Saturday, May 30, 2015

Nasi goreng kampung

Nasi sejuk beku banyak la pulak....smlm tak di makan sangat diorg....mlm pulak pekena sate Meru yg ummmpphhhh tu....lagi la tak bersentuh nasi...sudahnya masuk dlm freezer...

Memandangkan kangkung kampung ada dan nasi pun banyak, saya gorengkan untuk sarapan hubby dan anak2...

Moga bertahan sampai ke petang....sebab saya ingat nak masak petang utk berbuka....

Resepi nasi goreng kampung
Zulfaza love cooking

1 mangkuk nasi sejuk
1 cawan ikan bilis
Cili padi (ikut pedas)
1 biji cili merah (hiris nipis)
6 ulas bawang merah
1/2 ikat kangkung kampung - guna kangkung biasa pun boleh (dipotong kecil)
2 sb sos tiram jika suka
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Tumbuk bilis, cili padi dan bawang separa lumat.

Tumiskan bahan tumbuk hingga garing. Masukkan nasi dan sos tiram. Goreng hingga sebati. Masukkan garam secukup rasa, cili hiris dan kangkung.
Masak hingga kangkung layu.....sedia dihidang dengan telur mata kerbau/dadar, ikan masin.


Kuih kaswi

Saya sukaaaaa sgt mkn kuih kaswi....tambah2 yg lembut jer tekturnya tu....beli tak best....nak sangat makan puas2 kena buat.... Rata2 resepi lebih kurang je bahannya...cuma sukatan ada beza....

Kali ni saya guna resepi azlina ina kat group resepi kita......Satu lagi, nak sedap gula merah tu guna yg timbang tu...yg berketul2 warna gelap...kuihnya nanti warna pekat cam saya buat nih...

Saya posa...pepagi lepas siapkan nasi goreng terus kukus kuih ni...nanti simpan skit untuk berbuka....

Resepi kuih kaswi

1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
Daun pandan

Masak hingga gula cair dan sejukkan.
Kemudian campurkan dengan

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 sb air kapur (bancuh kapur dengan air dan biarkan mendap dan ambil airnya yg jernih untuk mengelakkan rasa pedo)
2 sb kicap pekat/masin/manis - guna la apa2 jenis kicap yg ada kat rumah tu

Kacau sebati dan tapis adunan supaya tiada tepung yg berketul.
Minyakkan loyang dan panaskan pengukus. Kacau adunan dan tuang dalam loyang.  Kukus selama 30 minit kalau guna loyang besar....kalau yg acuan kecik2 tu ble kukus 15 minit jer...

Sejukkan dan potong....gaul dengan kelapa parut yg digaul dengan sedikit garam....


Thursday, May 28, 2015

Bun wholemeal

Sekarang ni seminggu dua tiga kali meroti....macam2 gaya dibuat supaya tak jemu di makan...

Kali ni saya tambahkan 50 gm tepung wholemeal dlm resepi doh yg saya biasa gunakan....hasilnya....ermmmmm...memuaskan sangat...


Yg atas ni makan ngan telur...banjo....
Yg bawah pulak roti oblong makan ngan sosej....



Sesekali melayan tekak orang yg berpuasa....teringin makan roti cicah kuah durian. Durian ni stok dari tahun lepas....saya bekukan dlm freezer...rasa dan bau kekal mrngancam....


Tuesday, May 26, 2015

KUIH TEPUNG BUNGA

Arini balik awal sikit sebab kena singgah di sekolah anak. Tiba kat rumah sempat la sediakan kuih tepung bunga ni. 

Aritu dok google2 jumpa la resepi ni kat blog Secubit Garam.....tengok cara penyediaannya mudah dan bahan senang cari. Cepat jer dah siap dan kena ngap.

