Sunday, June 30, 2013

Baulu/bahulu cermai..

Dah lama teringin buat baulu sendiri. Kuih ni kegemaran anak2. Selalu beli, sekejap je abisnya. Acuan pun dah lama beli. Petang ni cuba buat dan nak test acuan tembaga baru tu....

Melekat....kecewa jap. Tapi habis juga kena ngap dengan anak2. Puji pun tak abis2. Kembang hidung ummi. Tapi nasib baik ada acuan lama tu. Mwnjadi dengan cemerlangnya. Tak sempat sejuk dan simpan pun.

Bahan-bahan ( Dalam 80 biji )

10 biji telur gred A
380gm gula pasir
1 tsp esen ros (kalau suka. Kak ogy omit nih sb nak dapatkan bau ori bahulu) - saya guna pandan paste
200gm tepung gandum ( saya tambah 3 sb tepung)
1/4 tsp baking powder

Cara-cara

Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat. Ayak tepung dan baking powder kedalam adunan batter yang telah betul-betul kembang dan pekat. Kacau adunan dengan spatula.

Tips 1. Sebelum bakar bahulu, isikan acuan dengan minyak dan bakar dalam oven selama 10 minit untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tidak melekat. Keluarkan acuan yang telah panas dari oven dan buangkan minyak. Acuan sedia untuk digunakan.

Tips 2. Sediakan kain yang dibalut pada kayu untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan.

Tips 3. Bakar gula dalam oven sebentar sebelum guna sehingga agak-agak hangat dan terus tuang kedalam telur. Tips ini untuk ketahanan kuih bahulu. Tahan sehingga sebulan tanpa pengawet. Kalau x mahu buat cara ini, kuih bahulu boleh tahan selamat 2 minggu. InsyaAllah.

Tips 4. Untuk meringankan kuih bahulu, bakar tepung dalam oven. Tapi jangan lama-lama. Sekejab je. Dan tepung agak-agak hangat je. Ini sama lah dengan kaedah orang dulu-dulu jemur tepung.

Update : Suhu bakar 220C sehingga bahulu kekuningan. Bahulu naik lebih cantik jika 'off' kan fan kat oven sbb kalo guna fan bahulu akan mengecut sedikit nanti.

Pegaga dan udang masak lemak cili padi & sotong dan kacang panjang goreng kunyit

Pagi ahad ni buat sarapan n lunch sekali....hubby request nak mkn nasi sebelum bertolak ke lumut utk mancing... Pegaga tu fresh dari depan rumah...
Pegaga dan udang masak lemak cili api
1 kilo udang
3 cwn santan pekat
Pegaga
2 batang serai diketuk
1 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
Tumbuk
2 inci kunyit hidup
15 biji cili padi
5 ulas bawang merah
--------
Masukkan santan, bahan tumbuk dan serai ke dalam periuk. Masak hingga mendidih. Kacau selalu supaya tak pecah minyak. Masukkan udang, pegaga, asam keping dan garam secukup rasa. Masak hingga udang bertukar warna dan melengkung. Tutup api.
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
Sotong dan kacang panjang goreng kunyit
1/2 kilo sotong
1 ikat kacang panjang
2 inci halia - hiris
4 ulas bawang putih -hiris
4 ulas bawang merah  - hiris
10 bili cili padi - belah tengah
2 inci kunyit hidup - tumbuk
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
-----
Panaskan minyak. Tumis bahan2 yg dihiris, kunyit dan cili api sampai naik bau. Masukkan sotong dan kacau rata. Masukkan garam.
Masukkan kacang panjang dan kacau dalam lebih kurang 2 minit. Angkat dan hidangkan.
- saya suka kacang yang rangup jadi goreng sekejap jer.....
Sedikit info berkenaan Pegaga
Nak tahu lanjut boleh baca di sini
 
"Pegaga mengandungi bahan aktif seperti triterpenoid glikosida (terutama asiatikosida, asid asiatik, asid madecassik, madikassosida), flavenoids (kaemferol dan quercetin), volatile oils (vallerin, camphor, cineole dan sterols tumbuhan seperti campesterol, stigmasterol, sitosterol), pektin, asid amino, alkaloid hydrocotyline, myositol, asid bramik, asid centellik, asid isobrahmik dan asid betulik. Di Malaysia, pegaga amat popular di kalangan tiga kaum utama negara ini iaitu Melayu, Cina dan India. Bagi kaum Melayu, ia di makan secara segar sebagai ulam, bagi kaum Cina digunakan sebagai minuman penyejuk badan, manakala bagi kaum India, digunakan sebagai tonik kecerdasan minda."
 

