Sunday, November 30, 2014

Briyani kambing (arab)

Bangun jer pagi ni tengok msg kat whapp dari adik, mak sedara yg sakit kat Teluk Intan telah kembali bertemu Penciptanya pukul 2 pg tadi.....innnalillah....moga rohnya ditempatkan bersama hambanya yang solehah... 

Pagi  ni kena cepat2 masak sbb atuk nak balik kampung dengan kakak dan ipar nak balik ke sarawak tengahari nanti. Saya masak heavy breakfast..... BRIYANI KAMBING resepi dari lydia honey. Subuh2 hubby dah ke pasar beli sayuran. Resepi ni lebih kurang macam briyani pakistan yang saya pernah post sebelum ni....

Kalau ikut lydia dia tanak nasi tu atas api tapi saya bakar dalam oven. Lebih cepat dan nasi confirm masak dengan cantiknya....saya bakar tutup foil suhu 250°C selama 20 minit.



Ipar saya kata sedap, sama macam yang dia makan kat mekah/madinah, yg kedai arab betul.... Hubby pun suka sebab ada rasa berempah2 skit...... Alhamdulillah....

Biryani Arab - kambing

Penyediaan lauk kambing

Langkah 1

Bahan A

700g daging kambing bertulang-cuci bersih & toskan *
2 helai bay leave*
2-3 biji cardamom pods*
3 kuntum bunga cengkih*
1 batang kulit kayu manis*
1 inci halia*
1 labu bawang besar (medium size)-belah 4*
2 ulas bawang putih-belah 2*
1 biji tomato-belah 4*
1 kuntum bunga lawang*
1/2 tsp lada hitam powder*
Air secukupnya untuk merebus*

Dalam periuk pressure cooker rebus bahan * hingga daging empuk. Keluarkan daging dan tapiskan stock, ketepikan.

Langkah 2

Bahan B

2 cmb minyak sapi
1 cmb minyak masak
1 inci halia**
3 ulas bawang putih**
1 labu bawang besar-**
1 cmt Arabic mixed spices (7 spice)
2 cmb rempah bryani
1/2 cmt cumin powder
1/4 cmt kunyit serbuk
2 cmb yogurt
2-3 biji cardamom pods
1 batang kulit kayu manis
2-3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 biji kentang (besar), kupas kulit, dadu besar & goreng sampai golden brown

Kisar **. Dalam mangkuk kecil, campurkan 1/2 bahan blend**, rempah bryani, serbuk kunyit, Arabic mixed spices dengan sedikit air hingga mendapat paste yang pekat dan ketetpikan. 

Tumiskan lebihan bahan blend** ,
bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu msnis, cardamom bersama minyak masak dan minyak sapi hingga wangi, masukkan paste rempah campuran tadi dan biarkan hingga pecah minyak, masukkan daging kamping yang direbus tadi kacau hingga sebati dan masukkan yogurt serta sedikit air rebusan. 

Biarkan separuh kering, masukkan kentang yang telah digoreng tadi dan masukkan garam secukup rasa. Kacau rata, biarkan hingga pecah minyak, matikan api dan ketepikan.

Penyediaan Nasi

Langkah 3

Bahan C

2 cawan basmathi-cuci, rendam 15 minit dgn air garam & toskan
2 helai daun bay
2 cmb minyak masak/ghee
2 biji pelaga
Air secukupnya
1 cmb garam

Dalam periuk lain, didihkan air yang banyak (macam nak rebus pasta tu) bersama daun bay, garam, pelaga dan minyak, masak hingga mendidih, masukkan beras dan rebus hingga beras hampir masak, tutup api dan toskan airnya.

