Monday, June 30, 2014

Nasi ayam zulfaza

Menu hari kedua.....meraikan anak2 yg berpuasa.....nak makan apa, request jer...ummi cuba sediakan.
Resepi ni ummi buat khusus untuk anak2 yg suka sangat makan nasi ayam. Menu ni jugak untuk juadah buka puasa anak2 tafiz yg dibawa ke surau berdekatan untuk mengimamkan solat terawih setiap malam. Anak2 ummi suka...harapnya anak2 tafiz pun suka juga dengan masakan ummi ni yer...

Selalunya kalau makan nasi ayam, apa yang bezanya antara satu dengan lain....

Sup dia ke...ayam dia ke......nasi dia ke...atau sambal dia.....pada saya semua ni mesti ada rasa istimewa

Ayam bakar madu zulfaza

Bahan2nya

2 ekor ayam potong 8
6 sb sos tiram
8 sb madu lemon (kalau takde madu lemon, perah jer lemon dalam 1/2 biji)
2 sb lada hitam - tumbuk kasar
4 sb kicap pekat
garam secukup rasa

gaul semua hingga rata. Perapkan 1-2 jam.
Bakar dalam magic pan atau dalam oven. Kalau guna oven tutup dulang dengan foil aluminium. Suhu oven 250 celcius selama lebih kuran 1/2 jam. Kemudian buka foil dan bakar dalam 15 minit untuk garingkan.

**********
Nasi ayam limau purut zulfaza
 
Bahan2nya
6 pot beras basmathi - basuh, rendam 10-20 minit, tos
8 pot air rebusan daging (bergantung jenis beras yang digunakan)
garam
5 helai daun limau purut
3 batang serai ketuk.

Tanak nasi macam biasa.

Bahan tumis

1 biji bawang besar - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
3 inci halia - hiris
5 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 sb mentega
3 sb minyak masak

panaskan minyak. Tumis bahan diatas hingga naik bau dan sedikit keperangan. Tuangkan dalam nasi yang telah masak dan kareh/gembur nasi sehingga semua bahan rata.

***************

Salad

Timun
Daun salad (lupa beli)
Tomato
 
**********
Sambal nasi ayam zulfaza
 
Bahan2nya

6 biji cili masak
15 biji cili padi 
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji lemon - perah jusnya
garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air

Kisar semua hingga halus. Masak hingga mendidih dan sedikit pekat.

*****************
Sup daging tetel zulfaza
 
Bahan2nya

1/2 kg daging tetel (rebus empuk - airnya biar banyak untuk guna masak nasi)
(Gunakan air rebusan untuk tanak nasi sebelum dimasukkan bahan tumis dan bahan2 lain

Bahan tumis

1 1/2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 inci halia
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu.manis
5 biji buah pelaga
2 sb rempah sup
Minyak untuk menumis

-----------------
5 batang celery potong kecil
garam secukup rasa
daun sup dan bawang (saya terlupa nak letak)

Panaskan minyak. Tumis semua bahan hingga naik bau dan bawang sedikit keperangan. Masukkan kedalam periuk sup. Masukkan celery dan garam secukup rasa. Hidangkan. Tabur daun sup dan daun bawang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...