Tuesday, December 27, 2016

Roti puree @ puri dengan sambal tumis ikan bilis


Minum petang dengan roti puri dan kopi susu hujan2 camni memang sedap. Hampir habis dua adunan roti kami makan anak beranak. Padanan roti dan sambal bilis yang kaya dengan bawang ni memang membuka selera.

Semangat menguli roti usai sampai dari opis. Tetiba teringin sangat nak makan roti ni sebab memang dah lama sangat tak ulang siaran. Memang pilihan yang tepat sebab anak2 pun nampak selera sangat makan.....Alhamdulillah.


Roti puree @ puri

2 cwn tpg gandum
1sudu yis kering/mauripan
3 sudu gula (boleh kurang ikut suka kemanisan)
3 sudu minyak masak
3/4 cawan air suam
secubit garam

cara:

Campurkan tepung dengan yis dan kacau rata.
Cairkan gula dan garam dlm air suam
Campurkan minyak ke dlm air td.
Kacau rata kemudian masukkan air ke dlm tepung sedikit demi sedikit sambil kacau.
Uli sampai tak melekat di tangan.
Perapkan 30 minit (bertutup)
Tumbuk tumbuk doh utk keluarkan udara.

Buatkan bulat bulat (sapu tepung di tangan supaya tak melekat) saiz ikut suka.
Tekan leper dan goreng

Tips zulfaza: Roti ni kalau nak cantik kembungnya api dan teknik kena betul..... Apinya jangan terlalu kuat dan jangan terlalu kecil....sedang2 jer.....lepas tu bila dah masukkan doh dlm minyak...siram2kan doh tu dengan minyak sampai kembung sepenuhnya sebelum diterbalikkan...terbalikkan dua tiga kali sampai masak utk hasilkan roti yg cantik dan masak sekata.

Toskan...dan hidangkan....




Sambal bilis

1 cawan ikan bilis
1/2 cawan cili kering kisar
3 biji bawang besar - potong bulat
2 batang serai di titik
5 sb air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1/4 cawan minyak masak.
Air secukupnya

Tumis cili hingga pecah minyak. Masukkan gula. Gaul rata. Masukkan serai dan air asam. Kacau sebati dan biarkan menddih seketika. Tambah 2 cawan air. Kacau rata.

Kemudian masu─Ěkan bawang dan bilis. Biarkan mrenih dengan api sederhana hingga bawang lembik. Tambah air bila perlu. Perisakan dengan garam secukup rasa. Tutup api.



Monday, December 26, 2016

KUIH KOCI LABU


Terlebih rajin malam semalam. Lepas jer siap lepat liat, teruskan pulak dengan projek koci labu. Nak menghabiskan daun pisang yang dah dibeli hari sabtu. Kalau tak habis rosak kekuningan dan kering jer. Daunnya banyak yang berlubang dan pecah....biasa la kalau beli....pandai peniagani lipat...belah luarnya nampak cantik tapi dalam......berlubang....koyak. Disebabkan daun tak cukup besar saya bungkus macam bungkus nasi lemak ni jer la.....takpekan....rasanya sama jer walaupun rupanya tak sempurna.


Kuih koci labu ZLC

Bahan utk doh:

3 cawan tepung pulut
4 cawan labu lecel (Lab kukus smpai empuk, keruk isinya dan lecek)
Garam
Air secukupnya (jika perlu)

1. Satukan keledek,masukkan ke dalam bekas berisi tepung dan garam, uli sehingga adunan menjadi doh (tambah air jika perlu).

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Bahan utk inti:

Sebiji kelapa muda, diparut 
Gula melaka (saya guna gula apong)
Gula pasir
Sedikit tepung gandum
Sedikit garam
Daun pandan
Air secukupnya

1. Di dalam kuali, masak gula merah, gula pasir, garam dan daun pandan dgn sedikit air. Bila gula dah larut sepenuhnya, tapis keluar segala bendasing.