Langkah 4

Bahan D

Daun ketumbar (hiris)
Daun pudina
Toasted pine nuts/almond
1 tsp rose water
Sedikit pewarna kuning/ saffron
Garam secukup rasa
Stock/ air rebusan

Dalam periuk bersih yang lain, sendukkan daging yang dimasak tadi dan ratakan menutupi dasar periuk.. Taburkan sedikit daun pudina dan coriander. Layerkan dengan nasi yang di tanak tadi menutupi daging. Tuangkan 1/2 cawan lebihan stock daging ke atas nasi berserta air mawar dan perwarna kuning/ saffron ke atas nasi. Taburkan sedikit daun pudina dan cover dengan aluminium foil dan tutup dengan penutup periuk dan tanak seperti biasa dengan api yang paling kecil hingga nasi masak.

Bila dah masak terbalikkan periuk nasi tadi ke atas pinggan besar/ hidangan dan taburkan lebihan daun ketumbar, kismis dan pudina goreng. Tara..siap untuk di hidangkan dengan salsa dan salad.

Saturday, November 29, 2014

Spaghetti meatball versi zulfaza

Sarapan pagi ni......

Penyediaan pasta

1 paket spaghetti
Sedikit minyak masak
Air
Garam

Didihkan air, minyak dan masukkan garam. Masukkan spaghetti. Rebus hingga empuk dan toskan.

@@@@@@@@@@@@@@

Penyediaan kuah spaghetti

1 paket meatball
1 tin kecil tomato sup
1 tin sederhana tomato puree
1 biji bawang besar cincang
5 ulas bawang putih cincang
2 biji tomato potong kiub
1 paket cendawan butang (takde stok)
1 sk Pasley flake
1 sk basil
1 sk italian herbs
1 sb lada hitam tumbuk
2 sb tepung gandum
1/2 cawan susu
Garam dan gula secukup rasa
Minyak + mentega untuk menumis

Panaskan minyak dan mentega. Tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. Masukkan tepung dan tumis hingga keperangan. Madukkan meatball. Gaul rata dan tumiskan seketika.

Masukkan susu, tomato sup dan puree. Masak hingga mendidih. Masukkan bahan2 lain dan perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.


Friday, November 28, 2014

Kentang wedges ala kfc

Resepi ni saya rujuk dari food.com..

Resepi kentang wedges ala kfc

Oleh : zulfaza live cooking

Shortening untuk menggoreng (saya guna minyak masak + shortening)
5 biji kentang dipotong wedges
1 cawan susu
1 cawan tepung gandum
1 sk paprika
1 sk lada hitam
1 biji telur
1 sk garam
Sedikit serbuk bawang putih

Panaskan minyak + shortening.
Satukan telur + susu, kacau sebati.
Satukan bahan2 kering dalam mangkuk lain.
Celup kentang dengan susu. Kemudian salutkan dengan campuran tepung. Goreng selama 3 minit, angkat dan toskan. Biarkan seketika dan goreng semula hingga garing.

9 Langkah Membersihkan Peralatan Dapur Dengan Baking Soda

9 cara menggunakan baking soda untuk membersihkan peralatan dapur anda....

Sumber : http://www.umibaba.com/petua/9-langkah-membersihkan-peralatan-dapur-dengan-baking-soda/

1.    Taburkan baking soda ke tuala basah. Lalu, gunakan tuala tersebut untuk membersihkan meja dapur yang sering anda gunakan untuk meletakkan bahan-bahan makanan anda.

2.    Campur 3 bahagian baking soda dengan 1 bahagian air. Lalu, gosokkan campuran tersebut pada peralatan makan dari perak dengan tuala bersih. Bilas, lalu keringkan.

3.    Taburkan baking soda ke tuala bersih yang basah untuk membersihkan oven microwave anda, baik bahagian dalam mahupun bahagian luarnya.

4.    Gosokkan baking soda pada peralatan plastik anda untuk membersihkannya dengan sempurna. Untuk membersihkan noda yang melekat, rendam peralatan plastik dengan campuran 4 bahagian baking soda dan 1 bahagian air.