Friday, June 28, 2013

Bubur pulut hitam


1 cawan pulut hitam (direndam semalaman)
2 cawan santan pekat - (perah kelapa menggunakan air masak)
2 helai daun pandan
Secubit garam
Gula secukup rasa

------
Rebus pulut dan daun pandan hingga pulut lembut dan pekat/likat. Masukkan gula dan garam. Tambah air sekiranya pulut belum lembut. Ketepikan. (santan tak dicampur sekali untuk mengelakkan bubur cepat basi)

Utk dinikmati:- Masukkan pulut ke dalam mangkuk dan tuangkan sedikit santan pekat dan makan ler apa lagi..

Kerang goreng berlada

Menu tengahari jumaat. Kebetulan bercuti sbb takde orang jaga anak. Sempatlah ke pasar membeli dua tiga jenis lauk. Kalau dah pegi pasar tu macam2 nak dibeli. Kepala pun ligat mereka macam2 resepi....

Tengahari ni akhirnya memutuskan utk menyediakan dua jenis masakan. Kerang dan udang lipan yang dibeli tadi.

Utk masakan kerang ni, saya kurangkan sukatan cilinya sebab anak2 suka kerang, kalau pedas sangat nanti terbantut pulak selera diorang.

Sekilo kerang bersihkan
5 biji bawang merah ditumbuk
5 ulas bawang putih ditumbuk
2 batang serai diketuk
2 helai daun kunyit dicarik kecil
5 sb cili kisar (cili kering yg telah direbus dan dikisar halus)
3 sb air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak utk menumis
---------

Tumis bawang merah dan putih hingga naik bau dan masukkan cili. Tumis hingga terbit minyak.
Masukkan serai, air asam, garam dan gula secukup rasa. Kacau hingga sebati.
Masukkan kerang dan gaul rata. Masukkan sedikit air. Biarkan seketika. Masukkan daun kunyit dan kacau sekejap sebelum tutup api.
Dah siap.....

Udang lipan rebus lada hitam

Menu simple yang di google kat internet...

Bahan2 yg diperlukan

1 Kg Udang Lipan - bersihkan
5 biji Bawang merah - tumbuk
5 ulas putih - tumbuk
2 keping Asam gelugur/keping
1 sb Lada Hitam - tumbuk halus
2 batang serai - diketuk
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bahan yg ditumbuk dan serai.
Taburkan serbuk lada hitam + asam keping. Masukkan air. Setelah mendidih masukkan udang dan garam serta tambahkan air jika perlu.

Thursday, June 27, 2013

Puding ice cream oreo

Sedap...sedap...sedap....
Bahan2:
25g agar2 bertali ( dipotong kecil2)
1250ml air
1 tin susu cair
1 cawan Gula
1 Sudu teh esen Vanila
1 Biji telur
1 Bungkus Biskut Oreo ( dikisar halus)
1 cawan Ice Cream ( 5/6 scoop ice cream) ** apa2 perasa ice cream pun boleh**
Cara membuat:
Masak Agar2 bertali dengan 1250ml air tadi hingga larut... kemudian masukkan gula...kacau sebati. Blendkan Telur, susu cair , Ice Cream, & Esen Vanila   Kemudian satukan dengan adunan agar2 yang dimasak tadi.... Kacau rata , & akhir sekali masukkan Biskut Oreo yang telah dikisar...kacau lagi biar sebati ye...dah sebati, tutup api... Sediakan Loyang...Tuangkan adunan & sejukkan dalam Freezer...dah siap!

Wednesday, June 26, 2013

Jom buat ubat batuk

Petua yang saya dapat dari rakan2 fb.... Ubat batuk ni berkesan untuk saya sekeluarga. Sekarang dah tak payah tongkat mata setiap kali minum ubat batuk....mengantuk.
Bahan
3 inci halia dihiris nipis
1 biji lemon dipotong kecil
350 gm madu asli
-----
Satukan semua bahan di dalam botol atau bekas bertutup. Simpan di dalam peti sejuk. Boleh tahan hingga 3 bulan.
Bila nak guna, campurkan 2 sb campuran madu tadi dengan air suam. Boleh minum 2 kali sehari...pagi dan mlm. Insya Allah berkesan menghilangkan batuk.
***bila bancuh n ceduk madu tu jgn guna sudu besi, guna sudu plastik. Sebab? Saya dah lupa tapi lebih kurang la yer.....nanti khasiat madu tu kadi kureng gitu....
 
