ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Showing posts with label Menu Sarapan. Show all posts
Showing posts with label Menu Sarapan. Show all posts
Friday, May 10, 2019
Punten
Javanese cuisine for breakfast......bulan2 posa ni nal jadikan juadah iftar atau sahur pun ol....kenyang dapat sumbat 4 5 ketul......nasi jugak tu.
..PUNTEN namanya.....kalo nak terangkan gini....
Ianya sejenis makanan diperbuat daripada nasi yg dimasak dengan santan dan garam secukup rasa...kemudian ianya dilenyek dan dikepal2...boleh juga guna mold atau buat cam nasi impit tu potong2 jer bila dah sejuk. Boleh panggil nasi lemak impit jugakla kot.....
Biasanya punten ni makan dengan sambal bilis ijo...
Walau pun abam sayamku jawa tapi hat ni dia tak pernah dengar, tengok dan makan......sebab punten.ni femes belah2 kuala selangor jer rasanya.....belah johor tak pernah jumpa lagi
Friday, April 20, 2018
Nasi Goreng Tomyam
Nasi goreng tomyam untuk breakfast. Tomyam udang ke tomyam sotong.....hehehe....subuh2 ni tak sempat nak mencandat dan menjala....tu la pasal takde nampak benda2 tu....
Nasi Goreng Tomyam
Bahan-Bahan
4 cawan nasi sejuk - (biasanya kalau saya memang plan nak masak nasi goreng saya akan tanak nasi dengan meletakkan garam secukup rasa supaya nanti bila time goreng dah tak perlu letak garam dan garam rata keseluruhan nasi)
*5 biji cili api + 1 biji cili masak (ditumbuk)
*1 biji bawang besar (ditumbuk/cincang)
*2 ulas bawang putih (ditumbuk/cincang)
perencah pilihan - boleh guna ayam, daging, sotong, udang, fishball dan fishcake (potong dadu)
2 sb pes tomyam
1 sb sos tiram
*2 batang serai (diketuk)
*3 helai daun limau purut (dihiris)
3 sb kicap pekat
Sayur-sayuran
Garam secukup rasa (abaikan kalau dah letak garam masa masak nasi)
Cara-cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan bertanda * sehingga naik bau.
Masukkan perencah pilihan. Kacau sebentar sehingga sedikit masak.
Tambahkan pes tomyam dan sos tiram serta kicap. Kacau rata.
Masukkan nasi dan kacau sebati dengan bahan tumis dan sedikit garing.
Akhir sekali masukkan sayuran kesukaan masing-masing dan masak hingga sayur layu.
Sesuaikan rasa.
Kemudian masukkan sedikit garam jika perlu. Kacau rata.
Monday, April 2, 2018
Pelbagai Hidangan Sandwich
![]() |
| Sandwich Tuna |
Untuk Inti tuna/sardin
1 tin sardin/tuna - toskan kuahnya, buang tulang dan hancurkan
Sedikit garam
Cili padi atau cili merah buang biji dan cincang kecil
Bawang besar cincang kecil
Sedikit perahan limau
Tomato buang biji dan cincang kecil (optional)
Mayonis (pilihan)
Satukan dan gaul rata
**********
Sayuran pilihan
Daun salad
Timun
Tomato
![]() |
| Sandwich Telur |
Sandwich telur
Zulfaza Loves Cooking
Inti telur
4 biji telur rebus - kupas kulit dan hancurkan
2 sb mayonis
1/4 sk serbuk lada putih/sulah
1 sk mentega
Garam secukup rasa
Satukan semua bahan dan gaul rata.
************
Sayuran pilihan
Daun salad
Timun
Tomato
![]() |
| Sandwich Keju untuk Vegetarian |
Friday, March 30, 2018
Shepherd Pie
Finally done cooking.....time to enjoy eating....lama dah tak makan sebab malas nak buat mashed potato.....rezeki semalam ada #leftovermashedpotatoes...hari ni impian jadi nyata. Resipi saya rujuk daripada Taste.com. Sedap...
Classic shepherd's pie
INGREDIENTS
1 sb minyak zaiton
1 sb serbuk cili
1 bawang holland - cincang halus
1 biji lobak merah - cincang halus
2 batang celery - cincang halus
4 biji tomato kisar
500g lamb (kambing) cincang
Garam dan lada hitam secukup rasa
2 sb tepung gandum
500ml (2 cups) air rebusan daging
1 daun bay
Mashed potato
4 biji kentang russet (rebus dan lenyek)
40g mentega
125ml (1/2 cawan) susu
Mentega cair untuk sapu sebelum bakar
Cara-caraNya
Step 1
Panaskan minyak. Masukkan bawang, lobak, celery dan tumis selama 5 minit atau sampai lembut. Masukkan daging dan tumiskan selama 5 minit atau hingga berubah warna pucat.
