Friday, July 4, 2014

Kek pandan susu kukus

Saya suka sangat kek pandan. Tu la tak sabar nak buat kek ni. Mula asal nak buat malam tadi. Tapi lepas siap cuci lauk pauk yg dibeli kat pasar sungai yu tu langsung cancel. Badan dah tak larang.
Pagi ni teruskan hasrat. Sok dah start posa. Kiranya kek sempena ramadhan la ni....
First time guna acuan ni untuk kukus kek. Saya dah sapu minyak tapi masih melekat jugak sikit.....
satu lagi masa tengah kukus kek ni gas habis.....panjang doa supaya kek tak bantat.....tapi alhamdulillah la ok...gebu jer walaupun proses masaknya ada masalah....


Kek pandan santan/susu- kukus
Adaptasi resepi Ayang Haziq

2 cwn tepung
1 cwn gula
2 biji telo size A
2 sudu besar susu isian pekat manis bukan krimer ya
1 cwn minyak masak
3/4 cwn air pandan dan sedikit perwarna hijau
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalett
Secubit garam

Blend semua sekali kecuali tepung
Lepas blend masuk dalam bekas tepung kacau bagi rata
Saya bahagi dua adunan, satu tambah kaler hijau dan satu lagi merah.
Kukus dalam 40 minit
** acuan tuh disapu mnyk sikit...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...