Wednesday, February 20, 2013

Kek choc moist chef zubaidah

Sesekali cuba buat kek coklat guna resepi lain....bahan dan caranya lebih kurang sama dgn yg pernah dibuat sebelum ni cuma sukatannya berbeza...boleh tahan....kalu guna coklat yg branded mesti lagi best.....ni cnp dari hasue...

Akak buat dua bancuhan...satu utk besday anak buah, satu utk mkn kat umah...deco simple2 jer

Bahan-Bahan

**100 gm serbuk koko
**1 tin susu  cair
**200 gm minyak masak/butter cair
**250 gm susu pekat
250 gm gula kastor - akak letak ke 160 gm saja
4 biji telur - pukul hingga berbuih
150 gm tepung gandum
1st soda bikarbonat
1 st baking powder

Cara-Cara
Campurkan kesemua bhn bertanda ** dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak.
Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn mixer. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati.
Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
Atau bakar dgn selama 45 minit dgn suhu 170° (ikut oven memasing).
Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing @ ganache.

Bahan2 Simple Chocolate Ganache:
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
1 sb butter/margerin/minyak masak
*kacau semua bahan atas api kecil hingga likat dan larut sepenuhnya.

Nestum Chocolate Chip Cookies

Tq wa sudi share resepi ni...rangup n mudah jer buatnya....yg step last tu yg suruh simpan peti sejuk sekejap tu akak tak buat....akak simpan dlm perut jer...hehehe..

ni resepi cookies tu..

Nestum Chocolate Chip Cookies

Bhn A:

1 1/2 cwn tpg naik sendiri
1/2 sudu teh bkng powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
(all the above ayak bersama)
1 cwn nestum
1 cwn choc chip

Bhn B:

150gm butter
120gm gula castor
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila

Cara2nya

Mix together bhn A, put aside. Mix Butter & gula sampai kembang, then masukkan telur & esen vanila. Bila dh sebati, bleh la masukkan bhn A & mix together. Bulat2 kn & tekan ngn garfu. Bakar pf temp around 180 C lbh krng 20 mins, depend on oven masing2..

Tips:-
1. simpan adunan dlm fridge dulu supya cookies lbh ranggup
selamat mencuba

Tuesday, February 19, 2013

Roti sosej pintal

Semalam anak sulung bawa balik seketul roti sosej. Punya la suci hati anak ummi ni, dia potong roti tu n share dgn adik2 yg bertiga tu...kesian pulak ummi tengok....

Mlm tu juga ummi google resepi n jumpa yg berkenan kat blog from bakery to embroidery...terus mula projek balik keja tadi....hopefully anak2 ummi suka ye....

Bahan2 - tuk doh
190ml air - akak guna air suam
400gm tepung roti
5tbsp gula kastor
1tsp garam
2tbsp susu tepung
1 biji telur
2 tsp yis
60gm butter
1/4 tsp pelembut roti - saya guna 4 sb water roux

Bahan2 lain

12 batang sosej
Sos cili secukupnya
Cheese secukupnya
Mayonis secukupnya

Cara2 -

1. Campurkn yis ngn separuh air suam dlam sebuah cawan.
Masukkn sedikit gula. Biar seketika hgga yis berbuih.
Masukkn bahan2 kering ke dalam mangkuk. Masukkn  marjerin & kacau hgga sebati - tepung akan membentuk butir2 kecik.
Masukkn telur & kacau.  Masukkn air yis ke dalam mangkuk sedikit demi sedikit sambil adunan diuli. Uli hgga mendapat adunan yg x melekat dkt jari. Jika air yis x cukup, leh gunakn air suam lebihan td. Pastikan masukkn air sedikit demi sedikit. Masa buat ari tu, akak x guna abis air tu. Bila dh dpt doh yg licin, bahagikn doh kepada 12 bahagian & bulat-bulatkn. Masukkn semula doh yg bulat2 tu ke dalam mangkuk & tutup ngn apa2 penutup. Biar selama 20minit. 

