Monday, November 30, 2015

Pankek yogurt


Resepi ni saya selongkar dari blog abg mat gebu kita......sajer nak try macam2 resepi...kelainannya pada mayonisnya tuh....lain2 bahan lebih kurang resepi pankek yg lain tu juga.

Untuk resepi ni saya dah olah ikut bahan dan sukatan yg saya guna. Saya guna yogurt dan buat satu adunan sbb ramai nak makan. Dapat lebih kurang 16 keping. Saya guna pan saiz paling kecil. Jadi bentuknya elok jer cantik. Pankek ni sangat lembut dan gebu kejadiaan.....sangat2 hapi dengan resepi ini.

Pankek yogurt @ ZLC

BAHAN-BAHANNYA :-)

1 1/2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
3 biji telur gred C
3 sb gula halus
2 sb mentega, dicairkan
2 sb yogurt
1 cawan susu segar
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam halus
Mentega dan madu/maple syrup untuk dimakan bersama pancake

CARA MEMBUATNYA :-)

Satukan tepung naik sendiri, baking powder dan garam halus, gaul rata dan ayak. Dalam satu bekas, masukkan telur, gula, mentega cair dan yogurt, kacau dengan whisk sehingga semua sebati dan rata. Masukkan susu, kacau dan tambah tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga rata.

Tuang esen vanilla, gaul rata dan rehatkan adunan 20 minit (saya tak rehatkan. Terus masak jer). Panaskan non-stick frying pan pada api sederhana. Lenser dengan sedikit minyak menggunakan paper towel bersih yang dicelup sedikit minyak.(saya tak letak minyak)

Sudukan anggaran 3 1/2 camca besar adunan tadi. Ratakan.
Tutup pan tadi dengan tudung periuk sekejap. Bila permukaan pancake berbuih2 dan kelihatan agak kering, perlahan2 terbalikkan.

Masak lagi untuk 1 minit. Alih dalam bekas sesuai dan buat kaedah yang sama untuk baki adunan. Hidangkan bersama mentega dan curahan madu atau maple syrup.

Kuih lopes bunga telang


Kuih lopes, kuih tradisional, senang nak buat....yg rajin diorg bungkus bentuk 3 segi dan kukus. Saya guna cara mudah. Tanak beras pulut macam masak nasi tu jer.

Daun pandan dah habis stok buat nasi lemak pandan haritu....jadi bila ada bunga telang terkumpul kat peti sejuk tu saya gunakan la sebagai pewarna....itu pun dapat warna biru2 manja jer....pokok bunga telang saya baru nak belajar berbunga musim hujan ni....kumpul sikit2 bekukan untuk guna kemudian...jadi lah...


Kuih lopes

2 cawan beras pulut cuci bersih dan toskan.
2 cawan air
Sedikit  garam
Bunga telang rendam dengan air panas untuk keluarkan warnanya.

Tanak pulut dengan air dan garam hingga airnya kering. Titiskan air bunga telang. Dan tanak pulut hingga masak. Dah sejuk. Bentukkan dan gaul dengan paritan kelapa yg digaul dengan sedikit garam.
Hidangkan bersama air gula merah/melaka/apong/nisan.

Cucur udang


Bila hari cuti seboleh2nya nak hidangkan menu lengkap...dari sarapan sampai ke supper.....
Tu yang tak keluar2 dari dapur.....pagi buatkan megi ketam, tengahari masakkan  sup, petang buatkan cucur ni pulak.....malam makan balik lauk tengahari...hihihi....

Buat cucur ni sebenarnya bertujuan untuk menghabiskan stok kobis dan nasi sejuk. Udang kulit putih pun banyak, beli kat jeti aritu....tapi mahal betul la harganya sekarang. Sekg yg saiz kecil (beso jari kelingking baby) dah 16 hengget.....mak aiiiihhh. Camna la nak.....tinggi betul kos sara hidup sekarang....

Jom la layan cucur petang ni...


Cucur udang kaya sayur ZLC

1 cawan udang kulit putih (saya buang kepalanya - kalu taknak pun takpe sebb udang ni kulit lembut)
1/4 cawan udang kering + 1 cawan nasi sejuk kisar dengan satu cawan air
3 cawan tepung gandum
1 cawan kobis yg dihiris kecil
1 batang lobak merah dihiris lidi
1/2 cawan kucai potong pendek 2 inci
1 tongkol jagung hiris isinya
Garam secukup rasa
2 biji bawang besar cincang
2 cawan air

Minyak untuk menggoreng.

