Showing posts with label Pasta dan mee. Show all posts
Showing posts with label Pasta dan mee. Show all posts

Tuesday, July 29, 2025

Fattuccine Alfredo

Fattuccine Alfredo untuk sarapan. Hari ni sekali lagi hakak terlajak sampai hampir jam 5.30. Melompat bangun sbb nak siapkan sarapan yang akan membawa ke lunch. Alhamdulillah menu hari ni ringkas dan mudah disediakan.


Fattuccine Alfredo

1 bungkus pasta fattuccine ( kalau nak guna jenis lain pun ok) - rebus hingga lembut dengan air yang dimasukkan sedikit garam - toskan (simpan secawan air rebusan - optional)

Untuk sos alfredo

1/2 ketul mentega

4 ulas bawang putih - cincang

1 1/2 cawan heavy/thick/cooking cream

1 cawan air rebusan pasta

1 cawan susu segar

1 1/2 cawan keju parmesan

Sedikit serbuk lada hitam

Garam secukup rasa

Parsley flake secukupnya

Keju Parmesan untuk hiasan

Tumis bawang putih dengan mentega hingga naik bau. Masukkan krim, susu dan air rebusan pasta. Didihkan selama 5 minit. Masukkan 1/2 bahagian keju. Gaul hingga keju cair sepenuhnya. Perisakan dengan garam, lada hitam dan sedikit parsley flakes ( boleh juga guna hirisan daun parsley segar).

Tutup api. Tambah baki keju dan gaul rata. Masukkan pasta dan gaul sebati. Hidangkan dengan taburan keju parmesan dan parsley flake.

(***Hakak tak gaul terus pasta dan sos sebab tak makan terus semuanya. Anak2 akan mengulang sampai habis. Jadi bila nak makan baru mereka tuang sos).


LAKSA SIAM

Laksa siam. Dah lama betul tak buat. Hari ni akhirnya tertunailah hasrat nak makan. Gigih cari bahan2 pepagi tadi ditemani anakanda.



LAKSA SIAM
Resepi
Bahan A
Bahan2 Kisar
2 biji Bawang Besar Merah
3 ulas Bawang Putih
3 inci Lengkuas
2 batang Serai
3 inci kunyit hidup
3 batang Temu Kunci
15 tangkai Cili Api Hijau
3 tangkai Cili Merah
1 sb Lada Hitam


Bahan2 untuk Kuah
Bahan B
1 kg Ikan Selayang/Kembung
1 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
5 keping asam gelugur
Air untuk merebus
Bahan C
500 ml Santan kotak (atau santan segar pekat)
Air secukupnya
Sedikit belacan
3 sb gula kabung/nisan/apong
5 sb Sos Ikan
3 keping Asam gelugur
3 helai Daun Limau Purut - carik2kan
Secekak Daun Selasih (thai basil)
3 pokok Akar Ketumbar
2 Garam Secukup Rasa


Pelengkap Hidangan
Bahan D
Laksa Thai/ Laksa Kering Halus (rendam hingga lembut dan celur dengan air mendidih - toskan dan lalukan dibawah air paip untuk membuang kanji supaya laksa tak melekat bila dah sejuk nanti)
Ulam pilihan
Kacang Panjang - hiris kecil
Tauge
Timun - potong lidi
Bunga Kantan - hiris
Limau Nipis
Daun char om
Telur Rebus (optional)
Cili Kering yang digoreng dengan minyak (hakak letak hirisan cili masak jer)
Cara2:
Rebus bahan B hingga ikan masak. Angkat dan asingkan air rebusan.
Kemudian perisi isi ikan dan asingkan dari tulangnya. Kisar isi ikan bersama air rebusan. Ketepikan. Kemudian kisar bahagian tulang dan kepala, tapis dan buang hampasnya.
Satukan dengan bahan A di dalam periuk. Masak hingga mendidih dan masukkan bahan C. Masak hingga semua bahan mesra dan mendidih. Sesuaikan rasa. Siap dihidangkan dengan Bahan D.
Pesanan penaja
* Kuah laksa siam seelok2 nya tak lah terlalu pekat dan tidak jugak cair.
* Sekiranya suka pedas, cili kering yang digoreng boleh dijadikan sebagai tambahan ulaman.
* Temu Kunci adalah sejenis tanaman herba yang mempunyai rasa dan aroma yang tersendiri. Boleh google untuk gambarnya. Ada dijual dipasar/pasar tani atau pasaraya seperti NSK.

