Showing posts with label sos. Show all posts
Showing posts with label sos. Show all posts

Thursday, May 31, 2018

Thai Chicken Manggo ( Ayam mangga ala Thai)


Thai Mango chicken aka ayam mangga ala thai untuk iftar hari ni.....lama dah nak buatnya....berapa kali beli.mangga...bila mangga ada ayam takde...beli pulak ayam mangganya pulak dah licin.....gitu ler asbab tergemdalanya menu ni sejak mula dia viral dulu. Ni pun mangganya dah agak masak. Takde mangga yang sedikit muda.

Resepi ni olahan dari resepi yang di cnp dapur kak yah.



CHICKEN MANGGO

2 keping isi dada ayam (saya guna bahagian paha ayam potong 2)
1 ulas bawang putih
Sedikit garam + gula
Lada sulah
serbuk paprika
Tepung jagung + tepung gandum

Isi dada ayam dipotong dua tiga kerat.
Tumbuk bawang putih dan lumurkan pada ayam tersebut dan masukkan juga sedikit garam dan lada sulah dan serbuk paprika.  Perap seketika.

Golek-golekkan ayam yang telah di perap, pada tepung jagung dan biar melekat pada isi ayam
Seterusnya ayam, digoreng dalam minyak yang banyak sehingga kekuningan.
Angkat dan toskan setelah masak. Ketepikan


Bahan Sos

2 sb sos Plum
1 sb sos cili
1 sb sos tomato
Cili padi merah dan cili besar ~ ikut sukalah nak berapa biji (kisar)
air secukupnya
Gula dan garam secukup rasa
1 sb sos nampla
Parutan buah mangga muda
1 sb tepung jagung

Campurkan kesemuanya , masak hingga sedikit pekat pekat.

Hiasan

Parutan mangga
Parutan carrot
Untuk ditabur atas ayam manggo kita...
Saya tuangkan sos bila dah nak makan supaya ayam tak soggy


Tuesday, February 13, 2018

Brown sauce my way

Pelengkap hidangan mashed potato kali ni....sos perang homemade bersama cendawan butang yang lazat. Laku keras tak bersisa sos tu. Saya sempat test dua sudu bersama mashed potato selepas siap memasakkan petang tu. Lain kali kena tambah kuantiti. Rasa tak puas makan pulak. Selain dihidangkan dengan mashed potato, sos ni boleh juga dihidangkan dengan kambing bakar, ayam bakar atau pun chicken chop. Jimat kos buat sendiri dan boleh ubahsuai ikut citarasa.


Brown Sauce My Way

1/2 ketul mentega
2 sb minyak masak
6 sb tepung
Air rebusan daging secukupnya (atau 2 ketul kiub daging dan air secukupnya)
2 biji bawang merah dicincang
6 ulas bawang putih dicincang
Garam secukup rasa

Lada hitam ikut citarasa
2 tin cendawan butang - hiris


Panaskan minyak dan mentega. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga keperangan. Masukkan tepung dan tumis lagi hingga sedikit keperangan. Masukkan air rebusan daging. Kacau hingga tepung sebati dan tidak berketul. Perisakan dengan garam, lada hitam dan cendawan butang.

Tutup api setelah sos mendidih dan mendapat kepekatan yang diingini.
Untuk mendapatkan warna sos yang lebih gelap, tepung tu digoreng hingga keperangan, begitu juga dengan bawangnya.

Saturday, January 13, 2018

Roti Sarang Lebah


Punya lama tak buat roti ni....setahun dua kot. Musimnya dah lama berlalu....suatu waktu dulu sana sini org jual....lalu lalang kat wall fb hari2.

Saya terbuat roti ni pun sebab atas permintaan member opis. Tumpang sekaki kitorang sekali....buat sarapan ngan bekal sekolah anak2 terus.


ROTI SARANG LEBAH
Resepi Oleh : Rosmarlina

Jom kita lihat bahan-bahan yang di perlukan


300 gram tepung roti atau tepung high protein atau tepung superfine
200 gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung atau skim milk 
2 sudu besar madu
1 biji telur
250 ml susu segar
6 gram yis
40 gram gula
40 gram butter
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar plain yogurt

Semua bahan dah tersedia jom kita mulakan.
Ada 2 kaedah untuk membuat roti.
1. Jika anda menggunakan bread maker
2. Menguli menggunakan kudrat tangan

1. Kalau menggunakan bread maker kerja membuat roti menjadi lebih mudah. Rotinya pun lembut dan sangat gebu.
Caranya senang sangat, mula-mula anda kenalah dapatkan sebuah bread maker, kalau tak ada bread maker anda kenalah pilih kaedah yang ke 2.

