Thursday, April 5, 2018

Pau goreng inti kacang merah

Breakfast pagi ni......pau goreng inti kacang merah. Ni yg xpress uli guna tangan jer sekejap memandangkan breadmaker tu masih tak dicari
kneading paddle yg hilang entah ke mana....


Dapat la berapa belas ketul.....sarapan dan bekal anak2 ke sekolah....plan asal nak masakkan pasta....tapi macam malas la pulak. Lagi pyn semalam dah buat pasta.


Pau goreng inti kacang merah

2 cawan tepung gandum
2 sb gula
1/2 sk garam
1 sk yis
1/2 sk bread improver
5 sb minyak zaiton (minyak masak pun boleh)
1/2 cawan air suam (air biasa pun boleh)


Inti kacang secukupnya

Satukan semua bahan. Uli hingga sebati. Kalau doh macam keras tambah air sedikit2. Perap 15 minit. Bahagi doh ikut suka. Ambil sebiji doh...leperkan dan letakkan inti kacang. Tutup inti dan bulatkan doh kemudian leperkan. Susu  atas dulang yg ditabur tepung atau sapu minyak. Buatla hingga siap. Dah tu perap dalam 30 minit. Goreng dengan api kecil hingga garing.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...