5.    Untuk membersihkan kuali dan periuk, dalam campuran baking soda, cairan pencuci piring yang biasa anda gunakan, serta air panas selama sekitar 15 minit. Lalu, gosok dan bersihkan kuali dan periuk anda seperti biasa. Untuk bekas kosong yang kotor, dengan air yang tidak terlalu panas yang telah dicampur dengan sekitar 2 sudu makan baking soda selama sekitar 15 minit. Lalu, bersihkan seperti biasa.

6.    Ketika mencuci piring, tambahkan 2 sudu makan baking soda ke dalam campuran air dan cairan pencuci piring anda untuk membersihkan minyak dan sisa makanan yang melekat.

7.    Kotoran teh pada cawan atau mug teh kesayangan boleh dihilangkan dengan cara merendam cawan atau mug teh dalam campuran 50 gram baking soda dan 1 liter air selama semalaman. Setelah itu, cuci cawan dan mug teh anda seperti biasa.

8.    Cairan pada ayam panggang kesukaan anda boleh melekat pada pemanggang dan ini membuatkan ia susah untuk dibersihkan. Masalah ini boleh diatasi dengan cara menggosok pemanggang dengan berus kawat yang telah diberi campuran 3 bahagian baking soda dan 1 bahagian air suam. Setelah bekas minyak dibersihkan, bilas dan cuci pemanggang seperti biasa.

9.    Untuk membersihkan oven gas anda, buat paste dari campuran baking soda dan air. Oleskan ke seluruh permukaan oven yang perlu dibersihkan, lalu biarkan selama semalaman. Setelah itu, bersihkan dengan tuala basah. Untuk membersihkan kotoran pada oven yang tidak terlalu parah, campurkan 1 sudu teh baking soda dengan 2 sudu teh cuka atau perahan lemon, 1/4 sudu teh cairan pencuci piring, dan 1 cawan air panas. Spraykan cairan ini pada bahagian oven yang perlu dibersihkan.

Anda juga boleh menambahkan bau haruman yang lebih segar pada bahan pembersih dari baking soda ini dengan menambahkan perahan lemon. 

Lunch set....Kari udang galah, keli goreng tepung, bayam tumis air, ulam daun pudina

Dah berapa hari tak ke dapur sendiri....rindu pulak rasanya. Pagi tadi selepas ke pasar pagi dan pasaraya utk re-stock barang dapur, terus memasak sbb hubby lunch kat rumah.

Lengkap dah hidangan arini.....daun pudina tu atuk buat ulam.....


Kari udang galah

1 kg udang galah (bersih dan toskan)
2 sb rempah daging (saya guna rempah ceduk/basah)
2 sb kerisik
*2 biji bawang besar
*6 ulas bawang putih
*2 inci halia
4 tangkai daun kari
santan dari sebiji kelapa
1/4 cawan air asam jawa
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
bendi
tomato

kisar atau tumbuk *. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis * hingga keperangan. Masukkan rempah kari dan daun kari. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan air asam. Kacau rata. Masukkan santan dan keisik. Kacau rata. Masukkan bendi. Biarkan bendi masak seketika. Perisakan dengan garam. Masukkan udang. Masak hingga berubah warna dan mendidih. Masukkan tomato. Biar kan 1 minit sebelum tutup api.



Ikan keli goreng tepung

4 ekor keli - basuh bersih, rendam air asam jawa, bersihkan dan tos
Garam
kunyit
serbuk jintan manis
serbuk ketumbar
daun kari jika suka
tepung gandum secukupnya
Minyak untuk menggoreng

satukan ikan dengan semua bahan diatas kecuali tepung. Gaul rata, golekkan ikan di atas tepung. Goreng garing. (Cara ini juga menyelakkan ikan meletup ketika di goreng)


Bayam tumis air

bawang merah - hiris
bawang putih - hiris
Tahu goreng, fish ball, fish cake - ikut citarasa
bayam merah
garam secukup rasa
air secukupnya
minyak untuk menumis

Panaskan minyak. Tumis bawang2 hingga naik bau. Masukkan tauhu goreng dan lain2. Gorengkan seketika. Masukkan air dan biarkan mendidih. Masukkan garam. Akhir sekali bayam dan masak hingga layu. Tutup api dan terus pindahkan ke dalam mangkuk supaya bayam tak lembik.


