Thursday, July 31, 2014

Ikan masak tempoyak

Dah berapa hari ni dok makan lemang ketupat, nasi arab bebagai, arini kita tukar selera.....masak tempoyak pulak...ada pulak sepat goreng yang rangup macam keropok tu....pergh....

Sekilo ikan....yg ni guna ikan pelaling....kalau belanak pun sedap...
3 senduk tempoyak
3 biji cili merah + 15 biji cili padi
2 inci kunyit hidup
2 batang serai - dititik
Garam secukup rasa
Boleh masukkan tomato, bendi, timun tua, kulit tembikai....ikut citarasa
kalau ada daun pepijat - sedap kalau letak
takpun letak la skit daun kesum
Air dan garam secukupnya

Tumbuk cili dan kunyit hidup hingga lumat....
Satukan semua bahan dalam periuk. Masak hingga mendidih dan ikannya masak......dah siap....tak payah kupas bawang pun....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...