Showing posts with label Biskut. Show all posts
Showing posts with label Biskut. Show all posts

Monday, March 30, 2020

Biskut kelapa kranberi


Biskut kranberi......ni biskut modern kot.....dulu2 mana ada kranberikan....anak2 suka sbb chewy.....hakak pun suka....kaya dengan rasa....ada kekacang dlm dia....kelapa pun ado.....macam2 ado...


Biskut kelapa kranberri

Bahan2nya

250 gm mentega arau margerin(suhu bilik)
1 cawan gula perang
1 biji parutan kulit oren atau lemon
1 sk esen vanila
1 sk butter oil
1 sk baking powder
2 biji telur gred C
3 cawan tepung gandum
2 cawan cranberry kering 
1 cawan badam hiris atau cincang
1 cawan kelapa kering

 Cara2nya

Pukul mentega, gula, parutan kulit oren, baking powder, esen vanila dan garam.

Masukkan telur dan pukul.

Masukkan tepung,  kelapa, badam dan kranberi. Gaul sebati.

Panaskan oven pada suhu 160ºC.
Buatkan bulatan-bulatan kecil dan susun ke atas dulang.
Bakar lebih kurang 25 - 30 minit. Jangan terlebih bakar.
Keluarkan dari oven dan biarkan biskut di atas loyang hingga suam  sebelum mengalih ke redai untuk menyejukkannya. Simpan dalam bekas kedap.

#cranberrycookies 
#biskut
#instacookies




Biskit sampan


Biskut sampan........antara biskut kategori lajen gak ni.....inti ada yg letak  kelapa dan ada yang letak nestum......agak renyah dah perlu banyak acuan sbb bakar dlm acuannya sekali....

Sumber resepi ni dari naz cute oven dan ramai lagi guna resepi sama.  Utk kulitnya kalau nak masukkan conflakes kisar sikit pun boleh juga....lagi crunchy nanti jadinya.

BISKUT SAMPAN

Bahan-bahan

250 gram mentega - suhu bilik
140 gram gula perang
1 biji kuning telur

1/2 sudu kecil essen vanilla

Bahan Kulit
40 gm tepung jagung
2 1/4 cawan (210 gm) rata tepung rose @ tpg gandum

Bahan Inti nestum
1/2 cawan nestum ( yang ni bole letak lebih ) tapi makesure tidak terlalu pekat
3 sudu besar tepung jagung

(Inti ni kalau nak letak kelapa kering pun boleh....tambah almond nibs pun sedap juga)

Hiasan
Ceri hijau - belah 4
Ceri Merah - belah 4
Badam (dipanggang sederhana garing) - belah dua

Pukul mentega bersama gula perang sehingga kembang. (gula perlu hancur, jika tidak..susah nak bawa keluar dr acuan).
Kemudian masukkan telur, pukul sikit lagi. Tambahkan sedikit esen vanila dan kacau.
Ambil 1/3 dari adunan untuk INTI. Baki adunan untuk bahagian KULITnya.

Untuk bahagian KULIT, masukkan tepung jagung, kacau guna senduk. 

kemudian masukkan sikit2 sikit tepung gandum..adun sehingga tidak melekat tangan. 

Kemudian utk bahagian INTI (yg 1/3 adunan tadi tu), masukkan tepung jagung dan nestum..

Kacau sehingga sebati adunan akan lembik sikit tapi  jangan risau memang mcm tu

Kemudian...amik acuan sampan (kalau takde guna acuan tart pun bole) letak adunan kulit tadi bentukkan adunan agar sikit berlurah.

Ambil sudu kecil atau pisau, ratakan bahagian inti nestum td dalam lurah biskut kita tadi buh lebih sikit pun takpa nanti cantik naik bila di bakar.

Sebelum bakar kite deco la biskut kite tadi letak laa ceri, badam..hias ikut kreativiti

Panaskan suhu oven terlebih dahulu dgn suhu 170 - 180 darjah bakar selama 15  minit menggunakan api bawah 

Kemudian bakar lagi 15 minit menggunakan api atas dan bawah

Siap sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

#biskutlajen
#biskotsampan
#cookies
#cookiesmaking
#foodie





Biskut Oat Crunchy


Kudapan anak2.....biskut cranberry dah habis.  Nampak Asyila Francis post kat fb biskut oat ni jadi try la buat. Saya ada buat pengubahsuaian sedikit...letak baking powder dan soft brown sugar. Memang sedap kulisni...ringan dan rangup. Tak perlu ada gadget....guna senduk pun boleh buat biskut rangup dan sedap ni....



