
ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Thursday, August 9, 2018
Homemade cheesy potato wedges
Anak2 ribena ummi tak sihat secara berjemaah.....request nak makan cheesy wedges....yang ada kentang kampung jer....russet potato takde stok kat umah.....nak ke supermarket beli malas la pulak....guna jer la apa yang ada...
Wedges homemade
Kentang Russset (guna kentang biasa pun boleh cuma tak gebu macam kentang russet kejadiannnya nanti)
1 biji telur
*Tepung gandum + serbuk paprika + garam
Kupas kentang dan potong bentuk wedges. Basuh dan gaul dengan telur
Satukan * dan gaul rata. Salut kentang dengan tepung. Goreng api perlahan hingga keperangan.
Monday, April 30, 2018
Homemade Popcorn
Dah lama anak2 minta buatkan popcorn. Nak jual kat sekolah katanya. Tapi ummi entah la kenapa selalu rasa kepenatan yang teramat. Badan letih lesu nak melayan permintaan anak2 yang satu ini.
Petang dua minggu lepas akhirnya siap la juga kudapan untuk anak2.....yg mudah2 jer....lama dah tak memopkon....beli corn beannya dah berbulan.......sib baik la tak tumbuh pokok jagung kat stor tu......kalau tidak menu bubur jagung la pulak kita yer....😀. Teruja anak2 dengan kengkawan makan popcorn homemade ni.
Salah satu hidangan semasa majlis besday anak2. Popcorn kaler pink.
POPCORN
1/2 cawan biji jagung kering (boleh beli di pasaraya atau kedai2 runcit)
1/2 cawan minyak
Masukkan kedua2 bahan ke dalam kuali besar. Tutup dengan talam besar. Pasangkan api sederhana. Biarkan hingga bunyi letupan berhenti. Tutup api dan buka tudung. Pindahkan popcorn ke dalam bekas.
1/3 cawan gula (ikut citarasa, kalau nak lebih manis boleh tambah gulanya)
Pewarna (saya guna bentuk paste, atau lebih elok guna bentuk serbuk)
1 sb mentega
Dalam kuali yang sama cairkan gula dengan api sederhana kecil. (Saya masukkan paste terus semasa proses mencairkam gula) Masukkan mentega dan pewarna (kalau guna serbuk). Gaul hingga mentega cair dan perwarna sebati serta masukkan popcorn tadi. Gaul rata cepat2 jangan sampai gula hangus. Setelah rata, tutup api, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap.
Wednesday, April 18, 2018
Cendawan Enorki Goreng Rangup
Selain sebagai hidangan sampingan dengan lauk pauk yang lain ianya sesuai juga dibuat kudapan dikala petang sambil sediakan dinner........Cendawan enorki goreng rangup.... memasak sebagai terapi stress paling winnnnn. Masak jer tau....makan jangan....hahhaha
Resepi cendawan goreng @ ZLC
3 pack cendawan enorki
*2 biji telur
*1 sk serbuk lada hitam/putih
*Garam secukup rasa
*serbuk bawang putih (optional)
ayak
2 cawan tepung gandum
3 sb tepung jagung
Gaul rata
Cara2nya
Potong hujung cendawan ernorki. basuh dan toskan sebentar. Kemudian gaulkan cendawan dengan bahan adunan bahan *.
Bila dah sebati gaulkan dengan adunan tepung dan kirai2 je cendawan tu. Semasa menggoreng. Gunakan minyak byk dan gorengan jgn dikacau. Biarkan sehingga ia garing dan kacau sekejap sebelum diangkat. Api jgn terlalu marak, sederhana saja. Angkat dan toskan.
