Wednesday, November 23, 2016

Badak berendam


Kuih traditional berasaskan tepung pulut dan santan, mudah disediakan dan sedap dimakan ni jadi pilihan saya untuk majlis makan2 hujung tahun kat kelas tahfiz anak. Last minute plan ustaz2 kot sebab petang semalam baru anak bagitau diorg ada jamuan.

Tak sempat nak fikir macam2, terus jer idea keluar sebab masa tu saya sedang buat bubur biji nangka. Bahan lengkap dah....ada santan, tepung pulut, air pandan.....dan yang pentingnya inti kelapa pun dah tersedia dalam fridge tu.


Saya buat kuih ni saiz anak2 badak jer sebab yang nak makannya budak2 kecik. Kalau buat saiz bapak badak nanti takut diorg tak terhabis makan seketul....

Cara buat kuih yang juga dikenali sebagai puteri mandi disesetengah tempat ada dua tiga cara. sesetengah orang akan kukus bebola yg disediakan dan siram kuah dadih semasa menghidang. Saya pulak lebih gemar rebus macam buat buah melaka. Ada juga kukus kuah dan.bebola....terpulang...boleh jer ikut cara mana pun...ikut citarasa.




Badak berendam ZLC

Untuk body yang warna hijau

Satu paket tepung pulut
10 helai daun pandan dikisar dengan air secukupnya dan tapis.
(kalu takde daun pandan ble guna pewarna)
Sedikit garam

Masukksn tepung dalam besen, masukkan garam dan gaul skit. Tuang air pandan sedikit2 sambil uli hingga jadi doh yg lembut.

Ambil doh....agak2 la nak besar mana.... leperkan dan letak inti, bulatkan. Buat sampai habis.

Didihkan air dalam periuk. Rebus bebola hingga timbul atau masak ler...

Angkat bebola dan masukkan dalam periuk dadih santan dan sedia di makan.

Inti Kelapa

1/2 biji kelapa parut (cari kelapa muda skit)
Garam, gula merah, gula putih secukupnya - ikut citarasa
1 sb tepung jagung
2 helai daun pandan disimpul
Sedikit air

-------
Satukan semua bahan di dalam periuk atau kuali. Masak hingga agak kering da berkilat. (Jangan kering sangat tak best). Buang daun pandan tadi.

Utk kuah dadih

5 cawan santan
1 sb tepung gandum
Sedikit garam

-------

Masukkan dalam periuk. Pasang api perlahan. Kacau selalu sepaya tak pecah minyak. Masak hingga mendidih dan kuah pekat





Tuesday, November 22, 2016

Bubur Biji Nangka


Petang2 balik keja, time hujan2 ni sedap dapat makan bubur panas. Tu yang gagahkan juga buat sedikit untuk layan tekak yg teringin sangat ni. Hidang dengan kopi O......perghhhh....dap3nya.


Bubur Biji Nangka

Untuk biji nangka

2 cawan tepung pulut
Air pandan secukupnya (kisar daun pandan dengan air dan tapis)
Sedikit garam

Air untuk merebus doh biji nangka.

Untuk kuah

5 cawan santan
Gula melaka
Gula perang
Garam


Masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk. Masukkan sedikit garam. Tuangkan air pandan sedikit2 sambil gaul dan uli hingga menjadi doh yang senang dibentuk.

Panaskan air di dalam periuk. Ambil sedikit doh dan bentukkan bujur kecil. Rebus hingga doh timbul dan angkat dan masukkan ke dalam periuk yang berisi santan, gula melaka, gula perang dan garam secukup rasa. Buat hingga selesai. Masak santan yang telah letakkan butir nangka, gula dan garam tadi hingga mendidih.

Monday, November 21, 2016

KEK PISANG

Resepi Azie Kitchen saya olah untuk menghasilkan kek pisang senja nih. Lembut sangat kejadian kek yg agak mudah disediakan ni.