Daun pudina ni saya petik smlm kat depan rumah. Ingatkan dah nak pupus tapi alhamdulillah....masih ada rezeki lagi...musim hujan ni subur balik pokok2 yang dah nazak aritu.

Wednesday, November 26, 2014

Bubur lambuk hubbyku sayang


10 pot beras
2 kg daging cincang
3 kg tulang

1 kg sayur campur
10 batang celery
15 biji bawang besar dihiris
4 labu bawang putih
5 batang kulit kayu manis
20 biji buah pelaga
10 kuntum bunga lawang
5 sb lada hitam tumbuk
5 sb serbuk rempah briani
2 cawan kacang gajus panggang
minyak untuk menumis
Air  & santan pekat secukupnya 
garam secukup rasa

daun sup
daun bawang
bawang goreng

Rebus tulang dan daging hingga semua daging gugur dari tulang....buang tulangnya. (Nak cepat guna preasure cooker - 50 - 60 minit dah lerai daging....tinggal tulang jer....hehehe... biar daging betul2 lembut.

Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang dan bawang putih hingga keperangan. Masukkan rempah tumis dan rempah beriani. Tumis hingga terbit bau dan pecah minyak. Masukkan air + air rebusan daging dan tulang tadi, kemudian masukkan beras. 

Rebus hingga beras kembang menjadi bubur. Masukkan santan, daging, sayur campur dan batang celery. Kemudian perisakan dengan garam dan lada hitam. Biarkan mendidih dan sayur empuk. Masukkan kacang, daun sup dan daun bawang. Kacau rata seketika hingga daun layu (supaya tak cepat basi daun sup dan bawang kena masak betul2 kalau nak masukkan sekali dalam bubur macam nih. Kalau suka boleh masukkan bawang goreng jugak...

Sunday, November 23, 2014

Nasi goreng cendawan dan sukun goreng cicah sambal kicap

Pagi ni saya sediakan nasi goreng untuk sarapan sebelum bertolak ke Johor untuk menghadiri konferen. Nasi lebih semalam, dan nasi beku dalam freezer serta sedikit nasi lemak halba menu sarapan semalam tu jadi satukan untuk menu nih....takde membazir.

Ermmmmmm.....korang pernah masak nasi lemak goreng. Sedap woooo.....kekadang kalau terlebih bajet nasi lemak tu jangan dibuang kecuali dah basi la....tukar plak jadi menu nasi goreng...takde la jemu isi rumah makan air tangan kita....

Berbalik kepada cerita nasi goreng saya kali ni, saya sebenarnya terlupa langsung nak masukkan sebarang perencah telur pun tak letak......tapi tengok semua orang makan tadi macam tak perasan kot nasi goreng tu ada sayur jer...kira menu vege la...menyihatkan....hehehe....Saya pun bila nak menaip resepi untuk N3 ni baru tersedar yg saya lupa masukkan perencah....hukaloh....klalen aku...

Nasi goreng ni banyak pulak dapatnya bila dah campur macam2.......jadi ada la rezeki guard2 kat pos pengawal tu pagi ni.....Alhamdulillah.

Hidangan sampingan pagi ni sukun goreng cicah sambal kicap johor. Sejak kawen dengan orang jawa ni macam2 saya belajar makan. Dulu paling tidak pun benda goreng2 ni cicah gula jer tapi sekarang selera dah berubah....cicah dengan sambal kicap pulak...

Resepi nasi goreng cendawan

Semangkuk nasi sejuk 

Perencah pilihan (ayam, bilis goreng, udang, sotong, telur)

2 paket Shimeji mushroom dan buna shimeji mushroom

4 biji cili hijau (hiris sebiji)

5 biji cili padi

1 inci kunyit hidup

1 biji bawang besar (hiris 1/2)

4 ulas bawang putih

1/2 paket kacang sweet peas (potong kecil)

1/2 batang karot (potong memanjang)

Garam secukup rasa

Minyak untuk menumis

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Tumbuk halus bawang putih, kunyit hidup, 1/2 bawang besar, cili padi dan 3 biji cili hijau.

Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang hiris dan tumis hingga naik bau. Masukkan bahan tumbuk. Tumis hingga naik bau dan kekuningan. 

Masukkan bahan perencah. Tumis hingga bahan masak (kalau guna bilis masukkan kemudian supaya bilis tak lemau). Masukkan nasi. Kacau rata dan gorengkkan hingga agak kekeringan. Perisakan dengan garam. Dan kacau sebati. Masukkan sayuran, cili hiris dan cendawan. Gorengkan hingga sayur masak dalam lebih kurang lima minit. Angkat dan hidangka 


Resepi sambal kicap

5 ulas bawang putih
15 biji cili padi
kicap masin
gula

Goreng cili dan bawang putih dengan minyak hingga layu (hati2 sebab dia boleh meletup....selalunya saya tutup kuali ketiga menggoreng....sebelum angkat tutup api dulu). Angkat dan toskan.
Tumbuk hancur. Masukkan dalam mangkuk. Tuang kicap secukupnya dan perisakan dengan gula secukup rasa.

Saturday, November 22, 2014

Ceritera dari dapur Zulfaza....masak lemak pucuk ubi, tomyam sempoi udang lipan

Pegi pasar jumpa udang lipan. Harga rm5 skg. Dapat saiz besar2......berbaloi skit beli.....mula ingat nak goreng tapi teringat anak sulung suka makan tomyam so buatkan la tomyam.....lama dah pun tak masak tomyam nih....

Tomyam udang lipan

1 kg udang lipan - bersihkan
2 sb tomyam paste thai
5 sb sos ikan (nampla)
garam dan gula secukup rasa
air secukupnya
5 helai daun limau purut (dihiris)
3 batang serai (dititik)
15 biji cili pati (ketuk pecahkan jer)
2 biji bawang besar (hiris bulat)
5 ulas bawang putih (ketuk jer)
2 inci halia (ketuj jer)
perahan limau ikut citarasa

sayuran pilihan - karot, bunga kobis, celery dll
hirisan daun ketumbar

satukan bahan dalam periuk kecuali udang. Biarkan mendidih. Masukkan sayuran dan udang. Biarkan udang masak (berubah kemerahan) Masukkan perahan limau. Tutup api dan hidangkan dengan taburan daun ketumbar. 

Masak lemak pucuk ubi

1 ikat pucuk ubi (ambil daunnya dan rebus empuk - masukkan  sedikit gula dan garam ketika merebus - sejukkan, perah dan potong kecik2)
1 biji kelapa parut (perah santannya)
*10 biji cili padi
*3 ulas bawang merah
*1/2 inci kunyit hidup
1 batang serai - titik
udang secukupnya
garam secukup rasa

-------------

Tumbuk *. Satukan semua bahan dalam periuk. Kecuali udang dan gaam. Masak hingga mendidih. Sentiasa kacau supaya tak pecah minyak. Masukkan udang, perisan dengan garam secukup rasa. Kacau sebati dan biarkan udang masak seketika. Tutup api.

Ikan goreng dah cukup melengkapkan menu hari ini....

Our breakfast today.....nasi lemak, sambal udang petai & sambal tempoyak tumis

Menu sarapan pagi ni nasi lemak halba lauk sambal udang petai, sambal tempoyak tumis, telur dadar kosong dan pucuk ubi rebus semalam....hehehe...



Nasi lemak halba

5 pot beras cuci dan toskan (saya guna basmathi
6 1/4 pot santan
1 sk garam
1 sk halba
1 biji bawang besar
2 inci halia
3 ulas bawang putih

Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Biarkan 20 minit. Tanak nasi seperti biasa. Bila dah tanak, kareh nasi.

Sambal tempoyak tumis

Bahan: 

4 biji cili masak
20 biji cili padi
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup

Kisar. 