Satukan semua bahan dan gaul rata. (Tambah air jika adunan terlalu pekat).
Panaskan minyak. Sendukksn adunan dan goreng hingga garing. Hidangkan bersama sos cili thai atau sebarang pencicah pilihan.


Simple breakfast for the kids

Sarapan pagi ni saya buat sandwich telur jer untuk anak2.... Petang semalam dah buatkan roti jadi pepagi tinggal rebuskan telur dan lenyek....pastu sapukan pada roti...dah siap...

Untuk roti

500 gm tepung high protien/ tepung gandum
80 gm gula
30 gm susu tepung
10 gm kfine krim/ 5 gm improver
5 gm garam
70 gm mentega
1 biji telur
225 gm air + kiub ais
8 gm yis

Satukan dan uli hingga elastik dan doh licin dan tak lekat ditangan dan bekas adunan. Perap sejam. Atau guna BM atau mixer ikut arahan dlm manual.

Bahagikan dan bentukkan doh ikut citarasa. Masukkan dlm loyang. Perap selama 3 - 4 jam bergantung pada cuaca...kalau panas mungkin lebih pendek masa memerap.

Selepas perap saya cuma spray air dan tabur bijan. Boleh juga sapukan dengan telur + air.

Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit atau keperangan.

Inti telur

4 biji telur rebus - lenyek
2 sb mayonis
1/4 sk serbuk lada putih/sulah
1 sk mentega
Garam secukup rasa

Satukan semua bahan dan gaul rata.

Sunday, November 29, 2015

Pancake

Selalu jugak pagi2 kepala dah hang....tak tau nak masak apa. Nampak keladi terus goreng untuk hubby. Untuk anak2?????......teringat resepi dari sue norman yg dikongsi di kkpbt....pankek kembung. Ermmmm bagus jugak....anak2 pun dok minta buatkan dorayaki. Pankek ni pun adik beradik dorayaki jugak.....hehehe....chantek sangat dah la....

PANCAKE

Bahan-bahan

250g tepung gandum (saya guna 2 cawan - malas nak timbang)
11/2 sdt serbuk penaik@ baking powder
1-2 sdt esen vanilla
50g gula pasir (saya letak 3 sb)
Saya tambah garam 1 sk
3 biji telur A (Kalau tak ada boleh guna gred B)
150ml susu segar (saya guna 1/2 cawan lebihkan  sikit - agak2 tengok adunannya - macam tepung goreng pisang tu)

Mentega/ marjerin untuk menggoreng.
Gula halus secukupnya. (Saya tak letak gula - makan dengan sos coklat lebihan churros dan madu)

Cara

1) Satukan bahan-bahan hingga sebati. Rehatkan 10 minit.
2) Guna non stick pan, cairkan mentega menggunakan api sederhana dan cedok 1-2 sudu makan adunan.
3) Biarkan sekejap sehingga kuning dan balik sebelah lagi. Angkat dan letak dalam pinggan dan buat seterusnya sampai habis.

*Pancake harus di salut dengan gula ketika masih panas supaya gula melekat. Salut dengan gula sementara menunggu memasak seterusnya*

SELAMAT MENCUBA!


Saturday, November 28, 2015

Megi ketam dan sup ketam

Sarapan pagi megi ketam istimewa......pagi2 lagi dah kerah hubby ke kedai beli mee segera perisa kari....

Puas makan bila masak sendiri....kalau kat kedai dia timbang keram sebelum sebut harga...besar ketam mahal la bayarnya....

Aritu pegi cari ikan kat jeti dapat la beli ketam ni...borong sume...10 ekor saiz campur2.selebihnya buat sup untuk makan tengahari. ...Lepas la ngidam nak makan megi ketam......kak ash (geng masak2) datang aritu pun cerita pasal megi ketam....makin teringin nak makan tapi ketam jarang dapat stok...


Resepi megi ketam ZLC

1 paket mee segera perisa kari
1 ekor ketam
1 sk serbuk/pes kari
1 biji bawang besar hiris
2 ulas bawang putih hiris
1/2 inci halia hiris
Minyak untuk menumis
Sayuran pilihan - kobis, bunga kobis, karot, cendawan, kacang buncis
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Hirisan cili padi dan limau nipis- optional

Panaskan minyak. Tumis bawang2 dan halia hingga naik bau. Masukkan rempah kari. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan air secukupnya. Masak hingga didih. Masukkan ketam dan sayuran pilihan. Masak hingga ketam berubah warna. Masukkan mee segera dan perencahnya. Perisakan dengan garam secukup rasa. Masak dalam 4 minit lagi dan sedia di hidang. Nak pedas tabur hirisan cili dan hirisan limau.