Bila ku rasa teringin, kugagahi membaking walau pun agak kepenatan balik krojer hari ni. Dah dua tiga hari ni rasa teringin sangat nak makan kek pisang. Cari pisang emas tapi tak jumpa.....yg banyaknya pisang berangan. Tak kisah la pisang janji kek ni tetap rasa pisang....hahhahahahahahha.



Kek Pisang

Bahan bahan:

4 biji pisang emas - lecek (saya guna 3 biji pisang berangan)
1 cwn gula perang
1 cwn minyak masak
5 biji telur gred C 

Bahan ayak:

1 1/2 cwn tepung gandum
1 sk soda bicarbonat
1 sk baking powder

Bahan lain:

1 sb jus lemon
1 sk vanilla extract





Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 170C. Lengser mentega pada loyang. Ketepikan. 

Putar gula, telur dan minyak dlm anggaran 3-5min @ hingga putih. Masukkan pisang dan kacau rata. 

Masukkan pula tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit. Kacau sebati dengan menggunakan spatula. 

Masukkan vanila, jus lemon dan gaul sebati. Tuang dalam loyang dan bakar selama 40 -60 minit atau sehingga masak. 

Nota:
Apabila permukaan atas telah perang, saya kurangkan suhu ke 150C. Saya bakar selama 1 jam. 


Nota:
Apabila permukaan atas telah perang, saya kurangkan suhu ke 150C. Saya bakar selama 1 jam. 

Sunday, November 20, 2016

Kuih cucur penyaram aka cucur jawa aka mexican hat


Tempahan semalam 50 biji dari jiran untuk majlis ilmu di surau. Kuih ni kategori traditional juga. Tapi tak pasti asalnya negeri mana...sebab banyak terdapat di banyak negeri... Tak kisah la kan...dari mana pun asal usulnya....dan penciptanya, kuih ni memang sedap. Kita berterima kasihlah pada mereka yg mula2 hasilkan kuih ni dan yg share resepiya.


Kuih Cucur jawa akak Penyaram Lembut aka Topi Mexico @ ZLC

Bahan2:

500g tepung gandum
100g tepung beras
700 ml air(200ml air pns+500ml air kosong)
3/4 sudu teh garam
500g gula apong/gula melaka
Minyak masak secukupnya

Cara2:

Dalam bekas,satukan tepung gandum dan tepung beras. Dalam bekas lain, bancuh gula apong dengan 200ml air panas(boleh juga dimasak seketika untuk mencairkan gula terutamanya jika guna gula melaka). Apabila gula cair sepenuhnya boleh lah tambahkan air selebihnya.

Tuang air gula apong tadi ke dalam tepung dan kacau menggunakan hand whisk sehingga sebati. Masukkan garam dan kacau lagi.Tapis adunan dan perap semalaman.

Panaskan 2/3 cawan minyak masak (guna api perlahan),  ambil satu senduk kecil dan tuang adunan di tengah2 kuali. Biarkan sehingga ia masak dari tepi ke tengah barulah diterbalikkan.

Toskan minyak. Kuih ini memang digoreng satu persatu. Selamat mencuba!


Apam coklat gebu


Semalam masa tengah intai2 fb, post si Harum Mawar ni lalu lalang kat depan mata. terbekenan pulak menengoknya. Resepinya senang pulak tu.

Petang ni sambil2 siapkan tempahan cucur penyaram, saya adun la apam coklat ni untuk minum petang. Sikecik tu meragam pulak nakkan kuih donut (kuih keria) sebaik bangun tidur....bahan nak buat takde....jadi cuba la umpan dengan apam coklat ni.

Apam ni memang sangat2 gebu dan lembut. Saya olah sedikit dengan menambah baking powder dan saya tak masuk blender pun, kacau dengan whisk jer sekejap....agak2 sebati jer.