2. Masukkan kelapa parut dan kacau sehingga gula menyaluti keseluruhan kelapa. Sentiasa kacau sampai inti agak kering.

3. Bila inti hampir kering, tabur tepung gandum n teruskan mengacau. Tutup api apabila inti sudah masak..(tujuan tepung gandum digunakan spy inti likat n mudah utk digentel bulat2)

4. Sejukkan inti n bolehlah digentel bulat2.
**sediakan inti terlebih dahulu sebelum mengadun tepung doh utk koci.

*-*-*-*-*-*



Bahan utk dadih santan

1 1/2 cawan santan cair
1 sb tepung gandum
Garam secukup rasa (utk tmbahkan lemak)
Daun pandan

1. Bancuh kesemua bhn, tapis ke dalam periuk.
2. Didihkan bahan2 di atas menggunakan api kecil, sentiasa dikacau dan pastikan adunan tidak berketul.
3. Apabila dadih hampir likat, tutup api. Pastikan dadih tidak terlampau likat.

~~~~~~~~~~~~~~~~~


Daun pisang yang dilayukan dan minyak masak secukupnya

***************************************
Cara2 menyediakan kuih koci

Versi Kukus:

1. Ambil sedikit doh dan leperkan.

2. Letak inti yg telah digentel bulat dan tutup inti dgn doh.

3. Gunting/potong ikut saiz yg sesuai. Oles daun pisang dengan sedikit minyak.



4. Bulatkan dan letakkan di atas daun pisang. 

5. Letak dadih santan.




6. Bungkus doh tersebut di dalam daun pisang dan atur di dalam loyang kukus.

7. Kukus koci selama 20-30 minit di dalam periuk kukusan. Angkat dan sejukkan. 


Sedia dihidang dan dimakan........


Versi 2 (Rebus):

Jerang air di dalam periuk,biarkan mendidih. Ambil sedikit doh, leperkan dan letak inti, kemudian tutup inti dgn doh. Rebus doh tersebut dlm air mendidih n biarkan sampai doh timbul (mcm buat kuih melaka).

Angkat dan toskan doh yg telah masak dan masukkan ke dalam dadih santan. Golek2kan kuih supaya dadih menyalut kuih sepenuhnya dan bungkus seperti biasa menggunakan daun pisang..boleh terus dinikmati..

Lepat liat aka lepat manis


Lepat liat atau lepat maneh/manis, masakan traditional belah2 utara nun. Sedap...macam dodol kukus..

Susah nak cari orang buat kalau belah2 selangor ni. Resepi ni saya olah dari sumber fb resepi sedap. Untuk gula, saya gunakan gula apong sepenuhnya. Tak begitu manis....tapi sedap dengan kombinasi santan dan kelapa parut yg lemak2 masin tu.

Lepat liat @ ZLC

1 paket tepung pulut
2 cawan gula melaka/merah/apong + gula perang
1 1/2 cawan santan pekat
Daun pandan disimpul

Daun pisang dilayukan secukupnya.
Kelapa muda parut yang digaul garam secukup rasa.

Masakkan gula dengan santan dan daun pandan hingga gula cair. Jangan sampai mendidih. Tapiskan dan biarkan suam.

Tuangkan dalam mangkuk yang berisi tepung pulut.


Gaul rata dan perapkan selama 20 minit. Sementara itu layukan daun pisang dan gaulkan kelapa parut dengan garam secukup rasa.



Ambil sekeping daun dan sapukan sedikit minyak masak. Ambil sesudu adunan dan letakkan di atas daun tadi seperti dalam gambar.


Ambil kelapa parut dan letakkan ditengah adunan di atas daun pisang tadi.


Bungus adunan seperti membungkus lepat. Susun dalam pengukus. Buat hingga adunan habis.


Kukus selama setengah jam.


Setelah masak sejukkan seketika dan sedia dimakan.


Best Big, Fat, Chewy Chocolate Chip Cookie


Biskut choc chip gergasi.....soft kukis...bskut lemau la kiranya ni.....hehehheh. Biskut ni kalau kat starbuck atau cafe2 xclusive tu mahal oooo. Seketul byk RM kena bayar.