 KHASIAT MADU ASLI YANG TELAH TERBUKTI
Nak tahu lanjut baca di sini ye..
 
A) MENGEMBIRAKAN KEKUATAN TUBUH
 1. Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
 4. Merangsang tenaga batin.
 
B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
 2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
 3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
 4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
 
KELEBIHAN 1. BAYI/KANAK-KANAK:
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.
2. REMAJA:
Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.
3. WANITA:
 a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
 b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.
 
4. LELAKI:
a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
 b) Menguatkan tenaga batin.
 

Kari devil portugis

Saya copipes resepi dan tips dibawah dari Air tangan orang rumah bapak..... Namanya menggerunkan. Tapi rasanya ok jer.....rasanya ala1 asam pedas dan tak lengkap tanpa biji sawi. Cili merah tu kalau rasa1 tak cukup pedas boleh le tambah dengan cili padi sikit.

"Mengikut kepada tips yang diberikan Chef Adu, kari devil yang menggunakan daging perlu diperap dengan sesudu dua cuka terlebih dahulu bagi menyerap rasa masam ke dalam daging. Seeloknya dicadangkan menggunakan daging batang pinang dan perap lebih kurang 30 hingga 40 minit. Kalau guna ayam tak perlu perap yer......"

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong 12 
3 labu bawang besar - kisar
6 ulas bawang putih - kisar
5 tangkai cili merah - kisar
3 cm halia - tumbuk
3 biji buah keras - tumbuk
3 cm kunyit hidup - tumbuk
1 sudu kecil biji sawi
sedikit gula
sedikit garam
1 sudu besar cuka  
2 biji terung bulat / bendi (saya tambah)

Cara menyediakannya:
1- Bersihkan ayam, toskan.
2- Tumis biji sawi dan semua bahan kisar sampai pecah minyak. 
3- Masukkan ayam dan masak sampai kecut. Tuangkan secawan air. Tutup periuk agar ayam cepat empuk. 
4- Masukkan semua bahan tumbuk dan gaul rata. Masukkan garam, gula dan cuka secukup rasa. Masukkan juga terung atau bendi. Biarkan empuk selama beberapa minit.
5- Kacau hingga sebati dan sesuaikan rasa. Biarkan mereneh dan agak pekat. Sedia dihidang bersama nasi atau roti. 

notajari: buah keras berfungsi memekatkan kuah.

Daun Bay/Salam

maklumat ni saya cnp dari http://laptopretak.blogspot.com

Ramai daripada kita mengenal bay-leaf tetapi  jarang daripada kita mengenal pokok salam ia Satu keluarga dengan bay-leaf. Seperti yang kita ketahui bay-leaf banyak digunakan didalam ramuan masakan barat khususnya pada spageti dan pizza. Penduduk meixo juga gemar menggunakan daun ini dalam rempah masakan. Di pantai timur ia dikenali sebagai Serai Kayu dan merupakan salah satu ramuan penting dalam nasi kerabu.
 
Kegunaan
      Daun salam digunakan terutama sebagai rempah pengharum masakan di sejumlah negeri di Asia Tenggara, baik untuk masakan daging, ikan, sayur mayur, maupun nasi. Daun ini dicampurkan dalam keadaan utuh, kering atau pun segar, dan turut dimasak hingga makanan tersebut matang. [2] Rempah ini memberikan aroma herba yang khas namun tidak keras. Di pasar dan di dapur, salam kerap dipasangkan dengan laos alias lengkuas.
      Kayunya berwarna coklat jingga kemerahan dan berkualitas menengah. Kayu yang tergolong ke dalam kayu kelat (nama perdagangan) ini dapat dipergunakan sebagai bahan bangunan dan perabot rumah tangga. Kulit batang salam mengandung tanin, kerap dimanfaatkan sebagai ubar (untuk mewarnai dan mengawetkan) jala, bahan anyaman dari bambu dan lain-lain. Kulit batang dan daun salam biasa digunakan sebagai bahan ramuan tradisional untuk menyembuhkan sakit perut. Buah salam dimakan orang juga, meski hanya anak-anak yang menyukainya.
 