Sup ketam simple

4 ekor ketam
Sayuran pilihan
Hiris
1 biji bawang, 3 ulas bawang putih dan 1 inci halia
Titik 2 batang serai
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Rebus ketam dengan air secukupnya. Masukkan sayuran dan bahan hiris serta serai. Perisakan dengan garam secukup rasa. Masak hingga sayur empuk.

Siput sedut masak lemak cili padi

Feberet hubby ngan anak2....diri menyiang sampai memasak hubby yg buat. Hehehe....3 kg lebih beli....masak semua pastu yg lebih simpan beku.....

Siput sedut masak lemak cili padi

Bahan2nya

1 kg siput sedut dipotong hujungnya.
Air secukupnya
2 cawan santan pekat
1 inci halia
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 ketul kunyit hidup
10 biji cili api (boleh tambah jika ingin lebih pedas)
2 batang serai
2 keping asam gelugur
Keledek/keladi/kentang di celur empuk.

_________

Kisar bawang merah, bawang putih, kunyit, halia dan cili api.
Tumiskan bahan kisar dan serai dengan sedikit minyak hingga naik bau.
Masukkan siput, asam dan air sehingga tenggelam siputnya.
Masak sehingga mendidih dan siputnya masak lebih kurang 15 minit.
Masukkan santan, keledek dan garam secukup rasa.
Masak hingga mendidih. sentiasa kacau supaya santan tak pecah minyak.

Friday, November 27, 2015

Churros

Sebelum ni pernah buat guna resepi lain.....kali ni skodeng dari blog azlita pulak....nak testing acuan barunyg kirim dengan hubby member kat Paris lagi....jauh tu cari acuan churros (sebutan curos).....dah ada acuan wajib buat...


Acuan churros.....made in spain....beli kat paris

CHURROS

1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
15 gm butter
1 sudu besar gula halus
1 cawan air
1 biji telur

Sedikit garam

1 sudu teh esen vanilla

Untuk salutan

sedikit gula halus (saya guna gula ising)
1 sudu teh serbuk kayu manis (tak letak sbb tak teringat)

Mula-mula kita satukan air, esen, gula halus, garam dan butter dalam periuk dan masak hingga ia mendidih.

Tepung gandum di ayak bersama baking powder.
Bila air dah didih, tutup api dan terus masukkan bahan tepung sedikit-sedikit sambil sebelah tangan lagi terus mengacau supaya tepung tidak bergentel-gentel.

Adunan akan menjadi lembut dan tidak bergentel.
Kemudian masukkan telur dan terus kacau sampai adunan likat.
Biarkan sebentar.
Sementara itu bolehlah panaskan minyak

Sediakan nozel bintang.
Letakkan dalam piping bag.
Jika tak ada nozel dan tak ada piping bag, tak apa.. anda boleh letak dalam plastik bag bahagian bucu tu potong sedikit untuk keluarkan doh nanti.

Sementara itu tunggu hingga minyak panas. Minyak jangan terlalu panas ya, nanti churros tu bentuknya tak cantik, ada letup-letup. Minyak sederhana sahaja macam kita nak goreng donut. tapi jangan pula api perlahan sangat nanti ia serap minyak pulak dah tak sedap!

Paipkan doh tadi dalam kuali, dan gunting panjang mana kita nak.
Masak dan goreng sambil di balik-balikkan supaya masak keseluruhannya hingga kuning keemasan.
Angkat setelah masak dan letakkan dalam bekas yang berlapik kertas tisu, supaya serap minyaknya.

Sediakan gula yang di gaulkan bersama serbuk kayu manis.
Gaulkan churros dalam gula tadi semasa ia masih hangat, sebab bila dah sejuk gula tu dah tak lekat dah kat churros tu.

Sekarang bolehlah di hidangkan bersama coklat panas, ganache coklat, caramel, nutella atau strawberry compot.

Sedapnya...!

SOS COKLAT

60 ml heavy cream atau tick cream ~ kalau nak lagi cair lebihkan 100 ml
10 gm syrup glucos ~ optional
100 gm dark choc
1 sudu besar Hazelnut paste atau Nutella

Coklat masakkan di cincang kecil
Satuan heavy cream dan glucos dan masak hingga timbul buih kecil tepi periuk
Angkat dan tuangkan atas coklat cincang tadi
Tambahkan Hazelnut paste atau nutela dan gaul rata
Sedia di hidangkan bersama Churros.

