Wednesday, July 23, 2014

Biskut semperit/dahlia koko/coklat

Resepi kali ni dari sumber spicesjourney.blogspot. Biskut terakhir ramadhan tahun ni....selalu buat semperit pandan atau yg kuning biasa tu.....kali ni try plak buat semperit koko/coklat sebab serbuk koko byk, tak sempat nak buat choc chips mcm selalu tu....

BAHAN BAHAN :

400 gm / 1 tin Tepung Jagung B&P Butterfly
3/4 cawan Tepung Gandum
1 cawan Gula Castor
1 cawan Mentega 
3 biji Kuning Telur
Sedikit Vanilla Extract
1 sb serbuk koko

CARA CARANYA :

1. Ayak Tepung Jagung bersama Tepung Gandum.

2. Kacau kuning telur dengan Vanilla extract. Ketepikan.

3. Dengan menggunakan senduk atau spatula kacau butter dengan gula castor hingga sebati. Jangan guna electric mixer, nanti adunan akan lembik dan kena guna lebih tepung. Kurang sedap rasanya nanti kalau banyak tepung.

4. Masukkan kuning telur dan kacau hingga mesra atau sebati.

5. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit dan gaul hingga sebati. Guna tangan jer.

(Bahagi dua adunan. Satu warna asal dan satu lagi masukkan 1 sb serbuk koko)

6. Dengan menggunakan acuan samperit tekan ke dalam loyang.

7. Panaskan oven dan bakar pada suhu 160C dengan api atas bawah selama 15 - 20 minit atau mengikut kapasiti oven memasing.

8. Setelah masak, sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.

****** Jika adunan terlembik, tambahlah tepung gandum sedikit. Manakala jika terkeras, tambahlah butter sedikit dan uli hingga sebati TETAPI jangan terlalu lembik, nanti bentuk dia melepet jer.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...