      Daun salam kering mengandung sekitar 0,17% minyak esensial, dengan komponen penting eugenol dan metil kavikol (methyl chavicol) di dalamnya. Ekstrak etanol dari daun menunjukkan efek antijamur dan antibakteri, sedangkan ekstrak metanolnya merupakan anticacing, khususnya pada nematoda kayu pinus Bursaphelenchus xylophilus. Sumber Wikipedia.

gambar ni saya amik kat depan umah....saya tanam dalam pasu.

Khasiat Daun Pudina

Selain daripada memasak saya juga minat bercucuk tanam. Walaupun tanah yang ada kat depan rumah tu cuma sekangkang kera tapi saya cuba manfaatkan betul2. Saya ni terpengaruh sangat dengan rancangan river cottage dan jamie oliver. Bila nak masak jer, terus boleh petik segar dari ladang. Tak susah2 nak cari bahan2 asas dalam masakan. Yang seronoknya minat bercucuk tanam nih dapat support dari en hubby.

Cerita pasal bercucuk tanam ni, teringat la salah satu tanaman yang ada kat depan rumah tu adalah daun pudina. Elok sungguh hidupnya. Makin gemuk dan membiak sungguh. Daun pudina ni saya suka sangat buat teh arab atau makan bersama mee kari atau laksa. Satu lagi bila masak briani atau pun lamb masak magribi. perh....sedap beb.

Selain daripada digunakan dalam masakan atau minuman, pudina ni rupa2nya ada banyak khasiatnya.
Maklumat saya dapat dari http://kongsibersamanora.blogspot.com dan banyak juga informasi yang boleh diperolehi daripada http://animhosnan.blogspot.com.

KEBAIKKAN DAUN PUDINA
  • Membantu saluran pencernaan. Jika terkena cirit birit atau sakit perut boleh ambil jus pudina untuk rawatan
  • Membantu bertindak menjadi penyejuk kepada kulit + membantu dalam masalah kegatalan kulit
  • Membantu mengurangkan sindrom usus + membersihkan perut + menghilangkan masalah kulit seperti jerawat = minum teh pudina ( resipi disertakan dibawah)
  • Membantu dalam menghapuskan toksin dari badan
  • Membantu dalam pemutihan gigi + memerangi nafas berbau = hancurkan daun pudina dan gosok terus ke gigi. 
  • Menjadi pembersih yang sangat baik untuk darah kita
-----------------
Jom amal...

Monday, June 24, 2013

Kuih baulu kemboja

Resepi asli dari airtanganciksiti. Tengok cik siti tayang kat fb dia terus je teruja nak cuba. Lagi2 bila cik siti kata resepi asli mak dia...

Balik dari opis, terua sinsing lengan. Bancuh baulu ni....dah sukat tepung bebagai sekali tengok telur tak cukup....sanggup tu start enjin pegi kedai beli telur.

Dah siap bancuh sekali gitu, cari acuan tak jumpa pulok...guano nih... Tapi takpe...baulu kemboja tak semestinya rupa tuh jer....apalagi...guna jer la acuan silicon utk muffin tu...apa ada pada rupa...kankankan...

Bila dah dua kali bakar...jam pun dah kol 9 malam....bancuhan banyak lagi...ku tuangkan ajer dalam loyang non-stick...habis cerita.

Bahan2nya

1 cawan telur
2 cawan santan (boleh kisar dengan daun pandan)
2 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1 sb tepung beras
Saya guna paste pandan
Bijan secukupnya

Cara-caranya

Gaul semua hingga sebati. Lengserkan acuan dengan sedikit minyak. Tuang adunan, taburkan bijan secukupnya dan bakar pada suhu 180°c selama 1/2 jam atau hingga keperangan.

Kalau nak perisa pandan boleh, durian boleh..

Petua : kalau nak bakar pagi, bancuh malam n simpan dalam fridge. Pastu bancuh guna sentuh kayu n jgn guna mixer...

Saturday, June 22, 2013

Kuih ketayap dan donut frozen

Macam-macam nak dimasaknya. Nak outstation tinggalkan anak2. Nak kena pastikan makanan yang secukupnya, kalu tidak kesian diorang kat rumah tu.

Resepi nanti saya paste kat sini. Pakai mobile ni leceh sikit nak cnp2. Tapi kalu rajin boleh surf kat blog ni sbb resepi ni dah pernah di post kat sini.

