Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

Tuesday, July 29, 2025

CHICKEN TENDERS

Chicken tenders untuk lunch hari ni. Hakak guna 100% bahagian dada ayam. Bila buat macam ni anak2 tak berbunyi, takde yang mencari the good part. Laju jer menyuap. Hakak punya ayam ni hakak request potong 16 tadi, jadinya gemuk pendek chicken tenders hakak.



Untuk dipping sauce tu hakak adjust sedikit dari resepi asal. Anak2 hakak kemain suka dengan rasa dipping sauce tu. Sumber rujukan hakak untuk menu ni dari Malay Kitchen.

Resepi Chicken Tenders
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (isi sahaja)
Tepung goreng serbaguna
1 biji telur
1 sk serbuk lada hitam (optional)
1 sk serbuk cili (optional)
Air sejuk (air ais)
Cara-cara:
1. Potong isi ayam lebih kurang sama dengan saiz bahagian tender (potong panjang2).
2. Sediakan 2 mangkuk dan tuang tepung goreng. Satu daripadanya, dicampurkan dengan telur, lada hitam, cili dan air. Dapatkan kelikatan yang sesuai untuk disalut pada ayam (lebih kurang macam tepung goreng pisang).
3. Ambil ayam dan celupkan pada bancuhan tepung bersama telur, kemudian salut dengan tepung yang kering.
4. Kemudian celup sekejap dalam air sejuk. Angkat dan salut sekali lagi dengan tepung kering.
5. Boleh terus goreng sehingga keperangan dan garing.



Resepi Sos Putih
Bahan-bahan:
3 sudu besar yougurt
2 sudu besar mayonis
1 sk serbuk lada hitam
1 sudu besar daun parsley kering (hakak guna hirisan daun ketumbar)
3 ulang bawang putih (tumbuk lumat)
1/2 biji bawang besar - cincang
1 sudu besar minyak zaitun
Garam secukup rasa
1 sk chilli flakes (hakak tambah)
1/2 biji Lemon/limau
Susu (hakak guna air sejuk)


Cara -cara :
1. Masukan semua bahan kecuali susu/air ke dalam mangkuk dan kacau sebati.
2. Jika sos putih ni terlalu pekat boleh tambahkan dengan susu/air sedikit demi sedikit mengikut tahap kepekatan yang kita mahu.
Sedia untuk dihidang.

Saturday, March 23, 2024

Nasi mentega bawang putih, ayam bakar,





Nasi mentega bawang putih, ayam bakar, sup, iftar pertama ramadhan tahun ni. Keluarga hakak biasa berbuka dengan nasi terus. Jarang ada kuih muih atau desert lain selain buah-buahan. 

RESEPI AYAM BAKAR

Satu ekor ayam saiz 1.6 kg lebih kurang - potong butterfly

1 labu bwg putih

10 biji cili padi 

3 inci halia 

1 sb serbuk cili 

garam secukup rasa

1 1/2 sb gula perang

3 sb sos tiram

5 sb sos cili

2 sk lada hitam

4 sb minyak masak

Tumbuk atau kisar halia, cili padi dan bawang putih hingga lumat (seeloknya kalau kisar guna food prosessor supaya kurang berair).

Satukan semua bahan, lumur rata pada ayam. Boleh perapkan sejam dua jika suka. Bakar dalam air fryer (ikut manual masing2) atau ketuhar (suhu 200 celsius mode grill selama 1 jam 30 minit atau hingga masak dikedua2 bahagian ayam.)

Nasi mentega bawang putih

3 cawan beras basmathi - basuh dan rendam selama 30 minit - toskan

4 1/2 cawan air

Garam secukup rasa

2 sb mentega

1/2 labu bawang putih - cincang

Didihkan air bersama garam secukup rasa di dalam periuk. Masukkan beras yang telah ditoskan. Tanak sehingga nasi masak. 

Dalam kuali, tumiskan bawang putih dengan mentega hingga keperangan.  Tuangkan ke dalam periuk yang berisi nasi yang telah masak tadi. Kareh rata.

Sambal cili

10 biji cili kering - rebus hingga lembut

5 biji cili padi (merah atau hijau)

5 ulas bawang putih

1/4 cawan sos cili

3 sb cuka

Garam dan gula secukup rasa

Kisar cili dan bawang putih hingga lumat. Satukan semua bahan dalam periuk dan renihkan hingga agak pekat.

Monday, March 30, 2020

Buttermilk Chicken

Menu simple jer tengahari ni....dari pagi keluar rumah hantar anak tuisyen, pastu ke pustaka tun uda ppas antar anak kedua ada discussion ngan kengkawan pastu balik kejap defrost ayam pastu pegi amik anak tuisyen, bawa pulak ke kedai beli keperluan sekolah pastu balik antar ke rumah kutip cili padi dan tuai daun kesum pastu pegi pulak amik yang kat ppas tu antar pulak ke tesco nak beli barang hias kelas....tinggalkan rushing balik masak untuk lunch. Dah jam 3 baru selesai masak. 



