Thursday, March 21, 2013

Quick and easy sponge cake recipe/kek span cepat dan mudah

Cnp from thecakerecipe.uk.com. Best betul dapat buat kek macam ni.... Sonang n sodap. Tak caya cuba la... Saya punya kek ni merekah skit kat tengah dia tapi jangan risau biar sejuk nanti rekahan tu rapat semua....

Bahan2
150 gm mentega
150 gm gula kastor (saya kurang jadi 100 gm sahaja)
150 gm tepung naik sendiri (saya guna tepung gandum campur dengan 1 sk serbuk penaik)
4 biji telur
Saya tambah 1 sb esen vanila dan 1 sb susu pekat

Cara2nya

Satukan semua bahan dalam mangkuk pengadun dan pukul sebati sampai gebu dan berkrim.

Tuangkan dalam bekas yang telah di alas dengan kertas dan di gris.

Bakar dalam oven pada suhu 180°c selama 40 minit atau hingga masak.

***untuk kali ni saya buat mable....bahagikan kepada empat warna dan tuangkan secara berlapis2....

Resepi ni sesuai sangat kalau nak buat victorian sandwich cake. Bahagikan aje adunan kepada dua bahagian dan bakar setiap satunya menggunakan loyang 8 inci atau 20 cm. Bila dah siap sejukkan dan sandwichkan dua2nya dgn jem kesukaan dan taburkan atasnya dengan icing sugar.

Original version

This recipe is for a quick and easy, ‘all in one’ sponge cake. Probably the easiest recipe for cake you will ever find, without compromising on taste! All you need to make your cake are the following ingredients:

8oz (150g) margarine/butter
8oz (150g) caster sugar (or granulated is fine if you don’t have caster sugar)
8oz (150g) self raising flour
4 eggs

Method:

Simply place all the ingredients in a mixing bowl or an electric mixer and beat well, until soft and creamy.

Divide the mixture between 2 well greased 8 inch (20cm) round cake tins. Bake in the centre of a preheated oven (180°C/ 350°C/ Gas Mark 4) for 40 minutes or until golden brown and springy to touch (or an inserted knife comes out clean).

Remove from the oven and leave in the tins for 10 minutes to cool then turn onto a wired rack to cool completely. When cold sandwich the two cakes together with jam, and dust with icing sugar or ice as required. This quick and easy cake recipe is otherwise known as sponge cake or Victoria sponge.

Exactly the same mixture can also be used for a  bun recipe. To make 12 buns simply halve the above cake recipe.

Saturday, March 16, 2013

Carot Apple Cake

Minggu ni cuba resepi yg di cnp dsri sinar kehidupanku....selalu buat kek karet tak campur ngan apple tapi letak kelapa kering...

Sedap resepi ni...ble buat lagi...kek mcm ni agak lembab...nak tahan lama simpan dlm peti sejuk....

Tetiba jer dlm post kali ni ada gambar sorang budak.....hehehe....bdk tu posing suruh ummi amik gambar dia....kira posing habis hensem la tu....

Tak sempat kek sejuk nak letak frosting dah budak hensem tu suruh potong...tak sabar nak makan...

Bahan- Bahan

2 1/2 cwn tepung naik sendiri
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bicarbonate
1 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
Secubit garam halus
3 /4 cwn gula perang halus
3/4 cwn (atau kurang) gula castor
4 biji telur
1 cwn minyak jagung/masak
100gm mentega, dicairkan
200gm lobak merah, diparut
150gm apple hijau, diparut
30gm hazelnut (Boleh ganti dengan kekacang lain... )- tak letak Pun takpe

CREAM CHEESE TOPPING:
250gm cream cheese
4 sudu besar butter
1/3 cwn gula icing, diayak
1 sudu kecil jus lemon *

Cara2nya=>

Campurkan kesemua bahan dan pukul sehingga lembut dan gebu.
Sapu atas kek yg telah sejuk tadi.
Hias ikut kreativiti masing2.