Kuey tiaw kungfu

Pilihan menu untuk pagi ni ialah kuey tiaw kungfu. Selalu makan kat kedai, tak puas. Macam2 kurang termasuklah kurang sedap. Bila memasak sendiri ni macam2 boleh dimasukkan. Perencahnya pun boleh masukkan extra3.
Saya suka makan dengan sambal belacan macam kat bumbung pkns tu. Pagi ni pun tumbuk skit sambal belacan semata2 nak mkn dengan kueytiau nih....
Bahan2 (utk 1 org makan) :-
Kuey teow
1 biji telur
Sayur (kailan, karot, sawi, kobis, putik jagung dan bunga kobis)
sedikit lada hitam (ditumbuk)
Bawang besar (hiris atau cincang)
1 sudu sos tiram
2 ulas bwg putih
2 biji cili padi (ketuk dulu - kalau nak pedas tambah)
3-4 ekor udang (blh gantikan sotong atau ayam)
1 sk tepung jagung ( bancuh dgn 2 sb air)
Garam secukup rasa
cara2 :-
Pecah kan telur dan masukkan kuey teow ke dlm telur. Gaul2kan hingga sebati kemudian goreng kuew teow dgn telur menggunakan minyak yg banyak. (Pastikan minyak dah panas). Dah keperangan atau tepinya dah garing angkat, tos dan ketepikan.
Tumis bwg putih smpai perang dan masukkan atau sotong atau ayam (kalau guna udang masukkan semasa masuk sayur. Tunggu sampai masak dan masukkan air sikit utk buat kuah.  Masukkan sos tiram dan lada hitam. Perasakan dgn garam dan masukkan sayur. Utk pekatkan kuah masukkan tepung jagung. Bila dh pekat skit tuangkan kuah ke atas kuey teow yg telah di goreng tadi.

Friday, June 21, 2013

Bengkang aka bingka jagung

Malam ni akhirnya cita2 utk membingka jagung menjadi realiti. Entah le ngidam ke apanya rasa membuak2 nak makan bingka jagung. Tak mau yang beli...selalu tak kena selera. Jadinya cuba la resepi Zaidatulazra fotopage nih....

Bahan2:

4 cwn tepung gandum
7 cwn santan (saya kurangkan jadi 6 cwn)
2 cwn gula
1 biji telur
Sdkt garam
1 tin jagung creamy (saya letak dekat 2 tin)
(kalo nk buat bengkang pandan..tukar jagung dgn perisa pandan jela)
*jagung ni blend jugak..tp kejap je ok..nk bagi ade ketul2 skit..kalo x suke ade ketul2 jagung tu blend le semua

Cara membuatnya:

1)Blender semua bahan hingga sebati (lecehla kalau nak kacau dgn tgn nanti berketul nak kena tapis pulak)
2)Bakar dgn suhu 180degree selama 60minit atau sampai masak. Gunakan api atas jer utk garingkan bahagian atas.

Wednesday, June 19, 2013

Ayam masak minang

Apa la nak dimasak utk mkn mlm nih. Ermmmm....ayam ada, udang ada, mutton ada, lamb ada, ikan pun ada. Smlm dah masak udang. Mlm nih msk ayam pulaklah. Tapi ayam ni nak masak apa pulak? Kari, lemak, kicap, sambal.....cam bosan jer... So apa lagi, google la cari masakan ayam....jumpa la resepi ayam masak minang dari blog cikmin. Tengok bahan, alamak lengkuas ada ker....

Selongkar peti ais tu jumpa la lengkuas yg beli entah bila tu. Nasib baik ok lagi. Boleh la diteruskan niat suci murni nak msk ayam minang nih.

Rasa dia sedap. Saya tambah kentang sbb feberet anak2. Pastu saya buat berkuah sikit. Sebab anak2 suka makan berkuah.

BAHAN-BAHANNYA

1 ekor ayam, dipotong 12 (cikmin buat separuh je ayam dan juga bahan-bahannya)
20 tangkai cili kering, kerat, rendam air panas, tos dan kisar halus
* 3 biji bawang besar
* 8 biji bawang merah
* 5 ulas bawang putih
* 2 cm halia
* 1o biji buah keras
* 2 cm kunyit hidup
(*dikisar halus)
5 cm lengkuas, diketuk
2 batang serai, diketuk
200 ml santan (mat guna susu sejat)
1 kiub ayam “Maggi”
1 keping asam gelugor
3 biji Kentang potong 4
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA

Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan serai dan lengkuas titik, tumis hingga harum.

Masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga terbit minyak. Tambah cili kisar dan terus menumis hingga cili dan bahan lain garing.

Masukkan ayam tadi dan gaul rata. Biar ayam kecut sedikit. Masukkan kentang Tambah santan, kacau dan masak dengan api sederhana.