Sos cicah simple tapi sedap
10 biji cili masak (boleh guna cili padi masak atau cili besar atau kombinasi)
2 ulas bawang putih
1 sb cuka
1 cawan air
gula dan garam secukup rasa
Kisar semua bahan hingga hancur. Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih. (masukkan 1 sk tepung jagung yang dibancuh dengan 5 sb air jika ingin memekatkan sedikit sos)
Monday, December 4, 2017
Kerepek Pisang Nangka Abang Sado JJ
Kerepek Pisang Abang Sado JJ
Mudah jer buatnya....(Mudah lagi memakannya...hehehehe)
1- Mula-mula pisang dibuang kulitnya...
2- Kemudian sagat terus dalam minyak panas.
3- Goreng hingga separuh masak....kemudian masukkan air garam secukup rasa....
4- Gaul rata dan terus goreng hingga garing.
5- Angkat....toskan minyak dan sejukkan.
6- Dah sejuk bolehlah simpan dalam bekas kedap....kalau tak abis dimakan....hehhehe....
senang jerkan....dan yang paling senang jadi tukang peghabih......tau2 dah siap masak jer.
![]() |
Ada rupa kuih kasturi tak....hahahahaha.....malas nak edit.....abaikanla kesalahan hamba. |
Tuesday, October 10, 2017
Biji nangka dan cempedak rebus
Kudapan orang kampung macam saya ni....masa kecik2 dulu. Asal makan nangka ngan cempedak jer bijinya kumpul....rebus empuk pastu masukkan garam dan gula.
Saya rebus tukar air dua tiga kali untuk hilangkan getahnya...kalau tak buat camtu bila makan nanti getahnya melekat kat lelangit...
Rasa apa erkkkk biji nangka/cempedak rebus ni????? Sedap....macam makan buah berangan yang mahal tu. Cuba la....kalau tak nak makan macam tu saja boleh jugak dimasak dengan gulai tempoyak, masak lemak atau kari.
Friday, January 13, 2017
Ngaku aka arrowhead chips
Makanan bermusim. Musimnya bila tiba raya cina.....kalau tidak tak pernah jumpa. Minggu lepas kebetulan singgah pasaraya nampak buah ni banyak, tengah offer dari RM8 lebih jadi RM3 lebih jer. Apa lagi, saya pun ambil la kesempatan beli dua kilo...itu pun berebut-rebut dengan kaum cina yang memang dah lama menggunakan buah ngaku ni dalam masakan.
Lepas la ngidam....setahun sekali jer kot buah ni muncul....usahakan juga la mengupasnya....berbaloi la juga, dapat satu balang selepas berjam2 mengupas kulitnya sambil menonton tv....hehehhe. Korang cuba la.....kalau miss tahun ni kena tunggu musim akan datang...
Sunday, August 21, 2016
Sira buah cermai
Projek mengutip cermai dari pokok yang ditanam di kawasan surau. Buahnya dah mula lebat tapi tak ramai yang pandai nak.mempelbagaikan kegunaannya. Banyak buahnya berjatuhan di tanah....sayang kalau tak dibuat sesuatu. Sebelum ni ada ahli kariah yg jadikan jeruk. Bila saya pegi semalam buahnya masih banyak bergayutan. Saya petik buah yg dah tua. Dapatlah setengah besen.

Balik ke rumah terus saja saya proses untuk jadikan manisan dan bawa ke surau yg kebetulan ada majlis ilmu. Boleh la ahli kariah lain merasa hasil tanaman di surau tu.
Idea nak buat ni saya google kat tenet. Jumpa idea nak menyira ni dari blog suri solehah. Memang berbaloi buat....rasanya masam2 manis dan boleh leka memakannya.
Sira buah cermai @ ZLC
1/2 besen Buah cermai - basuh bersih. Rendam dengan air himgga tenggelam semua buahnya.
Masukkan 1 sk kapur masakan dan gaul rata. Biarkan semalaman atau 6 - 8 jam. Bersihkan dan toskan.
Dalam kuali satukan cermai, 1 1/2 cawan gula dan sedikit garam. Masak himgga air yg keluar dari buah cermai kering dan gulanya memekat serta warna cermai berubah kemerahan. Tutup api.
Sejukkan. Sedia dimakan.