Apam Coklat Gebu

1 cawan tepung
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan air
1/2 cawan minyak masak (@ mentega cair)
1/2 susu pekat
1 biji telur
2 sb serbuk coklat
1/2 sk baking soda
1/2 sk baking powder




Satukan semua bahan dan gaul rata. Oleskan acuan lompang dengan minyak. Tuangkan adunan dan kukus selama 10 - 15 minit dalam kukusan yg telah dididihkan airnya terlebih dahulu.

Saturday, November 19, 2016

Masak lemak cili padi udang dengan kulit rambai



Dua minggu lepas saya ada menyediakan masak lemak putih kulit rambai....masakan terengganu. Hari ni pulak saya gunakan baki kulit rambai yang saya celur tempoh hari untuk masakan negeri sembilan dan melaka yg bersempadan dengannya.

Masak cili padi...podeh menyongat.....tapi sodap tak hengat. Hidangan ringkas hari minggu ni. Balik dari majis ihtifal sekolah anak tadi terus jer singsing lengan menyediakan masakan nih. Masing2 dah kelaparan sebab dah 12 lebih.

Lepas zohor juga lah baru menjamu selera. Satu lauk ni jer yang sempat ummi masak. Alhamdulilah. 2 in 1....lauk an.sayur dalam satu hidangan.


Masak lemak cili padi udang dengan kulit rambai

1 kg udang sederhana
1 mangkuk kulit rambai (celur dan toskan untuk kurangkan masamnya)
20 biji cili padi (ikut citarasa)
1 ketul kunyit hidup
1 lter santan dari sebiji kelapa
2 - 3 batang serai dititik
Garam secukup rasa


Tumbuk/kisar cili, kunyit dan bawang. Satukan santan, bahan tumbuk dan serai ke dlm periuk. Masak hingga wap panas kelihatan Kacau selalu. Masukkan kulit rambai dan udang. Masak hingga mendidih dan udang berubah warna dan melengkung. Perisakan.dengan garam secukup rasa dan tutup api. Ketika memasak kacau sentasa untuk mengelakkan.santan pecah minyak.

Kuih Bom Keledek


Kuih traditional juga nih. Tapi asalketurunannya saya tak pasti. Kat kampung dulu femes la.....yg daripada tepung pulut tu bila dah duduk kat selangor ni baru kenal dan rasa.

Kuih ni pun saya buat frozen. Mudah pagi2 tinggal nak goreng jer.


KUIH  BOM KELEDEK

Bahan kulit:

1 kg keledek/kentang ~ saya potong dan kukus hingga empuk - boleh juga rebus
1 cawan tepung gandum
gula (kalau guna kentang) dan garam secukupnya

Inti kelapa secukupnya

Caranya:

1.  Kentang (boleh ganti dengan keledek ) yang telah dikukus dibuang kulitnya, tambah garam dan gula secukup rasa dan lenyek hingga halus.
2. Dah suam, tambahkan tepung.  Uli sebati.
3. Ambil sedikit adunan, leperkan dan masukkan inti. Tutup inti dan bulatkan.  Kemudian golekkan ke atas bijan. Buat hingga habis.
4. Panaskan minyak, ambil kuih dan goreng dengan api sederhana besar hingga garing dan keemasan.

UNTUK INTINYA:

1/2 biji kelapa parut
120 gm gula
120 gm gula merah
1 helai daun pandan
Sedikit air
 1 sk penuh tepung jagng + 2 sb air

 CARA MEMASAK:

1. Untuk intinya, masak ke semua kecuali tepung bahan inti hingga pekat. Masukkan tepung jagung yg telah dibancuh dengan air. Gaul rata. Dn.masak hingga inti berkilat.


Keria Kentang Sira Gula Melaka


Musim buat kuih berasaskan ubi.... Kuih2 traditional melayu yang mudah dibuat dan sedap dimakan. Saya buat frozen sebenarnya. Anak2 saya suka kuih2 melayu ni...terutamanya yg manis2 macam ni.