Selepas 20min, amik sebiji doh & canai cam nk buat karipap.
Pastu, amik sebatang sosej & letakkan di salah satu hujung doh. Then gulungkn doh hgga menyaluti sosej.

Amik pisau & hiris2 doh td tp jangan sampai putus plak.

Ikut la brapa bnyk hirisan tu yg u all nk. Klau bnyk hirisan dia, roti yg terbentuk pn akan jd panjang..

3. Bila dh abis hiris, tolak hirisan tu ke kanan & ke kiri secara selang-seli. Nnt dapat la bentuk kat atas tu. Tekan ckit permukaan dia, jgn kuat sangat plak.. Pastu amik doh yg lain & ulang Langkah 2 & Langkah 3 ni.

Buat hgga semua doh habis. Biar roti selama 40minit. Lepas 40minit, sapukan sos cili di atas permukaan roti & taburkn cheese 4.

Bakar pada suhu 170-180'C selama 12minit @ hgga roti masak sepenuhnya. Pastu bleh la mkn panas2. Nota : Panaskn oven dlu sblm masukkn roti dlm oven.

Saturday, February 16, 2013

Chocolate Chip Pancake Tok Aba

Menu ni request daripada anakanda.....terpengaruh dgn kokotiam tok aba yg buatkan pancake utk breakfast boboiboy and the gang....sedapnya....lembut dan gebus jer....makan dgn madu dan strawbery syrup....

2 cwn tepung gandum***
1 st gula***
1 st baking powder***
1 st sodiom bikarbonat***
1 st garam***
2 biji telur asingkan putih dgn kuningnya
11/2 cawan susu
1/4 ketul mentega
1/2 cwn cip coklat
1 st esen vanila

---------
Dalam satu mangkuk, mskkan bahan ****
Dlm bekas lain, pukul putih telur hingga kembang.
Campur kuning telur dan susu, kacau sebati.
Masukkan sedikit mentega dan adunan susu ke dalam tepung. Kacau sebati.
Masukkan chip coklat dan kacau sebati.
Panaskan kuali dan sapu sedikit mentega.
Tuang adunan dan msk hingga keperangan dgn api sederhana.

Friday, February 15, 2013

Pandan Loaf/Roti Pandan

Resepi dari dapur kak yah ni memang cemerlang....lain kali boleh buat lagi.... Inti tu boleh divariasikan dengan kacang merah, peanut butter, lempuk....kalau tak letak inti pun ok.....

500gm tepung roti(high protein)
240ml air daun pandan
2 sudu besar madu
2 sudu besar susu tepung
3 sudu besar gula
1 biji telur(dipukul guna garfu dan guna sebahagian aja)
4 sudu besar shortening(lemak sayur)
3 sudu kecil yis
1 sudu kecil garam
4 sudu besar water roux
(cara buat water roux= 50gm tepung gandum dicampur 250ml air dimasak hingga pekat dan sedikit mendidih angkat dan sejukkan dan dapat 8 sudu besar)

Inti Kelapa

Kelapa parut dimasak dengan gula, daun pandan, beberapa kuntum bunga cengkih dan dimasukkan sedikit pewarna hijau. Masukkan juga sedikit air. Masak seperti hendak membuat inti ketayap.

Cara Membuat adunan roti
1.Masuk semua bahan tersebut dan kalau guna BM ikut mengikut aturan BM(bread Maker).
2. Kalau guna BM tekan On untuk bread dough dan bila sudah siap boleh ke aturan 4.
3. Kaedah tangan. Uli semua bahan tersebut hingga tak lekat ditangan(masa menguli tak sampai pun 5 minit). Selepas itu masukkan ke dalam plastik adunan tersebut dan digolek-golek atas permukaan meja contohnya sehingga lebih kurang 5 minit atau adunan nampak elastik. Keluarkan adunan itu dari plastik dan ulilah semula dan biar jadi bulat. Simpan adunan dalam bekas tertutup atau tutup dengan plastik raping selama 40 minit(kalau boleh letak tempat yang terkena cahaya matahari). Biarkan naik 2 kali ganda dari saiz asal.
4.Keluarkan adunan dan ditumbuk-tumbuk adunan yang kembang tadi dan diuli biar jadi bulat semula dan bagikan kepada beberapa ketulan kecil dan bulatkan. adunan.dan biarkan selama 10 minit.
5. Masukkan inti kelapa manis pada setiap adunan tersebut dan susun dalam bekas yang telah disapu margerin dan dialas kertas kek(biarkan sedikit berjarak). Biarkan seketika selama 20 minit.
5. Panaskan oven 180 - 200C dan sebelum dimasukkan kedalam oven sapukan permukaan roti dengan lebihan telur tadi yang telah dicampur dengan sedikit susu segar/susu cair dan ditabur dengan biji bijan. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak. Sapu permukaan atas roti dengan margerin dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas tertutup atau

