Thursday, July 3, 2014

Kuih akok kedut

Bulan2 puasa ni selera macam2....pantang nampak makanan mesti terliur. Resepi ni dah simpan lama....bulan posa ni baru nak cuba.

KUIH AKOK KEDUT
Sumber fb
Bahan-bahan (12-15 biji)
5 biji telur
200 ml pati santan
100 ml air
150 gram gula melaka
30 gram tepung gandum
3 helai daun pandan - simpul
1 cubit garam 

Cara cara
Masak air bersama gula melaka dan daun pandan hingga mendidih. Tutupkan api.
Masukkan santan. Tunggu suam sedikit, kemudian masukkan telur dan tepung. Blender sehingga rata. Tapiskan.
Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan. Panaskan acuan baulu/muffin ke dalamnya. 
Isi penuh acuan dan bakar selama 20-25 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...