Wednesday, July 2, 2014

Bubur lambuk


Inilah hasilnya bubur lambuk yang saya masak hasil gotong royong di surau berdekatan. Diedarkan kepada penduduk setempat. Hampir 1200 pack semuanya.....dari 4 buah periuk besar.

Harapannya moga semua yang makan enjoy the food. Saya buat bubur lambuk berempah....pada yang tak gemar mohon maaf jer la yer.....ini style zulfaza love cooking....masak ikut sedap tekak dia jer...huhuhu


Nak cepatkan proses memasak saya rebus beras dulu dan tumis darat (tumis di dalam bekas berasingan) bawang dan rempah ratusnya. Satu lagi saya suka guna rempah ratus yang dikisar sendiri dan bukan dalam bentuk serbuk siap tu sbb rasanya lebih sedap. Satu lagi bahan penyedap bubur lambuk ni ialah udang kering tapi ramai yang tak letak sebab harganya mahal.


Resepinya (untuk 250 pack)
(Kalau buat sikit bahagikan bahannya yer)
7 kg beras
4 kg daging/ayam cincang
1 kg udang kering kisar halus
*2 kg Bawang besar - hiris
*1 1/2 kg bawang putih - hiris
*1 kg halia - hiris
**15 btg Kulit kayu manis
**15 kuntum bunga lawang
**20 biji buah pelaga
**2 sb halba
**6 sb jintan manis yg dikisar halus
**6 sb jintan putih yg dikisar halus
**6 sb ketumbar yg kisar halus
 4 kg santan pekat 
5 sb serbuk perasa ayam knor (optional)
1/2 kg garam (lebih kurang - ikut citarasa)
3 kg mix vegetable
2 kg kacang tanah
2 kg minyak masak
6 sb minyak sapi

Bahan tabur
1 kg bawang goreng
1/2 kg daun bawang
1/2 kg daun sup

--------'------'------'-------
Sementara proses menyediakan bahan2 lain.....

Basuh beras dan rendam 30 minit atau lebih. Toskan. Masukkan beras dalam periuk dan masukkan air yang banyak. Masak beras hingga jadi bubur. Sambil menanak bubur tu, masukkan kacang dan daging/ayam cincang kedalam periuk nasi.

Bila bahan2 lain dah siap hiris dan kisar....

panaskan kedua2 minyak di dalam kuali. Tumis bahan * hingga kekuningan. Masukkan ** dan tumis hingga pecah minyak. Tuangkan ke dalam periuk bubur.
Kacau sebati. Masukkan bahan2 perisa dan santan dan mix vege.
Masak hingga semua sebati dan bubur pekat.
Sebelum tutup api, masukkan bahan2 tabur, kacau rata dan tutup api.

Menunggu orang lain untuk gotong-royong....sementara tu keluarkan barang2 dan susun longgokkan apa2 yang patut.
Semuanya tekun bergotong-royong...

Nak tengok cik abang pegang pisau potong bawang time ni la...
Adik2 comel tolong lekatkan sticker pada penutup bekas bubur...
Bubur yang sedang dimasak mesti sentiasa dikacau supaya tak hangit....
Steady jer brother ni menumis bawang....ada gaya chef tersohor....
Antara bahan yang digunakan....

Pelajar kulinari dari kolej berdekatan turut turun padang....
Adik2 dari sekolah tafiz......makin sedap masakan akak sebab ada air tangan adik2 yg hafaz al quran membantu...terbaek dik...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...