KUIH TEPUNG BUNGA
1 1/2cawan tepung pulut
3/4cawan (180ml) santan pekat
1/2 st garam halus
2 bj telur
minyak utk goreng
gula utk tabur
Gaul tepung pulut dgn santan & garam hingga sebati sampai boleh membentuk bola,
tak melekat kat tangan dan bekas ( cam jd berkilat skit )
Pastu gentel sebesar guli hingga habis.
Pecahkan telur dan kocok/pukul hingga sebati.
Panaskan minyak dan  leperkan sebiji adunan td atas tapak tangan, jd sebesar duit siling 50.
Celup dlm telur dan goreng sampai golden brown dan toskan
Hidangkan dlm piring dan tabur gula.
Siap!


Pasta penne goreng

Pepagi seawal pukul 4.30 pagi dah mula proses menggoreng. Teringin makan....pasta goreng ala CTC UiTM Sungai Buluh.....menu breakfast masa jaga hubby kat situ.

Ringkas jer bendanya, tapi boleh tahan rasanya....diorang guna spagetthi saya guna penne....

Resepi pasta penne goreng

250 gm pasta direbus lembut dengan sedikit garam, toskan
6 sb minyak zaiton
6 ulas bawang putih ditumbuk kasar atau cincang
1 biji bawang holland cincang
Dada ayam dihiris kecil
Cendawan tiram dihiris
Celery dihiris
Lobak merah dihiris
Tomato belah 4/6
Cili benggala/capsikum poting kecil
2 sk cili flakes
1 sk italian herbs
Garam secukup rasa.


Panaskan minyak. Tumiskan bawang merah dan putih hingga naik bau. Masukkan ayam dan gorengkan hingga masak. Masukkan sayur. Tumiskan seketika dalam 5 minit. Masukkan pasta. Perisakan dengan cili flakes, herbs dan garam secukup rasa. Gaul rata dan sedia dihidang.

Monday, May 25, 2015

Ikan haruan bakar dan masak lemak ikan tenggiri

Ikan haruan bakar dan masak lemak ikan tenggiri jadi menu pilihan hari ini.... Alhamdulillah....



Masak lemak ikan tenggiri

3 keping ikan tenggiri
4 cawan santan (kalau rajin perah 1 cawan santan pekat dan 3 cawan santan cair)
1 keping asam gelugur
*15 biji cili padi
*3 biji cili masak
*4 ulas bawang merah
*seketul kunyit hidup
2 batang serai diketuk
garam secukup rasa
3 biji terung bulat belah 4

Tumbuk *, jangan lumat sangat pun ok. Satukan *, santan cair, terung, ikan, asam gelugur dan serai ke dalam periuk. Masak hingga mendidih dan terung empuk. Kacau selalu. Masukkan pati santan/santan pekat dan perisakan garam secukup rasa. Kacau sentiasa supaya santan tidak pecah minyak. Tutup api setelah mendidih.

Ikan haruan bakar

3 ekor ikan haruan - bersihkan dan jangan buang sisiknya.  


Gaul dengan kunyit dan garam.



Balut dengan daun kunyit dan aluminium foil. Bakar di atas non-stick pan.



Sambal kicap

cili padi hiris
bawang merah hiris
kicap masin
perahan limau

satukan dan tekan2 skit cili dengan sudu.
sedia dihidang dengan ikan bakar.


Roti arab pak tam

Resepi chef rosli yg budiman bagi percuma resepi roti arab yg lembutttttt sangat...smlm dapat hari ni terus buat untuk berbuka. Kebetulan ada jiran datang ziarah hubby dapat la diorg merasa roti ni.... Saya makan cicah dengan kari ayam yang saya masak lepas sahur untuk lunch hubby dan anak-anak....3 keping habis....kenyang yg teramat...Alhamdulillah.

****untuk makluman, chef rosli ni pakar roti dan buat kelas pjj meroti dengan harga berpatutan...sesiapa yg nak belajar tapi takde masa nak gi kelas....boleh la join kelas pjj nih...


