Wednesday, July 9, 2014

Roti perancis tuna bakar

Ni menu sahur pagi ni. Idea dah takde nak masak apa.

Bahan2nya

1 batang roti perancis - potong 1 inci serong
1 tin tuna (dalam air garam)
2 sb mayonis
Sedikit perahan limau/lemon
garam secukup rasa
1 biji cili merah/5 biji cili api - hiris
1 biji bawang holland - hiris
5 keping keju cheddar
kalau suka hirisan daun ketumbar/basil/daun bawang - saya tak letak sebab anak2 tak suka
Mentega secukupnya.

Tos dan perahkan air tuna. Masukkan mayo, perahan limau dan garam. Gaul rata.. Sapu roti dengan mentega. Letakkan tuna, hirisan bawang, cili, daun2 dsn akir sekali cheese.

Bakar dalam oven hingga cheese cair dan roti garing skit.
Hidang ketika panas.
(Saya guna magic pan. Bakar dengan tutup covernyer)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...