Sedap....banyak bintang yang saya dapat dari anak2 untuk hidangan kuih muih melayu di dapur ummi ni...Alhamdulillah.


KUIH KERIA KENTANG SIRA GULA MELAKA

Bahan kulit:
1 kg kentang ~ saya potong dan kukus hingga empuk - boleh juga rebus
1 cawan tepung gandum
gula dan garam secukupnya
2 ketul gula melaka

Caranya:

1.  Kentang (boleh ganti dengan keledek ) yang telah dikukus dibuang kulitnya, tambah garam dan gula secukup rasa dan lenyek hingga halus.
2. Dah suam, tambahkan tepung.  Uli sebati.
3. Ambil sedikit adunan, bentukkan seperti donut.  Buat hingga habis.
4. Panaskan minyak, ambil kuih dan goreng dengan api sederhana besar hingga garing dan keemasan.
5. Panaskan gula melaka dengan 1/4 air hingga gula cair dan berbuih-buih. Masukkan kuih yg telah digoreng tadi. Kecilkan api. Gaul sentiasa hingga gula mengering.



Wednesday, November 16, 2016

Ayam masak serai


Saya tengah kaya serai kat umah ni. Haritu masa gotong royong ratakan tanah di surau, hubby and the geng mencabut dua rumpun serai yang dah tua. Masing2 bawa balik serai yang agak banyak. Tu yang saya menggoogle resepi2 yang menggunakan serai yang banyak.

Resepi ayam masak serai ni saya jumpa masa singgah kat blog azie kitchen. Saya olah sedikit ikut citarasa.

Saya masak subuh tadi sebelum ke pejabat. Tak sempat nak keringkan betul2 macam kehendak resepi sebab dah kesuntukan masa untuk ke pejabat. Tapi rasanya masih tak mengecewakan. Anak2 saya makan sampai berulang2 kali katanya. Asal rancangannya nak hidangkan dengan nasi serai tapi nasi putih yg dimasak malam tadi banyak lagi. Jadi hidangkan dengan nasi putih jer la....pun sodap.


Resepi Ayam Masak Serai

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam dipotong kecil2 ( sebesar 2inci x 2 inci) dan dibersihkan
6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
2 keping asam gelugor (saya guna air asam jawa)
Garam dan gula secukup rasa
Kunyit

Bahan Kisar:

6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
sebesar ibu jari halia
20 tangkai lada kering dibuang biji dan direbus



Cara Memasak:

1. Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak.
Angkat ayam dan toskan minyaknya.

2. Tumiskan bahan-bahan yang telah dimesin sehingga agak garing. Masukkan serai dan goreng lagi.

3. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering.

4. Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan.

5. Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi minyak atau nasi putih.


Kuih Cek Mek Molek


Kuih traditional kelantan pulak..... Sekarang ni musim saya mengkaji dan mencuba kuih2 traditional negeri2 tanah melayu....hahhaha. Perlis sudah...N9 sudah...Kedah sudah....
Kali ni turn Kelantan pulak. Nak round satu Malaysia melalui blog nih.

Kuih ni macam.kuih belotok dari negeri kedah...kat utara tu inti daging dan pedas2 skit...yg ni pulak intinya gula....of course la rasanya maniskan...

Tapi apa pun dua2 pun sedap dan ada peminat yang tersendiri. Anak2 saya memang pilih yang manis nih.


KUIH CEK MEK MOLEK

Bahan kulit:
1 kg keledek ~ direbus hingga empuk (saya potong dan kukus hingga empuk)
1 cawan tepung gandum
gula dan garam secukupnya

Caranya:

1. Keledek yang telah direbus, masuk dalam bekas, tambah garam dan gula kemudian dilecek halus ketika masih panas. Biarkan hingga suam. (***Cara ZLC: Keledek yang telah dikukus dibuang kulitnya, tambah garam dan lenyek hingga halus)
2. Dah suam, tambahkan tepung dan uli sebati.
3. Ambil sedikit adunan, leperkan, masukkan gula, tutup dan bentukkan membujur. Buat hingga habis.
4. Panaskan minyak, ambil kuih dan goreng dengan api sederhana besar hingga garing dan keemasan.
5. Jangan makan panas2 sgt nanti melecur lidah sebab gula yang dimasak tadi akan cair dan panas.