Tu yang usaha jugak buat sendiri ikut resepi yang saya ubah suai dari Allrecipe.com. Separuh bawa ke rumah adik...separuh lagi untuk kudapan di rumah. Saya kurangkan gulanya dari resepi asal sebab saya guna milk choc bukannya dark. Rasanya sedap. Buat pun senang....sila cuba...


Best Big, Fat, Chewy Chocolate Chip Cookie @ ZLC

250 gm mentega (cairkan)
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sk baking soda
1 1/2 cawan gula perang
2 biji telur (saya guna saiz A)
1 sk esen vanilla
1 cawan chip coklat
1 cawan kekacang pilihan yg telah dibakar  terlebih dahulu (pilihan)

Satukan telur, mentega cair, esen dan gula. Pukul hingga sebati selama 5 minit. Ayak tepung dan baking soda. Masukkan tepung ke dalam adunan mentega. Kaup balik hingga sebati menggunakan spatula/senduk. Masukkan chip coklat dan kekacang. Gaul rata. 

Sudukan adunan ke atas loyang yang dialas baking paper. 


Bakar di dalam ketuhar yg telah dipanaskan pada suhu 170 celcius selama 15 - 17 minit atau sehingga kelilingnya keperangan.


Sejukkan sebentar sebelum memindahkan biskut ke atas redai.


 Bila dah sejuk sepenuhnya boleh lah disimpan di dalam bekas kedap udara.


Monday, December 19, 2016

Pankek mayonis

Sarapan pagi dua minggu lepas kot....baru dan nak update. Pankek mayonis. Sedap dan mudah. Makan dengan madu atau maple syrup nyaman sungguh.


Pankek mayonis @ ZLC

BAHAN-BAHANNYA :-)

1 1/2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
3 biji telur gred C
3 sb gula halus
3 sb minyak zaiton atau minyak masak
2 sb mayonis
1 cawan susu segar
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam halus
Mentega dan madu/maple syrup untuk dimakan bersama pancake


CARA MEMBUATNYA :-)

Satukan semua bahan dan kacau guna whisker hingga rata dan adunan licin.

Panaskan non-stick frying pan pada api sederhana. Lenser dengan sedikit minyak menggunakan paper towel bersih yang dicelup sedikit minyak.(saya tak letak minyak)

Sudukan anggaran 3 1/2 camca besar adunan tadi. Ratakan.
Tutup pan tadi dengan tudung periuk sekejap. Bila permukaan pancake berbuih2 dan kelihatan agak kering, perlahan2 terbalikkan.

Masak lagi untuk 1 minit. Alih dalam bekas sesuai dan buat kaedah yang sama untuk baki adunan. Hidangkan bersama mentega dan curahan madu atau maple syrup.


Char kuey tiaw


Special request. Otw balik dari kampung minggu lepas dapat wasap dari kekanda bagitau atuk teringin makan char kuay tiaw. Jadi minta kekanda belikan bahan2nya. Tapi bila sampai rumah kepenatan yang teramat pulak sementelah kena siapkan sos untuk Bbq kambing di rumah jiran malamnya.

Atuk kena la tunggu keesokannya....hapi bila hidangkan atuk licin dia makan. Anak2...hubby pun suka sangat char kuey teow masakan ummi nih....puas makan.

Alhamdulillah.


Resepi Char Kuey teow @ ZLC

Bahan2Nya

200 g kuey teow ( @ ambil secekak untuk seorang makan )
1 sudu makan cili kisar (nak lebihkan sikit pun ok jer)
kerang/udang  (secukupnya - nak makan sendiri kot)
1 biji telur
4 sudu besar paste char kuey teow
Sawi/tauge/kucai

Cara untuk masak Kuey Teow

1. Tumis cili kisar hingga garing. Masukkan 4  sudu besar paste tadi.INGAT... !! api mesti mau besar aaa

2. Masukkan kerang dan udang yang telah direbus tadi. Nak sedap lagi tambah udang fresh.

3. Kemudian masukkkan 1/2 cawan air. Bila kuah mendidih barulah masukkan kuey teow, kucai dan taugeh.

4. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah di angkat. Kalau agak2 kering, tambahkan lagi paste char kuey teow tu. Ingat, tak perlu masak lama2 sangat, nanti kering kontang ler char kuey teow tu. Biar basah2 skit sbb kuey teow ni cepat meresap kuahnya.

Ni plak tips nak masak kuew teow sedap......

~ sediakan pes lebih awal sebelum menggunakannya....seelok2nya semalaman.

~Proses memasak kue teow ni dalam 3-4 minit saja… pastikan api kuat dan pergerakan pantas semasa memasak kuey teow ini!!!.

~kena masak satu2 baru sedap atau pinggan by pinggan. Maksudnya kat sini  kalau 2 orang makan 2 kalilah masak…. Char kuey teow memang tak sedap kalau masak dalam jumlah yg banyak!!

Roti poket rangup (crispy pocket bread)


Minum petang semalam. Roti yang dibeli dan hampir luput tarikh saya gunakan untuk selamatkan dia dari terbuang. Bila buat macam ni terlajak laris roti tu. Sedap sangat katanya.

Untuk filing saya cuma guna sosej homemade dan salad segar. Kemudian saya paipkan campuran sos cili, tomato dan mayonis. Selamat satu buku roti....Alhamdulillah.


Roti poket rangup

Roti slice (saya guna gardenia)
Serbuk roti
Telur
Minyak untuk menggoreng

Ambil dua keping roti. Leperkan kedua2nya dengan penggelek. Tekap dengan mangkuk plastik saiz yg bersesuaian dengan saiz roti.
Buat hingga selesai.

Pecahkan telur dan pukul sebati.  Celup roti yg telah dileperkan dengan telur. Kemudian salut dengan serbuk roti. Buat hingga selesai. Panaskan minyak. Guna api sederhana kecil dan goreng roti tadi hingga kembung dan keperangan dikedua2 belah.

Potong dua roti yg telah digoreng. Isikan dengan filling pilihan seperti daging, ayam, sosej, udang, sotong dan sayuran.


Karipap Daging


Akiviti buat stok makanan frozen untuk anak2 kat rumah yg sedang bercuti sekolah. Budak2kan....lapar memanjang. Ummi kerja...takdan nak layan diorang sepanjang cuti sekolah ni. Ada makanan sejuk beku ni mudah la kekanda yang tolong jaga diorang kat rumah.

Bila2 ada permintaan, keluarkan dan terus jer goreng. Selain karipap saya buatkan kuih keria, cucur badak dan kuih bom frozen juga.

Kali ni saja jer saya letak telur rebus....macam temosa raja yg femes kat Pahang tu.


Karipap inti daging

Ini resepi inti karipap

4 ketul keledek
4 sb rempah kari daging/ayam(saya guna adabi)
7 biji bawang merah/1 biji bwg besar
4 ulas bawang putih
1/2 kg daging cincang
kalau suka ble je letak daun sup yang dihiris (tapi untuk kejadian hari ini, i tak letak sebab tak ada)
Garam secukup rasa
_________________

Tumis udang kering, bawang putih/merah yang dah ditumbuk lumat.
Pastu masukkan rempah kari. Agak2 dah orang dolu2 kata pecah minyak, tuang air secukupnya. Masukkan keledek yang telah dipotong dadu. Masukkan garam secukup rasa.
Masak la hingga keledek tu empuk tapi jangan sampai benyek....Kalau keledek dah empuk tapi air masih banyak.......masukkan je sedikit tepung gandum dan kacau hingga inti tu tak basah gitu....

Seterusnya untuk tepungnya .......kita sambung lain kali.....hehehhehe

Setelah sekian lama akhirnya berjaya juga menyiapkan projek yang terbengkalai itu:

Resepi kulitnya:

1 kg tepung gandum
400 ml air ais
1 cwn minyak (panaskan)
2 sk garam
------
Masukkan tepung dalam bekas. Masukkan garam. Lubangkan tengahnya tapi jangan sampai nampak dasar. Tuangkan minyak panas. Gaul rata. Masukkan air dan uli hingga sebati. Perap 1 jam dan uli lagi sekejap dan bolehlah mula mengelim karipap.