Jika menggunakan bread maker, masukkan semua bahan ke dalam bread maker. Ikut arahan menguli pada Bread Maker masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli , kebiasannya memakan masa 1 jam 1/2 . Bila dah siap uli dan boleh terus ke langkah no 4

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan  dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam. Anda perlu meletakkan doh di tempat yang agak hangat sedikit suhunya seperti di dalam almari atau di dalam oven yang tidak di on suisnya supaya doh anda naik 2 kali ganda dengan cantik dan gebu.


4. Selepas 1 jam 1/2 menguli dengan Bread Maker atau selepas 40 minit di perap doh tersebut,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Kemudian bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil, lebih kurang 40 gm setiap satu, bulat-bulatkan, susun doh di dalam loyang yang telah di sapukan sedikit butter. Susun dalam loyang hingga habis. Adunan ni agak banyak jika guna loyang 8 inc boleh dapat 2 loyang.
Kemudian tutup atasnya dengan kain dan perap semula.
Biarkan sehingga doh naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit.

5. Selepas 40 minit, doh akan naik 2 kali ganda.
Sediakan glis telur iaitu campurkan 1 biji telur dengan 1 sudu besar susu segar dan kocok sebentar.

6. Gliss permukaan bun dengan bancuhan telur, taburkan kuaci hijau, kuaci putih atau badam dan bijan hitam di atasnya.  Sapukan sekali lagi atas nye dengan egg wash supaya semua bahan topping melekat di atas doh,


7. Akhir sekali  bakar pada suhu 170 C selama 20 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah bun di angkat, terus gliss permukaan buns dengan butter atau marjerin, supaya permukaan bun berkilat.

8. Beginilah rupanya bun kita selepas di bakar. Gliss permukaan buns dengan butter atau marjerin, supaya permukaan bun nampak berkilat, segar dan menyelerakan untuk dinikmati.

Letakkan bun atas pinggan hidang sebelum di curahkan sos karamel
Untuk resepi sos karamel. anda boleh sediakan awal, atau sementara menunggu doh di perap anada sudah boleh sediakan sos karamel


SOS KARAMEL

1/2 cawam gula perang
1/2 cawan krim atau tick cream atau fresh cream
1/2 cawan susu segar
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar butter

Cairkan butter.
Masukkan gula dan masak hingga gula mencair
Tuangkan krim, garam dan vanilla
Kacau rata
Jika sos agak pekat tuangkan susu cair , jangan tuang semua agak-agak ia licin ok.

Tuangkan sos karamel atas roti kita tadi..






Sunday, October 8, 2017

Vietnamese rice paper rolls


Menu minum petang hari minggu......sambil bagi tetamu rasa masakan dari vietnam. Sedapnya....anak2 pun suka.


Pilihan sihat....macam2 rasa dalam satu gigitan. Rasa mint....thai basil....daun ketumbar....pedas...manis...masam.....rangup.....mmemang mabeles.  Udang pun fresh dari jeti nelayan perpat. Akhirnya rice paper yang dah dibeli sejak sekian lama digunakan....


Penyediaa  rolls ni tak la susah mana.....sayurannya mentah....udang dan suun  celur jer.....sosnya pun cuma dibancuh tanoa perlu dimasak.  Cabarannya cuma nak menggulung sebab kertas beras tu lembut sangat.....rendam pun tak boleh lama...


Vietnamese rice paper rolls

25 gm suun
Rice paper secukupnya
300gm isi udang yang telah dicelur
Daun pudina secukupnya
Daun ketumbar secukupnya
Thai sweet basil secukupnya (daun selasih)
50 gm kacang tanah yang digoreng tanpa minyak - tumbuk kasar
1 biji lobak merah - parut
1 biji timun jepun - hiris lidi
1 pokok daun salad - hiris

Cara2nya

Rendam suun dalam air panas selama 5 minit atau hingga lembut. Toskan.

Ambil sehelai tuala bersih. Basahkan. Rendam rice paper selama 20 saat atau hingga lembut. Angkat dan letakkan di atas tuala lembab tadi.

Susun 3 ekor udang ditengah2 kertas diikuti dengan bahan2 lain termasuk kacang tanah. Jangan letak terlalu banyak bahan....nanti payah nak gulung.

