Saturday, July 5, 2014

Nasi beringin dan ayam masak serai

Saya ambil resepini daripada yatiememories. Sedap. Buat juadah berbuka hari ke 6.

Nasi wangi dan lemak.....sedap terutama bila ditumis dengan minyak sapi.
Ayamnya lazat....saya guna ayam upin ipin jer.....supaya tak berebut.

Bahan-Bahan.
4 cawan beras basmathi
6 cawan santan
2 sudu besar minyak sapi/marjerin

Bahan Tumis 
2 batang serai - saya titik je
5 ulas bawang merah(mayang nipis)
3 ulas bawng putih(mayang nipis)
3 cm halia(di mayang nipis)
4 helai daun pandan
2 cm kulit manis
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 biji bunga cengkih
5 butis biji halba
garam secukupnya

Cara Memasak
Cuci beras, rendam selam 30 minit dan toskan.Panaskan minyak sapi, goreng bawang hingga kuning dan wangi,.Masukkan halia, rempah penumis(kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) dan juga serai serta daun pandan. Tumis hingga harum.Masukkan santan dan apabila mendidih masukkan sekali beras dan masak seperti biasa hingga kering. Jika menggunakan periuk elektrik masukkan sekali beras dengan santan dan masak seperti biasa. Karih@ kemburkan nasi bila nasi dah masak.

Ayam masak serai

Bahan-bahannya:
1 ekor ayam dipotong 12
1 labu bawang besar- di mayang.
3 batang serai dititik
2 keping asam gelugor
Garam dan serbuk kunyit(utk goreng ayam)
Garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk di kisar:
4 biji bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
2 btng serai- hiris halus dan kisar bersama
1 cawan cili kisar

Cara Menyediakannya

Ayam yg telah di potong, di cuci dan toskan. Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng separuh masak.Angkat ayam dan toskan minyaknya.Tumiskan bawang besar yg di mayang hingga sedikit layu. Masukkan bahan2 yang telah di kisar dan tumis sehingga naik bau. Masukkan serai yg di titik tadi dan gaul lagi.(Tambahkan sedikit air sekiranya perlu) Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor. Masukkan pula garam dan gula...perasakan. Setelah rasanya ok, bolehlah di angkat dan matikan api.Angkat dan boleh di hidangkan bersama dengan nasi putih, nasi mentega kismis, nasi jagung atau nasi minyak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...