Kuih ketayap aka kuih gulung

Pepagi tadi sebelum bersiap nak ke ofis saya buatkan ketayap polkadot tema retro utk anak2 sempena jamuan akhir tahun kat tadika. Permintaan asalnya nak brownie sbb teacher dia suka sangat brownie yg ummi buat tapi apakan daya tak sempat. Balik ofis semalam singgah beli ikan....pastu sampai rumah terus masak nasi lemak pandan untuk 50 org makan sempena majlis penyerahan keputusan kahir tahun sekolah tahfiz anak2.

Balik tu dah kul 10 lebih....konon nak bangun awal tapi....huhuhu....tak dengar bunyi jam pun... fikir punya fikir.....akhirnya buatkan kuih ni jer. 

Kuih ni nak buat corak apa....kaler apa...ikut la citarasa masing2. Jgn sampai sendiri buat sendiri tak tertelan sudah......hehehe....ada member group masakan yg komen.....seram lah warna...macam penyakit lah.....pada saya, saya memasak ikut citarasa saya dan anak2......diorg ok saya pun ok....pegi hantar kat sekolah tadi pun tengok budak2 n teacher budak okay jer makan.....nak kata apa....Alhamdulillah....takde apa yg pelik pada kuih tu....sekiannnnn....

Kuih ketayap aka kuih gulung ZLC

Untuk kulit

3 cawan air
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
Garam secukup rasa

Pewarna pilihan (atau kisar air dengan daun pandan dan tapis untuk mendapatkan warna dan haruman semulajadi.)

Kisar sebati semua bahan hingga sebati.


Untuk inti 

(biasanya saya buat banyak2 dan simpan dlm peti beku - inti ni boleh guna untuk buat koih koci, badak berendam, kuih bom, pulut inti, kuih ketayap dll)

1/2 biji kelapa parut
3/4 cawan gula putih (manisnya ikut citarasa)
Sedikit air
Sedikit garam
1 helai daun pandan

Cara-cara

Masukkan kelapa parut, air, gula serta sehelai daun pandan. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula dan airnya sedikit kering. Angkat. Buang daun pandan.

Thursday, November 26, 2015

Nasi lemak pandan, sambal tumis cili muda dan ayam goreng berempah istimewa @ ZLC

Nasi lemak dengan warna tema hijau untuk majlis penyampaian laporan akhir tahun sekolah tahfiz kat surau semalam. Sambal hijau tu ada yg dah konpius dgn sambal ijo padang....tapi sebenarnya bukan....ni sambal tumis biasa cuma gunakan cili besar muda dan cili padi muda.... Kalau tak suka boleh jer guna cili kering biasa...



Ayam goreng berempah

1 ekor ayam (potong 16 - kalau nak kecil lagi kerat la kecil2) - kali ni saya guna bahagian pahanya saja
3 inci Halia
3 labu bawang putih
8 batang serai
3 sb jintan manis
3 sb ketumbar
2 sb tepung jagung
Telur sebiji
Garam secukup rasa
Serbuk cili ikut pedas mana nak
Daun kari secukupnya
Saya tambah gula melaka 1 keping atau boleh juga letak gula pasir

Blend semua bahan kecuali ayam dan daun kari hingga hancur.
Gaulkan bahan dengan ayam dan perap 3 jam. Kalau nak sedap perap semalaman.
Goreng hingga garing. Api jangan kuat sangat. Kalau tutup kuali masa memggoreng lebih elok supaya ayam cepat masak. Dah hampir garing tu masukkan daun kari.

Ok dah siap angkat dam toskan. Baki bahan perapnya saya goreng rangup dan tabur bersama2 ayam yang dihidangkan.


Nasi lemak pandan (tumis)

10 pot beras (basuh dan rendam sekiranya guna beras basmathi
13 pot santan + air pandan (guna penyukat yang sama dengan beras - kuamtiti air ikut jenis beras yang digunakan - saya kisar daun pandan dengan kelapa parut)
Garam secukup rasa
2 sb halba

bahan tumis

2 biji bawang besar - hiris
6 ulas bawang putih - hiris
3 inci halia - hiris
minyak untuk menumis

--------
Masukkan beras,  santan + air pandan, halba dan garam. Tanak nasi seperti biasa. Tumis bahan tumis hingga naik bau dan sedikit keperangan. Tuangkan bahan tumis berserta minyak yg digunakan ke dlm nasi yg telah masak. Kareh rata.