Buttermilk chicken

1 ekor ayam (biasanya orang guna bahagian dada tapi saya guna whole chicken) - potong kecil
1 sb rempah kari ayam
1 sb serbuk cili
1 sk mexican spices (optional)
Lada hitam (optional)
Garam secukup rasa
Gaul sebati.
Golekkan atas 1/2 cawan tepung jagung yg diayak bersama 1 cawan tepung gandum)

Goreng garing dan toskan.

1/2 labu bawang putih   - cincang
Cili padi - cincang (kuantiti ikut citarasa)
4 tangkai daun kari
1/4 ketul memtega
2 sb minyak masak
2 sb susu pekat manis
2 cawan susu segar atau susu cair
Garam secukup rasa


Cairkan mentega. Tumis bawang putih,.cili dan daun kari hingga keperangan dan naik bau. 

Masukkan susu cair dan susu pekat masak hingga kepekatan yang diingini. Perisakan dengan sedikit garan. Masukakn ayam yang digoreng dan gaul rata.

#buttermilkchicken 
#chicken
#lunchmenu
#happycooking
#foodie
#foodielover 
#instafoodie
#chickenstgram




Ayam goreng kunyit



Ayam goreng kunyit my way. Bila hari minggu idea mempelbagaikan citarasa masakan datang menderu2.

Menu mudah sayur dan lauk dalam satu hidangan jadi pilihan. Masak sikit sahaja...kalau tak cukup malam nanti fikirkan lain...silap2 telur mata lembu jadi pilihan...😆

Dah post divideo tapi utk kemudahan hakak paste pulak kat sini juga.

 Ayam goreng kunyit #RMO

6 keping dada ayam - hiris nipis. Gaul dengan garam, sedikit gula perang, serbuk kunyit dan serbuk cili

Hiris
1 biji bawang
3 inci halia
1/2 labu bawang putih
10 biji cili padi
3 helai daun limau purut

Kacang panjang
1 biji tomato
Lobak merah

3 sb sos tiram
Minyak secukupnya



Tuang minyak. Masukkan ayam. Goreng hingga ayam masak. Masukkan bahan hiris. Tumis hingga naik bau.

Masukkan sos tiram, kacau hingga rata. Biarkan seketika. Akhir sekali masukkan sayuran. Tumis hingga sayuran masak. Jangan lama sangat. Saya suka sayuran yg crunchy. Siap.

#masaksendiri
#menusimple
#ayamgorengkunyitrmo
#foodie
#chicken
##food
#instafood


Monday, September 9, 2019

Jamaican Jerk chicken with chevril and lemon recipe


Mencuba mempelbagaikan kegunaan herba inggeris dalam masakan. Suka bakar2 gini jer, anak2 pun suka. Kalau ada tetamu masak gini cepat....takde banyak bahan nak prepare....campak2 dah siap.


Dah siap dinner malam utk khusus untuk kakak sekeluarga yang datang dari terengganu.

Jamaican Jerk chicken with chevril and lemon  recipe

2 ekor ayam potong 4 atau 8 bahagian
*2 sb jamaican jerk seasoning
*1 sk serbuk lada hitam
*Garam secukup rasa
*1 biji lemon perah jusnya
*1 paket herba chevril (kalau tak ada boleh ganti dengan parsley arau tarragon) - hiris halus
*6 sb minyak zaiton

Keledek jepun
portobello baby mushroom

Gaul ayam dan keledek dengan  semua bahan bertanda *. Bakar di dalam oven pada suhu 250 celcius selama 45 hingga 60 minit. 10 minit terakhir masukkan cendawan.

Hidangkan dengan nasi mentega atau nasi bawang putih atau makan begitu sahaja bersama salad segar.

#jamaicanjerk
#jerkchicken
#chevril
#chickenrecipes
#allaboutfood
#foodie
#foodielover
#instafood



Resepi jamaican jerk seasoning
Sumber myrecipes.com

Bahan2nya

1 sb serbuk bawang putih
2 - 3 sk cayenne pepper
2 sk serbuk bawang
2 sk thyme kering
2 sk parsley kering
2 sk gula
2 sk garam
1 sk paprika
1 sk serbuk all spice
1/2 sk lada hitam
1/2 sk chilli flake
1/2 sk serbuk pala
1/4 sk serbuk kulit kayu manis

Cara2nya

Satukan semua bahan dan gaul rata. Simpan dalam bekas kedap udara.



Sunday, September 1, 2019

Roasted Chicken with Rosemary


Itu le tajuk #lunch kami hari ni....no rice tapi lengkap dah dengan carbo dari kentang dan keledek oren, serat dari fresh salad, bijirin ada, herbs ada, protien pun ada....

Hujung2 minggu ni macam menu ummi plan nak masak tapi kekadang tak sempat juga....macam2 juga la benda2 lain nak buat....

Hujung minggu ni pulak Allah uji dengan dua anak tak sihat...si anjer ummi sorang tu melepek terus....dari jumaat....ahad ni belum menunjukkan sebarang tanda nak kebah.....adik lum sihat sofiya pulak  sambung. Sofiya dah lebih seminggu tak berapa sihat...hidung sok sek sok sek campur batuk pulak....musim agaknya...ummi pun masih lagi melayan kepala berat dan hidung sumbat nih.....