Step 2
Masukkan tepung dan kacau sebati. Masak selama 2 minit. Tambahkan daun bay, air rebusan dan tomato. Biarkan merenih. Kacau sesekali. Masak hingga sos pekat. Perisakan dengan garam dan lada hitam.
Step 3
Sementara itu rebus kentang dengan air yg diletak garam secukup rasa hingga empuk.
Toskan. Satukan mentega dan kentang rebus. Lenyek kentang hingga hancur. Masukman susu dan gaul sebati. Perisakan dengan garam dan lada hitam secukup rasa.
Step 4
Panaskan oven pada auhu 200 celsius. Tuangkan daging ke dalam loyang/dulang atau bekas pilihan. Ratakan mashed potato. Ratakan dengan garfu hingga menutupi adunan daging. Sapukan dengan mentega cair. Bakar selama 20 minit atau hingga mashed potato kelihatan keperangan. Hidangkan ketika panas.
Tuesday, March 27, 2018
Mee Kari Makcu dengan kesum
Menu sarapan sabtu lepas. kalau biasanya saya tak letak kesum, tapi hari ni sesaja masukkan sebab geram tengok daunnya melambai2 kat tingkap dapur tu. Sedap jugak letak daun kesum, penambah perisa gitew. Boleh diamalkan len kali masak mee kari nih.
Mee Kari Makcu dengan kesum
Untuk kuahnya
Bahan-bahannya
1 1/2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1 inci halia
segenggam ikan bilis
3 sb serbuk kari daging
2 sb serbuk kari ikan
4 sb cili boh
1/2 cwn air asam jawa pekat
3 liter santan dari 2 biji kelapa
Air secukupnya
sotong, kerang, udang, fish ball dan fish cake (ikut citarasa, boleh letak ayam atau daging)
Garam secukup rasa
1 sedikit gula melaka (optional)
3 batang serai dititik
4 tangkai daun kari
seikat daun kesum
Minyak untuk menumis.
Rempah tumis
5 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
----
Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan ikan bilis hingga hancur.
Panaskan minyak. Tumis serai dan daun kari serta rempah tumis hingga terbit bau. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik bau.
Masukkan serbuk kari dan tumis hingga garing/pecah minyak. Masukkan air asam dan kacau rata. Kemudian masukkan santan, garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih.
Masukkan sotong, udang, kerang, fish cake dan fish ball dan daun kesum. Masakkan 5 minit sebelum tutup api. Hidangkan bersama bahan pelengkap di bawah.
Bahan pelengkap
1 kg mee kuning di celur
Tauge/sawi/kacang panjang dicelur
Bawang goreng
Cili dihiris nipis
Tauhu goreng
Daun sup dan daun bawang
Daun pudina
Limau nipis/kasturi
Cili jeruk
Bawang goreng
Roti puri
Sarapan pagi hari minggu.
Roti puree @ puri
2 cwn tpg gandum
1sudu yis
3 sudu gula (boleh kurang ikut suka kemanisan)
3 sudu minyak masak
3/4 cawan air suam
secubit garam
cara:
Campurkan semua bahan.
Uli sampai tak melekat di tangan.
Perapkan 30 minit (bertutup)
Tumbuk tumbuk doh utk keluarkan udara.
Buatkan bulat bulat (sapu tepung di tangan supaya tak melekat) saiz ikut suka.
Tekan leper dan goreng.
Tips zulfaza: Roti ni kalau nak cantik kembungnya api dan teknik kena betul..... Apinya jangan terlalu kuat dan jangan terlalu kecil....sedang2 jer.....lepas tu bila dah masukkan doh dlm minyak...siram2kan doh tu dengan minyak sampai kembung sepenuhnya sebelum diterbalikkan...terbalikkan dua tiga kali sampai masak utk hasilkan roti yg cantik dan masak sekata.
Toskan...dan hidangkan....
Sambal bilis kisar
*1 cawan ikan bilis
*1/2 cawan cili kering kisar
*1 biji bawang besar - potong bulat
* 4 ulas bawang putih
* 1 inci halia
2 batang serai di titik
5 sb air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1/4 cawan minyak masak.
