Tuesday, July 22, 2014

Kek kurma

Sesi mengurangkan stok kurma bulan posa.....resepi dari JB saya gunakan untuk kek ni. ternyata sedap....macam kek buah....

KEK KURMA

Bahan-bahan :

200 gm kurma
100 gm kismis/mix fruit
175 gm tepung gandum (ayak)
1 tsp baking powder (ayak)
1/2 tsp soda bicarbonate (ayak)
150 gm butter
125 gm gula halus
3 biji telur
1 tsp asen vanilla
1/2 cawan susu segar atau air

Cara :
1. Buah kurma dibuang bijinya dan direndamkan ke dalam air/susu. Kemudian kukus seketika sehingga kurma lembut. Setelah lembut, keluarkan dari kukusan dan lenyek(tak perlu terlalu hancur..)- saya tanakkan atas api sampai didih jer)
2. Pukul butter dan gula hingga kembang.
3. Masukkan telur satu per satu dan teruskan memukul hingga kembang. 

****untuk step 2 dan 3, jgn pukul terlalu lama nanti kek jadi kering.

4. Tambahkan asen vanila.. gaul rata.
5. Masukkan buah kurma yang dilenyek tadi. Kacau rata hingga sebati.
6. Masukkan kismis ke dalam tepung dan kemudian masukkan tepung bersama kismis ke dalam adunan. Gaul dengan spatula hingga sebati.
7. Masukkan adunan ke dalam loyang pembakar yang telah digris, dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C selama 45 minit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...