2 batang serai dititik/ketuk
1 senduk Tempoyak 
2 biji Bawang besar (hiris)
1 cawan Ikan bilis digoreng
Minyak untuk menumis 
Garam, gula. 
Kalau ada petai.. bolehlah letak

Cara:
Tumis bahan blend.. tunggu sampai naik bau.. masukkan bawang besar, daun kunyit, tempoyak dan ikan bilis yg digoreng terlebih dahulu. Masukkan air (letak jer air dalam blender tu..untuk habiskan sisa2 lada) dan biarkan dia merenih dgn api perlahan..
Masukkan gula, garam. Masak sampai pekat.



Sambal tumis udang petai

*20 biji cili kering - rebus hingga lembut, toskan
*2 biji bawang besar
*5 ulas bawang putih
1 batang serai dititik/ketuk
5 papan petai di kopek isinya
1/2 kg udang sederhana
3 sb air asam jawa pekat
Garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

* kisar hingga lumat. Tuang dalam kuali dan tumiskan tanpa air hingga agak kering. Tambah minyak. Kacau rata. Tumis lagi hingga pecah minyal. Masukkan air asam, serai, garam dan gula secukup rasa. Masukkan udang dan gaul rata
 Masukkan sedikit air jika terlalu kering. Masukkan petai bila udang sedah berubah warna. Biarkan seketika. Tutup api dan hidangkan.

Friday, November 21, 2014

Our lunch today...asam pedas ikan dan telur mayong, sup ketam dan rebus pucuk ubi + sambal belacan ala thai

Asam pedas ikan dan telur mayong



Sup ketam


Rebus pucuk ubi dan sambal belacan ala thai


@@@@@@@@@

Asam pedas ikan dan telur mayong

5 keping ikan mayong + telur ikan
*20 biji cili kering direbus hingga lembut
*2 biji bawang besar
*1 ketul ibu kunyit (kalau takde pakai kunyit serbuk jer)
*2 inci halia
*6 ulas bawang putih
Bunga kantan belah 4
daun kesum (lurut daunnya)
Minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
1/4 cawan air asam jawa pekat
Bendi
3 biji tomato belah 2
air secukupnya

-----------
Kisar * hingga lumat. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis * hingga pecah minyak. Masukkan air asam dan kacau sebati. Masukkan air secukupnya. Masukkan ikan, kantan, daun kesum dan bendi. Biarkan mendidih. 

Tambah garam dan gula secukup rasa. Masukkan telur ikan dan tutup periuk dan biarkan masak dalam 5 minit. (Telur ikan jangan dimasak terlalu lama nanti keras - tapi ikut citarasa juga ada yg suka keras).

Masukkan tomato dan masak 1 minit lagi. Tutup api dan hidangkan.


Sup ketam

6 ekor ketam cuci bersih dan belah dua (kakinya di ketuk dengan lesung supaya senang nak makan)
1 biji bawang besar dihiris
2 inci halia dihiris
4 ulas bawang putih dihiris
daun sup dan daun bawang dihiris
Air secukupnya
2 keping asam gelugur
garam secukup rasa
cendawan jika suka (kalau ada cendawan busut lagi sedap)

Masukkan ketam, air, asam keping, bawang besar, bawang putih dan halia ke dalam periuk.
Rebus hingga warna ketam berubah merah dan air mendidih. Perisakan dengan garam. Masukkan cendawan. Biarkan dalam 2 minit. Masukkan daun sup dan bawang. Tutup api dan hidangkan.



Rebus pucuk ubi dan sambal belacan ala thai

Sambal ni lebih semalam.....buat lebih, kakak singgah rumah bekalkan sikit kat dia...

pucuk ubi tu bila rebus jangan lupa tambah gula dan garam. Gula tu fungsi dia untuk mengempukkan pucuk ubi dan kasi rasa dia lebih sedap.