KUIH BELOTOK


Kuih apa tu???? Belotok????   Tak pernah dengar pun....ermmmmmm. Saya sendiri pun masa jumpa kat tenet tu memang baru pertama kali dengar. Tu yang excited sangat nak cuba....weekend lepas ajak hubby pegi pasar sebab nak mencari bahan2 untuk buat kuih ni.

Ikut kata UDA,  sumber resepi ni saya ni, kuih ni merupakan kuih traditional negeri kedah. Kuih ni iras2 kuih Cek Mek Molek, kuih traditional kelantan tu....cuma intinya daging cincang...dan katanya lagi sebelom digoreng kuih ni di salut dengan putih telur dulu. Tapi saya tak buat step ni.

Sedap ker????? Nak tahu cuba la, resepi kat bawah tu saya cnp dari blog UDA yang diambil dari sumber asal Buku Resepi. Pada saya kuih ni sedap tau.....must try.....


KUIH BELOTOK

Bahan kulit:
1 kg keledek ~ direbus hingga empuk (saya potong dan kukus hingga empuk)
1 cawan tepung gandum
gula dan garam secukupnya
1 biji telur (ambil putinya sahaja) - ZLC omit

Caranya:

1. Keledek yang telah direbus, masuk dalam bekas, tambah garam dan gula kemudian dilecek halus ketika masih panas. Biarkan hingga suam. (***Cara ZLC: Keledek yang telah dikukus dibuang kulitnya, tambah garam dan lenyek hingga halus)
2. Dah suam, tambahkan tepung dan uli sebati hingga rata.
3. Ambil sedikit adunan, leperkan, masukkan inti, tutup dan bentukkan membujur. Buat hingga habis.
4. Panaskan minyak, ambil kuih, celup dalam putih telur dan goreng dengan api sederhana besar hingga garing dan keemasan. (Saya tak celup putih telur, terus goreng jer)
5. Sedap dimakan panas2.


Bahan inti:
250gm daging cincang ~ saya rebus dulu
1 st jintan manis ~ ditumbuk halus @ dimesin kering
1 st lada hitam ~ ditumbuk halus @ dimesin kering
2 bj bawang putih ~ ditumbuk halus
2 biji bawamg merah ~ ditumbuk halus
1/2 biji bawang besar ~ dipotong dadu
2sb rempah kari daging ~ kalau nak pedas lagi boleh lebihkan
sedikit daun sup ~ dipotong
garam dan gula secukupnya
** jika suka, boleh tambah lada merah yg dihiris, kentang / carrot


Caranya:
 1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
2. Masukkan rempah kari, jintan manis dan lada hitam, gaul sebati.
3. Masukkan daging cincang, daun sup, bawang besar, garam dan gula. Masak hingga rata dan cukup rasa semuanya.
4. Padamkan api dan sejukkan inti sebelum digunakan.


Tuesday, November 15, 2016

Masak lemak udang dengan belimbing buluh


Masakan kampung. Gulai lemak udang lawan ngan belimbing buluh ni memang pembuka selera. Disebabkan anak2 masih kecil dan tak berapa tahan makan pedas2 sangat jadi takde la saya masak menjobang...pedas2 manja jer.