RESEPI BISKUT OAT CRUNCHY

1 1/2 cawan tepung gandum
2 sb tepung jagung 
1 cawan mentega/margerin                   
3/4 gula perang (soft brown sugar)                     
3 cawan oat         
1 biji telur gred C
1 sk baking powder                   
1 sk baking soda       
1 sk esen vanila   
1/2 cawan choc chips           

Satukan mentega dan gula. Gaul rata menggunakan senduk. Masukkan telur. Gaul sebati. Masukkan esen. Gaul sebati.

Ayak  tepung gandum, tepung jagung, baking powder dan baking soda. Masukkan oat. Gaul rata. Masukkan ke dalam adunan mentega. Gaul sebati. Akhir sekali masukkan chip coklat. Gaul rata. Siap doh. Ambil sedikit dan bulatkan. Leperkan sedikit dan susun atas loyang.

Bakar pada suhu 180 celcius selama 25-30 minit bergantung kepada oven masing2. 

#biskutoatrangup
#crunchyoatcookies
#cookies
#masaksendiri
#foodporn
#foodielover
#foodpic



Monday, September 9, 2019

Biskut cornflake rangup


Biskut cornflake rangup....dah siap....utk minum petang...cicah kopi sambil tunggu kepulangan abam sayam anjer....🤭🤭🤭

Biskut cornflake rangup

1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kastard
1 sk serbuk penaik
3 cawan cornflake

Satukan

250 gm mentega/margerin
3/4 cawan gula perang
1 biji kuning telur


Pukul sebati menggunakan spatula.  Masukkan tepung gandum dan tepung kastad. Gaul rata. Masukkan cornflake yg telah diramas2 sedikit. Gaul sebati. Sudukan adunan ke atas loyang.

Bakar pada suhu 160 celcius selama 25 - 30 minit. Sejukkan sebelum dipindahkan ke dalam bekas kedap udara.

***baru keluar oven.biskut ni lembut/lembik jadi kena tunggu sejuk sedikit sebelum dipindahkan ke redai...

#cookies
#cornflakecookies
#homemadecookies
#allaboutcookies
#foodielover
#instafood
#foodie



Tuesday, May 28, 2019

Biskut Makmur


Biskut klasik.....biskut makmur.....buat lepas balik dari ofis. Hubby tolong sediakan juadah berbuka semetara saya siapkan tempahan yang nak dihatar rabu nanti.  Ini antara

Harum satu rumah bila biskut ni bersauna dalam oven.....bau minyak sapi tu.....ermmmmm.....kalau tak disebabkan dah dipinang orang, mau selamat masuk perut...

Biskut ni buat tak susah dan tak banyak ragam bagai......meh saya share resepinya. Saya try letak baking soda dan powder macam resepi kak wan.....selalunya tak.



Biskut makmur

Doh

200 gm minyak sapi
500 gm tepung gandum
1/2 sk garam
1 sk baking soda
1 sk baking powder

Inti

Kacang tanah - disangan dan dibuang kulit kemudian ditumbuk (jangan terlalu halus - saya masukkan dalam plastik dua tiga lapis...amik anak lesung, tumbuk alas chopping board kayu)
Gula halus secukup rasa
Sedikit mentega cair

atau

Buah kurma - cincang

CaraNya

Satukan bahan doh dan uli sebati. Kalau doh agak lembik, tambah sedikit tepung.

Satukan bahan inti dan kacau rata.

Ambil sedikit doh. Leperkan dan letak inti. Tutup doh dan bulat atau bujurkan. Susun atas loyang.

Bakar pada suhu 160° - 170° celcius selama 25 - 30 minit. Sejukkan sebentar dan golek atas gula ising.

#cookies
#biskutraya2019
#traditionalcookies
#malaysiancookies




Monday, May 27, 2019

Semperit capucino cheese




Semperit capucino cheese......new flavour in da house....

Siap dua pack jer hari ni.....Alhamdulillah elok terletak bunganya selepas dibakar.......esok lusa sambung lagi....insya Allah semua tempahan siap sebelum raya.



Resepi original ZLC.....sila cuba sila try....

Semperit Capucino cheese ZLC
http://zulfadreamland.blogspot.my

Adunan Capucino

200 gm mentega/margerin
1 biji kuning telur
100 gm gula ising

Putar hingga gebu.