Ayam goreng berempah

1 ekor ayam (potong 16 - kalau nak kecil lagi kerat la kecil2) - kali ni saya guna bahagian pahanya saja
3 inci Halia
3 labu bawang putih
8 batang serai
3 sb jintan manis
3 sb ketumbar
2 sb tepung jagung
Telur sebiji
Garam secukup rasa
Serbuk cili ikut pedas mana nak
Daun kari secukupnya
Saya tambah gula melaka 1 keping atau boleh juga letak gula pasir

Blend semua bahan kecuali ayam dan daun kari hingga hancur.
Gaulkan bahan dengan ayam dan perap 3 jam. Kalau nak sedap perap semalaman.
Goreng hingga garing. Api jangan kuat sangat. Kalau tutup kuali masa memggoreng lebih elok supaya ayam cepat masak. Dah hampir garing tu masukkan daun kari.

Ok dah siap angkat dam toskan. Baki bahan perapnya saya goreng rangup dan tabur bersama2 ayam yang dihidangkan.


Sambal tumis cili muda

400 gm cili hijau 
100 gm cili padi hijau (kuantiti bergantung pada citarasa - boleh tambah atau kurangkan) 
5 biji tomato muda 
5 biji bawang besar
2 labu bawang putih

Kisar/tumbuk jgn halus sangat semua bahan di atas

200 gm ikan bilis - kisar/tumbuk jgn terlalu halus
3 batang serai dititik
Minyak untuk menumis
4 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

Panaskan minyak. Goreng ikan bilis kisar hingga garing. Masukkan bahan lain kecuali garam dan gula. Tumis hingga terbit/pecah minyak. Tambah baki air (sekiranya guna blender biasa - saya guna food processor yg membolehkan saya kisar tanpa menggunakan). Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masak hingga mendidih dan sambal sedikit pekat. Tutup api dan sedia dihidang.

Wednesday, November 25, 2015

Natural Red Velvet Cupcakes


Sesekali teringin nak makan kek red velvet....tapi sebab jumlah pewarna makanan yg digunakan untuk buat kek ni banyak jadi ngeri juga nak makan selalu.... sekali gitu try la google resepi yg guna pewarna alami dari ubi beet. Jumpa satu dari http://thevietvegan.com. Nampak cam best jer...

Dah siap bancuh sume, bakar la kek tu cam biasa sampai masak...bila dah masak, keluarkan la dari loyang.....tadaaaaaaaaa....oooopocot mak ai....mana kaler merahnya nyer tadi.....luntur...magic betul....

Warna merah sudah tukar kekuningan....jadi tajuk resepi ni akak tukar la yer.....dari red velvet jadi velvet jer kot....keknya jadi elok moistnya.....resepi asal utk cupcake tapi akak jadikan kek beso...senang sekali tuang jer.

Disebabkan rasa terperanjat tu, nanti2 la akak terjemahkan resepi ni yer....

Natural Red Velvet Cupcakes

Ingredients

For the cupcakes

¾ cup freshly pureed beets (boiled until tender, then pureed)

⅓ cup oil (I used coconut)

1¼ cup sugar

1½ tsp vanilla extract

1¼ cup flour
¼ tsp salt
1½ tbsp natural cocoa powder (NOT dutch processed)
1½ tsp baking powder
1 cup almond milk (or other milk alternative)

2 large eggs (ni akak tambah)

For the icing

¼ cup Earth Balance - 1 block cream cheese (250g) - use vegan cream cheese to keep vegan

1 to 1½ cups icing sugar

a splash of vanilla extract

Instructions

Preheat oven to 350F. Mix the beet purée and oil until incorporated. Add sugar, vanilla extract.In a bowl, sift together flour, cocoa powder, salt, and baking powder.Alternate adding the flour mixture and milk until incorporated into the batter.

Divide among cupcake liners, filling them ¾ full, and bake for 15-20 minutes (for mini cupcakes) and 20-25 minutes (for regular sized cupcakes) until a cake tester or toothpick comes out clean when poked in the middle.

To make the cream cheese icing, whip together all ingredients (add the icing sugar ½ cup at a time until it reaches your desired consistency)Pipe onto cupcakes as desired. The beetroot may discolour the frosting if left for too long, so if you are piping this ahead of time, do not do so more than 24 hours ahead of time.Keep the cupcakes in the fridge and let sit at room temp at least 30 minutes before serving.

Aiskrim Goreng ZLC yummy

Cuti sekolah ni anak2 tinggal di rumah. Bekalan makanan kena sentiasa ada....almaklum budak2 tengah membesar...... Bila cuti aktivitinya main, main, main......lapar....lapar....lapar....


