Friday, July 4, 2014

Ikan masak taucu dengan sayur kulit tembikai

Ini masakan kegemaran saya.....selalunya letak timun tua atau terung. Kebetulan bulan2 posa ni selalu buat jus tembikai jadi banyak la stok kulit dia....buat masak lemak atau tumis air pun ok kulit tembikai ni.
 
Bahan2nya

5 keping ikan tongkol/tuna/kembong/kerisi/selar atau apa2 saja jenis yang disukai. (janji ikan tu boleh digoreng)
6 sb taucu (saya selalu guna cap Yakin)
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
15 biji cili api/ cili hijau
1 mangkuk kulit tembikai bahagian putih dipotong setebal 1 inci
2 biji tomato
2 keping asam gelugor
1 liter air
1 sb gula dan garam secukup rasa
-------
Kunyit dan garamkan ikan. Goreng api jangan sampai garing sangat.
Angkat dan toskan.
Dalam periuk, panaskan minyak masak. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
Masukkan cili yang telah dibelah dua dan masak hingga layu.
Masukkan taucu dan asam keping dan tumis sebentar.
Masukkan air dan kacau hingga sebati. Tambah gula.
Masukkan ikan dan kulit tembikai.
Masak hingga mendidih.
Akhir sekali masukkan tomato dan garam.

*****Rasa dulu baru tabah garam sebab taucu selalunya dah masin, ditambah dengan garam pada ikan goreng tu selalunya dah cukup masin tanpa perlu garam tambahan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...