Air secukupnya
Kisar *. Kemudian tumis hingga pecah minyak. Masukkan gula. Gaul rata. Masukkan serai dan air asam. Kacau sebati dan biarkan menddih seketika. Tambah sedikit air. Kacau rata.
Biarkan mrenih dengan api sederhana. Perisakan dengan garam secukup rasa. Tutup api.
Wednesday, February 28, 2018
Bubur nasi bersama sambal lobak masin
Menu sarapan pagi ni. Dah lama tak buat bubur nasi yang dimakan dengan sambal lobak masin. Sedap sangat sambal ni....kena dengan selera saya. Selain menggunakan cili kering, boleh tukarkan dengan cili hijau dan cili padi hijau..ikut citarasa. Hasilnya sama memikat selera. Saya kehabisan stok cili hijau...jadi gunakan cili kering saja kali ni.
Untuk penyediaan bubur nasi yang mudah dan cepat boleh Klik resepi di link ini. Saya kongsikan cara2 menyediakan bubur nasi yang elok kembangnya dalam dalam lebih kurang 15 minit sahaja.
Sambal lobak masin
100 gm ikan bilis
200 gnm lobak masin (boleh beli yang dah siap cincang atau yang besar tu potong saiz kecil ikut citarasa)
2 senduk cili kering kisar
3 sb air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
Minyak untuk menumis
Kisar ikan bilis, bawang besar dan bawang putih hingga lumat.
Tumis hingga naik bau dan sedikit keperangan (air kisaran kering).
Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan gula dan air asam jawa. Kacau sebati.
Masukkan lobak masin. gaul rata. Perisakan dengan garam secukup rasa.
Biarkan memasak seketika sebelum tutup api.
Hidangkan bersama bubur nasi.
Wednesday, February 21, 2018
Blueberry muffin mudah
Breakfast muffin. Tetiba rasa nak bakar muffin untuk sarapan dan bekal anak subuh2 hari. Walaupun bahan utamanya tak ada....yg ada cuma blueberry filling, dek rasa nak membaking yg meluap2 disubuh yg dingin tu saya buat juga satu adunan muffin ni. Suka pulak anak2. Blueberry muffin seadanya.....
Blueberry muffin mudah
Bahan2nya
1 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula halus + 1 sb untuk taburan dia atas muffin
1/2 sk garam
2 sk baking powder
1/3 cawan minyak
1 biji telur gred A
1/3 – 1/2 cawan susu
1 1/2 sk vanilla esen
1 cawan blueberries (fresh or frozen) (kalau guna frozen jangan masukkan dalam adunan dahulu)
Cara2nya
Panaskan oven pada suhu 170°C.
Sediakan muffin pan atau saya guna paper cu jer.
Dalam mangkuk pengadun, satukan tepung gula, garam dan baking powder.
Dalam mangkuk lain satukan minyak, telur, susu dan esen vanilla dan sebatikan dengan garfu.
Tuang adunan telur ke dalam adunan tepung. Gaul guna garpu jer sekadar sebati. Jangan terlebih gaul nanti muffin keras dan kering.
Nota
Adunan sepatutnya pekat dan boleh di scoop. Kalau adunan terlalu cair, tambahkan 1 sb tepung setiap kali sehingga adunan menjadi lebih pekat. Kalau adunan terlalu cair tambahkan susu sesudu besar sekali tuang sehiggga mendapat adunan yg sesuai.
NOTE: Batter should be thick and you should be able to scoop it. If too runny add a tablespoon of flour at a time to thicken, if too thick add a tablespoon of milk at a time to thin.
Masukkan bueberries dan gaul rata. Scoop adunan ke dalam muffin tin dan taburkan gula diatasnya. Bakatmr selama 20 - 25 minit atau hingga masak. Sejukkan muffin diatas rak.
Sedap dimakan segar dari oven.
Laksa utara
#breakfast #laksautara. Ahad lepas, nak taknak kena pegi pasar utk cari stok lauk pauk. Nampak ikan sardin dan pelaling mata jernih2....beli skg utk kuah laksa. Plan nak buat utk minum petang tapi byk pulak benda lain nak buat jadi postponed ke pagi Isnin.
Laksa @ ZLC
http://zulfadreamland.blogspot.my
1 kg ikan selayang - rebus dengan 5 keping asam keping dan asingkan isi dengan tulang2nya. Kisar isinya dulu menggunakan air rebusan dan masukkan ke dalam periuk. Kemudian kisar tulang dan kepalanya, tapis dan masukkan patinya ke dalam periuk.