Monday, March 30, 2020

Homemade mee kuning

Teringin nak makan mee tapi takde stok kat rumah....nak keluar????....leceh dan tak begitu digalakkan musim MCO ni.....kalau ke kedai pun tak tentu ada stok....

Jangan risau jom #masaksendiri. Susah takde mesin????....siapa kata buat mee mesti ada mesin....tak percaya....jom hakak hajar....lagi sedap dan pasti selamat.....

Sebelum ni hakak ada juga buat mee....tapi dah agak lama dulu....mee kuning....pan mee....bila time macam ni semangat balik nak buat mee sendiri....dua tiga hari lepas nampak chef sue arukin post kat fb jadi hakak pun teruja nak wat pulak.


Mee kuning homemade

500 gm tepung gandum
200 ml air
1 biji telur gred C
1 sk garam
Saya letak serbuk kunyit skit....kalau taknak letak pun takpe

Satukan dan uli hingga sebati dan jadi doh yang tak lekat kat tangan. 

Pastu ambil 1/3 doh, tabur tepung kat papan pencanai. Canai nipis doh. Tabur tepung atas doh tu dan lipat dua. Guna pisau tajam potong doh nipis2 macam kat gambar. Leraikan mee.  

Tabur tepung kat mee yg dah dipotong tu. Buat sampai habis. Didihkan air untuk merebus. Rebus mee hingga masak. Toskan. Lalukan air paip untuk membuang kanji. Siap. Boleh la nak digoreng ke atau nak jadikan mee berkuah.

Saya buat mee bandung...









Kuah mee bandung

2 liter air rebusan ayam (kalau takde guna air biasa jer
15 biji Cili kering yg dikisar dengan 1 biji bawang besar dan 1/2 labu bawang putih (kalau nak letak 1/2 inci halia pun boleh)
3 sb sos tiram
3 sb sos cili
3 sb sos tomato
Garam secukip rasa
Minyak untuk menumis

Bahan perencah
Sayuran pilihan
Udang
Telur

Tumis bahan.kisar hingga pecah minyak. Masukkan sos2 dantumis hingga sebati. Masukkan air rebusan ayam atau daging.
Perisakan dengan garam secukup rasa. Biarkan mendidih.
Masukkan udang dan sayuran pilihan. 
Masukkan mee tadi. Biarkan udang dan sayuran masak dan kuah mendidih. Siap.

#homemadenoodle
#meekuninghomemade
#meebandung
#noodle
#foodie
#foodielover 
#foodporn
#foodpic



Monday, September 9, 2019

Pasta ala bolognese


Pasta jer for breaky hari ni. Malam tadi dah prepare kuah dagingnya. Iman pun dah makan seequn kuah tu malam tadi.....dia nak lagi ummi tak kasi....kalau nak juga pagi ni dia kena makan pasta tanpa kuah🤭🤭🤭.

Buat kuah ala bolognese jer. Takde cendawan butang kali ni....tak plan awal nak buat.


Resepi kuahnya nah hakak share kat sini.....

300 gm daging cincang
7 biji tomato saiz besar - cincang
1 tin sederhana tomato puree
1/4 cawan sos cili
1/4 cawan sos tomato
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
1 sk italian herbs
1 sk oregano
6 helai daun bay
1 sk jus lemon

Cincang halus
6 ulas bawang putih
1 biji bawang holland
1/2 inci halia

Minyak zaiton untuk menumis.

Tumis bawang dan halia cincang hingga naik bau. Masukkan daging cincang dan tumis hingga berubah warna dan air daging sejat.
Masukkan sos2, tomato puree dan tomaro cincang. Masukkan 2 cawan air.
Renihkan hingga tomato hancur.
Perisakan dengan garam, lada hitam, herbs, oregano, daun bay dan jus lemon. Masak hingga kuah pekat.