Cara Membuat Kek

Ayak bersama tepung, baking powder, soda bicarbonate dan garam halus.
Masukkan ke dalam mangkuk pengadun. Masukkan kesemua bahan lain.
Putar adunan pada kelajuan perlahan untuk beberapa saat dan kemudian kelajuan sederhana untuk selama dua minit.
Lengser loyang 9 inci dengan sedikit mentega dan alas dengan kertas. Tuang adunan.
Bakar pada suhu 180 darj cel selama 45min ke 1 jam ikut oven masing-masing.
Sejukkan kek dan hias dengan cream cheese frosting.

Udang masak lemak nenas

1/2 kg udang sederhana - kupas kulit
1 biji nenas kecil @ 1 kg
3 cwn santan dari 1 biji kelapa

Tumbuk
1 inci kunyit hidup
5 biji cili merah ( boleh gak guna cili kering -kisar)
3 ulas bawang merah
2 btg serai di ketuk
Garam secukup rasa

Cara2
Masukkan santan, nenas yang telah dihiris dan bahan2 yg ditumbuk ke dlm periuk.
Masak hingga mendidih. Pastikan selalu dikacau supaya tidak pecah minyak.
Masukkan udang dan maaukkan garam secukup rasa dan masak hingga udang berubah warna dan melengkung. Tutup api. Udang jangan masak lama sangat.

Tuesday, March 12, 2013

Sagu sekoteng gula melaka

Cnp dari Dari dunia dapurku...Sumber asal dari DAPUR KAK JEE....rasanya ramai biasa mkn dan buat benda ni....simple tapi sedap.

Bahan- bahannya:
1/2 cawan sekoteng yg direbus hingga lembut dan toskan....tak perlu bilas.
1 cawan sagu biji
4 cawan air
gula melaka dijadikan sirap
susu cair / santan pekat yg diperah dgn air masak.

Caranya: -

Mula2 masak gula melaka dengan sehelai daun pandan sampai melegak dan  gula tu cair Sejukkan. 
Pastu rendam satu cawan sagu kira2 dua puluh minit.
Selepas itu, jeranglah empat cawan air dalam periuk.
Apabila air mendidih, toskan sagu yang telah direndam tadi. 
Masukkan cepat2 ke dalam periuk air mendidih dan masukkan sekoteng,  kacau perlahan-lahan sampai sagu nampak jernih.  Orang tua2 kata masak sampai dah tak nampak mata ikan pada sagu.
Pastu, tuangkan ke dalam bekas2 comel yang ada. Tak kisahlah bekas plastik ker kaca ker. Pastu sejukkan dalam peti ais.
Bila dah sejuk dan keras, tuangkan susu cair keatasnya dengan diikuti gula melaka.

Pengat keledek sekoteng

Minum petang ni buat pengat keledek dgn sekoteng. Emmmm....sedapnya. Sekoteng kalau nak cari setahu saya kat bandar hilir melaka jer ada....

Bahan2

4 biji keledek sederhana dipotong kecil dan direbus hingga empuk dan toskan
1/2 cwn sekoteng atau sagu mata ikan direbus dan ditoskan dan basuh supaya tak bergumpal.
1 1/2 liter santan
Gula secukup rasa (boleh tsmbah gula merah kalau suka)
Secubit garam
2 helai daun pandan disimpul.

Cara2

Masukkan keledek, daun pandan dan santan ke dalam periuk.
Tambahkan gula dan garam. Masak sambil dikacau selalu hingga mendidih. (kacau supaya tak pecah minyak)
Akhir sekali masukkan sekoteng. Biarkan mendidih sekejap dan tutup api.

