Monday, July 14, 2014

Badak berendam pulut hitam kuah durian

Bahan2

Doh

2 bahagian tepung pulut putih
1 bahahian tepung pulut hitam
Air secukupnya
Sedikit garam

Inti Kelapa

1/2 biji kelapa parut (cari kelapa muda skit)
Garam, gula merah, gula putih secukupnya - ikut citarasa
2 helai daun pandan disimpul
Sedikit air

-------
Satukan semua bahan di dalam periuk atau kuali. Masak hingga agak kering. (Jangan kering sangat tak best). Buang daun pandan tadi.

Utk kuah

3 cawan santan 
5 ulas isi durian (lagi banyak lagi pekat dan sedap)
Sedikit garam

-------
Masukkan dalam periuk. Pasang api perlahan. Kacau selalu sepaya tak pecah minyak.

Ambil doh....agak2 la nak besar mana.... leperkan dan letak inti, bulatkan. Buat sampai habis.

Didihkan air dalam periuk. Rebus bebola hingga timbul atau masak ler...

Angkat bebola dan masukkan dalam periuk santan dan biarkan didih seketika.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...