RESEPI ROTI ARAB PAK TAM

500 gm Tepung gandum
40 gm Marjerin
50 gm. Gula pasir
10 gm Yis 
1 biji. Telur 
1 tsp. Double action baking powder @ baking powder .
50 gm Susu pekat manis 
6 gm. Garam
220 gm Air sejuk

Cara-caranya :

1. Campurkan semua bahan dan uli , jika guna tangan x perlu sampai elastik .
2. Selepas uli , terus timbang 50 gm setiap satu dan bulat2kan . 
3. Celupkan dlm tepung sedikit sebelum letak dalam tray .


4. Timbang sehingga habis doh .
5. Perap doh bulat dlm 30 minit . 
6. Selepas 30 minit , canai bulat leper ... jgn terlalu nipis sbb nanti masa goreng dia x mengelembung . 
7. Canai leper hingga habis dan susun dlm tray. 8. Perap lagi sekali , dlm 15 minit . 
9. Selepas 15 minit berlalu , panaskan minyak dan canai sekali lagi doh leper utk dptkan bulat yg lebih besar sedikit . 


10. Bila minyak sudah panas , masukkan doh yg dah di canai sekali lagi tadi . 
11. Cara goreng ... siram2kan minyak di atas doh supaya roti mula gelembung . Bila dah mengelembung balik2 kan dan goreng sampai garing .


12. Boleh goreng sekali 3@4 biji sekali gus jika cepat .
13. Toskan roti di atas jaring utk toskan minyak
14. Goreng hingga habis . 


15. Selesai ... sedap di makan dengan kuah kari , masak asam dan juga sambal sardin cair 

Pesanan dari chef rosli:-

Sila kongsikan resepi ini untuk orang yang anda sayangi .

Yang ikhlas , 
Fb : Rosli Umar

Saturday, May 23, 2015

Nasi Kabsa kambing dan ayam

Menu sarapan cum makan tengahari sabtu sambil memenuhi permintaan jiran untuk jamuan kelas mengaji....

Resepi sambal salsa arab tu boleh rujuk di link ini.



KABSA RICE

A)untuk kambing/ayam

1 kg lamb shoulder / 1 ekor ayam saiz kecil - lebih kurang sekilo lebih sikit
2 tbsp oil
1 large onion-chopped
2 large Tomatoes-pleed and chopped
1 stick Cinnamon
1/2 tsp black pepper pwdr
1/2 tsp Cardamom pwdr
1/2 tsp cumin powder
4 pieces Cloves
3 pieces Bay leave
1 tsp kabsa spices
1 tsp ginger paste
1 tsp garlic paste
3-4 pcs cardamom pods
2 tbsp Salt

In medium casserole heat oil, add onion and stir fry for 4-5 minutes until light golden brown, add garlic and ginger.. Continue fry until golden and add lamb, cover with water.
Add cardamom, cinnamon, cloves, black pepper, bay leave, kabsa spices, corainder, cumin, bay leave, tomatoes and cardamom, bring to a boil and cook for 20 minutes or until lamb is tender. 



B) untuk sediakan nasi

3C basmati rice
1/2C raisins
3 tbsp Oil
2 tbsp Ghee
1 medium onion-chopped
1 stick Cinnamon*
1/3 tsp black pepper pwdr*
1/2 tsp Cardamom pwdr*
3-4 pieces Cloves*
2 pieces Bay leave*
1 tsp kabsa spices*
1 tsp ginger powder*
1 tsp garlic paste*
1 tbsp lemon juice
3-4 pcs cardamom pods*
Salt to taste
3 tbsp tomato paste
1/4 tsp tumeric powder*
1/2 tsp corainder pwdr*
1/2 tsp cummin pwdr*
2 pieces dried lemon (loomy)*
1 medium green capsicum- medium chopped*

Wash rice and raisins well.
Soak rice in salted water for 30 minutes.
Add salt after half cooking time. Remove lambs from the stock and keep aside, strain the stock.
In a medium casserole, heat oil ghee and oil.  Add onion and stir fry until transparent.
Add* and continue fry until fragrant. Add rice, fry till transparent and add tomato paste, salt and tummeric powder, fry again for 2 minutes.
Add chicken stock, lemon juice and lamb, cover tightly. Leave 25-30 minutes until rice is cooked.