Lipatkan tepinya  kemas2. Susun dalam pinggan dan tutup dengan tuala lembab sementara sos disediakan supaya rolls tak kering.


Untuk nuoc cham dipping sauce (sos nuoc cham)

2 ulas bawamg putih - cincang halus
4 biji cili padi merah - buang biji dan cincang halus
2 sb gula perang
4 sb sos ikan thai
4 sb air perahan limau (limau nipis atau limau kasturi)
2 sb cuka beras atau sebarang jenis cuka

Satukan semua bahan dan lenyek2kan cili dan bawang putih dengan sudu. Tambah sedikit air.

Hidangkan bersama vietnamese rolls.

Tuesday, September 13, 2016

Sos lada hitam homemade sedap


Malam raya haji punya cerita. Hubby beriya2 nak bakar2 malam raya kat kampung. Stok Sos bbq special ZLC ada tak sampai setengah kg, cukup untuk perap kambing 3 kg, ayam sekor, sosej skg dan sotong dekat 2 kg. Nak buat sebelum balik tak sempat sebab sibuk bakar kek. Bahan pun ada yang dah habis. Jadi saya buatkan sos lada hitam ni sebagai ganti.


Sos lada hitam (homemade black pepper sauce)

5 ulas bawang putih - tumbuk lumat
3 sb tepung gandum
2 sb mentega
1/2 tin susu cair
4 cawan air
1 ketul kiub ayam
3 sb sos tiram
6 sb kicap
50 gm lada hitam tumbuk  (jangan halus sgt)
Sedikit gula
Garam secukup rasa


Cairkan mentega. Masukkan bawang putih. Tumis hingga naik bau. Masukkan tepung, tumis hingga sedikit perang. Kacau selalu. Masukkan bahan lain kecuali susu. Kacau sebati dan biarkan merenih seketika. Tambahkan susu. Kacau rata. Masak himgga mendidih. Sesuaikan rasa. Tutup api setelah mendidih.

Kalau sejuk sos kelihatan agak pekat, tambahkan air mendidih dan kacau rata.

Sunday, July 3, 2016

Sos BBQ ZLC Special


Sos BBQ ZLC special ni memang special. Kalau tidak takkan sampai dekat tengah malam pun orang tepon paksa suruh buatkan...😄😄😄. Saya siap bagi resepi suruh buat sendiri tapi tak mau. Nak saya buatkan juga...lebih 12 kg saya buatkan sos tu untuk majlis iftar kat surau tempat dia hari minggu lepas. Tapi lambat nak update post kat sini. Malas nak menaip dua tiga menjak nih.

Feedback Alhamdulillah...saya kekadang bulan posa ni risau jugak....kot2 terlebih masin...terkurang segalanya....


Sos ni saya biasa jual sekilo RM35. Boleh perap 4 ekor ayam atau kambing 6 - 8 kg. Berbaloi beli sos nih....ikutkan tak payah dah nak ada sos cicah2 lagi sebab ayam/kambingnya dah cukup rasa.

Walaupun resepi ni resepi rahsia ciptaan saya tapi kalau berkenan boleh jer Klik dilink ini untuk dapatkan resepinya 😘😘.....hehehe...(rahsia la sangat).



Friday, December 25, 2015

Roti dan sos karamel gula melaka homemade

Roti dipandankan dengan sos kaeamel gula melaka....mantopsss......

Meroti lagi arini. Semlm buat roti inti kacang....dah habis sbb smlm ada tetamu. Harini memenuhi permintaan anak2 nak mkn roti sosej. Buatkan lah sikit. Selebihnya buat roti bantal jer. Nak makan dengan sos karamel gula melaka yg baru buat. 

Roti ni saya buat dua adunan. Plain dan charcoal.

Untuk ZLC karamel gula melaka

1 cawan gula
1 cawan thick/heavy/cooking/whipping cream
4 keping gula nisan/melaka (masak dengan 1 cawan air hingga pekat)
2 sb mentega
1/2 sk garam

Di dalam pan, hanguskan gula hingga keperangan dan cair sepenuhnya. Tuang cream. Kacau sebati. Masukkan gula melaka serta garam.  Kacau rata dan masukkan mentega. Kacau hingga mendidih dan sos pekat. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap. Kacau selalu semasa menyediakan sos kerana sos akan membuak apabila mendidih. Gunakan api sederhana ketika menyediakan sos.