Udang masak lemak dengan belimbing buluh
zulfaza loves cooking

*6 ulas bawang merah
*1 ketul kunyit hidup
*3 biji cili merah dan 10 biji cili padi (yg ni boleh ikut citarasa)
1 batang serai dititik
2 mangkuk santan (11/2 mangkuk santan cair dan 1/2 mangkuk santan pekat/pati)
1/2 kg udang sederhana
10 biji belimbing buluh belah 2
garam secukup rasa

Tumbuk *. Masukkan *,  serai,  santan cair ke dalam periuk. Masak hingga hampir mendidih. Masukkan belimbing buluh dan udang. Masak hingga mendidih. Kacau selalu. Masukkan santan pekat dan perisakan dengan garam secukup rasa. Masak lagi hingga mendidih dan udang serta kacang masak sempurna. Kacau selalu supaya santan tidak pecah minyak.

****jgn masak udang terlalu lama....agak2 bila udang berubah warna dan melengkung, tutup api dan alihkan periuk daripada dapur.

Bingka Kentang


Stok kentang banyak kat rumah ni sebab salah faham dan ke konfiusan antara pengirim dengan pembelinya... dalam kepala hakak masa kirim tu sebut satu guni (yang biasa beli guni kecik dalam 3 kg jer). Sekali gitu bila kakak hakak balik dari paso....nah engko...satu guni beso agaknya 10kg ker lebih dalam tu.

Dah macam2 juadah dibuat menggunakan kentang ni tau...tapi tak habis2.

Tu yang malam semalam buatkan pulak bingka kentang ni, guna resepi yang hakak songlap dari blog citarasawan.

Kat kampung hakak kuih ni dipanggil kuih bengkang.....bila dok kat bando ni membiasakan lah lidah ni sebut bingka...lembut jer bunyi dia...selembut hasilnya ni.


Bingka kentang

Bahan-bahan.

1 cwn kentang rebus (lebih kurang 2 biji saiz sederhana)
1 1/2 cwn tepung gandum
3 cwn santan
1 cwn gula (gula saya kurangkan jai 3/4 cawan jer)
3 sb mentega
4 biji telur
sedikit garam
pewarna kuning (saya omit pewarna)

sedikit bijan (bijan pun tk letak sbb habis stok buat kuih bom)
2 sb minyak utk sapu pada loyang.

Cara-cara.

1. Kentang di rebus dan dilecek.
2. Masukkan kesemua bahan ke dalam blender kecuali bijan dan minyak.Kisar sebati.
3. Sementara itu panaskan oven 175c.Sapukan minyak di sekeliling loyang dan masukkan dlm oven sebentar.
4. Keluarkan loyang dan tuang adunan tepung tadi dan taburkan bijan di atasnya.
 5.Bakar selama 45 minit dan tambah 5 minit lagi utk garingkan bahagian atas. (Saya guna magic pan ni jer....memang magic.....setengah jam jer kot da masak)
6.Biarkan betul2 sejuk barulah di potong.


Sunday, November 13, 2016

Asam pedas Abang Sado JJ


Masakan encik hubby lagi. Ikan baraccuda hasil pancingan ayah jiran sebelah dengan bendi yang dipetik dari kebun surau. Sedap...penuh nikmat makan ikan segar tanpa pengawet dan sayur segar tanpa racun serangga. Ikan ni memang susah nak dapat. Pancing yang dapat naikkan ikan ni memang beruntung. Selalu tali kail terputus dlm cubaan nak menewaskan ikan ni dilautan.

Rasanya sedap.....isinya berkeping2...macam tenggiri pun ada. Masak kari atau asam pedas memang terbaik. Terima kasih jiran.



Asam Pedas Sedap Tak Hengat

I Kilo ikan jenama apa2 (Sembilang/pari/tenggiri/kerapu/senangin dll)
3 sb (cili kering yg dah dikisar)
4 ulas Bawang Putih
8 ulas Bawang Merah Dikisar/tumbuk lumat
1 inci Halia
1 inci/ketul kunyit hidup
Segengam Daun Kesum
Sekuntum Bunga Kantan – belah 4
Bendi/Terung Panjang Belah dua dan potong lebih kurang 3 inci
Sebiji tomato belah 4 (optional)
1 liter air
Air Asam Jawa pekat dalam 1/4 cawan
Gula dan Garam sekukup rasa
----
Tumis cili hingga pecah minyak.
Masukkan bahan yang ditumbuk/kisar dan kacau hingga naik bau. (Bahan ni boleh juga dikisar sekali dengan cili kering dan tumiskan hingga pecah minyak)
Masukkan air asam dan air.
Masukkan ikan, daun kesum dan bunga kantan, bendi.
Masukkan gula dan garam secukup rasa dan biarkan mendidih.
Masukkan tomato dan biarkan lebih kurang 3 minit......siap untuk dimakan