Moga berselera duorg makan tengahari ni

Ayam - boleh guna seekor bulat atau bahagian2 lain ikut citarasa
1/2 mentega
Sedikit minyak zairon
1 paket rosemary segar
1 paket thyme segar
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam (seeloknya yg dikisar sendiri)
Chilli flakes secukup rasa
1/2 labu bawang putih 

Cincang bawang putih, rosemary dan thyme. Panaskan mentega dan minyak zaiton. Tumis bahan cincang. Dah naik bau masukkan garam, lada hitan dan chilli flake. Tumiskan sekejap. Tutup api.

Tuang atas ayam dan gaul rata. Susun atas dulang bakar.

Sayuran pilihan

1 biji bawang holland potong wedges
Kentang
Keledek oren/ungu
Cendawan butang
Lobak merah

Tabur kat dalam loyang.

Bakar pada suhu 250 celcius selama 1 - 1 1/2 jam. (Bergantung pada saiz ayam.

#roastedchicken
#chicken
#allaboutfood
#homecookedmeal
#instafood
#blogger
#cookingformy♥️ 
#cookedwithlove

















Delicious butterfly chicken with garlic, lemon n herbs for lunch.


Delicious butterfly chicken with garlic, lemon n herbs for lunch.

Dah beberapa hari berada diluar kawasan.....jadi hari ni sediakan something special skit utk family kesayangan hamba.

Beli barang keperluan serba sikit. Banyak barang dah habis. Anak2 especially suka masakan begini....simple dan sihat. Mata masih mengantuk sbb dah beberapa malam tak lena sbb batuk, badan pun masih kepenatan sebab perjalanan balik yang memakan masa lebih 1/2 hari tapi kesian kat anak2, abam sayam n family yang dah lama jugak tak makan masakan ummi. Masak cenggini tak sempat berpeluh....dah siap. Sangat mudah gitew....jom kita semak resepinya.


Butterfly chicken with garlic, lemon and herbs

1 ekor ayam potong butterfly (bagitau jer ngan orang kedai tu nak potong camtu, kalau nak potong cara lain pun boleh jer)

Satukan

1 paket oregano segar - cincang (boleh ganti dengan yg kering)
1 batang daun parsley - cincang
1 biji lemon - perah jusnya
1 sk lada putih
1 sk chili flake
5 sb minyak zaiton
Garam secukup rasa (saya guna anggaran 1/2 sb)


Gaul rata dan lumurkan pada ayam.

1 labu bawang putih potong dua melintang (tak perlu buang kulit)
1 biji bawang holland potong baji (wedges)

Letakkan bawang dan bawang putih ke dalam mangkuk atau dulang pembakar. Letakkan ayam.di atasnya.

Potong keledek ungu dan keledek serta sweet chili. Masukkan ke dalam dulang. Siram baki bahan gaul ayam tadi kalau ada. Potong kiub sedikit mentega dan tabur kan ke atas ayam.

Bakar selama 1 jam 15 minit dengan suhu 250 celcius atau hingga masak. (Saya guna mode grill pada 20 minit terakhir utk garingkkan sedikit ayam)

#ayam
#chicken
#ovengrilled
#healthierchoices
#instafood
#foodie
#allaboutfood
#cookedwithlove


Saturday, May 11, 2019

Udang, ayam,, brokoli goreng rangup dan homemade onion ring







Malam ni.....udang, ayam,, brokoli goreng rangup dan homemade onion ring.....

Homemade onion ring.....aritu pegi a&w tengok rega onion ring ni mahalnya alahai.....isi ada berapa ketul jer.....bail buat sendiri....sebiji bawang holland tu boleh dapat setalam onion ring.....ble makan sampai pitam 😆😆😆. Kemudian adunan tepung dan breadcrumb yg sama saya guna untuk goreng ayam, udang dan brokoli.










Nak resepi????

😀😀😀😀.....meh baca sampai habis

Bahan2nya

Bawang holland potong bulat
Brokoli potong la ikut suka
Dada ayam potong kiub
Udang buang kulit tengah (tinggalkan ekor ngan kepala tapi yg tajam hujung tu potong la....tak buang kalu, kang makan tercucuk usus hakak tak bertangungjawab hokey 😆)
Serbuk paprika

Gaul semua bahan diatas dengan serbuk paprika dalam bekas berasingan.

Adunan tepung

2 cawan tepung gandum
1 1/2 sk baking powder
Serbuk lada hitam secukup rasa
Garam secukup rasa
1 biji telur
Air secukupnya

Satukan semua bahan. Gaul rata. (Adunan tidak terlalu cair atau pekat....macam tepung goreng pisang gitew)

Serbuk roti secukupnya



Caranya 

Panaskan minyak yang banyak. 

Ambil gegelung bawang yang dah digaul serbuk paprika. Celup ke dalam adunan tepung. Kemudian angkat dan salutkan dengan serbuk roti. Goreng dengan api sederhana hingga keperangan. Angkat dan toskan.

Ulangi proses untuk ayam, udang, brokoli hingga selesai.

Sekian.....moga bermanfaat.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...