Masukkan asam gelugur, garam secukup rasa dan sedikit gula 

Kacau sebati. Masak hingga kuah pekat dan sedikit kering, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ulam2man.

Sunday, June 16, 2013

Nasi goreng tomyam simple

Bahan2

15 ekor udang sederhana (boleh dipelbagaikan dengan sotong, ayam dan daging)
5 cawan nasi sejuk
*1 labu bawang besar
*5 labu bawang putih
*5 biji cili api
*1 cawan ikan bilis
5 helai daun limau purut dihiris kecil
2 batang serai diketuk
1 cawan mix vage
(sayur boleh diperbagaikan dgn bunga kobis, sawi, kobis, karot dll)
2 sb kicap pekat
2 sb sos tiram
2 sb paste tomyam
Garam secukup rasa

-----
Tumbuk lumat *. Panaskan minyak dan tumis bahan2 yang ditumbuk. Bila dah naik bau masukkan sos tiram, paste tomyam dan kicap pekat. Goreng hingga sebati. Masukkan serai.

Masukkan nasi dan gaul rata. Masukkan garam secukup rasa. Gorengkan hingga rata dengan bahan tumis. Masukkan udang dan masak hingga Udang berubah warna.

Masukkan mix vage, sayuran dan daun limau purut. Goreng hingga layu.

***saya guna api kuat utk goreng nasi.
Kalu ayam, daging dan sotong, saya akan masukkan semasa menumis. Selepas msk sos tiran dll. Udang tidak boleh dimasak lama jadi saya masukan selepas masuk nasi

Saturday, June 15, 2013

Kek belacan capucino

Buat kek kukus ni jarang meragam. Lembut tekture kek ni dan bila jer bukak foil tu....ermmmmm harumnya bau dia....tak sabar nak makan. Tq mummy ryan's kitchen sbb share resepi nih...tak sia2 tunggu dua jam.
Bahan2
250 gm mentega
1 cwn gula
10 biji telur
1 tin kecil susu pekat
1 tin kecil kaya
1 sb browning sugar
1 sb serbuk koko
1 sb capucino paste
1 cwn susu cair/segar
200 gm horlick/1 paket kecil
2 cwn tepung gandum
-------
Saya buat kerja shortcut. Masukkan semua bahan dan pukul dengan mixer menggunakan highspeed hingga sebati dan kembang. Pastu tuang dalam loyang yg dialas dengan kertas baking dan tutup dengan aluminium foil. Kukus 2 jam dan sejukkan sebelum dipotong.

Thursday, June 13, 2013

Bebola keledek

Godek2 cari resepi nak buat minum petang jumpa resepi nih kat myresepi. Kebetulan ahad aritu rebus keledek n simpan dlm peti sejuk. Semalam buat cek mek molek arini try la pylak resepi mudah ni...

Sukanya anak2 bila saya cucuk kat lidi sate. Pastu tabur skit dengan gula ising....yumyumyum...best nyer.

Bahan-bahan ( 4 orang )

2 cawan ubi keledek-rebus&lenyek 
1 biji telur
1/2 sudu baking powder
tepung secukupnya
minyak untuk menggoreng
sedikit garam

Cara-cara

Masukkan ubi, BP, telur dan garam ke dalam mangkuk. Tambah tepung sedikit demi sedikit. Uli sehingga tak melekat di tangan. Buat bulat-bulat kecil. Goreng dalam minyak panas sehingga perang.

Bubble/pearl

Jom kita buat pearl sendiri...lebih sihat lebih jimat.... saya buat air bandung pearl makan dengan mee bandung...

Bahan-bahan

tepung ubi (agak agak nak sebatikan dengan air)
air panas (cukup nak jadikan tepung td doh)
pewarna (sy gunakan pewarna sweet black)

Cara-cara

tuangkan sedikit tepung ubi dalam mangkuk tuang air panas sedikit demi sedikit hingga adunan tepung ubi menjadi doh sambil tu tuangkan sedikit pewarna ambil sedikit dari doh dan gentel kan seperti bebola kecil (mcm pearl) rebuskan doh yang telah dibentuk menjadi bebola kecil tadi selama lebih kurang 20-30 minit bila pearl telah masak; tapis dan masukkan dalam air sejuk supaya tidak melekat *siap- pearl.

untuk pastikan pearl terus lembut dan tidak melekat; letakkan pearl di dalam larutan air gula melaka*