Untuk roti

500 gm tepung roti/tepung gandum
10 gm kfine supercream atau 5 gm improver (GR superbake atau lain2 jenama)
80 gm mentega
50 gm susu tepung
60 gm gula
5 gm garam
1 biji telur (kalau guna GR superbake tak perlu letak telur tapi air tambah jadi 250 gm)
7 gm yis
225 gm air sejuk dari fridge

Masukkan bahan ikut aturan BM dan uli guna mode doh. Atau satukan semua bahan dan uli hingga jadi doh yang licin dan elastik. Perap doh hingga naik 2 kali ganda.

Tumbuk doh. Bahagikan ikut citarasa. Ambil satu bahagian. Masukkan dlm loyang yg digris mentega. Perap selama 2 - 3 jam. Spray air di atas doh, tabur kekacang ikut citarasa - biji kuaci, almond slice, bijan putih dan hitam.

Bakar pada suhu 180 celcius selama 20 minit. Atau hingga perang. Keluarkan dari loyang dan hidangkan bersama curahan ZLC kamamel gula melaka.

Sunday, October 18, 2015

ZLC Milky Butterscotch Spread

Hujung minggu lepas jadual agak padat dengan bermacam acara..... Tak kesempatan untuk update blog dan page. Resepi tak sempat nak taip dan gambar2 tak sempat di edit. Ada beberapa masakan yang disediakan hujung minggu lalu baru nak diproses utk posting di blog ini dan page Zulfaza Loves Cooking.... Busynya mengalahkan menteri pulak ai rasa....hihihi.

Isnin malam saya sempat sediakan roti dan spread ni untuk sarapan pagi anak2. Yg bersekolah dan sepatutnya menghadapi peperiksaan akhir tahun dicutikan oleh kerajaan kerana peningkatan indeks pencemaran udara akibat jerebu. 

Bercerita pasal jerebu ni saya rasa ini yang paling teruk...tempohnya dan kesannya yg melibatkan banyak pihak... Apa-apa pun diharap kita semua dilindungi Allah dari musibah yg lebih hebat.... Minum banyak air dan kurangkan aktiviti luar bangunan.....jaga kesihatan supaya boleh memasak dan memasak.....:-)

Ok la membebel panjang pulak. Jom la kita semak resepi dwi bahasa ni.... sos ni selalunya saya buat utk dimakan dengan roti sarang lebah...tapi kalini rotinya tak sempat nak bersarang.....


ZLC Milky Butterscotch Spread

250 gm white chocolate / 250 gm coklat putih
250 ml dairy whipping cream / 250 ml krim putar
1/4 cup honey / 1/4 cawan madu
2 cups brown sugar / 2 cawan gula perang
1/4 cup butter / 1/4 cawan mentega
1 tbs vanilla essence / 1 sb esen vanilla

Methods/Cara2nya

Place the cream, sugar, butter and vanilla essence in a medium heavy-based saucepan, stir over medium heat for 5 minutes or until well combined. Add in white chocolate and stir until the choolate is completely melted. 
Satukan krim, gula, mentega dan esen vanilla ke dalam periuk. Kacau di atas dapur dan masak menggunakan api sederhana selama 5 minit atau sehingga sebati. Tambahksn coklat putih dan masak hingga coklat cair sepenuhnya.

Increase heat to high and bring to the boil. Reduce heat to low and simmer, uncovered, stirring often, for 5 minutes or until the sauce thickens. Remove the pan from the heat. Set aside for 2 hours or until cooled to room temperature. Add honey to the mixture and stir until well combine. Serve at room temperature or keep it in airtight container.
Besarkan sedikit api dan didihkan adunan. Kecilkan semula api dan renih sambil dikacau selama 5 minit lagi atau sehingga sos menjadi lebih likat. Tutup api dan ketepikan. Biarkan sejuk selama 2 jam, tambahkan madu dan kacau sebati. Hidangkan pada suhu bilik bersama roti, aiskrim, kek, brownies atau biskut tawar. Simpan selebihnya di dalam bekas kedap udara.

Thursday, July 30, 2015

Homemade Salted Caramel Sauce

Saya guna salted caramel yg sedap ni utk roti sarang lebah dan hiasan brownies....makan macam gitu pun sodap...rasa macam gula2 tu. Resepi saya dapat dari SALLY’S BAKING ADDICTION.

Homemade Salted Caramel Sauce

Bahan2:

1 cawan (200g) gula halus
6 sb (90g) mentega, potong jadi 6 ketul
*1/2 cawan (120ml) heavy cream
*1 sk garam

Cara2nya:

Cairkan  gula di dalam pan atau kuali menggunakan api sederhana. Kacau senriasa menggunakan senduk kayu atau yg tahan panas.