Thursday, November 20, 2014

Kek minyak

Kek minyak dengan apam susu sebenarnya adik beradik.....beza bahannya cuma dlm kek minyak letak minyak dan baking powder manakala dalam apam susu takde minyak dan baking powder.....

Dan kek minyak ni resepi lama yang saya pernah post kat blog ni tahun 2011 cuma baru kebelakangan ni dia femes dan jadi viral kat group2 masakan....

Setelah bertahun tak buat kek ni, hari ni saya buat utk jamuan akhir tahun sekolah  tadika anak. Kalau ikut tekak saya, saya lebih suka kek minyak berbanding apam susu....kek minyak lebih gebu, lembut dan ringan terutamanya versi kukus berbanding apam susu....tapi apa2 pun citarasa manusia berbeza....

Resepi Kek minyak

Bahan2nya

2 cwn tpg gandum ayak bersama 1 sk baking powder
5 biji telur
3/4 cwn gula
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak
1 sudu besar ovellete
1 sb esen vanila dan 

perisa (jika suka dan abaikan esen vanilla jika menggunakan perisa lain) dan pewarna yang digemari

-----
pukul telur + gula + ovellete + esen sampai gebu. + susu, pukul lagi, + minyak, pukul sampai sebati.
masukkan tepung dan gaul sebati.

Bahagi adunan ikut pewarna pilihan dan tuangkan ke dalam loyang mengikut kreativiti masing2.

Bakar 170c selama 45 min atau masak la.....atau kukus selama lebih kurang sejam.

dah sejuk baru potong dan makan maaaaaaaaaa....


Wednesday, November 19, 2014

Bubur sumsum

Petang ni buat bubur sumsum sbb ada lebihan air gula yg makan dengan kuih lopis semalam.
Resepi ni saya ambil dari Aizahmawaddah sbb tertarik dengan kuah gula merah ala jordan tu...lagi satu selalunya bila buat bubur ni saya tak letak tepung jagung, guna tepung beras semata2.
Bubur sumsum ni memang lembut jer....sedap, lemak.....kalau daun pandan banyak lagi best....wangi jer bubur ni nanti...

Saya buat satu warna jer...takde lapis2 warna hijau putih....malas la nak melapis....

Bubur sumsum @ ZLC

Bahan2:
1 cawan tepung beras
2 sudu makan tepung jagung
4 1/2 cawan santan (lagi pekat santan lagi lemak buburnya - nak lagi sedap kisar kelapa parut dengan beberapa helai daun pandan untuk mendapatkan aroma dan warna semulajadi)
1 sudu teh garam
sedikit pewarna hijau (optional)

Cara2:

Campurkan semua bahan2 tadi kecuali pewarna dalam periuk. Masakkan dengan api sederhana.
Kacau berterusan untuk mengelakkan adunan jadi berketul2 di dasar periuk. Apabila mendidih teruskan mengacau dalam 15 minit untuk memastikan tepung benar2 masak dan menghasilkan  tekstur yang lembut dan boleh dipotong dengan cantik.
Bila adunan tepung nampak berkilat dan meletup2 tutup api. Mama ambil 1/3 adunan untuk dicampur dengan warna hijau. Kacau cepat2 dan tuangkan dalam bekas. Biarkan 2-3 minit..sambil tu kacau baki adunan agar tidak memekat.

Tuangkan baki adunan pada lapisan hijau tadi dan biarkan sejuk.
Dah sejuk, boleh potong atau keluarkan dari bekas2 kecil, masukkan dalam mangkuk. Tuangkan sedikit kuah gula merah dan sedia untuk dinikmati.

Cara buat kuah gula merah ala Jordan:

1 cawan gula dimasak dan dijadikan gula hangus. Bila sudah keperangan masukkan 1 cawan air dan 1/2 cawan dibs (madu kurma). 

Kacau sehingga larut. Setelah mendidih tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Jika dirasakan terlalu manis boleh tambah air ikut kesesuaian.


Saya buat dalam acuan kecil ni....anak2 nak makan direct dalam ni....ikutkan ajer...

