Sunday, July 20, 2014

Biskut nestum & oat

Anak2 suka nestum dan oats....tu yang bila tengok resepi dari blog fiza's cooking ni terus nak buat. Masa bancuh jer dah harum semerbak dengan bau nestum.

NESTUM & OATS COOKIES

BAHAN A

250gm buttercup
100gm majerin
250gm gula perang

BAHAN B

2 biji telur
2 sb besar serbuk koko
1 sb esen vanilla

BAHAN C

100gm oats
200gm nestum
20gm Kacang tanah di tumbuk kasar (saya ganti serbuk badam supaya senang nak terap dengan acuan)
400gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

BAHAN D

Chocolate Chips

CARA MEMBUAT 

1. Putar bahan A hingga berkrim
2. Masukkan bahan B dan putar sebentar
3. Campurkan pula bahan C dan gaul rata
4. Bentukkan adunan, letakkan chocolate chips
6. Bakar dengan suhu 180°C selama 15 hingga 20 minit
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...