Roti naik johor

Resepi dari dapur tiffin biru...gebu macam mat gebu.....hehehe.....tq ye mat...akak cnp jer....

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 g tepung roti
100 g tepung Hong Kong (guna tepung gandum jer)
250 ml air (buang 2 sb) + 2 sb susu pekat
50 g susu tepung
4 sb water roux (25 gm tpg gandum dimasak hingga likat dgn 125 ml air) - saya tambah
180 g gula perang (brown sugar) - saya letak 150 g jer
100 g mentega
11 g yeast segera
1 camca teh esen vanilla
Beberapa titik pewarna kuning

CARA MEMBUATNYA :-)
Satukan semua bahan2 di atas dalam satu
bekas besar, kecuali mentega. Uli hingga menjadi doh, masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang kenyal. Bulat2 kan doh dan biar 45 minit atau naik.
KAEDAH LAIN :-
Masukkan semua bahan tadi ke dalam Breadmaker dan pilih setting untuk "doh". Tekan on dan tunggu hingga siap. Tumbuk doh untuk membuang udara, bahagikan kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam tin yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar kan 1 jam atau hingga naik. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 15 - 20 minit. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven. Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidang....
CATATAN MAT GEBU :- Tips dari "Kak Pah JB"....kak pah kata, kalau guna susu pekat manis roti lagi halus dan roti ni teknik dia tak sama dengan roti bun, jadi sesiapa nak cuba tu, tak payah guna langkah tumbuk doh untuk buang udara tu......

Tuesday, February 12, 2013

Chocolate & apple cake

Resepi ni saya cnp daripada Rosie bake a peace of cake...memenuhi permintaan en hubby nak bg jiran yg celeb cny.....buat 1 1/2 bancuhan.....kali ni guna cream cheese frosting yg ada dlm peti tu dgn white choc frosting....deco simple2 jer.

Chocolate & Apple Cake

Ingredients

250g (9 oz) Plain flour
25g (1 oz) Cocoa
1 tsp Baking powder
1 tsp Bicarbonate of soda

100g (4 oz) butter, softened
250g (9 oz) Caster sugar (kurangkan ke 200g)
2 Eggs
A few drops of Vanilla Extract
175 ml (6 fl oz) Milk
2 Cooking Apples, peeled, cored and grated

Icing
450g (1 lb) Icing sugar, sifted
25g (1 oz) Cocoa
50g (2 oz) butter, softened
90 ml (3 fl oz) Milk

Method

Preheat oven to 180C/350F/Gas 4.
Grease a 20cm (8 in) square cake tin.
Sift the flour, cocoa powder, baking powder and Bicarbonate of soda.
Put the sugar and butter into a bowl and beat until light and fluffy.
Whisk in the eggs, one at a time. Fold in the flour mixture and lastly add the grated apple and milk.
Spoon into the tin and bake for about 1 hour or until cooked. When cake is cold, make the icing by beating all ingredients together, spread over the cake and make a swirly pattern and pop on some chocolate drops.

Monday, February 11, 2013

Kek pisang choc chip...

Resepi Mat gebu selalu jadi pilihan...sbb selalunya tak mengecewakan. Kali ni saya adjust skit, stok choc rice takde, saya ganti dgn choc chip...esen pisang pun tak letak...nyaris2 nak rentung sbb silap letak temp 220°C.....perasan 15 minit dah bau mcm nak ha......