Boleh dihidangkan dengan pasta pilihan.

#pasta
#alabolognese
#instafood
#foodie
#allaboutfood
#homecookedbreakfast


Saturday, June 1, 2019

Mee Udang Galah



Mee udang sepetang di setia alam kembali ramadhan ini....menu moreh malam ke 27......sumbangan salah seorg ahli kariah.....dia beli bahan minta hakak masakkan. Moga dikurnia rezeki berlipat kali ganda...

Moga juga menepati selera ahli kariah yg berterawikh di ArRaihan...



MEE UDANG KUALA SEPETANG
http://www.zulfadreamland.blogspot.my

Bahan-Bahan1 kg mi kuning
½ kg udang basah - bersaiz sederhana
2 biji kentang ~ kupas kulit, hiris nipis dan goreng kemudian kisar halus (optional)


Bahan Kisar

10 tangkai cili kering, rebus lembut
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
Sedikit belacan
3 sudu besar udang kering

3 sb sos cili
3 sb sos tomato
1/2 buku gula Melaka @ secukup rasa

4 batang sawi
1 cawan taugeh
2 pokok daun bawang
2 tangkai daun sup
5 biji tauhu - goreng dan potong empat segi sederhana nipis.
5 biji cili masak
Limau kasturi
Sedikit bawang goreng

Cara Membuatnya.

Panaskan minyak dan gorengkan kentang. Kemudian kisar hingga lumat.

Minyak yang panas tadi gorengkan tahu, angkat dan hiris nipis atau potong dadu.

Panaskan semula minyak goreng tahu tadi,  dan tumis bahan kisar seperti bawang merah, bawang putih, belacan, cili dan udang kering. Setelah naik wanginya masukkan sos cili dan sos tomato, garam dan gula melaka. Gaul sebati.


Masukkan air secukupnya. Bila kuah dah mendidih sesuaikan rasa. Tambah garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan udang. Biar didih seketika kemudian tutup api.




Celur sayuran tadi sawi, taugeh, mi kuning.

Setelah selesai semuanya hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang, hirisan tauhu goreng dan daun sup. Perahkan limau kasturi.


#meeudang
#udanggalah
#prawnnoodles

Monday, April 8, 2019

Homemade cabonara sauce


Kegemaran anak2......pasta cabonara. Ummi tak suka beli yg ready made atas banyak faktor kesihatan jadi ummi buat sendiri....lebih sedap dan lebih sesuai dengan citarasa.

Kali ni ummi letak meatball sebagai perencah. Semua anak2 dah pandai rebus pasta....kengkadang ummi sediakan tomato sauce homemade ala bolognese.....bila nak makan nanti pandai2 la diorg rebus pasta dan reheat sosnya.


Sos cabonara ala prego homemade

5 ulas bawang putih - cincang halus
2 sk pes halia
2 biji bawang besar - cincang
Cendawan butang segar - hiris nipis
Meatball - hiris nipis
500ml susu segar
150 gm cheddar cheese
20 gm parmesan cheese (optional)
4 sb tepung gandum
Air secukupnya
Garam dan lada hitam secukup rasa
Minyak zaiton untuk menumis

Tumis bawang2 dan halia hingga naik bau. Masukkan meatball. Tumis hingga sedikit garing.
Masukkan lada hitam. Kacau.  Kemudian masukkan tepung dan tumis sebentar.

 Masukkan susu kacau sebati. Tambah air secukupnya. Masak hingga mendidih. Masukkan cheese, masak hingga cheese cair dan sebati dengan kuah. Perisakan dengan garam secukup rasa. Dah siap.



Kuah sizzling yee mee homemade


Stok kuah sizzling yee mee....buat sekuali ni boleh la tahan beberapa kali mengulang. Iman dah pandai buat sendiri....nanti dia la yang paling kerap repeat masak yee mee ni.....adik2 kureng sikit sbb agak pedas.