Gula akan berketul dan mencair dan berubah warna keperangan. Jangan sampai hangus.  

Bila gula dah cair sepenuhnys, terus masukkan mentega. Hati2 sbb masa ni karamel tu meletop2 gitu. Kacau sentiasa lepas masuk mentega lebih kurang 2-3 minit sampai mentega cair sepenuhnya juga..

Pastu perlahan2 tuang 1/2 cawan cream sambil kacau.  Biarkan mendidih 1 minit gitu. Karamel ni akan berbuih2 dlm kuali tu masa ni.

Angkat dari api dan masukkan 1 st garam dan kacau rata. Sejukkan sebelum guna. Simpan dalam bekas kedap udara dan karamel boleh tahan 2 minggu kalau simpan dlm fridge. Bila nak guna kena panaskan sekejap.

Nota tambahan.

Boleh guna menyega tanpa garam dan guna resepi sama.

Heavy cream boleh ganti d3ngan whipping cream atau double cream.

Saturday, June 20, 2015

Nasi ayam Singapura

Resepi yang saya jumpa di fb Joha Hassan ni jadi pilihan untuk hidangan berbuka puasa hari ketiga...

Nasi Ayam Singapura. Singapore Chicken Rice. 

Bahan2nya

1 ekor Ayam Segar (Siz Besar), Boleh dipotong 2 atau 4.

Bahan untuk sup & stok nya

1 batang serai
1 biji rempah bunga lawang
1.5 inch halia
4 ulas bawang putih
1 kuib knorr ikan bilis (saya tak letak)
4 sudu besar bawang merah goreng
4 helai daun pandan 
Air secukup untuk rebusan
Garam secukup rasa

Nampak dalam gambar kat fb joha hassan tu ada letak celery, kurma cina, kulit kayu manis dan tomato....jadi saya pun tambah bahan2 ni juga...

Cara2nya 

Bersihkan ayam, ikut citarasa - potong 2 atau 4. Panaskan air di periok yang besar kalau hendak meletakan ayam seekor. Letakan garam secukup rasa, halia, bawang putih yang dititik. rempah bunga lawang, serai dan daun pandan kedalam periok bersama 1 kuib Knorr (Ikan Billis).


Masukan ayam ke dalam biarkan ia masak selama 15 atau 20min hingga mendidih. Keluarkan ayam, toskan dan tepikan. Gunakan tapisan kuah air rebusan di bahagikan dua, satu untuk sup dan satu untuk dimasukan ke dalam nasi nya.



Nasi

Bahan untuk Nasi nya.

800 gm beras Basmati - direndam untuk 20mins
1 inch halia
4 ulas bawang putih
4 - 5 cawan air rebusan ayam
2 helai daun pandan
1 batang serai

Cara2 untuk Nasi Ayam 

Letakan 5 cawan kuah stok rebusan ayam kedalam periok. Letakan beras Basmathi yang sudah direndam dan letakan halia dan bawang putih,serai yang dititik, kepingan ayam (lehernya dan lemak2 nya. Seikat daun pandan. Garam secukup rasa. Tanak nasi seperti biasa

Cara2 untuk Ayam Panggang

Bahan untuk memanggang ayam nya

300 gm Madu asli
1/2 sudu serbuk kayu manis - Digaulkan pada ayam
Minyak

Gosokan serbuk kayu manis pada ayam, sedikit garam dan madu.Biarkan ia sebentar. Panaskan oven pada suhu 180C. Bila sudah panas. Letakan ayam kedalam di atas jaring pembakar. Setkan oven pada 'Grill setting' atas sahaja. Turunkan suhu oven pada 160C. Panggang ayam untuk 15mins atau bila kulit ayam menjadi keemasan. Keluarkan ayam biarkan ia rehat selama 10mins sebelum dipotong.



Untuk supnya tambahkan,bawang goreng dan duan sup.Letak 1 biji rempah bunga lawang. Panaskan supnya hingga mendidih.

Cara2 untuk Sos nya 

Bahan untuk sos nya

3 biji limau nipis/kasturi
5 sudu besar cili kisar (cili hidup - 5 batang )
3 sudu teh cuka & jus limau
Garam & gula secukup rasa

Panaskan periok kecil, letakan air dalam 1.5 cawan, letakan 5 sudu besar cili kisar segar, garam secukup rasa, cuka/jus limau dan gula secukup rasa. Bila sos mendidih tutupkan api, dan letakan jus limau nipis. Rasa lah sos nya ikut cita rasa. Anda boleh letakkan cili api jika suka pedas lagi.


