Tuesday, July 15, 2014

Biskut teddy bear

Saya guna resepi pertama....nanti2 nak buat yg hug tu pulak...

BISKUT TEDDY BEAR ni resepinya saya ambil dari azlita masam manis.

Bahan2nya

300 gm butter
20 gm lemak sayuran (shortening)
180 gm gula icing

30 gm serbuk koko
200 gm tepung
200 gm tepung jagung
40 gm nestum

Satukan butter, lemak sayuran dan gula icing. Putar hingga lembut dan sebati
Masukkan tepung, tepung jagung, koko dan nestum.
Uli adunan sebati

Canai adunan

Terap adunan dengan acuan teddy bear dan susun atas dulang pembakar
Buatkan mata dan hiaskan dengan bentuk love dari gula ( ada jual di kedai kek)
Bakar dalam ketuhar pada suhu 150C selama 30 minit
Simpan di dalam bekas kedap udara.

Teddy bear hug butter cookies resepi oleh:Noor Abdul Rahim
FB:www.facebook.com/bukuresepi

bahan-bahan :
1/2 cawan butter
1/2 cawan gula icing
1 biji telur - suhu bilik
1/2 sudu kecil esen vanilla
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
badam / gajus / kismis secukupnya

cara-cara :
1. Ayak tepung gandum & baking powder kedalam satu bekas. Ketepikan.
2. Pukul butter, gula, telur & esen vanila hingga kembang.
3. Masuk kan tepung & gaul rata.
4. Tutup adunan dengan plastic kemudian masuk kan kedalam peti sejuk selama 2 jam supaya mudah dicanai nanti.
5. Setelah 2 jam, canai sehingga setebal 1/4 inci.
6. Terap dengan menggunakan acuan bentuk bear.
7. Buat mata & hidung bear dengan menggunakan bahagian lidi yg tidak tajam, ditekan kan sedikit pada tepung bear.
8. Letak kan kekacang atau kismis ditengah kemudian angkat tangan bear & letak kan diatas kekacang seperti memegang bantal.
9. Bakar didalam oven yg telah dipanas kan pada suhu 175 darjah celcius selama 10 minit atau hingga kecoklatan.

** Masa mencanai, taburkan sedikit tepung pada tangan & papan canai supaya dough tak melekat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...