YEE MEE SIZZLING DALAM PAN

Bahan-bahannya: (Untuk 3 orang)

3 gulung yee mee
5 ulas bawang putih - dicincang halus
1 biji bawang besar - hiris nipis
1/2 inci halia - dicincang halus
Ayam - dipotong kecil
6 kuntum cendawan shitake kering - direndam hingga lembut dan dipotong 4
6 biji cili kering - dipotong-potong
4 sb sos tiram
6 sb kicap pekat
1 sk serbuk lada hitam (boleh kurangkan ikut citarasa)
1 sk minyak bijan
2 sb tepung jagung + secawan air
Minyak untuk menumis
4 cawan air (saya guna air rebusan daging)

 Cara-caranya:

Tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga naik bau.

Masukkan 4 cawan air rebusan daging. (Kalau nak kuah banyak, boleh tambah air). Masukkan sos tiram, kicap dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih dan masukkan daging dan cendawan.

Biarkan 2 - 3 minit. Masukkan air tepung jagung. Gaul rata dan kuah akan pekat. Kemudian masukkan minyak bijan, gaul rata. Tutup api.

Bila dah nak dihidangkan, masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali. Masukkan 1 gulung yee mee.

Biarkan mee lembut sedikit. Masukkan sayur sawi dan pecahkan sebiji telur. Jika perlu, tambahkan lagi kuah. Biarkan seketika hingga telur separuh masak. Tutup api dan angkat mee. Selamat mencuba...

** Kalau guna plate sizzling, kena faham bahawa plate tu dibuat drp besi... Jadi kalau dibiarkan basah atau lembab akan menyebabkan plate berkarat. Kalau dah berkarat tu, jgnlah dibuang, tapi cuci bersih2 sehingga hilang semua karatnya...

Cara nak mengelakkan plate besi tu dari berkarat ialah, selepas digunakan terus dibasuh dan terus panaskan di atas api hingga plate benar-benar kering dan sejukkan. Barulah disimpan di tempat yg kering...

Thursday, March 21, 2019

Mee Hailam

Image may contain: food

What's for dinner mom.......mee hailam ajer.....sofiya request mee rebus tapi mana nak sempat buat mee rebus sbb tak plan awal....bahan pun tak berapa nak cukup....jadi ummi masakkan mee hailam....

Kalau ikut, mee ni ala kadar jer masaknya...bahan2 hiasan sume takde dan tak sempat nak hias, anak dah lapar, dan maghrib pun dah nak masuk....kena hidang dan makan cepat2....kusyuk jer tengok diorg makan...kira sedap ler tu...hhehehhe...

La ni anak2 tak berapa nak makan nasi.......kalau lapar pun mencari altenatif selain nasi....kesian kat ayahnya....org jawa yang suka kat nasi kena beralah ngan selera anak2. 😜😜😜

MEE HAILAM

200 gm daging (topside) – hiris nipis dan cuci bersih (boleh guna perencah lain seperti ayam, udang, sotong - ikut citarasa) (jumlah ikut citarasa - suka lebih perencah boleh masukkan sahaja)
1 labu bawang besar – di cincang halus
6 ulas bawang putih – di cincang halus
6 sb cili kering kisar
10 sb kicap
6 sb sos cili
4 sb sos tomato
2 sb tepung jagung – dibancuh dengan air untuk memekatkan kuah
air – kalau daging direbus dahulu gunakan air rebusan daging
Garam secukup rasa
400gm Mee kuning
Minyak untuk menumis

Image may contain: food

Sayuran pilihan

bunga kobis
sawi
lobak – dihiris
Tauge

Lengkapkan hidangan jika suka
Daun sup dan daun bawang
Bawang goreng
Cili jeruk
Limau nipis/kasturi

Image may contain: food

Cara2nya

Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. masukkan cili kering dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan daging dan gaul rata. Masak hingga daging berubah warna dan air daging keluar. Tambah air jika perlu dan masak hingga daging empuk.
Masukkan sos dan kicap. Biar mendidih seketika. Masukkan air tepung jagung. Biar kuah memekat.
Masukkan mee dan sayuran. gaul rata. Masak hingga sayuran empuk. Tutup api dan pimdahkan ke dalam mangkuk hidangan. Hiasas dengan daun sup, daun bawang dll jika suka. (boleh taburkan sedikit serbuk lada putih jika suka)

Image may contain: food and indoor

Wednesday, February 6, 2019

Grilled chicken olio oglio


Menu sarapan pagi di pejabat khamis lepas. Untuk mesyuarat peperiksaan.  Menu ringkas tapi yummy gitew.