Tuesday, November 18, 2014

Sambal belacan ala thai

Sambal ni saya buat lebih....boleh simpan dalam peti sejuk, esok lusa tak perlu buat sambal lagi...saya guna blender jer jadi nampak hancur sikit sambalnya. 


10 - 15 biji cili padi
3 cm/ 1 sb belacan (bakar)
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 biji tomato
1/2 sk gula
1 sk sos ikan (nampla)
1 biji limau nipis

Tumbuk lumat semua bahan kecuali limau dan nampla
Masukkan ke dlm mangkuk kecil dan gaulkan limau dan nampla.


Ini lah hasil dari ladang sekangkang kera....cili padi dan pucuk ubi...


Belacan ni nak senang kerja saya akan bakar dua tiga keping sekali gus sampai betul2 kering...hancurkan dan simpan dalam bekas. Nak guna terus sudukan ajer....tak susah nak membakar belacan tiap kali nak guna.......

Marshmallow Frosting

Mempelbagaikan hiasan kek...Sumber martha stewart
  • 8 large egg whites
  • 2 cups sugar
  • 1/2 teaspoon cream of tartar
  • 2 teaspoons pure vanilla extract

Directions

  1. Place egg whites, sugar, and cream of tartar in the heatproof bowl of an electric mixer. Set over a saucepan with simmering water. Whisk constantly until sugar is dissolved and whites are warm to the touch, 3 to 4 minutes.
  2. Transfer bowl to electric mixer fitted with the whisk attachment, and beat, starting on low speed, gradually increasing to high, until stiff, glossy peaks form, 5 to 7 minutes. Add vanilla, and mix until combined. Use immediately.

Monday, November 17, 2014

Telur dadar siam

Hari ni try resepi telur dadar siam. Sumber resepi ni mantan big boss kat tempat keja....alhamdulillah sedap walaupun rupa parasnya tak semenggah sbb nak cepat....encik hubby nak ke surau. Sebab nak cepat juga saya tak tumbuk kelapa, bawang, cili tu.....dah kelam kabut sgt.....pastu saya tak letak cili padi sebab anak2 tak tahan sgt makan pedas2. Lain kali buat nak ikut betul2 resepi ni....cili padi kasi lebih....baru la terangkat...



Bahan2nya:

3 biji telur ayam

Hiris:
Daun kesum
Cili merah

Tumbuk kasar:
5 ulas bawang merah
4 biji Cili padi
Kelapa parut
Garam secukup rasa

Gaul semua bahan dan goreng...

Bun manis cheese

Bahan-bahan

2 cawan tepung roti atau tepung gandum (saya guna tepung gandum)
3/4 cawan + 1 1/2 sdb susu suam
1 sdt garam (saya kurangkan 3/4 sdt garam shj) nak kurangkan lagi pun boleh.
1 sdb gula
1 1/2 sdb susu tepung (saya guna susu tepung kambing)
4 sdt butter
2 sdt yis
Bahan sapuan sblm bakar - telur + susu segar
Bahan sapuan slps dibakar - mentega (tak letak)
Saya tabur kekacang....

Cara-cara

1. Masukkan gula dan yis ke dalam susu suam. Biarkan 10 minit. Selepas 10 minit akan berbuih2.
2. Campurkan tepung, garam dan susu tepung. Buat kolam tengah2.
3. Curahkan semua campuran susu ke tengah2 kolam tepung.
4. Boleh terus uli sampai sebati. Doh agak lembik dan melekit2. (Jangan tambah tepung)
5. Masukkan butter, uli lagi sehingga kenyal. Doh yg melekit2 tadi akan berubah menjadi kenyal..
6. Perap 1 jam. Slps 1 jam, tumbuk2 doh, bahagikan 16 biji, susun dlm loyang 8" x 8". Taburkan cheese dan gula halus secukupnya.
7. Bakar pada suhu 180°C selama 20 minit atau atasnya keperangan guna api atas bawah. Kemudian 10 minit lagi api bawah sahaja.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...