Saturday, February 20, 2016
Mangga dan serbuk asam kulit limau
Tuesday, January 26, 2016
Kentang Senyum Homemade
Resepi dan gambar ni anak saudara saya Norliyana Ihsan yang buat. Menarik untuk anak2....pasti diorg sukakan...kalau yg dibeli siap selain ada pengawet dia jugak disalut dengan lelemak....ermmm jom kita buat...
Kentang senyum @ ZLC
3 biji kentang - Rebus smpai empuk dan lenyek hingga halus mcm nak buat mash potato tu.
Campurkan
3sb tepung gndum,
3 sb tpg jagung
garam halus secukup rasa
Uli sebati hingga jadi doh lembut. Ambil sedikit doh, bulat dan leperkan. Untuk buat mata dan mulut, guna hujung sudu.
*****boleh tambah sedikit tepung jagung sekiranya adunan lembik memandangkan saiz kentang yg digunakan mungkin berbeza.
Sunday, December 20, 2015
Popcorn lagi - Demo @ Ar Raihan
Thursday, December 17, 2015
Popcorn Ayam Rangup
2 ulas bawang putih| dikisar (boleh tambah bawang merah jika suka)
½ sudu teh garam
¼ sudu teh serbuk lada hitam
½ cawan tepung (saya guna gandum - boleh guna tepung jagung juga)
2 ½ cawan emping jagung | dikisar kasar (saya guna mini cornflake yang boleh dibeli dari kedai bahan bakery) - kalau tak mahu guna emping jagung boleh ganti dengan nestum, oat atau serbuk roti
¼ sudu teh paprika (boleh ganti serbuk cili atau serbuk kari)
¼ sudu teh serbuk lada sulah (pilihan)
¼ cawan mentega
2 biji telur | dipukul
3 cawan minyak masak
Thursday, October 29, 2015
Popcorn
Pepagi lagi dah kedengaran bunyi letupan2 kecil di dapur ummi...nasib baik bunyinya lembut2 jer gitu kalau tidak mau bomba ke polis sampai depan rumah....kikiki.
Anak2 bukan main seronok ada popcorn kaler hijau....masing2 sibuk cari bekas nak tapau pegi sekolah.....yg dok sibuk nak jual kat kengkawan pun ada.
POPCORN
1/2 cawan biji jagung kering (boleh beli di pasaraya atau kedai2 runcit)
1/2 cawan minyak
Masukkan kedua2 bahan ke dalam kuali besar. Tutup dengan talam besar. Pasangkan api sederhana. Biarkan hingga bunyi letupan berhenti. Tutup api dan buka tudung. Pindahkan popcorn ke dalam bekas.
1/3 cawan gula (ikut citarasa, kalau nak lebih manis boleh tambah gulanya)
Pewarna (saya guna bentuk paste, atau lebih elok guna bentuk serbuk)
1 sb mentega
Dalam kuali yang sama cairkan gula dengan api sederhana kecil. (Saya masukkan paste terus semasa proses mencairkam gula) Masukkan mentega dan pewarna (kalau guna serbuk). Gaul hingga mentega cair dan perwarna sebati serta masukkan popcorn tadi. Gaul rata cepat2 jangan sampai gula hangus. Setelah rata, tutup api, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap.
Saturday, October 3, 2015
Jeruk mangga muda/kedondong/betik asam boi
Kebetulan ke pasar cari mangga masam untuk dibuat acar teruslah merajinkan diri buat jeruk juga...Tahun lepas jeruk ni jadi viral...sampaikan jadi biz online... kat facebook boleh katakan sentiasa ada post pasal jeruk ni.... Tahun ni dah tak glemer...tapi sesekali sedap juga dimakan..
Jeruk mangga muda/kedondong/betik asam boi
Bahan2nya senang jer
Mangga muda/kedondong/betik pun boleh tapi yg belum lembik tu (potong/hiris)
garam
gula
asamboi
cili padi yg dihiris
gaul semua dan perap 4 - 5 jam sebelum dimakan....kalau lama lagi pun sedap.