Tempahan member ofis....2 versi, dengan ayam dan vegetarian.


Grilled chicken olio oglio

3 keping Dada ayam
4 sb Sos hoisin
4 sb Sos tiram
4 sb Sos nandos
Garam dan lada hitam secukup rasa

Gaul rata. Perap 30 minit. Bakar dalam oven. Setelah masak, hiris nipis. Ketepikan

Rebus pasta ikut arahan dipack.

1 labu bawang putih - cincang halus
Cili flake secukup rasa
Minyak zaiton secukupnya

Fresh parsley - cincang daunnya
Capsikum - potong ikut citarasa
Cendawan butang - hiris halus

Brokoli - celur dengab air garam selama 1 minit.  Angkat, tos dan rendam air ais.

Panaskan minyak zaiton. Tumis bawang putih dan cili flake hingga naik bau. Masukkan cendawan. Tumis sebentar. Masukkan pasta. Gaul rata. Masukkan capsikum dan fresh parsley. Gaul rata.  Tumis hingga capsikum masak. Jangan terlalu layu. Matikan api dan masukkan ayam dan brokoli. Gaul rata. Pindahkan ke dalam mangkuk hidangan. Taburkan parmesan cheese jika suka. Sedia dihidang.


Friday, September 21, 2018

Macaroni bakar dengan sos putih (bechamel sauce)


Ceritera 2 minggu lepas rasanya...lambat baru dan nak update....ni orang tempah untuk tetamu yang datang merisik anak daranya....jadi takde la nak nampak isi dalamnya....nak ambil gambar step by step pun tak terstep....sebab selain macaroni ni dia request set pulut kuning dan roti jala juga...


Baked Macaroni with White Sauce

Bahan-bahannya

untuk sos putih

5 sb tepung gandum
4 sb mentega
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam secukup rasa
3 1/2 cawan susu segar

Parutan keju mozarella dan cheddar secukupnya


Untuk daging

400 gm daging cincang
6 biji tomato (cincang @ kisar tanpa air)
1 biji bawang besar - cincang halus
5 ulas bawang putih - cincang halus
5 helai daun salam
1 sk oregano (flake)
1 sk parsley (flake)
Garam, gula dan lada hitam secukup rasa
1 biji cili benggala potong kiub
1 paket cendawan butang hiris nipis
1 batang lobak merah potong kiub
Minyak zaiton untuk menumis

3 cawan makaroni (rebus hingga lembut ikut arahan di pembalut)

Cara-caranya

Untuk sos putih

Cairkan mentega, masukkan tepung dan goreng hingga nampak buih2. Tuangkan susu sejuk dan kacau menggunakan whisk hingga sebati. Perisakan dengan garam, lada hitam secukup rasa. Kacau selalu supaya tidak bergumpal.

Masak hingga adunan memekat.

Untuk daging

Panaskan minyak didalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau dan sedikit keperangan. Masukkan daging dan masak lebih kurang 15 minit dengan api sederhana. Masukkan tomato dan perisakan dengan bahan2 lain dan garam, gula serta lada hitam secukup rasa. Biarkan mendidih dan tomato sebati dengan masakan. Tutup api, pastikan masakan tidak terlalu kering.

Sediakan loyang

Tuangkan daging hingga menutup loyang atas bekas yang digunakan. Kemudian tuang makaroni diikuti sos putih. Tabur permukaan sos putih dengan parutan keju.

Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180C sehingga permukaannya keperangan.



Thursday, September 20, 2018

Char kuay tiaw


The making of char kuay tiaw paste......anak2 request nak.makan char kuay tiaw yg ummi buat....apa specialnya char kuay tiaw ummi nih....apa lagi kalau bukan pes #homemade yang dibuat daripada rebusan udang segar dari laut.