Thursday, March 7, 2013

Biskut cornflake rangup

Sedap biskut nih...rangup dan harum je bila conflake tu di bakar....tq Yatiememories sbb share resepi ni....saya tak letak dlm papercup sebab malas nak menggeledah kabinet tu....pastu bentuk pun asal boleh jer....anak yg no 2 tu siap tanya.....kenapa ummi tak buat bentuk bulat cantik2....ummi malas la tu.....hahaha....memang la ummi tengah rajin dlm malas nih....asal boleh jer.....
Bahan-Bahan
250 gm mentega
3/4 cawan gula aising
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji kuning telur
250 gm cornflakes(ramas2 sikit)
2 cwn tepung naik sendiri
Mangkuk kertas
Ceri merah dan ceri hijau-dipotong kecil
Cara-Cara
Pukul mentega dan gula aising hingga sebati. Setelah sebati, masukkan telur dan pukul lagi...setelah itu masukkan esen vanilla.
Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes yg di ramas...gaul sebati guna senduk kayu je. Masukkan dlm mangkuk kertas dan hiaskan dngn potongan ceri merah dan hijau.
Bakar dalam oven yg telah di panaskan pada suhu 170 C selama 15 minit. Biarkan sejuk di redai biskut. Simpan dlm bekas kedap udara.

Tuesday, March 5, 2013

Banana Chocolate Cake

Resepi cnp dari potret kasih...potret kasih amik dari joy of baking...nanti dikesempatan lain saya terjemahkan.terjemahan saya cilok dari blog kak yati....baru perasan dah lama buat kek ni...gula tu saya kurangkan jadi 11/2 cup ajer sbb pisang tu dah manis....air saya guna sejuk sbb malas nak masak air....hehehe....sabo je la....pastu saya guna blender untuk bahan2 cecair termasuk pisang...pastu baru satukan dgn adunan tepung. Rasa pisangnya tak dominan sgt dan memang lembab walau pun dimakan sebelum betul2 sejuk.....ok la kalau sesekali nak tukar selera...

Bahan;

Bahan A (bahan kering);

• 3-1/2 cawan tepung gandum
• 1-1/2 cawan serbuk koko
• 3-1/2 cawan gula castor
• 3 sudu teh baking powder
• 3 sudu teh soda bikarbonat
• 1 sudu teh garam halus

* Bahan-bahan kering ini ( kecuali gula dan garam) perlu diayak dan kesemua bahan ini disatukan dalam satu bekas.

Bahan B (bahan basah);

• 4 biji telur gred A
• 1 cawan minyak masak
• 1 cawan susu segar
• 2 cawan air suam
• 2 sudu teh esen vanilla
• 4 cawan pisang masak (lenyek, jangan terlalu hancur.. lagi sedap kalau lebihkan kuantiti)

Bahan C (Frosting Chocolate Ganache);

• 450 g coklat masakan (dipotong kecil-kecil)
• 1-1/2 cawan heavy whipping cream (biasa dijual dalam kotak macam susu kotak)
• 2 sudu besar unsalted butter

Cara Membuat:

Chocolate Banana Cake;

Panaskan oven pada susu 180 darjah C Griskan acuan (10" x 10") dan ketepikan.Dalam bekas besar, satukan semua bahan kering dan gaul sebati, ketepikan dahulu.Dalam bekas lain, pukul sedikit telur (macam nak buat telur dadar jer), masukkan minyak, susu segar, air suam, esen vanilla dan pisang. Gaul hingga kesemuanya sebati.Curahkan bahan basah kedalam bahan kering tadi, kacau/gaul hingga rata.Tuangkan adunan kedalam acuan dan bakar selama 50 - 60 minit atau sehingga masak

Frosting Chocolate Ganache;

Coklat masakan diletakkan didalam mangkuk yang tahan panas.Dalam periuk, panaskan whipping cream bersama butter, angkat dari api sebaik sahaja mendidih.Curahkan whipping cream tadi kedalam manggunk yang berisi coklat, kacau hingga coklat hancur dan sebati dengan whipping cream.Biarkan sejuk, dan setelah sejuk, pukul sedikit agar coklat tadi gebu/ fluffy sebelum dituang atas permukaan kek.