C  (optional)

1/4C fried pine nuts
1/4 chopped fresh corainder

Place Kabsa Rice in the platter and sprinkle with roasted pine nuts and fresh corainder leave on the top Serve it with dakkos or maraq



Friday, May 22, 2015

Pulut inti


Makanan kegemaran penuh nostalgia zaman kanak-kanak tika dikampung halaman.....sedapnya....selalu time ada kenduri kendara macam menu wajib terutamanya utk org yg datang rewang atau gotong royong memasak....hidang dengan secangkir kopi O kaw......sedapnya tak terkata....

Cuma bila usia menginjak dewasa makanan ni makin sukar lelihatan....kalau ada dibuat jualan spesifikasinya tak mencapai standard yg ditetapkan.....huhuhu....sudahnya kena jugak buat sendiri.....cukup lemak masin, lembut pulutnya dan intinya takde la rasa macam hampas kelapa....


Buatnya tak susah mana....cuma perlu cari pulut....basuh....rendam......tos.....kukus....aron/gaul dengan santan pekat yg di letak garam secukup rasa hingga sebati...dan kukus sebentar supaya lebih tahan lama....tak cepat basi gitew...

Resepi pulut inti

1/2 kg beras pulut (basuh bersih dan rendam sejam atau lebih, tos dan kukus dengan beberapa helai daun pandan selama 20 - 30 minit)

Lebih kurang 2 cawan santan pekat + garam secukup rasa
---------------

Tuangkan pulut yg telah dikukus ke dalam mangkuk atau talam kecil ketika masih panas. Tuang santan sedikit demi sedikit sambil mengaron/menggaul pulut. Bila nampak pulut kelihatan berkilat dan cukup lembutnya berhenti tambah santan. Masukkan pulut ke dalam pengukus dan kukus sebentar selama lebih kurang 2 - 3 minit.

Hidangkan bersama inti kelapa manis atau sambal bilis atau serunding kelapa.


Inti kelapa manis

1/2 biji kelapa parut muda
2 keping gula nise (boleh gantibdengan gula merah + gula putih secukup rasa)
Sedikit garam
2 helai daun pandan simpul
Secawan air

Satukan semua bahan di dalam kuali. Masak hingga semuanya sebati dan inti kering. Sentiasa kacau supaya tidak hangit.


Thursday, May 21, 2015

Ikan haruan masak tomyam putih

Satu lagi variasi masakan ikan haruan.....kalau asyik di kukus jemu juga....ikut petua kalau nak dibuat ubat jangan basuh sampai hilang lendirnya....bilas skit2 jer. Pastu masak jgn lama sangat....

Tapi kalau nak mkn saja2....lepas siang tu rendam ngan air asam jawa untuk hilangkan hanyir ikan sungai.....haaaa gitu le petuanya....


Resepi ikan haruan masak tomyam putih

2 ekor ikan haruan saiz kecil (potong ikut suka)
3 inci lengkuas di ketuk
3 batang serai diketuk
2 biji bawang besar dipotong bulat
5 ulas bawang putih diketuk
4 sb sos ikan
perahan sebiji lemon (kalau guna limau kasturi atau limau nipis lebihkan kuantitinya)
7 helai daun limau purut
cili padi secukupnya diketuk atau hiris
Air, garam dan gula secukupnya

Sayuran pilihan :-)
celery
bunga kobis
tomato
karot

Hirisan daun ketumbar jika suka

Satukan bahan kecuali sayuran dan ikan. Masak hingga mendidih. Masukkan ikan dan sayuran. Biarkan hingga ikan masak. Tabur hirisan daun ketumbar jika suka semasa menghidang.

Ikan haruan kukus

Mengikut petua orang tua2 kalau lepas pembedahan atau bersalin elok makan ikan haruan. Doktor yg merawat hubby pun cakap macam tu berdasarkan pengalaman dia merawat pesakit. Luka pembedahan lebih cepat sembuh.