Ibubapa kena kreatif untuk memastikan anak2 ni ada makanan yg cukup dan perbagai.....kalu tidak kesian diorgkan.... Apa kata cuti ni kita buatkan diorg aiskrim goreng ni.....bahannya cukup mudah.....selain boleh gunakan sebarang perisa aiskrim yg terdapat di pasaran, kita boleh juga buat airkrim sendiri. Roti pun sama.....boleh pilih roti slice yg dah siap atau buat roti sendiri.....kalau rajin dan byk masa....

Jom kita buat aiskrim goreng di rumah....aktiviti bonding dan terapi bersama anak2 dan keluarga....




Monday, November 23, 2015

Lempeng kelapa cicah sambal hijau

Malam ni rasa malas nak masak heavy. Lauk tengahari tadi dah selamat.....penat pun yer sbb lepas siap lunch terus buat muffin 4 adunan.


Lempeng kelapa

1 cawan kelapa parut
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
4 sb minyak masak
Garam secukup rasa
4 cawan air

Satukan dan gaul rata. Gunakan kuali non-stick. Oleskan sedikit minyak. Panaskan seketika. Tuang 1/2 cawan adunan dan layangkan kuali supaya adunan rata. (Mcm buat kulit kuih ketayap. Biarkan hingģa masak menggunakan api sederhana. Ulang proses hingga selesai.
Hidangkan bersama sambal hijau atau susu pekat.

Resepi sambal hijau

1/2 cawan ikan bilis
4 biji bawang besar
1 biji tomato
30 biji cili padi hijau (boleh campur cili besar hijau)
1 labu bawang putih
1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Kisar guna food processor atau tumbuk. Jangan sampai halus sgt. Panaskan minyak dan tumis hingga naik minyak. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Tambah air. Masak hinga mendidih.



Sunday, November 22, 2015

Chocolate muffin

Semalam lepas siap vanilla muffins sambung adun chocolate muffin guna resepi sama daripada nestle cuma saya olah sedikit dengan menambah serbuk koko dan garam. Saya juga kurangkan sedikit penggunaan susu pekat sebab nak kurangkan manisnya.

Chocolate muffins @ ZLC

1½ cups plain flour or 210 g (  1 1/2 cawan tepung gandum )
1/4  cup cocoa powder (1/4 cawan serbuk koko)
1 tablespoon baking powder ( 1 sb serbuk penaik )
1 tin NESTLÉ Sweetened Condensed Milk or 350 g (  350 gm susu pekat manis )
½ cup water or 125 ml ( 1/2 cawan air )
1/4 sk garam

½ cup vegetable oil or 100 g (1/2 cawan minyak sayuran)
2 eggs (2 biji telur)
2 teaspoons vanilla essence (2 sk esen vanila)

HOW TO PREPARE

Preheat oven on 190˚C. Line a 16 holes bun-tin with paper cases.

Panaskan oven pada suhu 190 celcius.

Mix all ingredients except oil, eggs and vanilla in a mixing bowl with electric hand mixer for 3 minutes or until well combine.
Satukan tepung, serbuk penaik, air dan susu di dlm mangkuk pengadun. Pukul hingga sebati selama 3 minit.

Mix oil, egg and vanilla in another mixing bowl for 6-7 minutes or until the mixture becomes foamy.
Satukan minyak, telur dan esen di dlm mangkuk lain atau bloeh guna pengisar. Pukul atau kisar hingga berbuih selama 6 - 7 minit.

Then gradually add them into dough mixture and mix (do not over mix).
Kemudian tuangkan ke dlm adunan tepung sedikit2 dan adun sebati. Jgn terlebih pukul.

Spoon the mixture into the paper cases until each becomes 3 quarters full.
Sudukan kedalam cawan kertas hingga 3/4 penuh.

Bake for 20 minutes or until baked. Take out to cool for 3 minutes.
Bakar selama 20 minit atau hingga masak. Sejukkan dan sedia dinikmati.

Vanilla Muffin

Arini macam teringin nak buat muffin....mula ingat nak buat muffin coklat tapi bila tergoogle2 jumpa pulak resepi dari http://www.nestle-family.com ni. Macam menarik jer....tak guna gula tapi guna susu. Disebabkan kat rumah ni cuma ada susu F&N jadi kena la tukar....saya tambah pulak cranberi kering.

Muffin manis sikit kalau ikut sukatan dalam resepi. Boleh kurangkan sedikit sukatannya lain kali.