Sambal terung kecil dengan ikan masin Abg Sado JJ


Ummi balik lewat....ayah tolong masak. Sayangggggg abanggg. hehehhee. Suami dan ayah mithali. Alhamdulillah. Terung pemberian kawan opis dibuat sambal ikan masin ni sedap tak hengat...Jemput....jamu mata.


Sambal terung kecil dengan ikan masin Abg Sado JJ

1 mangkuk terung kecil belah 2 - goreng hingga layu dan tos
Isi ikan masin (kurau/talang) - goreng dan tos

Bahan tumis

15 biji cili kering (buang biji, rebus/rendam lembut)
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia

Garam dan gula secukup rasa
5 sb air asam jawa
1 batang serai dititik/ketuk
Minyak untuk menumis dan menggoreng

Kisar bahan tumis hingga lumat. Tumis bersama serai hingga pecah minyak.

Masukkan air asam dan gula. Kacau sebati. Masak sebentar hingga agak pekat kemudian masukkan ikan masin dan terung. Gaul rata. Perisakan dengan garam secukup rasa. Masak hingga sebati dan tutup api.

Ku sangka malas sampai ke petang jer rupanya sampai malam pun malas juga....hahahha


Roti bakar mentega dengan telur separuh masak...hidangan makan malam dapur ummi malam yang dingin ini. Hahahhaha....sedap woooo. Kalau makan kat kedai mamak berapa hengget dah macam ni. Yang ni saya beli roti benggali kat pasaraya...seketul baru singhit lebih sebab ada offer. Potong tebal2 pastu sapu mentega...pastu bako...Pecahkan telur separuh masak....siap...

Kalau nak tabur lada hitam skit dn tambah kicap macam kat kopitok si syarizan tu pun okey juga. Sodap tak hengat kategori hidangan malam ni. Anak2 yang teruja sebab ummi tak pernah hidangkan roti bako dengan telur separuh masak gaya ni.... Nanti nak lag dan lagi dan lagi...kata anak2...


Sumple lunch bila ummi ada big M


Ummi minggu ni malas nak masak. Penat pulak rasanya. Pepagi lepas subuh ke pasar...balik pasar hubby basuh keta dan saya membersihkan lauk yg dibeli sebelum disimpan. Selesai jer simpan lauk, pergi pulak ke pasaraya untuk membeli belah barang dapur. Balik dah tengahari. Selesai simpan2 barang saya prepare la lunch ala kadar untuk 3 beranak....yg lain keluar ikut kakak.

Tu yang semangat nak masak makin kurang sebab nak makan bertiga jer.... Saya cuma sediakan sosej, meatball dan daging grill dengan Sos BBQ Istimewa ZLC. Mudah ada sos ni. Macam2 hidangan boleh sediakan.


Daging tu saya dah hiris nipis2. Kemudian saya masak dalam magic pan. Bila air daging tu dah mengering saya masukkan sos BBQ Special tu. Dah gaul2 rata tu saya letak air skit. Gaul2 tutup kejap pan dan bila dah agak kering angkat dan hidangkan.

Sosej dan meatball tu saya grillkan dan kemudian saya gaulkkan dengan sos dan biarkan garing2 skit. Hidangkan jer dengan brokoli celur...dan salad segar...ermmmmm...lazat. (sesekali layan juga makanan yg tak berapa berkhasiat tu....😣😣😣😣)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...