Rezeki hubby, ada member yg suka mancing tinggal kat teluk intan posted kat fb hasil pancingan dia....banyak ikan haruan dia dapat. Saya msg kat dia minta beli untuk buat ubat.....Alhamdulillah dia bagi secara percuma.....mulanya nak kirimkan pada kawan dia yg nak ke sini tapi tak jadi sbb laluan berbeza.

Sudahnya ikan tu dia tumpangkan dalam bas xpress dengan tambang RM10.....Alhamdulillah....ikan selamat sampai dalam keadaan masih segar...

Menu pertama saya buatkan ikan kukus....habis hubby makan.....sedap dia kata.....

Ikan haruan kukus

2 ekor saiz kecil 
(potong kecil dan basuh bersih)
3 sb  sos tiram
3 sb sos ikan
hirisan cili padi
3 inci halia hiris kecil
1 biji bawang besar potong bulat
5 ulas bawang putih hiris nipis
2 batang serai hiris nipis
perahan lemon secukup rasa ( saya guna 1/2 biji)
garam dan gula secukup rasa
boleh tambah karot, bunga kobis, tomato, celery

Susun ikan dalam bekas dan tuangkan semua bahan2 lain. Kukus selama 20 minit.



Roti inti coklat

Dua hari lepas buat roti inti coklat....saya guna lebihan coklat ganache yg hias brownies. Cantik gebu naiknya menggunakan resepi asas yg sama. Masalahnya bila dibakar habis coklatnya meleleh keluar sebab saya tak seal elok2 lepas letak inti.....waduh2...sayang betul....anak2 suka....maklum la inti coklat....budak2 ni apa2 yg ada kaitan demgan coklat selalunya berjaya tarik selera diorang....

Roti inti coklat

Bahan2nya

500 gm tepung roti/gandum/kombinasi
15 gm yis
5 gm improver/softener
15 gm susu tepung
5 gm garam
110 gm gula
80 mentega
1 biji /70 gm telur (telur gred AA)
225 gm air sejuk (ais)

Inti coklat
Coklat rice

Hirisan bladam

Satukan semua bahan (pastikan yis tidak diletak berdekatan dengan garam) kecuali mentega dan uli sebati. Masukkan mentega dan uli hingga doh licin, tidak lekat di tangan dan besen serta elastik.

Sapukan minyak dan perap selama sejam atau doh naik 2 kali ganda. Tumbuk doh dan uli sebentar. Sapu tangan dengan minyak dan bahagikan doh ikut citarasa.

Tengok rupa mcm takde masalah jer...hehehe....tapi hakikatnya....bawah berlubang...inti meleleh keluar masa bakar..

Roti lagi dan lagi


Hari ni meroti lagi. Resepi yg sama saya guna untuk kebanyakan roti yg saya buat dua tiga menjak ni. Cumanya post kali ni lebih kepada mempelbagaikan patern roti....tukar2 selera...rasa sama rupa berbeza buat anak2 dan keluarga teruja....

Roti kacang merah dan roti sosej

Bahan2nya

500 gm tepung roti/gandum/kombinasi
15 gm yis
5 gm improver/softener
15 gm susu tepung
5 gm garam
110 gm gula
80 mentega
1 biji /70 gm telur (telur gred AA)
225 gm air sejuk (ais)

Inti kacang merah dan sosej yg dicelur terlebih dahulu
Bijan (jika suka)

Satukan semua bahan (pastikan yis tidak diletak berdekatan dengan garam) kecuali mentega dan uli sebati. Masukkan mentega dan uli hingga doh licin, tidak lekat di tangan dan besen serta elastik.

Sapukan minyak dan perap selama sejam atau doh naik 2 kali ganda. Tumbuk doh dan uli sebentar. Sapu tangan dengan minyak dan bahagikan doh ikut citarasa.

Doh asas yg sama....diperbagaikan rupa dan rasa....

Cara2 nak corakkan boleh rujuk bawah ni
Photo step by step roti kacang merah kredit kepada http://sweetmama-dapurkecil.blogspot.com

roti sosej ni pula photo step by stepnya kredit kepada fb group kelab roti
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...