Vanilla muffins @ ZLC

1½ cups plain flour or 210 g (  1 1/2 cawan tepung gandum )
1 tablespoon baking powder ( 1 sb serbuk penaik )
1 tin NESTLÉ Sweetened Condensed Milk or 397 g (  397 gm susu pekat manis - boleh kurangkan kepada 350 gm jer...manis sgt)
½ cup water or 125 ml ( 1/2 cawan air )
½ cup vegetable oil or 100 g (1/2 cawan minyak sayuran)
2 eggs (2 biji telur)
2 teaspoons vanilla essence (2 sk esen vanila)
1/2 cup dried cranberry (1/2 cawan cranberi kering)

HOW TO PREPARE

Preheat oven on 190˚C. Line a 16 holes bun-tin with paper cases.

Panaskan oven pada suhu 190 celcius.

Mix all ingredients except oil, eggs and vanilla in a mixing bowl with electric hand mixer for 3 minutes or until well combine.
Satukan tepung, serbuk penaik, air dan susu di dlm mangkuk pengadun. Pukul hingga sebati selama 3 minit.

Mix oil, egg and vanilla in another mixing bowl for 6-7 minutes or until the mixture becomes foamy.
Satukan minyak, telur dan esen di dlm mangkuk lain atau bloeh guna pengisar. Pukul atau kisar hingga berbuih selama 6 - 7 minit.

Then gradually add them into dough mixture and mix (do not over mix).
Kemudian tuangkan ke dlm adunan tepung sedikit2 dan adun sebati. Jgn terlebih pukul.

Spoon the mixture into the paper cases until each becomes 3 quarters full.
Sudukan kedalam cawan kertas hingga 3/4 penuh.

Bake for 20 minutes or until baked. Take out to cool for 3 minutes.
Bakar selama 20 minit atau hingga masak. Sejukkan dan sedia dinikmati.





Resepi nasi ayam penyet dan sambal sedap

Menu hari minggu. Tetiba teringatkan ayam penyet. Terus geledah blog guna semula resepi yang pernah digunakan dulu dari blog amboyaats. 

Memang tak mengecewakan....tetamu yang makan pun nak berselera....Alhamdulillah...

Resepi nasi ayam penyet dan sambal sedap


Nasi Ayam Penyet



Untuk ayam

Bahan-bahan ( 6 orang )

Untuk Ayam1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasi. - saya guna peha ayam jer
½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang Putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Saya tambah 2 sb tepung jagung
Minyak masak untuk menggoreng.

Bahan lain
Tauhu
Tempe

Cara-cara

Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman untuk hasil yg lebih baik. Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tauhu.
Setelah perap semalaman, golek-golekkan pada tepung jagung. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.


Untuk Sambal

Sedikit minyak masak
10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil/merah, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong
45 cm Belacan
2 sb Ikan Bilis

Garam dan gula merah secukup rasa
Panaskan minyak.
Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato.
Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.Masukkan gula merah dan gaul rata.Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.
* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.


Untuk Nasi

4 cawan beras basmathi - dibasuh, rendam 1/2 jam dan ditoskan
3 ulas bawang putih hiris
Saya tanbah sebiji bawang besar hiris
1 btg kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sedikit butter + minyak
garam
5 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)

Panaskan butter dan minyak. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau hingga airnya kering. Kecilkan api dan tutup periuk rapat2. Masakkan selama 5 minit. Tutup api dan buarkan 5 minit sebelum dikareh rata.

Untuk Sup
1 biji bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
Garam secukup rasa
Baki air rebusan ayam tadi dan kaki/tengkuk dan bahagian tulang2 ayam (rebus empuk)
Hirisan daun sup dan daun bawang
Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang, halia dan rempah tumis hingga naik bau. Tuangkan ke dalam sup tadi. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

Siap sudah hidangan nasi ayam penyet arini....anak2 dua tiga kali jengok dapur...tak sabar nak makan sebab bau ayam goreng tu sedap sangat katanya...sampai ke depan terbau2..

Saturday, November 21, 2015

Pasta meatball cabonara

Malam tadi anak sulung request nak makan pasta cabonara untuk sarapan. Teringin sangat katanya....ummi buatkan cumanya bila masak pasta2 ni hubby tak gemar. Nasib la ada pizza mini untuk hubby jadikan sarapan sebab dia tak suka tambah2 yg lemak berkrim macam ni.