Bahan lain
5 keping asam keping (boleh tambah kalau tak cukup masam)
15 biji cili kering (ikut citarasa nak pedas boleh tambah) kisar bersama
1 biji bawang besar
2 inci belacan (bakar)
Masukkan ke dalam periuk. Dan masak hingga kuah mendidih. Kemudian masukkan
Secekak daun kesum dan sekuntum bunga kantan belah 4.
Perisakan dengan garam secukup rasa dan masak hingga kuah sedikit pekat (ikut citarasa)
Bahan2 pelengkap
1 paket laksa (terpulang nak guna yang basah atau kering) - celur lembut
Hiris
Daun salad
Timun
Bawang besar
Cili
Limau kasturi - belah 2
Daun pudina (optional)
Telur rebus
Petis (optional)
Masukkan sedikit laksa ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah. Taburkan bahan2 hiris.
Monday, January 1, 2018
Lasagna Roti
Sarapan pagi pertama 2018. Lasagna Roti atau roti lapis berdaging. Roti gardenia yang dibeli agak kering dan anak2 kata tak sedap. Jadi nak menyelamatkan roti tu dari terbuang saya buat lasagna ni.
Resepi roti Lapis Berdaging
Bahan-bahan
1 biji lobak di potong dadu
1 biji cili benggala potong kecil
6 biji cendawan butang hiris nipis
500gm daging cincang
2 biji bawang besar cincang
5 ulas bawang putih cincang
1 sudu besar serbuk kari
4 biji tomato dicincang
sedikit tomato ceri jika suka
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
3 sudu makan minyak untuk menumis
12-15 keping roti
500ml susu segar
3 biji telur
garam secukup rasa
Parutan cheese (banyak ikut suka)
Cara-cara
Panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam+tomato+sos cili-sos tomato-lobak merah.
Sebelum tutup api masukkan cili benggala serta cendawan dan kacau seketika.
Satukan Susu+telur.
Pukul susu+telur hingga sebati.
Celupkan roti dalam adunan susu tadi. Susun atas loyang. Taburkan parutan keju.
Kemudian letakkan separuh daripada inti daging yang telah di masak tadi atas lapisan roti. Taburkan parutan keju.
Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih inti daging dan taburan keju.
Lapisan akhir susun dengan 1/3 lebihan roti. Saya tuang baki susu ke atas lapisan akhir
Bakar dengan api sederhana selama 30 mins atau sampai lidi tak lekat.
Keluarkan dari oven dan taburkan baki parutan cheese.
Bakar dengan api sederhana selama 5 - 10 mins atau sampai cheese cair.
Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka.
Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos.
***Kalau nak potongan yang cantik, biarkan sejuk seketika sebelum diangkat dari loyang.
Thursday, December 28, 2017
Kimbap aka sushi
Sejak ummi dikenalpasti pandai menggulung nasi ala2 korea/jepun ni anak2 rajin jer request benda ni untuk bekal sekolah. Mula asal ingat tak sempat nak buatkan tapi kena la layan juga memandangkan permintaan dibuat pada hari terakhir persekolahan....cuma di post kat sini pada penghujung cuti...hahahha.
Kali ni versi simple aje....telur dadar....timun dan lobak jer....ok la kan....beli mahal jugak.....buat sendiri satu family leh makan sampai kenyang....leh share ngan kengkawan lagi.
Thursday, October 26, 2017
Lempeng Kelapa dengan Sambal ikan bilis cili padi
Lempeng kelapa aka tepek nyor (namanya kat kampung asal saya di perak) dengan sambal bilis cili padi pilihan menu sarapan harini.
Sambal bilis cili padi
1 mangkuk ikan bilis - basuh dan toskan
2 biji bawang besar - hiris bulat
Garam dan gula secukup rasa
3 keping asam gelugur
1/2 cawan minyak
1 1/2 cawan air
Kisar
20 - 30 biji cili padi hijau ( ikut citarasa)
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
Air secukupnya
Goreng ikan bilis hingga separa garing. Masukkan bahan kisar.
Tumis hingga pecah minyak. Masukkan gula, asam keping dan 1 cawan air.
Biarkan merenih selama 10 minit. Masukkan bawang besar serta perisakan dengan garam secukup rasa. Tambah baki air jika perlu. Biarkan merenih seketika atau hingga bawang layu. Hidangkan bersama lempeng.