250 gm tepung gandum
50 gm tepung kastard
50 gm tepung jagung
1 sb emulco capucino
1 sb serbuk koko

Satukan ke dalam mangkuk margerin. Dan uli sebati.



Adunan cheese

200 gm mentega/margerin
60  gm cream cheese
100 gm gula
1 biji kuning telur

Putar hingga gebu.

250 gm tepung gandum
150 gm tepung jagung

Satukan ke dalam mangkuk margerin. Dan uli sebati.

Paipkan adunan capucino di atas loyang guna nozzle pecah 10 @ 11 @ 15 ikut citarasa.  Diikuti dengan adunan cheese. Hias dengan chips coklat.

Bakar selama 20 - 25 minit pada suhu 160° celcius.


Monday, May 20, 2019

Semperit Baldu Merah


Merah itu menawan....jom buat kukis raya...

Semperit Red Velvet
@ Zulfaza Loves Cooking

Bahan-bahan
Bahan A
200gm mentega
100gm gula ising
1 biji kuning telur
Pewarna merah + oren + kuning lemon + kuning telur + oren + pink (campur sikit2 sehingga dapat warna merah yg dikehendaki)

Bahan B
250gm tepung gandum
50gm tepung jagung
50gm tepung kastard
1 sb serbuk koko
White choc chip


Cara-cara

Pukul bahan A hingga berkrim.
Masukkan bahan B yang telah di ayak dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama 1 jam.
Guna nozzle dahlia dan tekan ke atas loyang. Hias dengan white choc chip.

Panaskan oven dan bakar pada suhu 160C selama 25 minit atau hingga masak.

Monday, April 8, 2019

Tart Nenas


Cerita semalam.....untuk hantaran...selebihnya untuk makan sendiri.....buat satu adunan jer. Memang sedap sangat....sehari dah habis sebalang.

Guna resepi dari blog kak wan kali ni


Tart Nenas

250 gm mentega
40 gm gula halus
1 sb susu pekat manis
1 biji kuning telur
1 sk esen vanila
370 gm tepung gandum
30 gm tepung jagung

Ayak kedua2 jenis tepung. Ketepikan.
Pukul mentega, gula dan susu hingga gebu. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Pukul sebati.
Masukkan tepung yang telah diayak tadi dan uli hingga tidak melekat ditangan.

Terap atau bentukkan ikut citarasa. Letak jem nenas yang telah dibulat2kan. Bakar pada suhu 160 celsius selama 15 - 20 minit.





*** sapu kuning jika suka samada sebelum dibakar atau selepas dibakar separuh masak. Perbezaan jika disapu sebelum dibakar, kuning telur akan menjadi sedikit keperangan (seperti didalam gambar biskut tanpa bunga merah) berbanding yang dibakar separuh masak dan disapu kuning telur dan dibakar semula (seperti didalam gambar biskut dalam bekas dengan bunga merah).

Wednesday, February 6, 2019

Biskut nestum chocolate chips


Cuti CNY dimanfaatkan dengan membuat  nestum chocolate chips cookies ni untuk anak2 dan juga dihadiahkan kepada jiran2 yang menyambut CNY.


Biskut nestum chocolate chips

150gm tepung gandum
1/3 sk emplex
1/2 sk baking powder
1/4 sk garam
60 gm nestum
150 gm chocolate chips (pilih semi sweet atau bittersweet jika suka)
80 gm kekacang pilihan (almond, walnut, hazelnut dll) - cincang kasar - kalau almond dah ada jual yg dipotong)
150 gm mentega tanpa garam (kalau guna mentega bergaram abaikan penggunaan garam di atas)
140 gm gula perang (soft brown sugar) (saya guna 100 gm gula sahaja sebab guna chocolate chip biasa)
1 biji telur gred A
1/2 sk esen vanilla

Cara2nya

Ayak tepung, emplex dan baking powder. Masukkan garam, nestum, choclate chips, kekacang. Gaul rata.

Dalam mangkuk lain, satukan mentega dan gula. Pukul menggunakan senduk kayu hingga sebati dan ringan selama lebih kurang 5 minit. Masukkan telur dan esen vanila dan terus pukul hingga adunan sebati.

Masukkan adunan tepung tadi dan gaul sebati. Sudukan adunan ke atas loyang. Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160° - 170° celsius selama lebih kurang 20 minit atau hingga keperangan dan rangup. Sejukkan diatas rack sebelum disimpan didalam bekas kedap udara.