BAHAN-BAHANNYA :-)

150 gram mentega atau marjerin (kalau guna marjerin rasa lain sikit)
200 gram tepung kek*
1/4 camca teh soda bicarbonat*(*disatukan dan diayak)
100 gram gula perang (resipi asal 150 gram gula kastor)
3 biji telur
100 ml susu segar
100 gram pisang, dilecek halus Beberapa titik esen pisang
50 gram coklat urai (chocolate rice)
1/3 cawan pisang yang didadu besar
1/4 cawan cincangan kacang gajus secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin berukuran 8 inci x 3 inci x 3 inci dengan mentega, alas dadar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan. Putar mentega dengan gula perang hingga sebati, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan berkrim. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis, putar rata. Masukkan pisang lecek dan esen pisang gaul dengan spatula. Tambah coklat urai dan pisang yang telah didadu tadi, gaul hingga semua rata. Tuang dalam tin tadi, ratakan dan tabur dengan cincangan kasar kacang gajus. Bakar selama 40 - 50 minit atau hingga kek masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotong. Hidangkan untuk minum petang....

Sunday, February 10, 2013

Pengat/Bubur Nangka Caca Marba

Duduk umah cuti2 m'sia ni rasa lapar jer...semua benda teringin....pg pasar lambak, nampak tu nak, nampak ni teringin...cuaca pulak mendung...sejuk jer...

Bila dah beli mula la mereka cipta resepi ikut sedap tekak aku arini.....maka terhasillah

Bubur nangka caca marba..

5 ulas Nangka potong kecil atau memanjang
4 tungkul Jagung hiris nipis
1 cwn Caca di rebus hingga kembang dan tos
4 biji Pisang Abu dibelah dua dan kerat dua
1/2 cwn Sagu basuh dan toskan
5 cwn Santan
Gula dan garam secukup rasa

-----
Rebus jagung lebih kurang 10 minit. Masukkan pisang masak lima minit.
Tambah garam dan gula.
Masukkan sagu dan masak hingga sagu jernih.
Masukkan santan dan caca.
Masak hingga mendidih. Kacau selalu supaya santan tak pecah minyak.
Masukkan nangka dan masakkan lebih kurang 5 minit dan tutup api.
Kalau rasa pekat sangat boleh tambah air atau santan.

Tuesday, February 5, 2013

Tongseng Ayam

Sekali-sekala tukar selera dengan resepi dari seberang......



Bahan2nya

Rempah tumis
8 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1 sb biji ketumbar
8 biji cili api merah/ 4 biji cili masak
4 biji buah keras
Tumbuk hingga lumat.
-----
1 ekor ayam (lebih kurang 1 1/2 kilo) dipotong kecil - saya guna ayam kampung
4 sb Kicap pekat
1 sb Gula
Garam secukup rasa
1 sb lada sulah (ditumbuk lumat)
4 batang serai di ketuk
15 biji cili api
Terung
Tomato hijau
1 cawan Santan pekat + 5 cawan santan cair
3 sb Air asam jawa

Cara membuatnya:-
- tumis bahan yg dihaluskan dan serai hingga harum. Masukkan cabe rawit dan ayam, masak hingga ayam kekuningan.
- tuang air, didihkan, masak hingga ayam lunak
- tambah bahan lain, masak hingga matang. Angkat dan sajikan

Versi Asal



Tongseng Ayam
Oleh:Sabrina Love Nanang

 Bahan:-
- ayam
- santan kental
... - air 350ml
- tomato hijau potong empat
- cabe rawit 10biji masih utuh tanpa potong
- terung di potong2
- serai 2 batang digebrak
- kicap manis ABC 2sd
- minyak goreng untuk menumis
- serbuk lada putih 1/2 sd
- garam secukupnya
- gula melaka

Bumbu halus
- bawang merah 5biji
- bawang putih 3biji
- cabe merah 2biji
- buah keras 2 biji
- ketumbar 1/2 sd

Cara membuatnya:-
- tumis bahan yg dihaluskan dan serai hingga harum. Masukkan cabe rawit dan ayam, masak hingga ayam kekuningan.
- tuang air, didihkan, masak hingga ayam lunak
- tambah bahan lain, masak hingga matang. Angkat dan sajikan


 

Saturday, February 2, 2013

Mee hailam

Cnp dari Mamawandiha tapi ubahsuai ikut citarasa....utk sarapan pagi ahad...