Pasta meatball cabonara ZLC

Pasta yg direbus lembut

2 sb mentega
1/3 cawan tepung gandum
1 liter/4 cawan susu segar
150 gm cream cheese
100 gm cheddar cheese
4 biji cendawan butang segar - hiris nipis
1/4 sudu kecil lada hitam
Sedikit sweet thyme segar
Garam secukup rasa

Panaskan mentega hingga cair.
Masukkan tepung dan goreng hingga buih.
Masukkan meatball dan 1 cawan susu. Kacau sebati. Biarkan seketika. 
Tambah 1 cawan susu. Masukkan cheese, cendawan dan kacau hingga sebati dan cheese cair. Tuang baki susu. Perisakan dengan garam, lada hitam dan sweet thyme. Masak hingga mendidih dan kuah agak pekat.

Sedia dihidangkan dengan pasta pilihan.

Tuesday, November 10, 2015

Puding karamel (telur)

Hari ni ada anak buah datang. Lepas lunch dia dok mintak resepi puding karamel gula hangus. Dua tiga hari lepas buat puding ni tanpa telur, hari ni demo kat dia buat yg guna telur pulak.

Puding karamel gula hangus

10 biji telur
1 tin susu cair (tin 505 gm tu)
1 tin air (guna tin susu yg sama)
Sedikit garam
1/2 cawan gula dimasak hingga perang gelap dan ditambah sedikit air
Buah-buahan segar untuk hiasan
-----
Pukul telur dengan susu, air dan garam. Tak perlu lama sangat, sebatikan aje...
Dalam loyang, masukkan gula yang telah diperangkan.
Tuangkan telur tadi ke dalam loyang. Kena perlahan2 supaya telur tak bercampur dengan gula.
Kukus selama lebih kurang 1/2 jam.
Bila dah sejuk, terbalikkan dalam bekas hidangan.
Hias dengan buah segar atau peach/buah campuran dalam tin tu.
Kalau simpan dalam peti sejuk lagi best...


Monday, November 9, 2015

Puding koktail berkuah

Anak-anak saya suka sangat. Pagi tadi dah buat satu round. Bila balik dari pejabat anak2 mintak buatkan lagi sebab sedap sangat kata mereka....tapi yg malam punya version guna buah rambutan nenas dlm tin jer sebab buah koktail dah habis...Kalau ada buah2 segar macam strawberi, kiwi, anggur dan lain2 pun sedap juga

Puding koktail berkuah

Puding karamel tanpa telur (resepi klik disini) - potong kecil

Jeli kristal (saya guna brand nona - masak ikut arahan kotak) - potong kecil
Buah-buahan koktail dalam tin
Susu cair
Kiub ais

Satukan semua bahan dan sedia dinikmati.

Yang atas ni gambar blum tuang susu.


Kek Buah (versi bakar dan kukus)


Menyelongkar kabinet bahan2 baking saya teringat mix fruit yg dibeli beberapa bulan lepas. Sayang kalau tak digunakan. Cukup untuk dua adunan kek. Jadi saya pun masakkan mix fruit dengan air, gula dan mentega. 

Dah siap masak rasa malas pulak nak meneruskan niat mengadun kek. Jadi pagi2 sambil sediakan sarapan pagi saya adun kek ni dan bakar satu adunan manakala satu lagi adunan saya kukus.

Sebelum ni saya ada buat kek buah tapi resepinya agak rumit dan bahannya ada tak lengkap.Nak ke kedai malas jadi saya guna resepinya yang saya cnp dari blog Azie Kitchen. Simple sgt resepi ni dan rasanya sedap. Manisnya sedang elok sbb saya guna gula perang organik (organic molesses)

Kek Buah 

Bahan bahan

250 gram butter
500 gram mix fruit
1 cawan gula perang (boleh kurangkan)
1 cawan air sejuk
2 cawan tepung gandum
3 biji telur
1 sk baking powder
1 sk esen vanilla

Cara cara:

Rebus buah buahan campuran bersama air dan gula sehingga buah kembang. Tutup api dan masukkan butter. Kacau rata dan biarkan seketika sehingga bahan bahan tadi sejuk.

Pukul telur hingga sebati sahaja dan masukkan ke dalam adunan buah rebus tadi dan dikacau dengan senduk. Masukkan esen vanila.

Masukkan tepung yang diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit dan kacau rata. Tuang ke dalam loyang bulat saiz 8 inci yang telah disapu dengan butter.

Bakar pada suhu 170C selama 45 minit atau sehingga masak. Angkat dan disejukkan seketika di dalam loyang sebelum disejukkan sepenuhnya atas wire rack.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...