Sebabkan itu anak2 kalau makan char kuay tiaw kat luar pun komen sedap lagi char kuay tiaw ummi. Ummi malas nak kopek udang...tu yang lamaaaaaaa sekali baru buatkan....itu pun anak2 bergotong royong kopek lebih sekg udang....malam ni buat pes jer....esok malam baru la dinner dengan char kuay tiaw yer nak.....



1 paket kuay tiaw tak cukup anak2 ummi kongsi 4 orang....bukan bdk besar pun....kecik2 jer... Paw pulak kuay tiaw ummi.....memang berbaloi buat....tengok diorg makan dengan penuh selera hilang penat ummi masak balik dari opis...baju kerja pun tak tukar lagi tau....:-))


Resepi Char Kuey teow @ ZLC

Bahan2Nya

200 g kuey teow ( @ ambil secekak untuk seorang makan )
1 sudu makan cili kisar (nak lebihkan sikit pun ok jer)
kerang/udang  (secukupnya - nak makan sendiri kot)
1 biji telur
4 sudu besar paste char kuey teow
Sawi/tauge/kucai

Cara untuk masak Kuey Teow

1. Tumis cili kisar hingga garing. Masukkan 4  sudu besar paste tadi.INGAT... !! api mesti mau besar aaa

2. Masukkan kerang dan udang yang telah direbus tadi. Nak sedap lagi tambah udang fresh.

3. Kemudian masukkkan 1/2 cawan air. Bila kuah mendidih barulah masukkan kuey teow, kucai dan taugeh.

4. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah di angkat. Kalau agak2 kering, tambahkan lagi paste char kuey teow tu. Ingat, tak perlu masak lama2 sangat, nanti kering kontang ler char kuey teow tu. Biar basah2 skit sbb kuey teow ni cepat meresap kuahnya.

Ni plak tips nak masak kuew teow sedap......

~ sediakan pes lebih awal sebelum menggunakannya....seelok2nya semalaman.

~Proses memasak kue teow ni dalam 3-4 minit saja… pastikan api kuat dan pergerakan pantas semasa memasak kuey teow ini!!!.

~kena masak satu2 baru sedap atau pinggan by pinggan. Maksudnya kat sini  kalau 2 orang makan 2 kalilah masak…. Char kuey teow memang tak sedap kalau masak dalam jumlah yg banyak!!




Pes Char Kuay Tiaw

bahan

200 gm udang ( lebih pun takpe )
250 ml air
4 ulas bawang putih dimesin/tumbuk lumat
6 sb sos tiram
3 sk kicap pekat
3 sb kicap manis
1 kiub pati ikan bilis /2 sudu besar petis– (saya guna ikan bilis yg dikisar halus - kemudian tapis)
2 sk garam ( jika sos tiram masin boleh kurangkan)
1 sb gula

Cara penyediaan pes

1. Rebus udang separuh masak. Kemudian asingkan kulit dan kepala udang tadi. Isi udang diketepikan dulu.

2. Kisar kulit dan kepala udang tadi, bersama air rebusan tadi, tapis dan ambil stoknya.

3. Campurkan stok udang dengan sos tiram, kicap manis, kicap pekat, bawang putih, garam gula dan kiub ikan bilis.

4. Reneh bahan paste tadi hingga agak pekat. Sejukkan seketika. Boleh simpan dalam petisejuk supaya tahan lama.

*** Paste ni seelok2nya sediakan lebih awal sebelum nak goreng char kuew teow. Katanya lagi sodapp la kalau sediakan awal2 dari masak waktu nak goreng char kuey teow tu.

Thursday, August 9, 2018

Pasta Cabonara


Menu 2 dalam 1.....inti popia cabonara diubahsuai menjadi kuah pasta. Anak2 suka...berkali2 makan. Dari breakfast sampai dinner....hingga menjilat pinggan katanya.

Diorg suruh saya buat lagi tapi anak2 saya ni kalau menu ulangan terlalu dekat nanti tak luak la jawabnya. Kalau nak ulang pun tunggu lama sikit. Sampai diorg dah lupa rasanya.


