Tuesday, July 1, 2014

Sekaya labuku pecah.....huhuhu

Kisah sedih sekaya labuku di bulan ramadhan...
Akibat terlebih kukus, sekayanya melimpah keluar dari labu yang pecah sebab overcook....huhuhu....ada pengajaran disitu....jgn terlebih kukus....sbb resepi asal suruh kukus 2 jam...saya pun dok tambah waktu kukusan elektrik tu dan tambah air.....dengan konfidennya...tapi sejam lebih saya terintai kukusan tu tengok labu saya dah meleper.....

Nasib baik kukus elektrik tu ada macam mangkuk antara pungukus dengan air kukusan tu....jadi boleh lah jugak diselamatkan sekaya yg terkeluar tu.
Jadi tak la membazir....masih boleh dimakan....

Rasanya mabeles....lain kali kena tengok betul2 dan jengok2 kukusan tu....

Sebiji labu sederhana - potong atasnya jadikan penutup. Bersihkan biji dan empulurnya.

*4 keping gula nisan/melaka/gula merah (agak2 la timbangannya -manis ikut selera) dimasak bersama setengah cawan air hingga gula cair
*1 1/2 cawan santan pekat (resepi asal 1 mangkuk)
*8 biji telur
*Secubit garam
-------
Sebatikan bahan *.
Tuang ke dalam labu dan tutup labu dengan keratan tadi. 


Kukus selama lebih kurang 1 jam atau hingga labu empuk dan sekayanya masak. (Pastikan jangan terlebih kukus nanti labunya pecah dan sekayanya melempah keluar macam saya buat nih....huhubu)
Sejukkan, potong dan hidangkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...