Friday, July 11, 2014

Pizza homemade

Mencari2 idea untuk berbuka puasa. Nak menaikkan selera anak2 yang berpuasa. Hari ni saya pilih untuk buat pizza. Anak2 pun dah menyebut.....lama dah ummi tak buat pizza. Ok la...hari ni ummi buatkan pizza ye....makan banyak2 tau. lenguh bahu ummi uli. Sumber saya kali ni fb Aneka Resepi Raya



Kali ni saya guna leftover food untuk toping...sos marinara, tuna dan kofta. Hehehe....tapi kat bawah tu ada la saya letak gak cadangan toppingnya.
PIZZA
BAHAN DOH PIZZA
200 grm tepung gandum
125 ml air suam
1 paket yis segera
2 camca besar mentega atau minyak zaitun
1 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam halus
1-2 sudu besar shortening


BAHAN UNTUK TOPPING :
1 tin sos speghetti PREGO TRADITIONAL-guna separuh je (saya guna sos marinara yang saya buat untuk pasta semalam
1-2 ketul dada ayam
1 sudu kecil mix italian herbs
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
Cheese monzarella
Cheese cheeder
cili capsicum - potong nipis-nipis
cendawan butang- potong nipis
nenas tin - potong kecil-kecil
saya tambah -

1 sb sos bbq homemade
Buah zaiton - hiris bulat

*Potong bawang besar dan cincang halus bawang putih .-Dada ayam dipotong nipis dan dicincang . Panaskan sedikit minyak dan tumiskan semua bawang sampai layu kemudian masukk semua dada ayam, sos bbq dan mix herbs serta garam secukup rasa . Biarkan ayam ni cukup masak tutup api dapur dan ketepikan.
CARA MEMASAK :

UNTUK DOH :- 

Bancuh yis serta gula dengan 3 sudu air suam , kacau rata dan tunggu berbuih. Gaul garam dengan tepung hingga rata kemudian buat lubang dibahagian tengah tepung, tuang bancuhan yis dan air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh. Uli hingga lembut dan masukkan shortening kemudian masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan tidak melekat pada jari (kena uli lama juga anggaran 10-15 minit) . Doh yang dah cantik diuli menjadi bentuk bulat dibiarkan rehat di dalam bekas kemudian tutup dengan kitchen towel yang bersih dan biarkan 40 minit atau hingga naik sekali ganda.
Bila doh dah naik cantik , tumbuk-tumbuk doh tadi untuk keluarkan udara dan uli sikit lagi kemudian doh ni boleh la di canai dalam anggaran setebal 0.5 cm dan diletak diatas tray pizza dan gunakan jari je untuk meleperkan doh , saya tekan je guna jari sampai doh menutupi seluruh pemukaan tray pizza, senang je . Cucuk pada seluruh pemukaan doh dengan garfu dan bakar doh pada suhu 180`C selama 10-15 minit . Bila doh dah masak keluarkan dan ketepikan sekejap bagi sejuk sikit .

Sapu sos pada pemukaan doh tadi, kemudian boleh la ditaburkan susun cendawan butang , cili capsicum , nenas , ayam dan last sekali taburkan cheese monzarella serta cheedar .Masukkan pizza ke dalam oven dan bakar selama 30 minit pada suhu 180 darjah celcius atau sehingga topping masak kekuningan.
Selamat Mencuba !!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...