Monday, July 7, 2014

Sambal kering tempe

Sambal kering tempe ni saya buat untuk kudapan dan lauk tambahan....makan dengan nasi panas. Sambalnya tu kalau nak lebihkan pun boleh.....saya tak buat pedas dan sambalnya banyak sangat sebab anak2 nak makan.
bahan2nya

10 keping tempe - potong nipis
2 cawan bilis - basuh, tos dan jemur supaya betul2 kering
1 - 2 cawan kacang - basuh, tos dan jemur supaya betul2 kering
minyak untuk menggoreng
 -------------
Goreng hingga garing dan rangup, toskan minyak, ketepikan

Bahan sambal

*20 biji bawang merah
*10 ulas bawang putih
*30 biji cili kering (boleh tambah/kurangkan ikut kesesuai pedasnya)
Garam dan gula secukup rasa (gula lebihkan sikit supaya ada rasa manis2)
4 sb cuka kurma (saya guna cuka ni, kalau takde boleh guna cuka biasa atau air asam jawa)
Minyak untuk menumis

Kisar * hingga lumat. Panaskan minyak. Tumis * hingga pecah/terbit minyak. Masukkan garam, gula dan air asam. Tumis sambal hingga airnya betul2 kering. (Sentiasa kacau supaya sambal tak hangit.) Tutup api.
Toskan minyak yang digunakan untuk menumis sambal. Masukkan bahan2 yang digoreng di atas. Gaul rata. Simpan dalam bekas kedap udara.

(Sambal perlu ditumis hingga betul2 garing dan bebas air serta ditoskan minyaknya supaya bahan2 yang digoreng tak lemau dan sambal tahan lebih  lama.)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...