Tuesday, June 11, 2013

Udang sambal kaduk

Udang besar dah beli tapi tak tau nak masak apa. Aritu beli benih pokok kaduk. Google la kegunaan kaduk ni dalam masakan. Jumpa resepi dalam blog majalah rasa yang sesuai dicuba.....simple pun simple.
(Daun kaduk mempunyai rupa seperti daun sirih tetapi daunnya lebih lembut dan pedas sedikit apabila dimakan. Daun kaduk sesuai dijadikan ulam untuk dimakan bersama nasi. )
Oleh: EDITORIAL RASA
Tarikh: 20 Februari 2013  
Waktu memasak :    25 minit
Saiz hidangan untuk :  2 orang  
BAHAN-BAHAN:  
150gm udang
10 helai daun kaduk | dihiris
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis secukupnya  
BAHAN-BAHAN (DITUMBUK):  
3 biji bawang merah
2.5cm belacan
10 biji cili padi
2 biji cili merah  
CARA MEMASAK:  
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk. Kacau rata sehingga pecah minyak.
2. Selepas itu masukkan gula dan garam secukup rasa. Kacau sehingga sebati.
3. Kemudian masukkan udang dan daun kaduk. Gaul rata sehingga masak.
4. Angkat dan sedia dihidangkan.

Monday, June 10, 2013

Stew kambing

Saya refer banyak resepi stew. Ada yg mcm kering sgt, ada yg mcm msk kicap....pendek kata byk juga versi stew nih. Belek punya belek, baca sana sini akhirnya berkeputusan cnp resepi Yaniskitchen dan tambah ikut resepi2 lain tu...

Bahan2nya

2 sdb minyak zaiton
500 gm daging kambing (shoulder)
1 sdb serbuk black paper
1 bj bwg holland - dihiris dadu
3 bj bwg putih - dihiris
1/2 cwn sos tomato
2 bj tomato - kulit nya dikupas dan hiris dadu 3 btg saderi
1 bj lobak - dipotong serong
3 bj kentang - di potong dadu
1/2 sdk serbuk pala
1 gelas air
garam dan gula
Tepung gandum
Oregano
Bay leave
Rosemary
Button mushroom

Cara Buat: Tumis bwg holland dan bwg putih hingga garing. Kemudian masukkan sos tomato dan tomato. Tomato tu di tekan2 sket smpi hancur. Didihkan kemudian masukkan daging kambing. Masukkan daun seleri, kentang dan lobak. Didihkan lagi dan masukkan air. Tutup rapat periuk dan didihkan lagi sekurang2 nya 1 jam. Kalau kering boleh tambah air. Masukkan black paper. Kemudian masukkan garam dan gula serta herba2 lain. Masak hingga kuah menjadi pekat.

Sunday, June 9, 2013

Pelbagai resepi kobis bungkus kukus/Stuffed steamed cabbage








Idea nak masak ni dapat dari member ofis hari khamis lepas. saya pilih daging cincang sebagai inti. Rasanya sedap, ada kelainan dalam menu masakan....Kengkadang kena ubah menu supaya family terus berselera untuk menjamah makanan. Di sini saya share beberapa resepi lain yang saya jumpa dalam web tu... Saya gunakan resepi kedua daripada hazila. Utk sos, saya cilok resepi teratak cinta nazmie. 

http://teratakcintanazmie.blogspot.com

KOBIS BUNGKUS UDANG
3 keping daun kobis (selai2)
dicelur terlebih dahulu di dalam air mendidih dan toskan ke tepi

BAHAN INTI
1 mangkuk udang dibuang kulit (dlm15 ekor udang bersaiz sederhana)
1 biji bawang merah - dipotong dadu
1 biji tomato - dipotong dadu
2 sudu cili ciling
garam+gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

CARA MEMASAK INTI
tumiskan kesemua bahan diatas sehingga naik bau, kemudian baru masukkan udang dan tumis hingga udang masak kemudian ketepikan dan sejukkan

CARA MEMBUNGKUS KOBIS
masukkan inti ke dalam daun kobis yang telah dicelur, kemudian bungkus dan sepitkan dengan lidi@cungkil gigi dan ketepikan

BAHAN KUAH
3 sudu cili giling
3 sudu sos cili
garam+gula secukup rasa
1 biji bawang besar - dipotong subang
sedikit air
sedikit minyak untuk menumis