Bahan Bahan
Minyak masak
5 cm halia di kisar
4 ulas bawang putih di kisar
2 biji bawang besar di kisar
2 sudu besar cili kering di kisar
200 gm daging lembu
200 gm sotong, di bersihkan dan di potong melintang (takde stok)
200 gm udang, di buang kulit dan urat
200 gm isi ayam, di hiris tipis  (tak letak)
2 sudu teh garam (rasa dulu sebelum bubuh yer.. kang termasin lak)
60 ml cawan kicap pekat
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar tepung jagung,
di bancuh dengan 600 ml air
300 gm sawi, di potong (guna kailan)
4 cm (about 2 pokok sawi ~ takde stok pulak kali ni.. tp ganti dengan cauliflower)
150 gm kubis ungu (yg putih pun bole jer ~ di hiris )
1 biji carrot ~ hiris saiz kegemaran anda
1 sudu teh lada putih serbuk
1 kg mee kuning

Bahan Tambahan
1 tangkai daun saderi/sup, di potong 1 cm
3 tangkai cili merah, di hiris
2 biji limau nipis ~ hiris & perah waktu nak makan

Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak di kuali dan tumis bahan bahan yang telah di kisar.
2. Tumis sehingga berbau wangi.
3. Masukkan daging, sotong, udang dan ayam. 4. Masukkan sedikit air dan biar hingga bahan2 tersebut agak masak.
5. Perasakan dengan lada sulah, garam, kicap pekat, sos tiram dan serbuk perasa
6. Campur bancuhan tepung jagung dan tambah air daging sambil kacau rata.
7. Masukkan sawi, kubis dan carrot, kacau sehingga rata.
8. Pastikan cukup kuah.. jika terlalu pekat boleh tambahkan air kerana mee hailam agak berkuah.
9. Tambahkan mee dan gaul rata dan terus hidang. Jika belum mahu makan.. jangan dicampurkan terus mee nya kerana takut mee akan mengembang..
8. Akhir sekali.. semasa menghidang tabur dengan daun saderi/sup/daun bawang, cili merah dan perahkan limau nipis.
 
 
 

Bilis tumis limau kasturi

Hari sabtu ni tekak dan badan tak sedap....jadi cuba menu yg dikongsi oleh mummy rayyan kitchen....simple tapi menyelerakan...mkn plak dengan nasi panas.....berpeluh juga la dgn pedas cili api tu....

Cili api secukupnya dihiris
Segengam ikan bilis
1 labu bwg besar dipotong bulat
2 ulas bwg putih dihiris
Gula dan garam secukup rasa
2 cm Belacan
3 biji limau kasturi
Sedikit minyak utk menumis

----------
Tumis semua bahan kecuali limau kasturi. Tumis hingga sebati. Perahkan limau dan kacau sebentar. Masukkan kulit limau sekali.

Kuih lapis

Resepi yg dikongsi oleh naimah md ludin di fb buku resepi..

11/2 cwn tepung gandum
2 sb tepung jagung -penuh
2 sb tepung beras - penuh
4 sb gula - penuh
1 sk garam
1 cwn santan pekat
2 cwn air suam
1 sk minyak
Pewarna pilihan

------
Panaskan pengukus.
Kisar semua bahan kecuali pewarna hingga sebati
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan masukkan pewarna.
Masukkan adunan kedalam loyang atau acuan yg telah di gris dgn minyak. Dan kukus satu lapisan selama 5 minit.
Ulang proses hingga selesai semua adunan. Lapisan akhir kukus selama 15-20 minit.
Sejuk dan hidangkan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...