Lempeng Kelapa
Bahan2nya
3 cawan tepung
2 cawan - 2 1/4 cawan air
1 1/2 cawan kelapa parut muda
garam secukup rasa
Satukan semua bahan dan kacau rata. Panaskan pan/kuali, letak sedikit minyak. Tuangkan sesenduk adunan dan ratakan. Biarkan garing sedikit dan terbalikkan. Dah masak angkat dan hidangkan bersama sambal bilis atau susu pekat.
Saturday, September 30, 2017
Mee Kari Makcu
Untuk kuah mee ni saya guna stok ayam kampung. Manis rasanya, ayam kampung ori. Takde stok seafood kali ni.
Mee Kari Makcu
http://www.zulfadreamland.blogspot.my
Untuk kuahnya
Bahan-bahannya
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
2 inci halia
segenggam ikan bilis
3 sb serbuk kari daging
2 sb serbuk kari ikan
4 sb cili boh
1/2 cwn air asam jawa pekat
3 liter santan dari 2 biji kelapa
Air rebusan ayam secukupnya
Fish ball dan fish cake
Garam secukup rasa
1 sedikit gula melaka (optional)
3 batang serai dititik
4 tangkai daun kari
Minyak untuk menumis.
Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan ikan bilis hingga hancur.
Panaskan minyak. Tumis serai dan daun kari seketika. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik bau.
Masukkan serbuk kari dan tumis hingga garing/pecah minyak. Masukkan air asam dan kacau rata. Kemudian masukkan santan, garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih.
Masukkan sotong, udang, kerang, fish cake dan fish ball. Masakkan 5 minit sebelum tutup api. Hidangkan bersama bahan pelengkap di bawah.
Bahan pelengkap
1 kg mee kuning di celur
1 kg laksa di celur
Tauge/sawi/kacang panjang dicelur
Bawang goreng
Cili dihiris nipis
Tauhu goreng
Daun sup dan daun bawang
Daun pudina
Limau nipis/kasturi
Cili jeruk
Bawang goreng
Begedil
Resepi bergedil boleh rujuk post terdahulu Di Link ini.
Punya banyak perencah sampai tenggelam meenya tak nampak.
Wednesday, September 20, 2017
Nasi goreng kampung
Nasi goreng kampung untuk dibawa ke pejabat. Kenyang sampai ke petang...
Nasi Goreng Kampung
3 mangkuk nasi sejuk
Garam secukup rasa
Secekak kangkung - potong kecil
Tumbuk
1/2 cawan ikan bilis
Cili padi hijau secukupnya
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Minyak untuk menumis
Tumis bahan tumbuk hingga naik bau dan keperangan. Masukkan nasi. Dan gaul rata. Goreng hingga sebati. Perisakan dengan garam secukup rasa.
Masukkan kangkung, gaul rata dan masak hingga kangkung layu
Monday, September 4, 2017
Kimbap tuna mayonis
Orang korea panggil kimbap aka gimbap yang merupakan nasi yang digulung dengan seaweed dan diisi bahan2 pilihan lain sebagai penambah perisa.
Semalam terasa teringin nak makan. Lagipun stok beras wangi pemberian kawan baik hubby ada 2 kg. Nak test beras baru dan melepaskan ngidam nak makan kimbap...konon2 nak jadi orang korea kejap lah 😄😄😄. Jadila kan...nak pegi korea modal besar....jadi kita makan makanan korea fefiling mcm orang korea.
KIMBAP aka SUSHI @ ZLC
http://zulfadreamland.blogspot.my
Beras sushi atau beras wangi - basuh dan tanak macam biasa - 1 cawan beras : 1 1/4 cawan air + 1 sb cuka + 1 sb gula
Seaweed secukupnya
Timun jepun hiris panjang
Lobak merah hiris panjang
Tuna chunk - saya campurkan dengan mayonis, hirisan cili padi, bawang cincang dan garam secukup rasa.
Sosej - celur dan belah 4
(Selain beras sushi, bahan lain boleh dipelbagaikan ikut citarasa. Begitu juga bentuk sushi, pelbagaikan ikut kreativiti dan acuan pilihan)
Sushi mat untuk menggulung
Subscribe to:
Posts (Atom)

















