CARA MEMASAK
tumiskan cili giling dan sos tomato sehingga garing, kemudian masukkan air, garam dan gula dan biarkan mendidih, kemudian barulah masukkan bawang subang dan juga kobis yang telah dibungkus tadi... dan masakkan dalam 1@2minit dan sedia untuk dihidangkan

Daging bungkus kobis
Bahan bahan
10 lembar daun kobis - dicelur hingga layu
1 biji cili merah - dipotong-potong
Inti
300 gms daging cincang
1 biji putih telur
2 sudu makan bawang besar yg telah dicincang
1 ulas bawang putih dicincang
1 sudu makan sos ikan
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula
Cara-cara
  • Campur bahan inti menjadi satu, gaul hingga sebati.
  • Siapkan lembaran kobis yang sudah dicelur, isi dengan adunan inti dan tambahkan potongan cili besar ditengahnya.
  • Padatkan inti dan gulung hingga kemas. Ulang hingga selesai.
  • Kukus hingga masak. Boleh dihidangkan dengan sos yang sesuai.

http://fizalgk.blogspot.com/

CHINESE CABBAGE ROLLS 

Bahan-bahan (untuk inti)
1 cawan udang atau stick ketam (boleh juga di gunakan isi ikan atau daging)
2 cendawan shitake - di mayang 
1 batang lobak merah - saiz sederhana - potong seperti mancis
1 biji telur di rebus dan potong halus
1 sudu teh minyak bijan


Bahan untuk kulit
6 kelopak kobis cina - di celur dengan air panas hingga lembut


Bahan untuk kuah 
2/4 cawan air + 1 kiub ayam maggi dan 1 sudu tepung jagung 
1 sudu teh kicap cair
1/4 sudu teh lada sulah 


Cara membuatnya :

1. Campurkan semua bahan untuk inti, masukkan ke dalam mangkuk dan perasakan dengan lada sulah dan sedikit garam.
2. Ambil sedikit inti dan letakkan di atas kobis yang telah di celur tadi da gulungkan seperti kuih dadar.
3. Aturkan ke dalam pinggan dan tuangkan kuah.
4. Kukus selama 10 hingga 15minit dan hidangkan.




Steamed Cabbage Dim-Sum Dumplings

Ingredients

Makes 10 cabbage rolls

5 large cabbage leaves (I used a January King, wrinkly savoy would be pretty too)
300g beef/chicken mince
1 bunch of spring onions, finely chopped
1/2" piece of ginger, finely chopped
1 tbsp good soy sauce (traditionally brewed and fermented)
1 tsp toasted sesame oil
generous dash of white pepper

Dipping sauce
2 tbsp good soy sauce
2 tbsp black rice vinegar
(opt, not for the s) chilli oil

Method
1. In a large bowl, mix the ginger, soy sauce, pepper and sesame oil with the beef/chicken, stirring vigorously in one direction till the mixture comes together. Gather the ball of mixture and slap it back down into the bowl repeatedly. These tips are important! They will result in a better springier texture.
Stir in the spring onions after that or they get mushed up (I realised this from experience) then leave to marinade.

2. Bring a large pot of salted water to the boil, and blanch the cabbage leaves so they become more flexible and easy to work with. Refresh in cold water and pat dry. Slice each leaf into half, removing the hard stalk in the meanwhile (don't waste, just pop into your mouth;)

3. To wrap, place 1 tbsp of filling in the centre of the leaf wrapper. Bring the bottom up, the sides together, and then roll away from you, till you get a nice tight cabbage roll.
4. Arrange the cabbage dumplings on a lined bamboo steamer, or you can simply use a plate set over a steaming rack. Steam for 8-10 min till cooked.
5. Serve warm with the soy-vinegar dipping sauce.
I think the savoy cabbage really just begs to be stuffed, its large, beautifully wrinkled leaves serving as the perfect wrap, but you can use any cabbage really. The leaves become really soft and delicate after steaming, so you can easily bite through into the savoury, juicy pork-and-spring-onion filling. And the super simple vinegar soy dipping sauce just adds that bit of acidity which complements each bite really well, I think it'd be nicer with shreds of ginger in it too actually.
**** You can of course stuff it with your filling of choice. Prawns, maybe water chestnuts or something crunchy, and if you want to use chicken, make sure it's kind of fatty, i.e. not breast meat. I've done something similar before in spring with collard greens, "pseudo-lmades"; they're larger so I stuffed them with rice, toasted nuts, sweet raisins and lots of fresh herbs, but anyway, this is just so you know you can really stuff these cabbage dumplings with whatever you want!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...