Sajikan juadah bersama salad timun, sos cili cuka, sayur chop choy...Ayam Panggang. Selamat mencuba.

Tuesday, June 16, 2015

Kuah rojak @ garam belacan


Dah lama tak mengacau kuah rojak aka garam belacan nih....last buat masa open hse 2 - 3 tahun lepas kalau tak salah....ker lama lagi...

Buat kali ni pun sebab kenduri kawen anak buah....hidangan sampingan. Laris kaunter rojak buah saya...hehehe....jenuh orang2 yg tolong potong dan kupas buah2annya....sekejap dah kosong tray...entah sempat tarik nafas entah tidak....kahkahkah. Kedudukan kaunter rojak buah ni jauh dari laluan masuk....rupanya ramai yg tak tau kewujudannya....huhuhu....kalau semua org serbu lagi tak menang tangan nak potong buah...nasib dan rezeki korang ler yer...


Nak buat kuah rojak ni tak susah dan tahan lama tanpa perlu simpan dlm peti sejuk......yg susahnya nak mengacau sampai pekat...mcm kacau dodol...tak ble berenti....supaya tak berkerak....jom saya bagi resepinya....

Kuah rojak

Cili kering dan cili padi kisar (kuantiti ikut pedas -:selera masing2. Kali ni saya buat kurang pedas sebab kesian kat bdk2 dan org yg tak tahan pedas - selalunya memang menjobang pedasnya)
1 kg sos cili
1 kg sos tomato
1 kg gula
200 gm belacan (kalau nak tambah petis pun boleh)
1 kg gula melaka
1 kg kicap manis
(Ada orang letak tepung jagung sebagai pemekat tapi saya tak pernah letak - saya kacau sampai pekat mcm kacau dodol tu jer)

Masak semua bahan hingga pekat. Sejukkan. Masukkan bijan. Hidang bersama buah2an pilihan. Taburkan kacang tumbuk ketika menghidang.

Jika suka

100 gm bijan - sangan/sangai - goreng tanpa minyak
200 gm kacang tanah - sangan/sangai - goreng tanpa minyak - tumbuk/kisar kasar (kacang tanah ni nak senang saya bakar dalam oven - masaknya sekata....tak penat mengacau)

Monday, April 6, 2015

Cucur bawang rangup cicah kuah kacang

Sarapan pagi....semalam tuai daun bawang. Jadi menunya cucur bawang rangup cucah dengan kuah kacang.


Cucur bawang rangup

Secekak daun bawang dihiris
Segenggam udang kering dikisar halus
Garam secukup rasa
Tepung gandum
1 sk baking powder
Air secukupnya

satukan udang, daun bawang, air. Masukkan tepung sedikit2 sambil kacau sehingga menghasilkan adunan sederhana pekat. Tambah baking powder dan garam secukup rasa. 

Ambil sesenduk adunan dan goreng garing menggunakan minyak yg banyak hingga garing. Angkat dan tos minyaknya. Potong cucur dan hidangkan.

Kuah kacang

2 cawan kacang tanah kisar (goreng/bakar dlm oven kacang dan kisar)
*15 biji cili kering - basuh, tos dan gunting
*2 biji bawang besar
*segenggam udang kering - basuh dan tos
garam dan gula secukup rasa
2 inci halia ketuk (kalau ada lengkuas, daun limau purut atau ubi cekur ble letak juga)
2 keping asam gelugur
Air secukupnya

Goreng bahan * hingga garing dan bawang layu. Kisar halus. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Dan masak dengan api perlahan hingga timbul minyak. Kacau sesekali untuk elak kuah hangit.

Friday, April 3, 2015

Sos bbq

Dah lama jugak tak buat.....kekadang buat lebih....simpan utk cicah ayam panggang....kambing bakar....celupkan daging burger pun sedap.

Sos bbq zulfaza

1 kg smoke bbq sauce (selalu guna brand knor)
1 kg sos tomato
1 kg sos cili
1 kg sos tiram
1 kg madu
 70 gm serbuk cili (ble ejas ikut pedas)
1/2 cawan serbuk lada hitam (ni pun ble ejas ikut pedas)
20 gm thyme
20 gm parsley
20 gm rosemary
10 helai daun salam
garam secukup rasa
4 labu bawang putih diketuk dengan kulit2 sekali
2 cawan air

Satukan semua bahan dan masak hingga mendidih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...