Thursday, July 2, 2015
Agar-agar Kering
1300 ml air
150 gm gula batu - diketuk halus
1200 gm gula pasir (saya kurangkan jadi 1kg jer)
Pewarna makanan (ikut citarasa - kalu tak letak pun tak apa)
Tuesday, June 16, 2015
Kuah rojak @ garam belacan
Thursday, April 2, 2015
POPCORN KARAMEL SUSU
Resepi dari Aleen Aireish yg dipublish di fb saya cuba pulak kali ni. Suka anak2 sbb ada rasa susu tu kot....hehehe. Happy ummi kena puji popcorn ummi lebih sedap dari yg dibeli....kembang kempis hidung nih....
POPCORN KARAMEL
Bahan-bahan untuk PopCorn :
2 sudu besar margerine
2 genggam jagung kering [bertih jagung]
Cara-cara :
- sediakan kuali/periuk agak besar , cairkan margerine, masukkan jagung kering, gaul sekata. Tutup kuali/periuk dgn penutup yg sesuai, tunggu sebentar.. akan kedengaran pop pop pop berdendang, siap.. ketepikan..
Bahan Karamel :
2 sudu besar margerine
6 sudu makan gula pasir
2 sudu makan susu pekat
Cara-cara :
- masukkan margerine & gula ke dlm kuali/periuk, sambil kacau2 biarkan mencair, api kecil je hati2 jgn hangus nanti pahit
- masukkan susu pekat manis, kacau sebati, tuang atas popcorn gaul rata. (Saya tuang popcorn dlm kuali karamel dan gaul rata)
- letak atas loyang yg dilapik baking paper, bakar sekejap popcorn karamel tu tadi supaya lebih rangup.
Monday, March 9, 2015
Onion Ring

RESIPI ONION RING
2 biji bawang kuning (Holland) yang besar,
kopek kulit dan dihiris bulat tebal 1/2".
Pisahkan gelungnya satu persatu.
- 1 biji telur.
- 1 sudu kecil garam.*
- 1/4 sudu kecil serbuk cili.*
- 1/8 sudu kecil serbuk lada hitam.*
- 1/4 sudu kecil serbuk bawang (kalau ada).*
- 1/4 sudu kecil serbuk bawang putih (kalau ada).*
- 1 sudu kecil baking powder.
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan air..kalau pekat boleh tambah lagi.
Nota: air digunakan untuk bancuhan boleh digantikan dengan air soda / soda water tanpa pemanis dan rasa (dlm tin) untuk keputusan yg baik. Mamak Haji gun air biasa saja.
1. Panasakan kuali masukkan minyak secukup, Minyak perlu panas (350F) sebelum mula goreng.
2. Sediakan tepung jagung dalm 1/2 cawan sebagai pengering bawang. Masukkan dlm tepung jagung gelang bawang, lepas itu masukkan dalam adunan tepung goreng. Hindarkan lelehan lebih dan masukkan dalam minyak panas.
3. Kepanasan minyak perlu kawal selalu supaya suhunya tidak naik. Kalau panas kecilkan api dapur. Gorengan ini memakan masa cuma 5 minit saja.Terbalikkan gorengan. Bila kedua bahagian bawang telah masak sempurna kelaurkan dan letak diatas kertas kitchen towel utk keringkan minyak berlebihan.
4. Gorengan perlu masukkan satu persatu gelung bawang dan jangan terlampau banyak masukkan. Goreng batch by batch (4-5 batch).
5. Hasil gorengan itu taburkan sedikit garam dan serbuk lada putih boleh lah nikmati dengan cili sos.
6. Kalau goreng guna serbuk roti atau bread crumb ..lepas celurkan dgn adunan tepung masukkan dalam serbuk roti. Jangan goreng terus biarkan serbuk roti menyerap air adunana tepung dan kering sekurang-kurangnya berada 30 minit di atas grill tray. Baru lah goreng yea..