Tuesday, September 18, 2018

Semperit susu


Semperit susu....saya jarang nak buat semperit ni.... Buat ni pun sebab ada orang tempah sebab nak rasa. Saya sendiri kurang suka semperit ni....lebih suka semperit traditional.


Semperit/dahlia susu

Bahan2

250gm mentega
250gm susu pekat
Tepung jagung secukupnya (lebih kurang 560gm)
Pewarna pilihan jika suka
Acuan samperit atau dahlia
Ceri/cip coklat untuk hiasan

Satukan susu n mentega, pukul sebati guna whisker jer
Masukkan tepung jagung skit2 sampai jadi doh lembut yg senang nak tekan...

Tekan doh diatas loyang menggunakan acuan. Hias dengan hirisan ceri. Bakar selama 20 minit suhu 160 celcius.






Thursday, May 31, 2018

Biskut arab (biskut suji)


Biskut raya ketiga saya selepas semperit dan lidah kucing....biskut suji kristal atau dikenali juga dengan nama biskut arab. Resepi chef asma jadi pilihan....resepi lama yang disiarkan dalam buku festive cookies tahun 2007 yang lalu.


BISKUT SUJI KRISTAL

Bahan-bahannya:-


Bahan A (diayak bersama)
250gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh baking soda

Bahan B
125gm gula aising
1/8 sudu teh garam
100gm badam kisar (panggang terlebih dahulu)
1/2 sudu teh esen vanilla
200gm minyak sapi (cairkan dan sejukkan) (Nadz cuma guna 150gm dan tak cairkan pun minyak sapi ni)
Pewarna:
Pewarna pink, hijau dan kuning

Hiasan:
Gula kaster


Cara-caranya:-

1. Satukan semua bahan-bahan kecuali pewarna. Pukul perlahan sehingga menjadi doh

2. Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan letakkan tiga jenis pewarna secukupnya.

3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan mengikut warna pilihan.

4. Cubit sedikit setiap bahagian doh yang bewarna, satukan dan bulut-bulatkan.

    Buat hingga habis dan susun di dalam loyang pembakar.

5. Panaskan ketuhar dan bakar pada suhu 160c selama 20-25 minit bergantung saiz biskut.

6. Biarkan sejuk dan salutkan dengan gula kastor.



Wednesday, May 30, 2018

Macaron (french macaroon)


First time buat.....anak2 request dah lama....ada stok.putih telur lebih buat sekut raya try la buat ni..
Alhamdulillah keluar skirtnya....kira jadi la kan....kan...kan...

Resepi saya cnp dari azlita masam manis.


MACARONS

Bahan-bahan(+-24 set,48 keping):

2 biji (80gm) telur putih L size
60gm gula kastor
80gm almond powder
120gm gula aising
sedikit esen vanila

inti :- sy guna peanut butter je.. nak guna nuttela pun bleh...;)


Cara-cara:

Ayak almond powder dengan gula aising.

Pukul putih telur dengan gula kastor sehingga berbuih. Masukkan esen vanila pukul lagi sehingga kembang/ bertanduk. ( Bila terbalik mangkuk telur tu tak jatuh..kira oklah tu)

Masukkan sikit demi sedikit bhn yg diayak td ke dalam telur putih. Kacau perlahan-lahan macam buat kek.

Masukkan adunan yg dah siap ni ke dalam piping bag ( sy guna plastik putih biasa ja.. pehtu gunting bucu dia yg kat bawah tu ;)) . Picit ke atas dulang oven yg dah di alas dengan baking paper. Jarakkan setiap satu lebih kurang 3 cm. Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons- untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar)


Biarkan permukaan macarons kering atau tak melekat ditangan sebelum dibakar. Lebih kurang 30-40 minit sebelum dibakar. ( Bergantung pada cuaca juga ni. Saya letak bawah kipas bagi dia cepat kering. Sebelum bakar tu, test dulu dengan jari, kalau dah tak melekat tu bolehlah dibakar).

Bakar dlm oven pd suhu 150 degree selama 20 minit. (  Rasa mcm x terlebih bakarlah pulak haritu.. nak kena kurangkan suhu ataupun time tu lain kali ). Pastu sejukkan sebelum letak inti.

** utk rujukkan sendiri lain kali:

kisar serbuk almond bg lebih halus sebelum diayak.
kurangkan suhu atau masa bakar..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...