak. Masukkan rempah dan kacau rata hingga sedikit garing. Kemudian masukkan kesemua bahan B.
Setelah itu masukkan isi ikan dan air rebusan ikan. Akhir sekali masukkan santan dan masak hingga kuah mendidih dan pekat.
SPAGHETTI

1 peket spaghetti
sedikit garam
sedikit minyak masak
air secukupnya untuk merebus

Panaskan air hingga mendidih
Kemudian masukkan spaghetti
Masak hingga spaghetti kembang, lembut dan empuk.
Ambil sedikit spaghetti dan rasa jika tiada lagi rasa keras bermakna ia dah empuk.
masukkan garam dan minyak
kacau rata
Kemudian toskan airnya
Spaghetti kemudian di gulung bulat, atau di lingkar memanjang 1 jengkal atau juga di simpul. Terpulang cara masing-masing.
Susun spaghetti atas kain muslin supaya bentuknya kekal.

Laksa Johor juga di makan bersama sambal belacan

SAMBAL BELACAN laksa johor

10 ~ 15 tangkai cili padi
2 batang lada merah
1 ulas bawang putih
1 keping belacan bakar ~ anggaran besar 50 sen
garam dan gula secukup rasa

Kisar atau tumbuk semua bahan hingga halus
Perahkan jus limau kasturi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...