Kalau nak buat frozen, samada gorengkan sekejap karipap tu sebelum sejukkan dan simpan atau bakar sekejap kat dalam oven.


Petua supaya masakan tidak membuak keluar


Kali ni nak share petua nak elakkan masakan kita membuak ketika tengah masak. Almaklumlah kekadang kerja memasak ni kita buat sambil buat dua tiga kerja lain. Sedar2 masakan kat atas dapur tu membuak2... Melimpah keluar dari periuk. Jenuh la nak mengelap dan membersih dapur.

Biasa kalau masak nasi, rebus pasta, masak bubur dan lain2...bila dah mula mendidih kemungkinan membuak keluar tu 100% gitu...kecuali kalau kerap dikacau. Kalau nak mudah...tak perlu nak mengadap periuk tu sampai selesai mudah jer.....letakkan senduk atau sudip merentang periuk macam dalam gambar tu. Insya Allah tak membuak masakan tu.

Cuba la....


Sosej ayam homemade


Dah lama berhasrat nak buat sosej ni. Anak2 suka sgt makan. Yang beli siap tu tak bagus di makan. Buat sendiri sedap dan lebih terkawal bahan yang digunakan.

Saya buat ni, selepas dikukus saya simpan beku.



Sosej Ayam Homemade

3 ketul dada ayam 
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 sb serbuk lada hitam
1 sk serbuk lada putih
1 batang lobak merah (optional)

Kisar hancur

5 sb tepung ubi/sagu
1 1/2 sk garam

Plastik aiskrim Malaysia secukupnya untuk membungkus

Gaul sebati semua bahan. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Paipkan adunan ke dalam plastik aiskrim, padatkan dan simpul hujungnya. Buat hingga selesai.
Kukus selama 10 minit. Sejukkan.

Tauhu Sumbat, menu mudah yang enak di makan


Menu ringkas kegemaran keluarga. Mudah sangat proses penyediaannnya.


Tauhu Sumbat

Tauhu gaul garam, kunyit  goreng cam biasa...potong 3 segi, belah tengah untuk sumbat sayur.

Bahan sumbat

Timun
Karot
kalau suka tauge celur

Hiris lidi timun dan karot. Boleh juga parut. Gaul sayuran.
Sumbat ke dlm tauhu.

Sos

Kisar 15 biji cili kering kisar + 5 ulas bawang putih + 10 sb gula perang(ikut citarasa) + garam (ikut citarasa) + 3 sb cuka (tak nak guna cuka boleh ganti ngan air asam jawa)

masak sampai pekat sedikit. (Boleh tapis sos atau hidang terus).


Karipap Sardin


Aktiviti memenuhkan freezer dengan kuih frozen. Ummi Ayah keja...anak2 cuti sekolah dok umah.... Cukup makan kalu....hati hepi....


Karipap inti sardin ZLC

Untuk inti

Bahan2nya

1 tin besar sardin/mackerel ditos sosnya dan dibuang tulangnya (tinggalkan sos dalam 1 sb jer)
2 biji bawang besar (kuning) dicincang
15 biji cili api dihiris halus (kalau nak lagi pedas ble tambah)
1 sk garam/secukup rasa

------------------------
Hancurkan ikan.
Gaul dengan bawang, cili dan garam hingga rata.
Dah boleh guna....

Doh karipap

1 kg tepung gandum
1 cawan minyak masak/butter yang dipanaskan
400 ml air sejuk/air ais
2 sk garam

Cara2

Masukkan tepung dalam bekas.
Masukkan garam.
Lubangkan tengahnya tapi jangan sampai nampak dasar.
Tuangkan minyak panas. Gaul rata - gunala senduk atau sudu, jangan guna tangan sebab panas.
Masukkan air dan uli hingga sebati.
Perap 1 jam dan uli lagi sekejap dan bolehlah mula mengelim karipap.

(Boleh guna acuan karipap untuk mendapatkan bentuk dan saiz yg standard kemudian klemkan semula secara manual supaya tak pecah)

Untuk simpan frozen samada bakar sekejap kat dalam oven atau goreng sekejap, sejukkan dan simpan dalam freezer.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...