Wednesday, July 16, 2014

Biskut badam rangup

Resepi biskut ni dari Mat gebu. Saya suka biskut yang ada rasa kacang2 nih.

BAHAN-BAHANNYA :-)

150 gram mentega 
100 gram gula aising, diayak 
1 biji telur gred A
1/2 camca teh esen vanilla
100 gram tepung gandum*
100 gram tepung kastard*
75 gram tepung jagung*
50 gram serbuk badam*
1 camca besar penuh poppy seed @ biji kas-kas*(*disatukan dan gaul rata)
50+ gram tepung gandum (extra)
1 kuning telur, pukul sedikit, untuk disapu
Badam cincang secukupnya, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
Putar mentega dan gula aising hingga sebati, masukkan telur dan esen vanilla, putar hingga rata, tak perlu sampai kembang, memadai semuanya sebati sahaja.Perlahankan kelajuan, masukkan bahan2 yang disatukan (*), sedikit demi sedikit hingga habis dan jika doh terlalu lembut, tambah tepung gandum 'extra' tadi hingga mendapat doh yang boleh dicanai. Rehatkan sekejap...Bahagi doh pada 2 bahagian, canai setebal 1/2 cm, terap dengan acuan pilihan anda dan susun dalam dulang pembakar. Buat hingga siap, sapu kuning telur dan tabur sedikit badam cincang sebagai hiasan. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. Keluaran dan biar sekejap, alih biskut atas redai dan biar sejuk sepenuhnya. Simpan dalam bekas kedap udara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...