RESEPI POPIA CARBONARA CHEESE

BAHAN UNTUK INTI

4 keping dada ayam (dipotong kecil / cincang )
8  batang Crab Stick (hiris bulat)
8 batang sosej (hiris memanjang atau bulat)
1 pack (200gm) Cendawan butang (dicincang)
1/2 biji Capsicum (dipotong dadu kecil)  (Optional)
Serbuk lada hitam secukup rasa
1/2 sk italian spice
Garam secukup rasa
2 sb Tepung gandum
2 cawan Susu ( Full Cream/ Cair )
Air secukupnya
Cheddar cheese secukupnya (nak letak banyak mana terpulang citarasa)
1 biji Bawang besar*
5 ulas Bawang putih*
(* bahan ni dicincang halus)
Sedikit Minyak dan mentega untuk menumis

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Panaskan minyak dan mentega.
2. Kemudian tumis bawang putih dan merah.
3. Bila bawang telah naik bau, masukkan isi ayam dan cendawan. Tumiskan seketika.
4. Kemudian  masukkan sosej.
5. Kemudian letak tepung utk pekatkan kuah.
6. Kemudian masukkan susu dan keju (yang dipotong kecik2). Tambah air ikut kepekatan kuah yang diingini.
7. Masak sekejap sampai kuah pekat. Perisakan dengan serbuk lada hitam, italian spice dan garam secukup rasa.

8. Sebelum tutup api masukkan crab stick.tujuan masukkn kemudian supaya tak hancur. Hidangkan dengan pasta pilihan.

Tuesday, August 7, 2018

Kerabu Maggi Thai


Sarapan.....kerabu megi ala thai.......lama dah beli megi thai ni......sebulan lebih gamaknya.....masa tu satu opis semangat nak buat kerabu megi.... Saya ni tertangguh sebab macam2 hal....stok sea food pun takde....buat yang ni pun takde udang....semalam lupa nak menjengah masa beli barang kat supermarket. Takpe la apa yang ada. Saya buat tak banyak sayur....nanti anak2 susah nak makan.....terkuis2 ketepikan sayur . Kacang panjang saya hiris nipis....serai saya ketuk jew.....daun ketumbar pun sama kena hiris kecik2....bawang guna ciput jew....lain kali nak wat dua versi.....versi anak2 riang dengan versi mak bapak....baru puas...

Resepi olahan dari sumber mr google yang budiman...



RESEPI KERABU MAGGI ALA THAI

* tiada sukatan bahan sebab untuk kerabu ni terpulang pada citarasa nak banyak mana....yang suka makan sayur boleh lebihkan kuantitinya...begitu juga sebaliknya.

BAHAN-BAHAN

Maggi Thai
Crab stick
Sotong
Udang
Tomato (dipotong dadu)
Serai (dihiris halus) - saya ketuk jew sebab nanti anak2 tak suka tergigit serai tu
Bunga kantan (dihiris halus)
Kacang panjang (dihiris halus)
Lobak merah - (hiris lidi)
Cili padi (hiris halus)
Daun ketumbar (dihiris halus)
Daun limau purut (dihiris halus)
Lemon/limau nipis/limau kasturi (diperah)

CARA-CARA

1. REBUS / CELUR

Pertama sekali, rebuskan maggi terlebih dahulu. Bila dah agak-agak lembut sedikit, masukkan celurkan udang / sotong & crab stick.

2. MASUKKAN BAHAN-BAHAN LAIN

Seterusnya, masukkan bahan-bahan lain seperti cili, serai, tomato, daun ketumbar, daun limau purut, bunga kantan, dan kacang panjang yang dihiris halus.

3. PERAH LEMON/limau nipis/limau kasturi

Untuk mendapatkan rasa masam-masam yang ‘kaw’ tambahkan sedikit perahan lemon.

4. BUBUH PERENCAH

Akhir sekali, guna perencah maggi Thai dan gaulkan semua bahan hingga sebati. Tak perlu tambah apa-apa lagi dah sebab ia memang dah secukup rasa.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...