#########################################

Resepi asal

Bahan2nya
2 cups  ( 400g) Granulated white sugar
1 3/4 cups ( 245 g) All purpose flour
3/4 cup (75 g) cocoa powder
1  1/2 teaspoons baking powder
1  1/2 teaspoons baking soda
1/2 teaspoon salt
2 large eggs
1 cup mashed ripe banana ( about 2 med size bananas)
1 cup (240 ml) warm water
1/2  cup (120 ml) milk
1/2  cup (120 ml) corn oil
1/2 teaspoon vanilla extract
Chocolate Ganache Frosting
8 ounces (227 grams)semisweet or bittersweet chocolate, cut into small pieces
3/4 cup (180 ml) heavy whipping cream
1 tablespoon ( 14 g) unsalted butter
Method
1. Preheat oven to 350 degree F (180 degrees C) and place rack in the centre of the oven. Butter, or spray with a non stick vege spray, 9 x 13 inch ( 23 x 33 cm ) pan. Set aside.
2. In a large bowl wrisk together the sugar, flour, cocoa pwder, baking soda and salt. set aside.
3. In another large bowl, whisk together the eggs, mashed bananas, water, milk, oil, and vanilla extract. Add the wet ingredients to the dry ingredients and stir, or whisk, until combined. You will notice that the batter is quite thin. Pour the batter into the prepared pan and bake for about 35 to 40 minutes or until a toothpick inserted in the center of the cake comes out clean.
4. Remove from oven and let cool on a wire rack. When completely cooled, frost with the Ganache. Ganache: Place the chopped chocolate in a medium sized stainless steel, or heatproof bowl. Set aside. Heat the cream and butter in a medium sized saucepan over medium heat. Bring just boil. Immediately pour the boiling cream over the chocolate and allow to stand for 5 minutes. Stir until smooth. When ganache has completely cooled. beat until soft and fluffy. Then spread the frosting on top of the cake. Can garnish with dried banana chips.

Monday, March 4, 2013

Makan malam dengan lamb chop dan bubur jagung

Lepas demam ni bermula la acara bina badan semula. Tekak ni teringin makan macam2. Malam ni je sampai dua tiga menu disediakan...

1. Lamb chop n jagung rebus
2. Bubur jagung
3. Kek blended pandan

Ha kau....sapa nak ngabiskan semua tu...

Resepi sama cam sebelum ni...nanti bila brrkelapangan akan daku ipdate kat post ni

Blended Pandan Cake

Dah lama tak update blog.....seminggu demam, pastu seminggu kerja luar kawasan.....rindu gajet2 tu, tak disapa tuannya. Mlm ni tekak teringin nak mkn mcm2. Resepi ni dpt dari fb mummy ryan's kitchen...tengok resepi mcm sempoi jer jadi sambil msk mkn mlm ala western tu saya pun membaking la...boleh tahan rasanya....dengan gula yg dikurangkan tu pun masih manis...kalu guna 2 cwn tak tau la mcm mana manisnya. Keknya merekah skit kat tengah sebab loyangnya terkecil skit....

Bahan2

3 helai daun pandan dikisar dengan secawan air - tapiskan
(daun pandan boleh diganti dengan pandan paste dan air boleh ganti dengan susu segar atau santan )
1 cwn minyak jagung (saya guna minyak msk jer atau boleh juga diganti dgn mentega cair)
Saya tambah secubit garam
3 biji telur gred B
2 cwn gula (saya guna 1 1/2 cwn jer)
2 cwn tepung gandum + 1 sb serbuk penaik - ayak

-------
Kisar dalam blender air pandan, telur, gula, garam dan minyak hingga sebati.
Satukan dengan tepung dan gaul sebati.....saya nak senang msk dlm blender tu kisar jap sampai sebati.
Tuang adunan dalam loyang yg telah dilapik baking paper.
Bakar pada suhu 170°C selama 45 minit hingga 1 jam atau bila cucuk lidi kuarnya bersih jer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...